The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikgoO Ziellahy, 2023-08-09 15:59:27

PELAN STRATEGIK ORGANISASI SMK MERPATI SANDAKAN TAHUN 2023-2025

1


RINGKASAN EKSEKUTIF
Hala tuju SMK Merpati Sandakan adalah merupakan pelan tindakan untuk menyokong Pelan Strategik JPN Sabah agar perancangan dan pembangunan untuk membentuk kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dapat dicapai.
Sehubungan dengan itu, SMK Merpati Sandakan telah mengenal pasti tujuh (4) isu strategik yang perlu ditangani dalam tempoh tiga (3) tahun. Ianya merangkumi isu strategik yang melibatkan prestasi Gred Purata Negeri yang masih di atas 5.30 dan enrolmen murid aliran STEM yang masih rendah
Sementara itu, dua (2) lagi teras terlibat iaitu Teras Pembangunan Kokurikulum dan Sukan serta Teras Pembangunan Sahsiah Murid masing-masing mempunyai (1) isu dalam pelibatan murid di acara antarabangsa dan kehadiran murid. Teras keempat iaitu Teras Memantapkan Sistem Sokongan pula secara langsung berhubung dengan tujuh (7) isu strategik tersebut.
Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan boleh mencapai objektif dengan menyediakan strategi berfokus kepada empat (4) elemen utama dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) iaitu Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti, Sokongan PIBG dan Komuniti dan Persekitaran PdPc Bermakna.
Bagi memastikan pelan ini menghasilkan kejayaan, kesepakatan warga SMK Merpati Sandakan sama ada di pejabat ataupun disekolah adalah sangat penting.
1


SEKAPUR
TUAN HAJI MUHAMAD RAMLI BIN YAHYA
PENGETUA SMK MERPATI SANDAKAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia Madani, Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam PPD Sandakan Pemangkin Transformasi, Salam Perpaduan Dan Salam Sejahtera.
Saya bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Perancangan Strategik SMK Merpati Sandakan 2023 – 2025
yang merupakan dokumen penting bagi seluruh warga pendidik di sekolah ini berjaya dihasilkan. Pelan ini bukan sahaja merupakan panduan arah tujuan sekolah dalam tempoh masa tertentu, malah ianya adalah landasan untuk mencapai kecemerlangan dan kualiti pendidikan yang lebih baik. Matlamat Perancangn Strategik SMK Merpati adalah untuk merealisasikan misi dan visi sekolah selari dengan Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH), JPN Sabah dalam memastikan beberapa isu strategik yang
dikenalpasti dapat diselesaikan menjelang tahun 2025.
Antara matlamat utama pelan ini adalah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar kita. Kita ingin setiap pelajar mencapai tahap
kecekapan yang lebih tinggi dan menjadi individu yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Dalam usaha ini, kita juga tidak akan melupakan aspek pembangunan karakter dan nilai-nilai murni, kerana kita percaya pelajar yang baik akhlaknya akan membawa kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan. Hal ini selaras dengan matlamat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-2013-2025).
Selain itu, pelan ini juga akan memberi penekanan kepada peningkatan profesionalisme guru dan staf sokongan. Guru adalah tonggak penting dalam pendidikan, dan dengan menyediakan latihan dan sokongan yang sesuai, kita akan memastikan setiap pelajar mendapat pengajaran berkualiti yang mereka layakkan. Aspek pembangunan fizikal juga turut diberi perhatian. Kita akan berusaha untuk memperbaiki dan menambah baik kemudahan pembelajaran dan rekreasi, mencipta persekitaran yang kondusif untuk proses pembelajaran dan perkembangan holistik pelajar.
Saya ingin menekankan bahawa pelan ini adalah tanggungjawab bersama. Semua warga sekolah, termasuklah ibu bapa, perlu terlibat dalam merealisasikan matlamat pelan ini. Saya menggalakkan setiap individu untuk memberi sumbangan idea, tenaga, dan sokongan sepenuhnya. Pelan strategik ini adalah pengingat bahawa perubahan bermula di peringkat perancangan. Kita telah merangka pelan ini dengan teliti, dan kini masa telah tiba untuk melaksanakannya dengan penuh komitmen dan semangat. Bersama, kita akan membawa SMK Merpati ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.
Sekian dan terima kasih.
SIRIH
TUAN HAJI MUHAMAD RAMLI BIN YAHYA
PENGETUA SMK MERPATI SANDAKAN
2


