SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD
31200 CHEMOR, PERAK
PdPR
Matematik Tahun 6
bersama
Cikgu Zety Akhzam Binti Zahari
Tajuk : 1.0 Nombor Bulat dan Operasi Asas
Standard Kandungan :
1.3 Nombor hingga tujuh digit
Standard Pembelajaran :
(i)Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga tujuh
digit dalam perpuluhan juta yang melibatkan situasi harian.
(ii) Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga tujuh
digit dalam pecahan juta yang penyebutnya 2, 4, 5, 8 dan 10 yang
melibatkan situasi harian.
Objektif Pembelajaran :
Murid dapat :
membaca, menyebut dan menulis lima nombor
yang diberi dengan betul dan tepat secara individu.
membaca, menyebut dan menulis lima nombor
yang diberi dalam pecahan juta yang penyebutnya
2, 4, 5, 8 dan 10 dengan betul dan tepat secara
individu.
Assalamualaikum
murid-murid.
Masih ingat tak lagi
tentang nombor
perdana?
Mari kita ulang kaji
sebentar tentang
nombor perdana.
Nombor perdana ialah
nombor bulat yang
boleh dibahagi dengan
1 dan dirinya sendiri.
Kamu perlu mengingati
semua nombor
perdana dalam
lingkungan 100
Sebelum cikgu meneruskan
pengajaran hari ini, cuba
jawab soalan menggunakan
pautan ini
https://www.liveworksheets.co
m/xk1512558sk
Bagaimana? Seronok tak
menjawab soalan tadi?
Berapa markah yang
kamu perolehi?
Mari kita berexplorasi
nombor tujuh digit
Kamu boleh rujuk buku
teks m/s 9
Kamu perlu tahu :
1. Baca dan sebut nombor
2. Tulis nombor dalam perkataan
dan angka
3. Nilai tempat dan nilai digit bagi
sebarang nombor
4. Cerakin nombor mengikut nilai
tempat dan nilai digit
5. Pembundaran nombor
Semua ini kamu sudah
belajar semasa kamu
berada di Tahun 1
hingga Tahun 5
Masihkah kamu ingat
lagi dengan nilai
tempat, nilai digit,
cerakin dan bundar?
Mari kita lihat contoh
bagaimana kamu
mengenal nombor
Diberi nombor 1 603 278
Cuba kamu sebut, tukar
dalam perkataan, cerakin
mengikut nilai tempat dan nilai
digit.
Kemudian kamu bundarkan
kepada ratus ribu terdekat
dan juga puluh terdekat
Diberi nombor 1 603 278
1 603 278 disebut sebagai
satu juta enam ratus tiga ribu
dua ratus tujuh puluh lapan
Cerakin mengikut nilai tempat
1 603 278 = 1 juta + 6 ratus ribu
+ 0 puluh ribu + 3 ribu + 2 ratus
+ 7 puluh + 8 sa
Diberi nombor 1 603 278
Cerakin mengikut nilai digit
1 603 278 = 1 000 000 + 600 000
+ 3 000 + 200 + 70 + 8
Apabila 1 603 278 dibundarkan kepada
ratus ribu terdekat menjadi 1 600 000.
Manakala jika dibundarkan kepada
puluh terdekat menjadi 1 603 280
Cuba kamu bundarkan 567 217
kepada juta terdekat.
Adakah kamu dapat
jawapannya?
Jawapannya ialah 1 000 000
Bagaimana cara
mendapatkan jawapannya?
Masihkah kamu ingat teknik
BFF (Best Friend Forever) ?
Teknik BFF (Best Friend
Forever) digunakan untuk
soalan pembundaran nombor
Mari kita lihat soalan yang
diberi tadi.
Bundarkan 567 217 kepada juta terdekat.
Langkah – langkah yang perlu diikuti :
1. Kenal pasti nilai tempat juta dan bulatkan
2. Buat palang di sebelah kanan nilai tempat yang dibulatkan dan tulis angka
sifar di selah kanan palang mengikut bilangan angka yang ada.
3. Kenal pasti dan bulatkan BFF nya
4. Jika :
BFF – 0, 1, 2, 3, 4, +0 pada nilai tempat yang dibulatkan
BFF – 5, 6, 7, 8, 9 +1 pada nilai tempatyang dibulatkan
5. Salin semula nombor yang telah dibundarkan itu dengan kemas
0 5BFF67 217.
+1
1.000 000
Jawapan = 1 000 000
Cikgu harap kamu faham
cara bagaimana
mendapatkan jawapannya
melalui teknik BFF.
Sekarang kita hendak membaca,
menyebut dan menulis nombor
dalam perpuluhan juta dan
pecahan juta
Nombor perpuluhan juta dan pecahan juta
Satu perpuluhan lima juta
Satu juta lima ratus ribu lapan ratus tiga puluh
Sumber :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/306310/lebih-17j-pekerja-asing-sah-di-malaysia
Nombor perpuluhan juta dan pecahan juta
Enam perpuluhan tujuh juta
Dua perpuluhan satu juta
Sumber :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bancian-jumlah-sebenar-warga-asing-dalam-negara-akan-diadakan-171357
Bagaimana cara kamu menyebut
0.032 juta ?
Bagaimana pula kamu hendak
menyebut 3 juta ?
8
Bagaimana kamu hendak menyebut
3 2 juta ?
5
0.032 juta disebut sebagai
sifar perpuluhan sifar tiga dua juta
3 juta disebut sebagai
8
tiga perlapan juta
3 2 juta pula disebut sebagai
5
tiga, dua perlima juta
Bolehkah 0.032 juta disebut sebagai
kosong perpuluhan kosong tiga dua juta?
Bolehkah 1 juta disebut sebagai
2
setengah juta?
Bolehkah 1 juta disebut sebagai
4
suku juta?
Bolehkah 0.032 juta disebut sebagai
kosong perpuluhan kosong tiga dua juta?
Jawapannya TIDAK BOLEH
Bolehkah 1 juta disebut sebagai
2
setengah juta?
Jawapannya
BOLEH
Bolehkah 1 juta disebut sebagai
4
suku juta?
Jawapannya BOLEH
Cikgu mengharapkan agar semua
murid faham dengan penerangan
serta contoh-contoh yang cikgu
berikan tadi.
Seterusnya cikgu akan
beri kamu latihan bertulis
dari buku teks m/s 9.
Latihan dalam buku tulis – Buku teks muka surat 11
Setakat itu sahaja
pengajaran cikgu pada
hari ini. Nanti kita jumpa
lagi..Bye
Jangan lupa
menghantar latihan
bertulis yang sudah
siap kepada cikgu
Murid sepatutnya sudah faham dan tahu
Membaca, menyebut dan menulis nombor dalam perkataan
dan angka, nilai tempat , nilai digit, cerakin dan membundar
nombor hingga tujuh digit.
Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga
tujuh digit dalam perpuluhan juta dan pecahan juta.