INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR
EDUP 3053
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Nama : Noor Atikah Farhanah Binti Ariff
000221070628
No. K/P : 2019122340034
PISMP
Angka Giliran : Jun 2019
Puan Puteri
Program : Shufianah Bt Yusof
27 Oktober 2020
Ambilan :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: _Tarikh : _
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
1.0 Pengenalan
Projek yang saya lakukan adalah berdasarkan DSKP subjek Pendidikan
Jasmani Tahun 5 iaitu Bidang Kemahiran: Kemahiran Asas Permainan Kategori Jaring.
Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan
ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu.
Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan
melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor. Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan ini projek yang dicipta adalah sejenis alatan
yang mempunyai pelbagai fungsi dan memberi kemudahan kepada guru dan murid
untuk melaksanakan kemahiran asas membuat hantaran untuk permainan kategori
jaring sewaktu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Di samping itu, satu
medium e-Pembelajaran iaitu Google Sites turut dibina untuk dijadikan sebagai
panduan atau sokongan bagi projek alatan ini bersesuaian dengan keperluan para
guru dan juga murid-murid. Sepanjang proses pembinaan Google Sites bagi inovasi
Throw It In ini saya menggunakan model pengajaran ADDIE yang terdiri daripada 5
peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembinaan, pelaksanaan dan diakhiri dengan
penilaian sebagai panduan.
2.0 Analysis (Analisis)
Pada fasa analisis, perkara yang perlu dikenal pasti dan dipertimbangkan adalah:
i. Learning problem (Masalah Pembelajaran)
Masalah yang dikesan sebelum penghasilan alatan ini adalah murid
tahun 5 kurang mahir untuk melakukan kemahiran asas membuat hantaran dan
hantaran yang dilakukan tidak sampai kearah kawan disebabkan oleh kurang
pengetahuan tentang membuat hantaran dengan betul. Alatan mengajar yang
tidak sesuai dan tidak mencukupi untuk digunakan sewaktu proses pdpc
merupakan satu masalah yang seringkali dihadapi oleh kebanyakan sekolah.
Hal ini disebabkan oleh kos alatan yang terlalu mahal dan peruntukan yang
diberikan untuk subjek Pendidikan Jasmani tidak mencukupi. Selain itu, pada
awalannya para pelajar tidak mendapat panduan serta pendedahan yang betul
untuk melakukan aktiviti bagi melakukan kemahiran membuat hantaran. Oleh itu
Google Sites ini akan menjadi panduan buat mereka melaksanakan
pembelajaran tersebut. Walaupun sekolah tersebut tidak mempunyai makmal
komputer namun guru dapat menyiarkannya sewaktu pdpc menggunakan lcd.
3.0 Design (Reka bentuk)
‘Throw It In’ direka dengan menggunakan paip pvc, getah paip, skru, sponge
dan juga pasir. Saya memilih untuk menggunakan bahan-bahan ini kerana bahan-
bahan ini selamat untuk digunakan dan dari segi kesalamatan pengguna juga adalah
dalam tahap yang selamat. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti jatuh
terhempap murid, risiko untuk mendapat kecederaan adalah nipis kerana paip pvc
dibalut dengan sponge. Pasir pula berfungsi sebagai pemberat jadi alatan yang direka
ini sukar untuk jatuh dan tapaknya yang dibina luas juga akan menjadikan alatan ini
kukuh dan stabil.
Saya menyediakan halaman
(https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/edup-3053-farhanah/home) untuk
e-Pembelajaran Throw It In di mana saya menggunakan menu yang bersesuaian. Dari
segi pemilihan tema bagi penghasilan e-Pembelajaran ini, saya memilih latarnya yang
bewarna putih dan maroon digabungkan dengan warna tulisan hitam dan putih yang
menyebabkan setiap tulisan itu menyerlah dan senang dibaca. Warna latarnya yang
putih sangat sesuai kerana warna putih akan menyebabkan kesemua teks, grafik, video,
audio dan animasi lebih menyerlah oleh itu pengguna e-Pembelajaran ini akan dapat
melihat kesemua elemen ini dengan jelas. Warna hitam yang digunakan bagi setiap
teks pula dapat menyerlahkan hasil yang menarik apabila dikombinasikan dengan
warna latarnya yang putih. Seterusnya adalah grafik yang mana menurut Weebly, grafik
adalah kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka perkataan, lukisan ataupun
lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dalam proses
menyampaikan maklumat. Banyak penyampaian maklumat dalam bentuk grafik yang
terdapat dalam e-Pembelajaran ini kerana grafik dapat dihasilkan dengan pelbagai cara
yang menarik dan melalui grafik juga maklumat dapat disampaikan dalam bentuk yang
ringkas. Penggunaan grafik dalam pembelajaran amat sesuai kerana murid perlu
banyak melihat atau menggunakan deria penglihatan untuk mereka memahami sesuatu.
