Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
STANDARD OPERATION PROCEDUR (SOP)
KAWASAN PERSEKITARAN FASILITI
TEMPAT MELETAK KENDERAAN
Tempat meletak kenderaan yang sesuai untuk pekerja dan pelajar:
1. Kemudahan parkir untuk golongan OKU disediakan.
2. Tanda/ Garisan antara lot-lot parkir dan lain-lain garisan lalulintas hendaklah
jelas dan terang.
3. Petunjuk arah laluan disediakan dengan jelas.
4. Kawasan persekitaran dalam keadaan baik dan bersih.
KAWASAN PERSEKITARAN KV SEGAMAT
1. Lampu jalan berfungsi dan dalam keadaan baik.
2. Jalan di kawasan persekitaran KV Segamat berkeadaan baik dan tidak
berlubang atau rosak.
3. Taman permainan dan peralatan di taman permainan dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
4. Sistem kawalan lalulintas yang mudah difahami dan dipatuhi disediakan.
5. Tanaman dijaga rapi dan tiada pokok rosak atau mati di sekitar kawasan.
6. Kawasan padang mestilah bersih dan rumput tidak dibiarkan panjang.
7. Tong sampah yang disediakan perlu bertutup, bersesuaian dan mencukupi.
8. Kawasan pengumpulan sampah bersih, tidak berbau dan diuruskan dengan
baik.
9. Cat bangunan berada dalam keadaan baik dan bersih.
10. Pili bomba tidak dihalang dan berada dalam keadaan baik.
11. Kawasan nursery dan kolam mestilah bersih serta diselenggara dengan baik.
PONDOK PENGAWAL
1. Tempat pengawal berada dalam keadaan baik dan bersih.
2. Perkhidmatan yang diberi, mempamerkan suasana mesra pelanggan (sopan/
mesra dan sedia membantu).
49
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
PAPAN TANDA JABATAN / PAPAN TANDA ARAH / PETUNJUK
Papan tanda jabatan, papan tanda arah/ petunjuk hendaklah:
1. Letakkan di lokasi yang penting dan stategik seperti pentadbiran, bilik ketua
jabatan, tandas,
2. pintu keluar dan bilik mesyuarat.
3. Berada dalam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih.
4. Saiz yang sesuai, mudah dibaca dan difahami.
5. Berkonsepkan imej korporat jabatan.
PENAMPILAN MEDIA/ BAHAN PAMERAN BERIMEJ KORPORAT
1. Bahan media atau bahan pameran yang dipamerkan di papan notis atau
papan kenyataan di seluruh jabatan/ unit perlu berada dalam keadaan baik,
tidak berdebu, bersih dan perlu sentiasa dikemas kini mengikut keadaan
semasa.
2. Semua bahan media atau bahan pameran yang dipamerkan hendaklah
mendapat kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab.
3. Penampilan media/bahan pameran yang dipamerkan perlu berkualiti/ berimej
korporat, kemas dan teratur.
4. Penghasilan bahan pameran yang kreatif adalah digalakkan supaya dapat
menarik perhatian pelanggan.
GO GREEN
Pelaksanaan Go Green digalakkan bagi menyokong kempen guna semula, kitar
semula dan penjimatan.
1. Melaksanakan program penjimatan tenaga/sumber secara menyeluruh seperti:
i) Notis/arahan penjimatan tenaga.
ii) Penggunaan lampu/peralatan save energy.
iii) Penetapan suhu optimum.
iv) Penjimatan kertas.
v) Penjimatan air.
vi) Kempen hijau.
2. Melaksanakan program kitar semula.
3. Menyediakan analisis penjimatan seperti: Kos, masa, tenaga pekerja dan
ruang.
50
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
KREATIVITI DAN INOVASI
1. Melaksanakan inovasi / best practice yang boleh meningkatkan produktiviti
dan kualiti kerja warga agensi.
2. Melaksanakan program kreativiti dan inovasi seperti kreativiti mengguna
barangan terpakai, barang terpakai untuk hiasan dan hiasan / kegunaan
EKSA.
