INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU.
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)
TEACHING ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE (TESL)
(JUNE 2021 INTAKE)
(COMMENCEMENT JUNE 2021)
STUDENTS COURSEWORK
SEMESTER 2
SESSION: FEB – JUN 2022
STUDENT’S NAME NUR HIDAYAH BINTI ABDUL HALIM
INDEX/MATRICS NUMBER 2021072310207
IC NUMBER 040112080962
CLASS/ GROUP TESL SK 1
CODE AND NAME OF PPSJ1132
COURSE PUAN MAILIN LAMSIN
TUGASAN 2
LECTURER’S NAME 29/4/2022
TASK NUR HIDAYAH BINTI ABDUL HALIM
SUBMISSION DATE
STUDENT’S
ACKNOWLEDGEMENT
RECEIVED FEEDBACKS
FROM LECTURER
ISI KANDUNGAN
1 LATAR BELAKANG m/s
1.1 Tajuk Aktiviti 3
1.2 Tarikh Kajian 3
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Kaedah Kajian 3
3
2 HASIL KAJIAN 4
3 KESIMPULAN 5
4 LAMPIRAN 6
1 LATAR BELAKANG
1.1 Tajuk Aktiviti
“Laporan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya”
1.2 Tarikh Kajian
Mac hingga April 2022
1.3 Objektif Kajian
i. Kajian ini dilakukan secara amnya untuk lebih mengenali dan mengetahui
sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya (IPG Gaya). Mengenali tempat
belajar adalah langkah pertama yang perlu saya buat agar menjadi iktibar
kepada saya.
ii. Kajian ini menambah pengetahuan saya tentang sejarah IPG Gaya yang hebat
namun jarang diperkatakan oleh orang. Kajian ini juga memberi pendedahan
untuk mengenali dan memahami keadaan Negeri Sabah ketika penubuhan
kampus ini.
iii. Kajian ini dapat jadikan teladan dan iktibar kepada para pelajar betapa
pentingnya sesebuah kampus untuk meneruskan pengajian.
1.4 Kaedah Kajian
i. Lawatan ke kawasan lapangan (Galeri, perpustakaan, blok-blok kelas dan
pengurusan)
ii. Laman web Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
iii. Dapatan dari internet.
iv. Tunjuk ajar guru
2 HASIL KAJIAN
Setelah melakukan semua kaedah kajian tesebut, saya mendapati IPG Gaya dikenali
sebagai Gaya College diawal penunbuhannya. IPG Gaya ialah pusat latihan guru yang
kedua tertua di Sabah. Kampus ini ditubuhkan kerana keperluan lebih ramai guru-guru di
Negeri Sabah. Dan bilangan pertambahan itu tidak dapat lagi disokong oleh Kent College
yang merupakan satu-satunya pusat latihan guru di Sabah ketika itu.
Penubuhan IPG Gaya pada awalnya adalah khusus kepada guru aliran Inggeris
sahaja. Ambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada Mei 1963 seramai 83 orang,
terdiri daripada 48 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan, boleh dirujuk dalam lampiran.
Namun begitu, pusat latihan ini hanya dirasmikan pada 4 Julai 1963 oleh Sir William
Goode, Gabenor British Borneo Utara ketika itu seperti yang dilampirkan. Mr J.E. Tod
ialah pengetua pertama kolej ini dibantu seorang timbalan pengetua dan 8 orang
pensyarah seperti dalam lampiran.
Dalam majlis perasmian itu, Gabenor Sir William Goode berkata pentingnya
penubuhan Gaya College adalah kerana pertambahan sekolah-sekolah di Sabah
sekaligus memerlukan lebih ramai guru terlatih. Dalam majlis yang sama, Pengetua Gaya
College pertama, Mr. J.E Tod mengingatkan para pelajar tentang peranan seorang guru.
Guru perlu mempunyai kepakaran dalam bidang yang diajar serta kemahiran dalam
mengajar dan mengurus kelas. Menurutnya lagi guru haruslah bersedia dengan alat
bantu mengajar dan mempunyai sahsiah yang bagus, seperti keratan akhbar didalam
lampiran.
Kedudukan IPG Gaya dalam peta terletak di Bukit Punai. Pada awal pembinaan ini
keluasan kampus ini hanyalah 19.4 hektar dan dikelilingi dengan pokok getah. Kampus
ini terletak di Jalan Maktab Gaya. Antara tarikan lain berdekatan dengan IPG Gaya ialah
Istana Negeri, Hospital Queen Elizabeth, Pulau Gaya dan pusat membeli belah seperti
Karamunsing Mall.