SEKAPUR
PN HAJAH MUNAH BINTI HAJI NASRI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,
Saya bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Perancangan Strategik PPD Sandakan 2023-2025 yang merupakan dokumen penting bagi seluruh warga pendidik di daerah Sandakan ini berjaya dihasilkan. Dalam usaha memacu hala tuju
perubahan kepada kualiti pendidikan yang lebih berfokus, sistematik, terancang serta mampu diukur pelaksanaan dan
impak pencapaiannya selaras dengan moto iaitu “PPD Sandakan Pemangkin Transformasi”. Matlamat Perancangan Strategik
PPD Sandakan adalah untuk merealisasikan misi dan visi PPD Sandakan selari dengan hala tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) ,JPN
Sabah dalam memastikan beberapa isu strategik yang dikenalpasti dapat diselesaikan menjelang tahun 2025.
Alhamdulillah puji dan syukur kepada Allah, bermula dengan amanat mantan pengarah JPN Sabah,pelancaran hala tuju Sepakat Sabah
Hebat, penciptaan slogan baharu PPD Sandakan dan seterusnya pembentukan visi dan misi, akhirnya atas kesepakatan semua warga PPD
Sandakan lahirlah dokumen komprehensif ini yang diharapkan dapat memacu PPD Sandakan dalam membawa perubahan kepada kecemerlangan pendidikan di daerah ini. Menjadi tanggungjawab kita untuk merealisasikan hala tuju PPD Sandakan ke arah mewujudkan pendidikan berkualiti dengan memberikan focus kepada kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti.Hal ini selaras dengan matlamat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-2013-2025).
Saya optimis sepanjang tiga tahun ini, PPD Sandakan akan cuba memfokuskan beberapa isu strategik yang menjadi kendala dalam memacu kecemerlangan pendidikan di daerah ini. Bermula dengan isu peningkatan kualiti Gred Purata Daerah (GPD) dalam SPM mensifarkan murid pemulihan khas di tahun enam, enrolmen murid STEM, kebolehbacaan al-Quran murid tahun enam dalam modul J-Qaf serta isu kebolehpasaran murid berkeperluan khas (MBK) menuntut semua pihak sama ada diperingkat PPD mahupun sekolah agar mengambil tanggungjawab bersama dalam memastikan isu ini dapat diselesaikan pada masa akan datang.
Dalam Perancangan Strategik kali ini, kita telah menggariskan beberapa strategi dalam usaha melahirkan kemenjadian murid. Empat tonggak utama iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti, persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan penglibatan ibu bapa dan komuniti diberi keutamaan. Pemimpin yang hebat dan yang guru yang berkualiti perlu bangun sederap, mara sepakat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien masing- masing. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) pula perlu sentiasa menyokong usaha oleh pihak PPD dan sekolah dalam merealisasikan transformasi pendidikan di daerah ini. Saya optimis jika kita semua bersatu hati, dan berganding bahu untuk sama-sama melaksanakan perubahan dan menghayati gerak kerja baharu ini maka impian untuk melihat pendidikan di daerah ini berada pada tahap cemerlang akan dapat dijelmakan.
Sekian dan terima kasih
PUAN HAJAH MUNAH BINTI HAJI NASRI
SIRIH
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan
2


5


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2023
-
2025
6


Pengetahuan
Kemahiran Berfikir
Identiti nasional
ENAM(6) ASPIRASI MURID
Kemahiran Memimpin
Etika dan Kerohanian
Kemahiran Dwibahasa
7


TUJUH (7) TERAS KPM
YANG DISOKONG OLEH JPN SABAH DAN PPD SANDAKAN
Teras 1 : komunikasi antara sekolah dam kementerian lebih cekap dan telus
Teras 2 : Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti
Teras 3 : Kemiskinan berbilang dimensi B40 , malnutrisi, peranti dan ruang belajar
Teras 4 : Keciciran pendidikan & masalah literasi, rapatkan kesenjangan pendidikan
Teras 5 : Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan
Teras 6 : Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak
Teras 7 : Peningkatan Keupayaan pendidikan digital di sekolah
8


