The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SESUAI UNTUK PEMULA YANG INGIN BELAJAR MENJAHIT DAN YANG SUDAH BERPENGALAMAN DALAM JAHITAN NAMUN BERMINAT UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nurul Akmal, 2023-05-26 13:20:52

10 PERALATAN ASAS MENJAHIT

SESUAI UNTUK PEMULA YANG INGIN BELAJAR MENJAHIT DAN YANG SUDAH BERPENGALAMAN DALAM JAHITAN NAMUN BERMINAT UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN

Keywords: RIAA,SEWING

Akmal Lokman 10 PERALATAN ASAS MENJAHIT


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 1 PRAKATA 2 PITA PENGUKUR 3 BENANG JAHIT 3 KAPUR PENANDA 4 GUNTING KAIN 5 PEMBARIS LURUS & PEMBARIS SESIKU L 6 PENETAS 6 JARUM PENITI 7 JARUM JAHIT TANGAN 8 MESIN JAHIT 8 GUNTING BENANG 9 PENUTUP 1O ISI KANDUNGAN


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 2 Assalamualaikum. Alhamdulillah dengan sedikit ilmu yang dikurniakan Allah, akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah e-book yang bertajuk 10 PERALATAN ASAS MENJAHIT. E-Book ini dirancang khusus untuk memberikan pengetahuan asas tentang peralatan yang diperlukan untuk menjahit. Sangat sesuai untuk sesiapa yang baru mula ingin menjahit dan kepada yang sudah berpengalaman, namun ingin memperluaskan pengetahuan. E-Book ini adalah pilihan yang tepat. . Terima kasih kepada semua yang sudi mendapatkan e-book ini. Terima kasih juga buat keluarga, sahabat-sahabat dan customer online dan offiine yang sentiasa menyokong saya selama ini. Terima kasih juga kepada semua guru-guru saya atas ilmu yang dicurahkan mereka. Harapan saya, semoga e-book ini boleh menjadi panduan kepada anda yang baru hendak mengenali peralatan asas menjahit. “Siapa berusaha dia pasti berjaya”. Sekian. Akmal Lokman ( Admin / Guru Jahitan RIAA Akademi ) E-BOOK INI TIDAK BOLEH DIEDARKAN SECARA PERCUMA E-BOOK INI TIDAK BOLEH DIJUAL SEMULA TANPA KEBENARAN E-BOOK INI TIDAK BOLEH DISUNTING DENGAN NAMA ANDA SENDIRI E-BOOK INI HANYA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN SENDIRI SAHAJA PRAKATA


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 3 Bab-bab di dalam e-book ini akan menerangkan kegunaan dan fungsi alatan jahitan asas. 1. PITA PENGUKUR Digunakan untuk mengukur badan seseorang. Mempunyai kepanjangan sehingga 150cm. Biasa diperbuat daripada plastik lembut dan mudah dilentur, ia mampu mengikut bentuk tubuh dan lekuk tubuh orang yang hendak di ukur. 2. BENANG JAHIT


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 4 KAPUR PENANDA Merupakan alatan yang penting dalam menjahit. Digunakan untuk menyatukan kain-kain yang ingin dijahit. Pemilihan benang yang berkualiti dan tidak mudah putus sangat penting untuk mendapatkan hasil jahitan yang baik. Terdapat pelbagai jenama benang yang dijual dipasaran, antaranya Dolphin, Senorita, Nona. Digunakan untuk menanda permukaan kain dengan ukuran tertentu atau mengikut ukuran pola. Cukup dengan hanya lakaran atau tanda yang tidak tebal, ianya sudah memadai. Tanda yang tidak tebal akan mudah tanggal. Sekiranya tanda yang dibuat agak tebal, jangan bimbang, ia akan tanggal bila di cuci atau terkena air. Terdapat pelbagai jenama dan jenis kapur dipasaran. Ada yang berbentuk seperti pensel dan ada juga berbentuk 3 segi dengan warna putih, biru, merah, hijau dan kuning. 3.


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 5 GUNTING KAIN Setiap gunting mempunyai fungsinya sendiri. Ada bermacam-macam jenis gunting dipasaran seperti gunting kain, gunting kertas, gunting zig zag dan lain-lain. Untuk menggunting kain gunalah gunting kain. Gunting kain tidak boleh digunakan untuk menggunting kertas, plastik dan sebagainya. Jika digunakan juga akan menyebabkan kerosakan pada gunting dan gunting akan mudah tumpul. Biasakan menggunakan gunting untuk 1 fungsi sahaja. Gunting kain hanya untuk menggunting kain, gunting kertas hanya untuk menggunting kertas. 4.


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 6 5. 6. Pembaris lurus digunakan untuk membuat garisan lurus dan pembaris sesiku L digunakan untuk membuat garisan lengkung dipola seperti dibahagian ketiak, leher dan punggung seluar supaya hasilnya kelihatan kemas. PENETAS JAHITAN PEMBARIS LURUS & PEMBARIS SESIKU L


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 7 7.JARUM PENITI Penetas digunakan untuk menetas jahitan (benang) sekiranya berlaku kesalahan dalam jahitan. Dengan bilah pisaunya yang lebih kecil, nipis dan tajam ia akan memudahkan kerja menetas berbanding menggunakan pisau atau gunting biasa. Jarum peniti ialah jarum yang mempunyai kepala seolah-olah bebola. Biasanya digunakan untuk membantu kain supaya tidak bergerak semasa proses menggunting dan menjahit untuk mendapatkan jahitan yang lebih kemas.


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 8. JARUM JAHIT TANGAN Jarum jahit tangan ialah jarum yang mempunyai lubang dibahagian atas. Biasanya digunakan untuk jahitan asas seperti jelujur, sembat, tikam leher dan lubang butang. 9.MESIN JAHIT 8


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 9 Terdapat pelbagai jenis dan pelbagai jenama mesin jahit yang dijual dipasaran. Antara jenama yang terkenal ialah Juki, Singer, Brother, Jack, Siruba. Mesin jahit lurus ialah mesin jahit yang paling asas, terdapat 2 jenis mesin jahit lurus iaitu mudah alih (portable) dan mesin jahit industri. Mesin jahit mudah alih biasanya digunakan di rumah untuk jahitan yang tidak terlalu banyak dan untuk melakukan lebih banyak corak jahitan. Ianya lebih ringan, jimat ruang, jimat elektrik dan harganya juga mampu milik. Tetapi kelemahanya, hanya boleh digunakan dalam tempoh 2 - 3 jam sahaja, ini kerana motornya yang berkuasa kecil. 10. GUNTING BENANG Biasanya ianya digunakan untuk memotong benang dan lebihan kain yang kecil.


E-BOOK PERALATAN ASAS JAHITAN 10 Ini hanyalah peralatan asas dalam menjahit, terdapat pelbagai lagi alatan yang digunakan dalam jahitan. Ini kerana bidang jahitan ini sangat luas. Pelbagai fesyen dan design boleh dihasilkan, jadi pelbagai jenis alatan lagi yang perlu digunakan. Semoga apa yang ada dalam E-Book 10 Peralatan Asas Menjahit ini bermanfaat untuk anda menjahit pakaian sendiri dan ahli keluarga anda. Saya ucapkan selamat belajar, jangan mudah putus asa dan selamat maju jaya. PENUTUP s


Click to View FlipBook Version