3. Berikut contoh kreativiti dan inovasi yang telah dilaksanakan:
i. Penggunaan Tong Kitar Semula Menggunakan Bahan Bahan Terpakai
ii. Kreativiti Pergerakan Staf
51
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
52
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
KESERAGAMAN SISTEM FAIL
Tetulang Fail:
i. Terdiri daripada indeks nombor, nama pemilik fail dan tajuk fail sahaja.
ii. Indeks nombor bersaiz 50 dengan jenis tulisan Bernard MT Condensed dan
center.
iii. Tajuk fail berbentuk melintang, bersaiz 30, jenis tulisan Berlin Sans FB Demi
dan tulisan berhuruf besar dan center.
iv. Nama pemilik fail berbentuk melintang, bersaiz 18, jenis tulisan Berlin Sans
FB dan tulisan berhuruf besar dan center.
v. Rekabentuk rangka tetulang adalah berjenis thick thin dan saiz lebar adalah 4
pt.
vi. Jika fail yang digunakan berbentuk Ring File jenis putih , semua fail yang
disusun perlu menggunakan ring file jenis putih yang sama (boleh beza dari
segi ketebalan fail).
vii. Jika fail yang digunakan berbentuk fail kulit keras hitam, semua fail yang
disusun perlu menggunakan fail kulit keras hitam yang sama (boleh berbeza
dari segi ketebalan fail).
viii. Saiz tetulang untuk ketebalan fail yang berlainan:
a. Ketebalan fail (3.5cm) – ketinggian tetulang: 9.42”, keluasan tetulang: 1.18”
b. Ketebalan fail (5.5cm) – ketinggian tetulang: 9.42”, keluasan tetulang: 1.64”
c. Ketebalan fail (7.5cm) – ketinggian tetulang: 9.42”, keluasan tetulang: 2.4”
ix. Jika didapati susah untuk memasukkan tetulang fail, keluasan tetulang boleh
dikurangkan mengikut kesesuaian. Rujuk Gambarajah 5 untuk contoh
tetulang fail.
53
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
KOLEJ KOLEJ
VOKASIONAL VOKASIONAL
SEGAMAT SEGAMAT
A02 300/400 ENGLISH FOR SPESIFIC PURPOSE
HASFARINA BINTI ABAS
A02 100/200 GENERAL ENGLISH
HASFARINA BINTI ABAS
54
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
KESERAGAMAN BUKU/BAHAN RUJUKAN (DI PERPUSTAKAAN)
Buku/ Bahan Rujukan:
i. Warna dan kategori untuk tetulang buku adalah seperti dalam Gambarajah
6.
ii. Kod warna adalah seperti dalam Jadual 2.
55
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
56
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
PINDAAN:
Jika ada pindaan, Jawatankuasa EKSA Induk akan mengeluarkan arahan
terbaru.Ia perlu dicatatkan pada “Senarai Pindaan” Buku Panduan ini.
Penambahan /pembetulan / penggantian helaian tertentu mungkin perlu dibuat.
Jika ada terlalu banyak perubahan, Manual Standard EKSA versi baru akan
dikeluarkan.
KAWALAN:
Manual ini boleh dimuat turun dari website Kolej Vokasional Segamat.
MAKLUMBALAS:
Kami mengalu-alukan komen, kritikan membina, cadangan, idea dan reka
bentuk baru daripada anggota KKSL, ini diharapkan akan dapat mengikat
Kerjasama dan perkongsian maklumat, seterusnya meningkatkan
kecemerlangan Amalan EKSA.
57
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
58
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA
Kolej Vokasional Segamat
Jawatankuasa Kerja Eksa Kvs
Mengucapkan
Terima Kasih
Kepada
Tuan Pengarah
Dan
Semua Warga Kolej Vokasional Segamat
Yang Telah Memberikan Kerjasama Cemerlang
Dalam Merealisasikan Buku Panduan Eksa
59