WAWASAN KPPM
ANAK
BAIK
JASMANI EMOSI
ROHANI
CERDIK (ABC
)
yang
lagi
ANAK
AKIDAH IBADAH
LAHIR
IBU BAPA
IBU BAPA GURU
ASAS
BAIK
ADAB
KARAKTER
PERISTIWA
PENGAKHIRAN
BONUS
CERDIK
SOSIAL INTELEK
SIRAH PERJALANAN MELALUI KEHIDUPAN
GURU IBU BAPA
9


10


PEMIMPIN BERKESAN
1 Menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang dan bertindak sebagai agen perubahan.
Mendapat akses yang lebih besarterhadap latihan kepimpinan serta amalan terbaik daripada rakan sejawat.
GURU BERKUALITI
Menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang dan bertindak sebagai agen perubahan.
Mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan serta amalan terbaik daripada rakan sejawat.
SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITI
Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITIPERSEKITARAN PdPc BERMAKNA
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.
2
3 3
11


AJK PELAKSANA
PELAN STRATEGIK ORGANISASI
PENGETUA
Muhamad Ramli Bin Yahya
PK. PENTADBIRAN
En. Mohd Najib B. Ajun
PK. HAL EHWAL MURID
Pn Noor Fadzillah Yunus
PK. KOKUM
En. Abdul Razil Samiun
PELAN STRATEGIK
En. Esley Villie Imit
SU PENTADBIRAN
Pn. Nuryati Kangan
SU HEM
Pn. Ruzanna Binti Md Yusop
SU KOKUM
EN. Vicktor Mathew
KB BAHASA
Pn. Hasbi Mohd Ajar
KB KEMANUSIAAN
Pn. Saffariah Binti Safar
KB SAINS & MATEMATIK
Pn. Roshasnita Hazan
KB TEKNIK & VOKASIONAL
Cik. Siti Hayani Hussain
12


PROFIL SMK MERPATI SANDAKAN
DEMOGRAFIK
GURU LELAKI : 23 GURU PEREMPUAN : 48 AKP : 12
JUMLAH STAF : 83
PURATA JARAK KE PPD
2.1 KM (8 MINIT)
DATA MURID
LELAKI : 590 PEREMPUAN : 474 JUMLAH : 1067
BILIK DARJAH
ALIRAN PERDANA : 27 ALIRAN AGAMA : 3 PPKI : 3
BLOK BANGUNAN
13 BUAH BLOK 0 ASRAMA
KELUASAN SEKOLAH
5.94 ha/14.67 ekar/ 59,400 sq.m
LOKASI SEMASA
BANDAR
BILANGAN KELAS
30 BUAH
13


PIAGAM PELANGGAN
SMK MERPATI, SANDAKAN
1. Memberi
mesra menerima
nilai informasi
layanan yang
dan
perkhidmatan
“ pelanggan

perkhidmatan
kami
terbaik .
kepada , kokurikulum dan
semua
. Memastikan pelaksanaan kurikulum
2
penghayatan
menjadi diperlukan
dengan
budaya
-
kami masyarakat
nilai
murni
“core
oleh kami
first
business”
3
. Memastikan
yang berurusan
pelajar
.
cepat
dan tepat
, sentiasa
class
dan
jabatan dengan
yang amalan


.
14


LENCANA SEKOLAH
LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH SERTA PENGERTIANNYA
Grafik
- Kecekalan dan ketangkasan
- Perpaduan yang utuh antara 4 kaum utama - Penggerak ke arah kecemerlangan
Perisai
Bulatan
Gear penjana
Lingkaran orbit - Kemajuan pesat melalui sains dan teknologi Simbol buku
dan Pena
Riben
Bestari
Warna
Kuning Hijau Merah Putih
– Keagungan dan kesyukuran ke atas Pencipta
– Kedamaian dan keharmonian warga sekolah
– Keberanian mencetus inspirasi
– Kesucian dan kebersihan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial
- Nadi Kecemerlangan ilmu
- Liku-liku kegemilangan
- Insan terbilang dari ilmu yang diperolehi
15


