The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shafiy6155, 2022-01-03 08:30:58

Seni Dalam Islam

Pencapaian seni islam

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Pauh Putra, 02600

Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual

DUA 2042-Seni Dalam Islam

TAJUK:Pencapaian Seni Islam

NAMA AHLI KUMPULAN :

SHAFIY NUR AZEEM BIN
SAHRUL

( 18DDS20F2051 )
ALTAMIS AMININ BIN

AMIR ARIFF
( 18DDS20F2035 )
Muhammad Haikal Bin
( 18DDS20F2031 )

PENSYARAH :

USTAZ ZAMBRI YUSUF

Sesi pengajian : 1 2021/2022

Isi Kandungan

M/S 1: Muka hadapan
M/S 2: Isi kandungan
M/S 3: Pengenalan
M/S 4: Konsep Seni Menurut Perspektif Islam
M/S 5: Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam
M/S 6: Tulisan Khat
M/S 7: Kepentingan Seni Khat
M/S 8: Jenis-jenis Seni Khat
M/S 9: Seni bina
M/S 10: Kesimpulan

PENGENALAN

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia
tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama.
Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada
semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan,
nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan
disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.

Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini
adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan
dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang
ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan
iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah
bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-
apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat.

Konsep Seni Menurut
Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan
perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi
niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni
Islam.

Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan
sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini
adalah kerana Allah swt.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah
menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat
keagamaan dan falsafah kehidupan manusia

Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta
kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat
untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam

Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek
estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan
sesama manusia dan juga makhluk.

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu
bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima
hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya:

Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya
individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk
membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman
(landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah
swt tersebut.

Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat
penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada
Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul
atau seni lagu (tarannum) al-Quran.

Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya
seni yang tidak diperlukan oleh manusia.

Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa
tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu
ain dan kifayah.

Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara
yang hak (betul) dan yang batil (salah) .

Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai
kemaksiatan yang lain.

Tulisan Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang
tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai
kehalusan dan kesenian.

Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan
tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-
subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat

suci dan kata-kata bijak pandai

Kepentingan
Seni Khat

Ia mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu
sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat
maju dan bertamadun

Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan
pemikiran serta citarasa penulisnya

Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad SAW agar
umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran
dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk

memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya.

Saidina Ali pernah berkata :”Serikan anak-anakmu dengan
ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang
paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat
● Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai

hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan
dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.

● Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam

mashaf thmani (al-Quran) , nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

● Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan

buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca,
jelas serta tidak mengelirukan

● Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia) . Bentuk hurufnya condong

sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan,
nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa
Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

● Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan

untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan
madrasah untuk mengambil nota kuliah.

● Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan

secara meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di
Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat
penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

● Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak

bentuknya, rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk
perahu, ikan, burung dan sebagainya.

● Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan

panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal

Dari segi bina

Masjid

Pencapaian dan pembangunan seni bina telah bermula sejak zaman
rasulullah s.a.w dengan pembinaan masjid quba danasjid nabawi sbg pusat
tarbiah (pendidikan) dan pentabiran dalam menyusun strategi ekonomi,

peradaban, perang dan sebagainya

• Dari segi struktur dalaman dan luaran masjid, beberapa pekara dapat
dilihat khususnya dari aspek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam,
ruang berkumpul, tiang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat
berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain

lagi

Dari segi bina

Seni lukisan dan arca juga dikenali sebagai seni Seni lukisan islam
biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk
benda-benda bernyawa yg boleh menjadi pujaan seperti haiwan , dewa
atau patung*Pelbagai barang seni yg dihasilkan utk perhiasan yg
diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan terdapat pada perabot
rumah, piring, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain

KESIMPULAN

Kesenian ialah suatu segi kebudayaan. Seni adalah usaha penciptaan
bentuk-bentuk yang menyenangkan. Menurut pandangan Islam

kesenian itu adalah halal malahan digalakkan oleh Al-Quran dan Hadis
dalam perkara-perkara tertentu. Seni Islam itu halal tidak bererti

bahawa setiap unsur atau karya seni dan ciptaan itu halal. Perlu dilihat
dahulu saluran, unsur dan bahan yang terdapat dalam seni tersebut.
Setiap unsur atau bahan seni, setiap aktiviti atau karya seni adalah
haram jika ia mengandungi nilai yang dilarang oleh ajaran Islam. Dan
jika setiap unsur atau aktiviti seni itu makruh, menurut pandangan
Islam ianya sepatutnya ditinggalkan. Begitu juga dengan karya atau

aktiviti seni yang mendatangkan mudarat adalah dilarang dalam Islam.
Seni Islam itu bukan sekadar mengandungi moral tetapi juga nilai-nilai

akhlak Islam.


Click to View FlipBook Version