TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK EDUP3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENSYARAH: PN SENPAGAM A/P GURUSAMY
Khairul Nishak Binti Ayob Nur Ain Binti Manshor Auni Salha Binti Mohd.Khir AHLI KUMPULAN
Aminuddin Baki LAPORAN 1964
PENGENALAN Aminuddin Baki merupakan wakil yang dilantik untuk menganggotai semua jawatankuasa yang terlibat dalam menggubal, meminda dan menghapuskan undang-undang yang berkait dengan sistem pendidikan. Semasa zaman pemerintahan British, Aminuddin Baki telah menolak sistem sekolah vernakular yang di mana berteraskan dasar pecah dan perintah. Laporan Aminuddin Baki 1964 ini telah diwujudkan bagi mengkaji sistem pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jurusan bagi sekolah menengah rendah supaya dapat menggantikan sekolah pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan.
THE NATIONAL SCHOOLS OF MALAYA 1953 Mencadangkan untuk mewujudkan sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum dan bangsa Aminuddin Baki tidak bersetuju dengan sekolah vernakular yang terhad daripada dasar pecah dan perintah pada zaman British. Dasar ini menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil Inggeris dan agama madrasah. Menyatupadukan murid-murid untuk menjadi warganegara Tanah Melayu yang boleh hidup secara harmoni sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
sebab-sebab keputusan peperiksaan masuk ke sekolah menengah lemah dan mencari jalan mengatasinya sebab-sebab sdikitnya bilangan murid-murid sekolah kebangsaan yang masuk Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah kelemahan keputusan peperiksaan muridmurid Melayu di dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan cara-cara untuk mengatasinya Aminuddin Baki dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, beliau telah memperkenalkan satu jawatankuasa pelajaran kebangsaan iaitu Penyata Aminuddin Baki 1960 yang diketuai oleh beliau. PENYATA AMINUDDIN BAKI TUJUAN PENUBUHAN Beliau telah mencadangkan 12 cadangan kepada kerajaan tentang kemunduran anak-anak Melayu ini di dalam Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin Baki.
CADANGAN Kesesuaian bentuk soalan dalam peperiksaan Masalah sikap dan guru Kemantapan latihan perguruan Pelaksanaan kaedah pengajaran Hubungan guru dan ibu bapa kemudahan fiizikal di sekolah-sekolah 12 cadangan telah dicadangkan oleh Aminuddin Baki kepada kerajaan berkaitan dengan kemunduran anakberdasarkan kepada masalah anak Melayu yang dikenalpasti iaitu:
Setelah mengeluarkan masalah-masalah, Aminuddin datangkan sekali cadangan penyelesaian masalah-masalah yang berlaku. Antaranya menyentuh masalah penempatan guru-guru yang terlatih, menarik kesedaran ibu bapa supaya menyedari peranan dalam pembelajaran anak-anak mereka, dan pentadbiran diminta mempertingkatkan keberkesanan sekolah. Hasil daripada laporan ini, ada di kalangan guru yang memendam rasa pahit dan kecewa kerana seolah-olah mereka tidak menjalankan amanah serta tanggungjawab mendidik anak bangsa sebaiknya. Namun demi masa depan negara, mereka tetap menerima saranan yang disyorkan di dalam Laporan Jawatankuasa Aminuddin Baki.
Pelajaran sekolah menengah rendah dinaikkan hingga tiga tahun Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun Pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelbagai tenaga mahir Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan selepas tamat pengajian Memperkenalkan sekolah teknik Cadangan yang dikemukakan: oleh Aminuddin Baki
GERAKAN OBOR Gerakan ini ditubuhkan selepas tiga tahun beliau menjadi Ketua Penasihat Pelajaran Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan bagi menyuntik semangat anak bangsa supaya terus gigih berjuang dalam memajukan pelajaran serta menuntut ilmu. Aminuddin Baki turut menegaskan bahawa kerajaan akan membantu pelajar dengan memberikan biasiswa, asrama kepada pelajar dan guru, serta kemudahan peralatan untuk belajar. Diketahui bahawa, bangsa melayu merupakan bangsa yang paling ramai mendapat biasiswa, tetapi tahap pencapaian mereka masih tidak memuaskan. Jadi, aminuddin menyimpulkan ia berlaku kerana tiada semangat, fahaman agama yang tidak seimbang juga tekanan daripada persekitaran.