Selain itu video tentang teknik melakukan kemahiran hantaran asas dengan
menggunakan ‘Throw It In’ dan cara menggunakan ‘Throw It In’ turut disertakan dalam
Google Sites ini. Hal ini demikian kerana menurut Zulaikha (2012), video merupakan
satu medium baharu yang bertindak sebagai agen penunjuk yang lebih berkesan jika
dibandingkan dengan kaedah penyampaian secara syarahan. Dalam Google Sites ini
juga terdapat kuiz bagi topik kemahiran membuat pelbagai jenis hantaran. Murid-murid
boleh menjawab kuiz yang disediakan bagi meningkatkan serta mengukuhkan lagi
pemahaman mereka bagi topik tersebut.
4.0 Development (Pembangunan)
Dalam fasa pembangunan, alatan inovasi saya iaitu ‘Throw It In’ mula dibina dan
dihasilkan mengikut perancangan dan hasil daripada analisis yang telah dilakukan.
Alatan ini dibina menggunakan bahan-bahan yang telah dibincang dalam proses reka
bentuk dan kemudian satu Google Sites juga diwujudkan bagi memudahkan sesi PdPc.
Guru-guru yang bukan dari major Pendidikan Jasmani juga boleh mendapatkan ilmu
pengetahuan berkenaan dengan topik Pendidikan Jasmani dengan melayari laman web
Google Sites yang telah saya wujudkan kerana video proses pembuatan inovasi saya
dan cara-cara penggunaannya telah saya rekodkan dan upload ke dalam Google Sites.
Berikut merupakan hasil e-Pembelajaran Google Sites yang
dicipta :-
5.0 Implementation (Pelaksanaan)
Setelah inovasi saya berjaya dihasilkan, saya dan rakan saya mula melakukan
implementation terhadap hasil ‘Throw It In’ ini. Kami tidak berkesempatan untuk
menggunakan ‘Throw It In’ ini di sekolah sewaktu PBS atas factor covid dan perlu patuh
dengan SOP yang telah disediakan oleh MKN jadi kami melaksanakannya di padang
IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan kumpulan sasaran kami ialah pelajar-pelajar
Pendidikan Jasmani 1. Proses pelaksanaan ini dilakukan pada hari khamis, jam 8 pagi
sehingga 9 pagi. Pelajar-pelajar Pendidikan Jasmani 1 perlu melakukan kemahiran
hantaran dengan menggunakan ‘Throw It In’ ini. Mereka perlu melakukan 5 jenis
hantaran iaitu hantaran lantun, hantaran aras lutut, hantaran aras dada, hantaran tinggi
dan seterusnya membuat jaringan. Mereka perlu melakukan hantaran dengan teknik
yang betul jadi mereka perlu memastikan bola yang dihantar sampai kepada kawan dan
melepasi palang seperti contoh dibawah :-
6.0 Evaluation (Penilaian)
Fasa penilaian adalah untuk mengukur keberkesanan dan kecekapan
penggunaan ‘Throw It In’ dan juga Google Sites yang dibina. Fasa ini berlaku
sepanjang keseluruhan proses ini dilaksanakan. Dalam fasa ini, pelajar-pelajar
akan dinilai prestasi dan menentukan apakah mereka telah berjaya mencapai
objektif yang telah ditetapkan dengan menggunakan lembaran kerja dan aktiviti
Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21). Selain itu, teknik penyoalan tentang
pembelajaran yang telah dilakukan juga dibuat untuk mengetahui adakah ativiti
PdPc yang dilakukan dengan menggunakan Throw It In membantu mereka untuk
menguasai kemahiran membuat hantaran. Bahan-bahan penilaian juga telah
diupload dalam Google Sites untuk rujukan guru-guru dan para pelajar.