2


3
TOWS MATRIKS KURIKULUM TONGGAK - 02 GURU BERKUALITI
KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1 – 90% guru mengajar mengikut opsyen.
S2 – 100% guru memiliki ijazah Sarjana Muda.
S3 – 4 orang guru pemeriksa kertas SPM.
S4 – 3 orang guru dilantiksebagai JurulatihUtama
iaitu Mata Pelajaran Pendidikan Islam,
Perakaunan dan Sejarah.
S5 – 100% guru menengah atas telah mendapat
pendedahan format SPM.
W1-Tiada guru Guru Cemerlang.
W2-Guru kurang mengaplikasikan kemahiran ICT
dan pembelajaran digital dalam PdPc W3-10 % guru masih kurang pengalaman
melaksanakan PdPc berkesan.
W4 - Prasarana berkonsep pembelajaran digital
tidak disediakan di dalam kelas.
ISU 1 :
GRED PURATA SEKOLAH (SPM) MASIH DI ATAS 5.30
PELUANG (O)
SO WO
O1 –Komitmen dan kerjasama guru dengan PIBG dalam usaha meningkatkan kualiti dan prestasi murid.
O2 –Kolaboratif dan bantu selia antara guru- guru dan Pengawai SIP dan SISC+ yang aktif.
03 –Kursus berkaitan pemantapan pedagogi dan pengajaran berkesan diadakan oleh PPD, JPN, KPM dan agensi luar.
S1 + S2 + S5 + O2 + O3
Memperkasa kepimpinan instruksional SLT dan MLT untuk membimbing guru-guru berusaha meningkatkan peratus lulus dan GPS dalam SPM
W2 + W3 + O2 + O3
Membudayakan amalan perkongsian ilmu dalam kalangan guru dan berkolaboratif dengan pihak berkaitan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan kemahiran pembelajaran digital
ANCAMAN (T)
ST WT
T1 - Guru masih dibebani dengan tugas bukan hakiki.
T2 - Guru menggunakan data internet peribadi untuk akses internet dalam kelas.
T3- Sikap ibu bapa yang kurang prihatin terhadap masalah pembelajaran dan ketidakhadiran murid kesekolah.
S1 + S3 + S5 + T3
Memantapkan pelibatan PIBG dan PIBKS untuk meningkatkan prestasi akademik.
W2 + W4 +T2
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang bermakna, bilik darjah yang kondusif dan PdPc berkesan.


4
TOWS MATRIKS KURIKULUM
TONGGAK – 04 SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITI PERSEKITARAN PdPc BERMAKNA
KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1 – Prasarana asas mencukupi dan berfungsi S2 – 100% guru memiliki Ijazah Sarjana Muda
dan opsyen STEM. S3 – 1 orang duta guru
W1– Pakej STEM yang ditawarkan terhad W2 – Guru kurang mengaplikasikan
kemahiran ICT dan pembelajaran
digital dalam pdpc
W3 - Persepsi negatif murid terhadap subjek
STEM.
ISU 2 :
ENROLMEN MURID ALIRAN STEM MASIH RENDAH
PELUANG (O)
SO WO
O1 – Komitmen PPD dan JPNS serta KPM memperkasa bidang STEM.
02 – Hubungan PIBG dan sekolah yang erat.
O3 – Kolaboratif dan Selia Bantu antara guru-guru dan Pengawai SIP dan SISC+ yang aktif.
S1 + S2 + O1 + O2
Membudayakan STEM dalam kalangan guru, murid dan PIBG, berkolaboratif dengan pegawai SIP dan SISC+ sebagai Pembimbing dalam melaksanakan Program STEM.
W1 + O1 + O3
Mempelbagaikan pakej STEM di semua kelas menengah atas
ANCAMAN (T)
ST WT
T1– Kurang dorongan daripada ibu bapa T2 – Kurang pendedahan kerjaya sebenar STEM daripada pihak luar
S1 + S2 + T1+T2
Meningkatkan hubungan kolaboratif antara sekolah dan komuniti untuk membuka minda murid dan ibu bapa tentang peluang kerjaya dalam bidang STEM
T2+W3
Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti STEM