BUKU-BUKU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 1)penggunaan buku-buku pelajaran yang kurang sesuai dan tidak mencukupi. 2) kekurangan bahan-bahan bacaan kepada guru dan murid 3) Ketiadaan buku dalam beberapa matapelajaran, kekurangan buku tambahan dan semakan yang mana menyebabkan murid terpaksa berkongsi buku pelajaran. Buku-buku sekolah rendah dan menengah mengalami masalah apabila sistem persekolahan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Antara masalahnya ialah:-
PERKAITAN MASALAH IMPLIKASI TERHADAP FPK DAN FPG
Masalah dan sikap guru Aminuddin telah mengenalpasti masalah mengenai pemantapan Latihan perguruan serta masalah dan sikap guru di dalam penyatanya. Beliau telah mencadangkan pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan kepada guru agar dapat melahirkan warga pendidik yang mahir dan berkemampuan. Ia selaras dengan isi kandungan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ingin melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab. Impak daripada kenyataan Aminuddin Baki ini telah membawa perubahan dalam diri pendidik yang mana mereka semakin profisien dalam menjalankan tugas serta turut memiliki keperibadian seorang guru yang mana berpengetahuan ,berakhlak dan juga berketerampilan . ia juga turut dapat dikaitkan denga FPG yang mana dapat melahirkan guru yang bersedia menjunjung aspirasi Negara. Jelas, guru tersebut akan wajib taat kepada arahan serta menutamakan KPM.
Dalam penyata Aminuddin baki, beliau telah mencadangkan agar pelajaran sekolah menengah dan rendah dinaikkan sehingga tiga tahun serta perubahan umur dalam berhenti sekolah juga dinaikkan menjadi 15 tahun. Jelaslah cadangan aminuddin menepati falsafah pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan merupakan satu usaha berterusan. Jadi , diketahui bahawa apabila seseorang itu terus belaajr, mereka mampu memperkembangkan potensi diri mereka tidak kira daripada aspek sosial, ekonomi, intelek dan sebagainya. Melihat dari perspektif FPG, ia dapat mewujudkan guru yang menjamin perkembangan individu. ia akan memberi peluang kepada setiap murid mengembangkan lagi potensi dan bakat dalam pelagai aspek. Peningkatan tempoh menengah rendah dan umur berhenti sekolah
Bentuk soalan yang tidak bersesuaian dengan kehendak semasa. kekurangan bahan bacaan yang menyukarkan murid untuk melakukan ulangkaji pelajaran isi kandungan pelajaran yang terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan kecerdasan seseorang murid. Kesesuaian bentuk soalan dalam peperiksaan Kenyataan Aminuddin Baki
soalan peperiksaan dibuat selaras mengikut silibus pembelajaran murid. Wujudnya soalan terbuka dan soalan tertutup bentuk soalan dibahagikan kepada dua jenis iaitu subjektif dan objektif soalan dibahagikan kepada tiga aras pemikiran iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Maka, di sini kita dapat lihat bahawa proses tersebut memenuhi FPK iaitu mampu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu yang mana merangkumi aspek jeri iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jadi, kita dapat lihat di sini bahawa pelbagai usaha perlu dilakukan agar segala hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai seperti : Contohnya, guru boleh menggunakan teknologi seperti projektor kemudian membentangkan pelbagai bentuk soalan kepada murid sebagai pengetahuan umu. Jelaslah, ia merupakan pemikiran guru yang aktif serta berinovatif agar murid terus maju ke depan. FPG Menerusi laporan Aminuddin Baki, ia juga mengikuti kriteria FPG di mana kesannya mampu melahirkan guru yang berpandangan progresif dan saintifik . Hal ini dapat dijelaskan dengan guru tersebut berupaya serta memiliki minda yang ke hadapan yang mana sentiasa ingin mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran diri selaras dengan perkembangan pendidikan yang ditetapkan oleh KPM. Jelas, Ini dapat dilihat melalui guru akan sentiasa berusaha dalam mencari dan memperbaharui idea bahan dan juga kaedah pengajaran yang baru dari semasa ke semasa agar segala pembelajaran dan pengajaran itu dapat diterima juga menguji minda mereka daripada pelbagai