Pembinaan fizikal institut ini bermula dengan kerja-kerja pembinaan awal pada tahun
1962. Fasa pembinaan kampus ini terbahagi kepada 4, fasa pertama ialag pada tahun
pembukaan iaitu 1963. Pada fasa ini, kampus ini hanya terdapat sebuah blok bangunan,
sebuah rumah pengetua, sebuah rumah naib pengetua serta dua block kediaman untuk
kaki tanga. Bangunan tersebut termasuklah Asrama Meranti Gaya yang menempatkan
pelajar perempuan dan lelaki, beberapa kelas, bilik pentadbiran serta dewan serbaguna.
Pembinaan fasa pertama ini boleh dilihat dalam lampiran.
Fasa kedua bermula pada 1964 dengan pembinaan banyak bangunan seperti Blok
Pentadbiran (seperti dalam lampiran), Blok Kuliah, Bilik Seni serta Blok Sains Rumah
Tangga dan Bengkel Sains Perusahaan dibina dalam fasa ini sekaligus
memperluaskan lagi kampus ini. Terdapat juga Makmal Bahasa memandangkan IPG
Gaya ketika itu hanya menerima guru aliran Bahasa Inggeris. Ia dilengkapi alat audio,
computer, dan sebagainya.
Pada tahun 1965 iaitu fasa ketiga pembinaan IPG Gaya, terdapat sebuah dewan
ditubuhkan (seperti yang dilampirkan). Dewan ini gunakan untuk pelbagai acara
termasuklah acara kerajaan Negeri Sabah. Pada fasa ini juga, Dewan Kuliah,
Perpustakaan, Dewan Makan, Gelanggang Tenis serta Gelanggang Bola Keranjang
dan Padang juga dibina untuk kemudahan dan fasiliti para pelajar seperti dalam
lampiran. Dalam tahun ini, para pelatih guru telah mula bergiat aktif bersukan.
Pada fasa terakhir iaitu tahun 1967, bangunan selebihnya dibangunkan
termasuklah Blok Asrama Perempuan. Hal ini demikian kerana Asrama Meranti Gaya
menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Oleh hal yang demikian, asrama
perempuan yang baru ini sangat diperlukan seterusnya memberikan asrama Meranti
Gaya sepenuhnya kepada pelajar lelaki.
3 KESIMPULAN
Setelah menjalankan kajian ini, saya berpendapat keputusan untuk membina Institut
Pendidikan Guru Kampus Gaya adalah keputusan yang tepat. Dengan pembinaan institut
ini, dapatlah dicapai objektif, divi dan misi yang dipegang dari awal penubuhan sehingga
hari ini untuk melahirkan guru-guru pelatih yang berdedikasi untuk mengajar anak
bangsa.
Melihat kepada kedudukan strategik IPG Gaya ditubuhkan, saya amat berterima kasih
IPG Gaya dibina disini kerana dekat dengan pelbagai infrastruktur. Malah, sangat
berdekatan dengan bandar Kota Kinabalu. Saya juga bersetuju dengan keputusan untuk
menambah kemudahan bangunan baru yang baru siap dibina 2022 ini. Bangunan itu
akan sangat bermanfaat untuk para tenaga pengajar serta pelajar-pelajar.
Saya juga berpendapat IPG Gaya memainkan peranan penting dan juga berperanan
sebagai Institut Pendidikan yang masih relevan melihat kepada betapa ramainya hasil
graduan yang dikeluarkan oleh IPG Gaya setiap tahun. Saya berharap IPG Gaya terus
cemerlang sekaligus membantu mengeluarkan lebih ramai guru-guru yang bertauliah
yang akan membantu negara.
4 LAMPIRAN
Sir William Goode G. C. M.G Mr. J.E. Tod
Gabenor British Borneo Utara (1963) Pengetua pertama Gaya College (1963)
Papan tanda Pembukaan Gaya College
Pada 4 Julai 1963
Gambar Perasmian Pembukaan gaya College
oleh Gabenor Borneo Utara Sir William Goode
Kanan: Mr. J.E Tod memberi ucapan dalam Majlis
Perasmian Gaya College
Kiri: Keratan akhbar ucapan beliau
Penggunaan padang Gaya College sebagai tempat
pelbagai acara sukan pada 1966
Pensyarah awal Gaya College 1965
Gambar Kumpulan Pertama Pelajar Gaya College 1963
Papan tanda Gaya College 1964
Fasa Pertama Pembinaan Gaya College
(1963)
Blok Pentadbiran dan Blok Kuliah yang siap dibina pada tahun 1964
Penggunaan dewan yang dibina pada tahun 1965