5
TOWS MATRIKS HAL EHWAL MURID TONGGAK - 01 PEMIMPIN BERKESAN
KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1 – S2 – S3 –
S4 – S5 –
Pentadbir yang berpengalaman.
3 orang kaunselor 2 orang berpengalaman. Amalan-amalan baik yang diterapkan oleh unit HEM dapat membentuk sahsiah murid. Kerja berpasukan dalam organisasi.
70% murid tinggal berhampiran kawasan sekolah.
W1– Data psikometrik murid kurang dirujuk. W2 – Kesukaran mendapatkan data unit HEM
yang tepat dan cepat.
W3 – Program menangani masalah ketidak
hadiran murid kurang berimpak. W4 – 7% murid lewat ke sekolah.
W5 – 5% Murid tinggal jauh dari kawasan
sekolah.
ISU 4
KEHADIRAN MURID MASIH RENDAH
PELUANG (O)
SO WO
O1 – Wujud jalinan dan jaringan yang baik antara sekolah dan Pegawai Perhubungan (PDRM)
O2 – Wujudnya hubungan dan kerjasama yang baik dengan PIBG, PIBK dan PPD dalam menangani isu kehadiran dan disiplin.
O3 – Hubungan baik dengan agensi luar seperti Pertubuhan Peladang dan komuniti lain.
S1 + S2 + S5 + O1 + O4
Memperkasa kepimpinan dan peranan pihak berkepentingan serta komuniti untuk isu kehadiran murid melalui pemantauan kehadiran, sahsiah dan pencapaian murid
W1 + W2 + O2 + O3
Meningkatkan keupayaan guru mengaplikasi data dalam menyediakan program berkaitan sahsiah
ANCAMAN (T)
ST WT
T1 – Sebahagian ibu bapa kurang melibatkan diri dengan program kemajuan sekolah.
T2 – Pengaruh rakan sebaya dan Media Sosial. T3 – Taraf sosio ekonomi ibu bapa rendah
T4 – ibu bapa kurang prihatin dengan kehadiran
anak ke sekolah.
S2 + S5 + T1 + T6
Memantapkan kepelbagaian sistem sokongan bagi peningkatan kehadiran murid.
W3 + W3 +T3
Memperkasa jalinan dan jaringan PIBKS dan pihak berkepentingan dengan lebih efisen.


6
TOWS MATRIKS KO-KURIKULUM
TONGGAK - 04 SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITI, PERSEKITARAN PdPc BERMAKNA
KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1 - S2 - S3 - S4 -
S5 -
100% guru terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
5% guru adalah Pegawai Teknikal dan mempunyai lesen kejurulatihan.
Guru-guru yang kreatif, terlatih, mahir dan berpengalaman dalam perlaksanaan aktiviti. Murid tinggal berhampiran dengan sekolah Sebahagian murid mempunyai bakat dan motivasi
Prasarana sekolah yang baik.
W1 - 4 orang guru yang aktif dalam PSKPPS.
W2 - Peruntukan kewangan yang terhad.
W3 - Murid terlalu bergantung kepada tunjuk ajar
dan bimbingan guru.
W4 - Pelibatan pelajar untuk bertanding di
kejohanan luar sekolah masih rendah. W5 - Kemudahan peralatan kokurikulum masih
kurang
ISU 1 :
PENGLIBATAN MURID DALAM BIDANG SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN DIPERINGKAT ANTARABANGSA MASIH RENDAH
PELUANG (O)
SO WO
O1 - O2 -
O3 - 04 –
Kerjasama yang baik dengan, PPD, JPN dan KPM.
Agensi kerajaan, swasta dan NGO menyediakan kursus kejurulatihan dan teknikal yang berkaitan.
Hubungan pihak sekolah, PIBG yang baik dengan komuniti setempat.
Markah PAJSK diambil kira untuk kemasukan ke IPTA
S1 + S3 + O1 + 03
1. Memperkasaperanangurudanpihak berkepentingan serta komuniti untuk isu pelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negeri.
W1 + W3 + O1 + O2
Meningkatkan kompetensi guru dalam bidang pengurusan, kejurulatihan dan teknikal.
ANCAMAN (T)
ST WT
T1 -
T2 - T3 -
Persepsi Ibu bapa terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum masih rendah.
Tahap sosio ekonomi ibu bapa yang rendah. Minat dan kecenderungan pelajar lebih
kepada aktiviti bercorak hiburan akibat pengaruh media sosial.
T4 - Peluang untuk ke peringkat antarabangsa terhad.
S1 + S3 + O1 + 03
Memantapkan penglibatan PIBG dan PIBKS ke arah peningkatan kehadiran murid ke sekolah dalam aktiviti kokurikulum
S1 + S3 + O1 + 03
Mewujudkan akses ruang dan peluang dalam meningkatkan pelibatan murid di peringkat antarabangsa.