peringkat KPM dapat merancang serta menambahbaik sistem pendidikan dan konsep peperiksaan yang selari dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pelaksanaan kaedah pengajaran Penggunaan buku mata pelajaran yang kurang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid. Bahan bacaan yang tidak mencukupi untuk guru dan murid. Isi kandungan yang terlalu tinggi untuk kecerdasan dan kemahiran murid. Isi kandungan yang sudah lapuk dan tidak relevan dengan zaman tersebut. Silibus buku yang tidak tepat dan perlu ditambah baik. Murid terpaksa berkongsi buku dengan rakan. Murid tiada bahan untuk membuat rujukan di rumah. Kenyataan daripada Aminuddin Baki mengatakan bahawa:
Sekiranya bahan bacaan berbentuk buku tidak tersedia, maka, seseorang itu boleh melayari internet untuk mendapatkan bahan bacaan contohnya e-book, akhbar dan majalah secara atas talian. Selain itu, institusi pendidikan juga perlu menyediakan bahan atau buku teks berwarna dan bergambar. Hal ini kerana, ia mampu menarik minat muridmurid untuk membaca bahan bacaan dan secara tidak langsung mampu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang. Maka, di sini kita dapat lihat bahawa proses tersebut memenuhi FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. FPK Maka, kita dapat lihat di sini bahawa pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mencapai objektif dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaaan misalnya: Seseorang guru sewajarnya berpekerti mulia di mana beliau perlu mengutamakan keperluan anak muridnya melebihi dirinya sendiri. Oleh itu, seseorang guru itu mestilah bersikap adil terhadap semua murid walaupun berlainan agama dan bangsa. Misalnya, seseorang guru perlulah membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dengan seikhlas hati seperti mempelbagaikan teknik pengajaran sebagai contoh, menggunakan bahan bantu mengajar yang berbentuk 3d, menyiarkan rakaman video menggunakan projektor dan melakukan pembelajaran sambil bermain. Maka, daripada situ, kita dapat lihat bahawa guru mestilah sentiasa berpandangan progresif dan saintifik. FPG Seseorang guru mestilah menerapkan elemen FPG di dalam bilik darjah supaya hasrat FPK dapat digapai, misalnya:
Sekolah yang menggabungkan pelbagai bangsa dan kaum Menurut pandangan Aminuddin Baki, beliau sangat tidak bersetuju dengan konsep sekolah vernakular yang terhasil dari zaman British dahulu. Ini kerana, beliau percaya penubuhan sekolah kebangsaan akan memberikan lebih banyak peluang kepada murid-murid berbagai-bagai kaum untuk mengenali, mengetahui dan memahami persamaan serta perbezaan di antara satu sama lain sejak dari awal lagi.
FPK Cadangan yang disampaikan oleh Aminuddin Baki mengikut kehendak FPK di mana ia akan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Sebagaimana kita dapat lihat, Aminuddin Baki ingin menubuhkan sekolah yang mempunyai sukatan pelajaran yang sama di semua sekolah. Oleh itu, masyarakat yang baru akan lahir mempunyai latar belakang pembelajaran yang seiring dan tidak ada seorang akan terabai atau disisihkan. Selain itu, melalui laporan yang disampaikan Aminuddin Baki, ia mampu melahirkan rakyat yang berakhlak mulia di mana kita dapat lihat, beliau mencadangkan sekolah yang mencampurkan semua kaum dan bangsa di bawah satu corak pendidikan yang sama. Oleh itu, ia akan memberi peluang kepada semua murid untuk mengenali dan memahami adat dan budaya bangsa lain sejak usia muda supaya dapat mengekalkan hidup harmoni. Maka, generasi muda yang bakal mewarisi negara diharapkan dapat menerapkan hidup hormat-menghomati, berakhlak mulia dan berdisiplin di antara satu sama lain. FPG Menerusi Laporan Aminuddin Baki, ia juga mengikuti kriteria FPG di mana kesannya mampu menghasilkan guru yang memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. Jelaslah bahawa peranan guru dalam menerapkan nilai bersatu padu dan bekerjasama di antara semua murid mampu menghubungjalinkan ikatan perpaduan di antara semua kaum. Misalnya, guru boleh menggabungkan semua bangsa di dalam kelas supaya semua murid dapat berinteraksi dan menukar pendapat antara satu sama lain.
