GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PERPUSTAKAAN DATO’ LOKMAN MUSA 2017
Pameran mini asal usul dan bukti keintelektualan Melayu serta manuskrip Melayu
Kursus E-Book
Wacana Manuskrip Melayu “Patriotisme Wira Melayu” (Kerjasama Perpustakaan
Negara Malaysia)
Pameran Manuskrip Melayu Hang Tuah dan Hang Tuah Wira Melayu
Pameran Sejarah Bahasa Melayu sempena Konvensyen Kerangka Standard
Bahasa Melayu di Galeri IPG KBM (Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia)
Bengkel E-quip dan OPAC Sistem Perpustakaan
Taklimat Pelajar-pelajar Baharu IPGKBM
Kuiz Maklumat di Perpustakaan
IMPAK AKITIVITI-AKTIVITI PERPUSTAKAAN DATO’ LOKMAN MUSA
KEPADA WARGA IPGKBM
Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Perpustakaan Dato’ Lokman
Musa sepanjang tahun 2017 dapat dirumuskan bahawa ianya telah telah menunjukkan impak
positif kepada pelajar, pensyarah dan kumpulan profesional dan pelaksana. Ini berdasarkan
sambutan yang menggalakkan daripada warga IPGKBM di dalam pendaftaran ke laman
sesawang u-Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia semasa program
wacana manuskrip Melayu Hang Tuah di mana warga IPGKBM yang telah mendaftar boleh
mengakses laman tersebut untuk mencari maklumat, buku, jurnal dan artikel dari dalam dan
luar negara secara atas talian “online”.Perpustakaan Dato’ Lokman Musa juga komited dan
sentiasa mencetuskan kesedaran dan minat membaca di kalangan warga IPGKBM melalui
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bagi melahirkan bakal guru-guru yang rajin membaca dan
berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang ilmu. Semoga usaha-usaha oleh perpustakaan ini
akan melahirkan guru-guru IPGKBM yang berpengetahuan tinggi bukan sahaja dalam bidang
perguruan tetapi juga dalam bidang pengetahuan yang pelbagai.
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
PENDAHULUAN
Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) memberi tumpuan kepada keseimbangan emosi dan
kesihatan mental insan serta menjaga kesejahteraan dan keharmonian organisasi. Aktiviti
dan program yang dirancang bertujuan memperkembangkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara.
VISI
Insan sejahtera warga harmoni emosi seimbang
MISI
Pembestarian perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk memperkembangkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu,
organisasi dan komuti setempat,
Memberi kesedaran kepada warga IPG KBM akan kepentingan perkhidmatan psikologi
dan kaunseling dalam menguruskan kehidupan harian,
Memberikan pendidikan, kesihatan mental dan fizikal kepada warga IPG KBM,
Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling berteraskan etika kerahsiaan
dan menepati peruntukan perundangan Akta Kaunselor 1998,
Melestarikan kelangsungan perkhidmatan kaunseling kepada stake-holder,
Menyediakan pelan dan laluan kerjaya kepada bakal guru selaras dengan rakan
profesional yang lain.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Psikologi & Kaunseling berikrar dan berjanji akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi piagam pelanggan seperti berikut :
Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor organisasi yang
berdaftar dan mempunyai perakuan amalan selaras dengan akta kaunselor 1998 Aakta
580),
Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh sepuluh (10) minit,
Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan
permohonan tertakluk kepada persetujuan klien,
Memastikan laporan sesi kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas
permintaan.
Memastikan laporan ujian psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas
diambil atas permintaan klien.
CARTA ORGANISASI
UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
Dr.Maridah Binti Alias (A.N.S.,P.M.C)
Pengarah
(Kosong)
Timbalan Pengarah
(Kosong)
Ketua Unit
Syed Mohd Hamzah Bin Syed Chai Siew Lee
Ab.Hamid Peg.Kaunseling (Pelajar)
Peg.Kaunseling (Pentadbir)
Muazzam Shah B.Mohamad
Staf
AKTIVITI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING TARIKH
Jan 2017
BIL. AKTIVITI Jan-Okt'17
1. Prihatin Penjalin Kasih 21/1/17 & 26/8/17
2. Misi bantu pelajar OKU 25-26/2/17
3. Program Pemantapan Kendiri 16/03/17
4. Program Perkasa PRSd 23/03/17
5. Bengkel Pementoran 31/3/17
6. Kursus Pemantapan AKRAB 11/05/17
7. Program EduRangers 18/05/17
8. Program Budaya Kerja Positif 5/8/17
9. Program Terapi Seni “Keluarga Harmoni” 27/10/17
10. Program Khidmat Bakti (PRSd)
11. Kursus Asas PRSd
IMPAK
Program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) memberi
fokus kepada keharmonian dan keseimbangan emosi warga IPG Kampus Bahasa Melayu.
Maklumbalas daripada peserta-peserta menunjukkan kepuasan hati dalam aspek
penambahan pengalaman baru dalam pengendalian isu-isu berfokus di tempat bertugas.
Galeri
Program Perkasa PRSd pada 25-26/02/17 Program Terapi Seni “Keluarga Harmoni”
pada 18/5/18
Program EduRangers pada 31/3/17 Program Budaya Kerja Positif pada 11/5/17
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai. 59990 Kuala Lumpur
Tel : +603-2281 4400 Faks : +603-2281 4444
Laman Web : http://ipgkbm.moe.edu.my/