Disediakan oleh :
Azalea Eiman Binti Asmawi
5 Ibnu Majah
Bunga Raya
❀Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan Negara
Malaysia
Nama dan warna bunga kebangsaan Negara kita
❀Nama bunga kebangsaan Negara kita ialah Bunga
Raya . Warna Bunga Kebangsaan kita adalah merah.
Makna warna merah pada bunga
kebangsaan
❀Warna merah sebenarnya membawa maksud
keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian
dalam menempuh cabaran .
❀Warna merah melambangkan nilai yang harus ada
pada setiap rakyat bagi menaikkan nama negara di
perasada dunia.
❀Kesemua sifat ini sememangnya telah menjadi factor
penyumbang yang mendorong negara kita dalam
mencapai mercu kejayaan dalam perlbagai bidang .
❀Menjadi simbol kemegahan negara .
Sejarah Bunga Raya
❀Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.
Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian
Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga
raya yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga
kebangsaan.
❀Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian
telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan Perseketuan Tanah
Melayu iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga
Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga cempaka
dan bunga tanjong.
❀Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga
Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan
Perseketuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sabah, dan Sarawak
untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna
sebagai Bunga Kebangsaan.
Menjelaskan kaitan bilangan
kelopak bunga dengan prinsip-
prinsip Rukun Negara
❀Lima prinsip Rukun Negara digunakan sebagai
panduan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Prinsip
Rukun Negara adalah satu usaha dalam mewujudkan
perpaduan dalam Negara walaupun Negara kita
sendiri terdiri daripada pelbagai jenis agama ,
kepercayaan , kaum dan kebudayaan masing masing .
❀Kepercayaan kepada tuhan
❀Kesetiaan kepada Raja dan Negara
❀Keluhuran Perlembagaan
❀Kedaulatan Undang – undang
❀kesopanan dan Kesusilaan
i.Mencapai perpaduan di kalangan rakyat
ii.Mewujudkan demokrasi dalam Negara
iii.Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama
dalam membahagikan kekayaan Negara
iv.Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk
mempraktikkan kebudayaan yang pelbagai
v. Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik
dalampembangunan teknologi
❀Namun begitu, sejak dahulu lagi bunga raya telah
didapati mempunyai nilai-nilai dari segi perubatan.
Sehingga hari ini, masih lagi terdapat sesetengah
individu yang menggunakan bunga raya untuk
pelbagai rawatan seperti demam dan sakit .Malah
bunga raya juga telah digunakan sebagai rawatan
kecantikan untuk wanita pada masa kini.
Menyatakan keistimewaan bunga
raya sebagai bunga kebangsaan
❀Bunga raya jenis hibiscus cannabinus(kenaf) boleh
digunakan untuk membuat kertas
❀Pokok bunga raya jenis hibiscuc sabdariffa pula
digunakan sebagai bahan campuran di dalam
minuman the . ia kaya dengan vitamin C. The daripada
campuran bunga raya dikatakan boleh mengurangkan
tekanan darah.
❀Fiber batang dari bunga raya jenis hibiscus
macrophyllus boleh dijadikan tali
❀Cara penamanan melalui kaedah tut , keratan
batang , cantuman mata tunas dan tisu kultur bagi
memastikan keceriaan bunga raya.
Megahnya Lambang Bunga Raya
❀Sebagai identity negara, bunga raya digunakan
secara meluas dalam urusan rasmi dan tidak rasmi.
Nama dan gambar bunga raya dijadikan sebagai
symbol, logo dan hiasan dalam kehidupan.
❀Penggunaan symbol bunga raya mengingatkan
kita tentang Rukun Negara . Sebagai warganegara,
kita haruslah meggunakan symbol bunga raya dengan
bertanggungjawab .
Sebagai rakyat malaysia , saya
berbangga dengan bunga
kebangsaan negara saya ,
bunga raya