Pemberian Biasiswa kepada para pelajar Dengan adanya bantuan biasiswa, ia dapat membantu murid yang kurang berkemampuan dalam memperoleh kelengkapan persekolahan. Apabila murid-murid mempunyai kelengkapan yang serba lengkap, murid tersebut akan menjadi lebih bersemangat. Oleh itu, mereka dapat melanjutkan proses pembelajaran mereka dengan senang hati. Tetapi, bagi Aminuddin, sebab utama kemerosotan anak Melayu adalah kerana lemahnya jiwa, perilaku dan ideologi hidup yang dipengaruhi dengan pemikiran biar cukup untuk hidup sahaja. Contohnya, walaupun anak Melayu paling ramai menerima biasiswa berbanding anak Cina dan India, tetapi pencapaian anak Melayu kurang memberangsangkan.
FPK Ia juga menepati isi kandungan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana ia dapat memperkembangkan lagi potensi individu. Hal ini dibuktikan dengan penububan Gerakan Obor oleh Aminuddin Baki, di mana kerajaan pada masa itu akan memberikan bantuan daripada segi biasiswa dan peralatan pembelajaran kepada murid. Oleh hal demikian, dengan adanya bantuan biasiswa kepada murid-murid, mereka dapat menggunakan duit bantuan tersebut dengan menyertai kelas tambahan berbayar di luar untuk meningkatkan kefahaman pembelajaran. Maka, potensi mereka dalam bidang akademik dapat ditingkatkan. Selain itu, seseorang individu tersebut juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri di mana apabila seseorang murid itu menerima bantuan biasiswa, murid tersebut dapat menggunakan duit tersebut untuk membeli keperluan sekolah seperti baju, kasut, alat tulis dan buku sekolah. Dalam masa yang sama, ibu bapa kepada murid tersebut tidak akan merasa terbeban dengan keperluan anak mereka untuk masuk ke alam persekolahan. Oleh itu, kesejahteraan diri dapat dicapai secara berterusan dan akan hidup dengan tenang. Guru yang menjamin perkembangan individu. Seperti yang dibincangkan di atas, Aminuddin berpendapat bahawa masih ada anak Melayu walaupun diberikan biasiswa tetapi tahap pencapaian mereka masih rendah. Jadi, di sini guru mestilah bertindak pantas dengan mengenal pasti murid-murid yang lemah dan mengasingkan mereka di kelas yang berasingan. Hal ini supaya guru yang mengajar dapat memberikan lebih tumpuan kepada mereka sahaja untuk meningkatkan tahap pemahaman mereka. Maka, jelaslah bahawa guru mestilah memberikan keutamaan kepada murid yang lemah supaya murid tersebut tidak ketinggalan dalam kelas. FPG Dalam menerapkan FPK terhadap generasi muda, guru sebagai pendidik mestilah menerapkan FPG di dalam diri supaya dapat menjadi:
KEMUDAHAN FIZIKAL DI SEKOLAH Aminuddin Baki menyatakan bahawa kekurangan kemudahan fizikal di sekolah-sekolah menjadi satu masalah untuk murid-murid dan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya, kemudahan fizikal di sekolah yang mencukupi, ia dapat menjadi murid sebagai seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin Ia bertepatan dengan kandungan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana ia dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, murid-murid telah dididik dari kecil untuk menjaga harta benda sekolah sekaligus ia dapat mendidik muridmurid untuk menjadi seorang rakyat yang lebih bertanggungjawab terhadap diri dan negara. Ia juga bertepatan dengan kandungan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) iaitu guru yang memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin. Dengan adanya kemudahan fizikal di sekolah, guru akan memastikan murid-murid mempunyai nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin. IMPLIKASI KEPADA FPK IMPLIKASI KEPADA FPG
RUMUSAN: oleh Khairul Nishak Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa sebahagian besar daripada Laporan Aminuddin Baki ini telah menyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Laporan ini juga telah memberi impak yang positif kepada rakyat kerana ia dapat membentuk rakyat memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Beliau turut mengemukakan beberapa cadangan yang dapat membuka minda masyarakat tentang sistem pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawaAminuddin Baki mempunyai usaha untuk menjadikan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berdaya saing. Saya memilih untuk menggunakan flipbook dalam penghasilan produk kerana ia boleh diakses oleh semua orang serta rupa bentuknya yang seakan seperti buku.