7.0 Penutup
Secara tuntasnya, Google Sites dan ‘Throw It In’ banyak membantu dan
memudahkan proses pdpc terutamanya untuk topik kemahiran membuat pelbagai jenis
hantaran. Namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi
memastikan e-Pembelajaran ini memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
Antaranya adalah unsur keseronokan seperti permainan video yang boleh dimainkan
tanpa internet ataupun secara offline perlu ditambah kerana murid amat menggemari
permainan video.
8.0 Rujukan
Faris Sakina. (2018). WARNA DAN PSIKOLOGI - PORTAL MyHEALTH. Diakses pada
01 Ogos 2019 daripada http://www.myhealth.gov.my/warna-dan-psikologi/
Weebly. Maksud Grafik. Diakses pada 01 Ogos 2019 daripada
https://edu3053ipgkpi.weebly.com/maksud-grafik.html
Nor Haiza. (2010). Peranan Grafik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Diakses pada
01 Ogos 2019 daripada https://www.scribd.com/doc/37749661/peranan-grafik-dalam-
pengajaran-dan-pembelajaran
The Pond. (2016). Muzik Boleh Membantu Proses Pembelajaran. Diakses pada 04
Ogos 2019 daripada
https://frogasia.com/thepond/muzik-boleh-membantu-proses-pembelajaran/
Zulaikha. (2012). Bab7 Video Dalam Pendidikan. Diakses pada 04 Ogos 2019 daripada
https://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/bab7-video-dalam-pendidikan
LAMPIRAN 1
DSKP PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5
LAMPIRAN 2
DATA MAKLUM BALAS GOOGLE FORM
LAMPIRAN 3
PAPAN CERITA
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION (GAMBAR)
MENU ISI KANDUNGAN
PENGENALAN GRAFIK (GAMBAR DIRI)
TEKS (BIODATA)
VIDEO (VIDEO PENGENALAN)
TEKS (PENGHARGAAN)
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
RANCANGAN GRAFIK (GAMBAR)
TEKS (PENGENALAN)
PROJEK GRAFIK (GAMBAR ADDIE)
INOVASI
ADDIE TEKS (ADDIE)
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
PERNYATAAN GRAFIK (VIDEO YOUTUBE)
TEKS (PERNYATAAN MASALAH)
MASALAH ANIMASI (GAMBAR KARTUN)
TEKS (PERNYATAAN MASALAH)
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
APA ITU
THROW IT IN GRAFIK (GAMBAR PROTOTYPE)
TEKS (PENERANGAN PROTOTYPE)
VIDEO (CARA PEMBUATAN PROTOTYPE)
VIDEO (FUNGSI DAN CARA PENGGUNAAN THROW IT IN)
TEKS (PENERANGAN THROW IT IN)
TEKS (KELEBIHAN THROW IT IN)
TEKS (INFO MENARIK)
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
THROW IT IN GRAFIK (GAMBAR INOVASI)
TEKS (PENERANGAN THROW IT IN SEBENAR)
SEBENAR VIDEO (CARA PEMBUATAN TROW IT IN SEBENAR)
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
AKTIVITI GRAFIK (GAMBAR AKTIVITI)
TEKS (PENERANGAN AKTIVITI)
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
PENILAIAN VIDEO (YOUTUBE)
TEKS (PENERANGAN TUGASAN)
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
KUIZ GOOGLE FORM
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
MAKLUM GOOGLE FOR
BALAS
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
CADANGAN GOOGLE FORM
PENAMBAHBAI
KAN
EDUP 3053 PHYSICAL EDUCATION
MENU ISI KANDUNGAN
RANCANGAN TEKS (PENGENALAN)
GRAFIK (GAMBAR ADDIE)
PROJEK
INOVASI TEKS (ADDIE)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
PEMERIKSA
Kekuatan :
Aspek yang perlu diperbaiki :
MODERATOR
Kekuatan :
Aspek yang perlu diperbaiki :
Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :
Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :
Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah
Tanda tangan pelajar
..................................................................................
(
)
Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan