USAHA-USAHA UNTUK MEWUJUDKAN BANGSA IDAMAN MALAYSIA PENGHAYATAN DAN ETIKA PERADABAN MUHAMAD LUQMAN B.MUHD NAZIR MPU21032
TAJUK : USAHA-USAHA UNTUK MEWUJUDKAN BANGSA IDAMAN MALAYSIA PENSYARAH -MUHAMAD LUQMAN B.MUHD NAZIR KAVIN A/L TAMIL SELVAN (08DBP23F1029) HERWIN A/L BALAKRISHNAN (08DPB23F1098) GAJAMUGAN A/L MOGANASUNDRAM (08DPB23F1058)
Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang dimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identity. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentiment perkauman, keturunan, agama, Bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perbahasan utama dalam persoalan nasional. Dari sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah terbentuk semenjak tahun 1957. Latar belakang dan latar hadapan kepada projek negara-bangsa Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi makna kepada apa yang dinamakan sebagai Bangsa Malaysia. Malaysia, yang berlatarbelakang empat tiang utama agama, bahasa, budaya dan raja telah memberikan citra utama kepada identiti kebangsaan. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). Seterusnya, bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya, dan sejarah. Bangsa idaman juga seringkali dikaitkan dengan pertalian darah. Walaupun wujud pelbagai perpektif, sentiment yang membentuk bangsa ialah perasaan kebersamaan atau ‘belonging together’. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan Bersama dalam sesebuah negara. PENGENALAN
KONSEP BANGSA IDAMAN 1. Bangsa Idaman sebelum Merdeka • Bangsa Idaman, sebelum Merdeka adalah pergerakan nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idamanyang diinginkan mereka sendiri, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. • Contohnya, di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman pertama adalah Melayu Raya anjuran kelompok strategik kiri Melayu yang kedua adalah negara Islam anjuran kelompok strategik berorientasi Islam dan yang terakhir adalah masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation). • Kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial. Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949).
2. Bangsa idaman selepas Merdeka • Selepas merdeka keinginan kolektif untuk mempunyai suatu “identiti nasional sepunya” atau sebuah bangsa. • Idea dan pendapat mengenai identity nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih dikenali sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. • Antara Bangsa Idaman utama pasca iaitu Merdeka 1957 dimana ia adalah konsep “Malaysian Malaysia” anjuran kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan daripada Malaysia akhir tahin 1990. • Bangsa Idaman pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation
3. Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru • Bangsa Idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 diaman bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir) yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran Kerajaan dan dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. • Terdapat juga di Sabah iaitu Sabagh untuk Sabahan bangsa idaman anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi.
Bangsa idaman Era Malaysia baru Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza pendapat. Disini juga terdapat kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.
Cabaran Mewujudkan Bangsa Idaman • Pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam membentuk sebuah bangsa idaman seperti pluralisme, liberalisme dan kepelbagaian budaya. • Pertama iaitu pluralisme iaitu sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk dan biasanya terbina daripada hasil perjajahan pada zaman dahulu. Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang penyatuan masyarakat pada masa itu. Hal ini menyebabkan wujudnya masalah dalaman yang rumit kepada negara yang dijajah apabila dimerdekakan. Ini secara keseluruhan menjadi ancaman kepada pembinaan bangsa idaman. • Seterunya adalah liberalisme iaitu bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan. Dimana keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada penipuan dan menimbulkan pekara-pekara yang akan menggugat kemakmuran dan menyebabkan perkembangan negara akan terjejas. Oleh hal itu, masyarakat perlu mempersiapkan mental dan fizikal mereka daripada keadaan yang diluar jangkaan supaya sikap liberalisme dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat patriotisme diri mereka demi kepentingan bangsa dan negara. • Selain daripada itu, kepelbagaian budaya juga menjadi cabaran untuk mewujudkan bangsa idaman. Kepelbagaian budaya adalah pembentukan masyarakat majmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru kepada penduduk di negara ini. Menurut Ibn Khladun dimana tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung dan patut ditiru oleh suatu bangsa yang maju dan agung.Oleh itu,nilai budaya Malaysia hendaklah menjadi asas kepada kemajuan bangsa dan negara. Dalam sebuah bangsa rakyat bebas berkongsi lambing, identiti, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi asas dan matlamat sesebuah pembinaan bangsa idaman. • Kesimpulannya, setiap masyarakat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan bangsa idaman yang menepati matlamat dan menjadikan perpaduan negara yang stabil. Masyarakat hendaklah memupukkan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka begitu juga golongan pemimpin negara hendaklah menunjukkan contoh yang baik dan mejalankan tugas dengan amanah dan taat agar perpaduan dan kemajuan negara dapat dicapai dengan mudah.
Bangsa Dalam Malaysia Baharu • Pembangunan bangsa pasca PRU 14 tidak banyak mengalami perubahan • Konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, DAN PAS. • Penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic” • Kepelbaagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan
KESIMPULAN Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni.
RUJUKAN • https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/08/319408/mereali sasikan-bangsa-malaysia • https://penanginstitute.org/news/highlights-at-penanginstitute/syarahan-bangsa-idaman-sebuah-kupasan-mengenai-usahamerintis-malaysia-baharu/ • https://www.facebook.com/100535331856042/posts/antara-cabaran-dankekangan-dalam-membentuk-sebuah-bangsa-idaman-pluralismesifa/102186325024276/