7


8


9


10


RANKING MATRIK
STRATEGI SO/WO/ST/WT
(WO)
(WO)
(WO)
(WO)
FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL
NAMA PROGRAM TAKTIKAL
MuBest
GuBest
My Modul
CAKNA STEM
Kos
Tempoh Masa
Kompleksiti Program (Proses) Akses Sumber-Sumber Impak Program
JUMLAH POIN
RANKING KEUTAMAAN
3222 3322 3332 4444 5555
1
2
3
4
Poin 1 2 3 4 5
KOS
Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah Tiada
MASA
Sangat Lama Lama Sederhana Pendek Sangat Pendek
18
Sangat Kompleks Kompleks Sederhana Mudah Sangat Mudah
17
AKSES
Sangat Sukar Sukar Sederhana Mudah Sangat Mudah
16 15
IMPAK
Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
PROSES
SKALA KRITIKAL FAKTOR KEJAYAAN
11


RANKING MATRIK
STRATEGI SO/WO/ST/WT
(SO)
(WT)
(S0)
(WT)
FAKTOR
KEJAYAAN KRITIKAL
NAMA PROGRAM TAKTIKAL
Projek Anugerah Pro Co- Kokum Excellent
3333 2332 3332 3333 4234
Gemilang Saya Hebat Sukan
Kos
Tempoh Masa
Kompleksiti Program (Proses) Akses Sumber-Sumber Impak Program
JUMLAH POIN
RANKING KEUTAMAAN
15
14
Sangat Sukar Sukar
Sederhana
Mudah
Sangat Mudah
15 14
IMPAK
Sangat Rendah
Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
1
4
2
3
Poin 1 2 3 4 5
KOS MASA
Sangat Tinggi Sangat Lama Tinggi Lama
Sederhana Sederhana
Rendah Pendek
Tiada Sangat Pendek
PORSES
Sangat Kompleks
Kompleks
Sederhana
Mudah
Sangat Mudah
AKSES
SKALA KRITIKAL FAKTOR KEJAYAAN
12


RANKING MATRIK
STRATEGI SO/WO/ST/WT
(SO) 1
(SO) 1
(SO) 1
(SO) 1
FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL
NAMA PROGRAM TAKTIKAL
SaKuJi
iHADIR
HEM BOOSTER
H@KEM
Kos
Tempoh Masa
Kompleksiti Program (Proses) Akses Sumber-Sumber Impak Program
JUMLAH POIN
RANKING KEUTAMAAN
4433 3433 5344 4344 4545
1
2
3
4
Poin 1 2 3 4 5
KOS
Sangat Tinggi Tinggi
Sederhana Rendah Tiada
20
MASA
Sangat Lama Lama
Sederhana
Pendek
Sangat Pendek
PORSES
Sangat Kompleks
Kompleks
Sederhana
Mudah
Sangat Mudah
19
Sangat Sukar Sukar
Sederhana
Mudah
Sangat Mudah
18 19
IMPAK
Sangat Rendah
Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
AKSES
SKALA KRITIKAL FAKTOR KEJAYAAN
13


2023 - 2025
PELAN STRATEGIK INDUK
UNIT KURIKULUM
14


15
Bidang / Unit INDUK KURIKULUM
TERAS STRATEGIK
ISU STRATEGIK
MATLAMAT STRATEGIK
STRATEGI
KPI
TOV
SASARAN
2023
2024
2025
Peningkatan Pencapaian Kurikulum
Gred Purata Negeri (GPN) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih di atas 5.30
Meningkatkan pencapaian GPS dalam SPM
Memperkasa kepimpinan instruksional SLT dan MLT untuk membimbing guru-guru berusaha meningkatkan peratus lulus dan GPS dalam SPM
Peningkatan
Gred Purata Sekolah (GPS)
5.83
5.61
5.39
5.17
Membudayakan amalan perkongsian ilmu dalam kalangan guru dan berkolaboratif dengan pihak berkaitan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan kemahiran pembelajaran digital
Memantapkan pelibatan PIBG dan PIBKS untuk meningkatkan prestasi akademik.
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang bermakna, bilik darjah, yang kondusif dan PdPc berkesan.
SEKTOR PENERAJU : KURIKULUM