Kesimpulannya, berdasarkan kepada laporan Aminuddin baki ini, jelaslah diketahui ia sangat membantu semua pihak antaranya Kementerian Pedidikan Malaysia, guru dan juga secara tidak langsung kepada murid juga. Contohnya, berdasarkan kepada laporan Aminuddin Baki ini telah membantu KPM bagi menambah baik lagi sistem pendidikan di Malaysia. Diketahui bahawa beliau telah memberi sumbangan serta idea yang bernas dalam setiap perubahan yang dikemukakan dalam sistem pendidikan khasnya dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaslah , setiap cadangan serta perubahan yang dikemukan oleh Aminuddin Baki telah membuka mata masyarakat malaysia bahawasanya pendidikan merupakan aspek penting dalam perkembangan setiap individu. RUMUSAN: oleh Nur ain Pemilihan flipbook dalam penghasilan produk ini dibuat selepas saya mengambil kira pelbagai aspek antaranya ia dipaparkan dalam keadaan menarik serta masyarakat yang sudah tahu akan kewujudan flipbook ini.
Saya memilih flipbook ini kerana info-info penting dapat disampaikan dengan ringkas tetapi padat serta lebih praktikal. Murid-murid dapat melihat info berkaitan Laporan Aminuddin Baki 1964 dengan lebih mudah dan cepat daripada segi masa dan tenaga kerana segala info penting telah disatukan dalam bentuk Flipbook. Sebagai kesimpulan yang telah saya rumuskan berdasarkan kajian ke atas laporan Aminuddin Baki 1964 ini, saya mendapati bahawa pelbagai pembaharuan dalam sistem pendidkan telah beliau cadangkan. Misalnya penukaran sistem sekolah vernakular kepada sekolah kebangsaan yang mempunyai sukatan pelajaran yang sama. Selain itu, bantuan biasiswa dan peralatan kepada murid-murid untuk menyuntik semangat mereka supaya lebih rajin belajar. Oleh demikian, laporan ini merupakan laporan yang digubal dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) sebelum ditukar menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana, corak pendidikan yang dicadangkan memang bersesuaian dan dinantinantikan oleh rakyat Malaysia. Laporan ini juga menggalakkan hubungan perpaduan di antara kaum di mana ianya mematuhi kandungan di dalam FPK yang mementingkan rakyat yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri. Rumusan oleh Auni Salha
RUJUKAN Ainnul Salasiah. (n.d.) Aminuddin Baki. Academia. https://www.academia.edu/5282396/AMINUDDIN_BAKI Denne Freddy. (2 Ogos 2016). Laporan Aminuddin Baki 1964. Slideshare. https://www.slideshare.net/DenneFreddy/laporan-aminuddin-baki-1964 Frada Dea. (16 September 2020). Tajuk 4 : Penambahbaikan Sistem Persekolahan melalui Laporan Aminuddin Baki (1964) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (Laporan Mahathir, 1974 & 1979). Prezi. https://prezi.com/p/2290o8vy_wpc/tajuk-4-penambahbaikan-sistem-persekolahan-melalui-laporan-aminuddinbaki-1964-dan-laporan-jawatankuasa-kabinet-laporan-mahathir-1974-1979/ Munirahyahya. (25 September 2022). EDUP3093- TUGASAN 2 LAPORAN AMINUDDIN BAKI. Anyflip. phttps://anyflip.com/kvykm/alqb/basic. Aminuddin Baki. (25 Oktober 2019). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. https://www.yadim.com.my/v2/aminuddin-baki/
Terima Kasih