16
Bidang / Unit INDUK KURIKULUM
TERAS STRATEGIK
ISU STRATEGIK
MATLAMAT STRATEGIK
STRATEGI
KPI
TOV
SASARAN
2023
2024
2025
Peningkatan Pencapaian Kurikulum
Enrolmen murid aliran STEM masih rendah
Meningkatkan enrolmen murid aliran STEM
Membudayakan STEM dalam kalangan guru, murid dan PIBG, berkolaboratif dengan pegawai SIP dan SISC+ sebagai Pembimbing dalam melaksanakan Program STEM.
Peningkatan Kepada 40 Peratus Enrolmen Murid STEM (STEM A,B dan C) daripada jumlah keseluruhan murid
24 %
32.8 %
37.8%
42.8 %
Mempelbagaikan pakej STEM di semua kelas menengah atas
Meningkatkan hubungan kolaboratif antara sekolah dan komuniti untuk membuka minda murid dan ibu bapa tentang peluang kerjaya dalam bidang STEM
Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti STEM
SEKTOR PENERAJU : KURIKULUM


17
2023 - 2025
PELAN STRATEGIK INDUK
UNIT HAL EHWAL MURID


18
KPI Sekolah Peningkatan peratus kehadiran MURID sehingga 95% pada tahun 2025. (PENGURUSAN HEM) Bidang / Unit INDUK Hal Ehwal Murid (HEM)
TERAS STRATEGIK
ISU STRATEGIK
MATLAMAT STRATEGIK
STRATEGI
KPI
TOV
SASARAN
2023
2024
2025
Pembangunan Sahsiah Murid
Peratus Kehadiran Murid Masih Rendah
Meningkatkan Peratus Kehadiran Murid
Memperkasa kepimpinan dan peranan SLT dan MLT serta komuniti melalui pemantauan dalam meningkatkan literasi kehadIran murid.
Peratus Kehadiran Sekolah
86.7 %
95%
95%
95%
Meningkatkan keupayaan guru dalam mengaplikasikan data untuk menyediakan program sahsiah murid.
Memantapkan kepelbagaian sistem sokongan bagi peningkatan kehadiran murid.
Memperkasa jalinan dan jaringan PIBKS dan pihak berkepentingan dengan lebih efisen.
UNIT PENERAJU : HAL EHWAL MURID


19
2023 - 2025
PELAN STRATEGIK INDUK
UNIT KO-KURIKULUM


20
KPI Sekolah Jumlah pelibatan pelajar di negeri meningkat Bidang / Unit UNIT KO-KURIKULUM
TERAS STRATEGIK
ISU STRATEGIK
MATLAMAT STRATEGIK
STRATEGI
KPI
TOV
SASARAN
2023
2024
2025
Peningkatan Penglibatan Kokurikulum Sekolah
Pelibatan murid dalam bidang sahsiah, sukan, kokurikulum dan kesenian di peringkat antarabangsa masih rendah
Meningkatkan penglibatan murid dalam Unit beruniform, Persatuan dan sukan permainan
1. Memantapkan pengurusan program pembangunan sukan, kokurikulum dan kesenian dalam kalangan pemimpin sekolah.
2. Meningkatkan kualiti dan Profesionalisme guru dalam pengurusan sukan, kokurikulum dan kesenian.
3. Memantapkan dan meningkatkan pelibatan dan jalinan dengan PIBG serta pihak berkepentingan
4. Membangun dan mewujudkan persekitaran sekolah, akses dan peluang dalam meningkatkan pelibatan murid di peringkat antarabangsa.
Jumlah pelibatan murid di peringkat negeri
10
11
12
13
UNIT PENERAJU : KO-KURIKULUM


21


Click to View FlipBook Version