The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Gak ganteng, 2023-12-02 12:04:35

GLOBALISASI

GLOBALISASI 1.0

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM GLOBALISASI 1.MALAYSIA SEBAGAI PENGELUAR HUB HALAL GLOBAL 2.KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI PENSYARAH : PN. NUR SOBRIAH BINTI ABU BAKAR


Nama kumpulan : 1.SYAFI AMMAR HAKIKI BIN SHAHIZAN (03DPR22F2028) 2.MUHAMMAD AFIQ IZZUDDIN BIN MOHD YUSOF (03DPR22F2031) 3.AMAR FAUZAN BIN MOHD SABRI (03DPR22F2011) 4.MUHAMMAD SHAHRUL AIMAN BIN AZIZAN (03DPR22F2013) 5.MUHAMMAD DANIAL QASTARI BIN MOHD AZUAN (03DPR22F2040)


PENGENALAN 1. PENGENALAN 2. CIRI – CIRI GLOBALSASI MERUJUK DARI SEGI EKONOMI MERUJUK DARI SEGI BUDAYA 3. CABARAN PENDIDIKAN PADA MASA KINI 4. MAKSUD GLOBALISASIAN PENDIDIKAN 5. PENGGLOBALISASIAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 6. ISU-ISU SEMASA DALAM GLOBASASI PENDIDIKAN 7. CARA-CARA MENANGANI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 8. KESAN GLOBALISASI KESAN POSITIF BAGI PESERTA DIDIK ERA GLOBALISASI KESAN NEGATIF BAGI PESERTA DIDIK ERA GLOBALISASI 9. KESIMPULAN 10. RUJUKAN


PENDAHULUAN Globalisasi merupakan suatu perubahan yang berlaku secara global yang turut memberi kesan terhadap pelbagai jenis bentuk perubahan di dunia . Masyarakat semakin terbuka menerima perubahan ini dan menganggap globalisasi ini satu keperluan demi pembangunan tamadun . Dengan adanya globalisasi , sempadan geografi dapat dirapatkan dan dunia berhimpun tanpa batasan hasil daripada kepelbagaian teknologi dalam komunikasi. Walaupun globalisasi banyak memberi impak positif pada dunia , Namun ianya tidak lari dari pelbagai kesan negatif hasil dari penularannya . Sedikit sebanyak globalisasi telah mencalarkan nilai sosial dalam masyarakat . Pemikiran masyarakat juga menjadi terlalu terbuka sehingga menepis nilai asal masyarakat setempat . Pertembungan budaya yang dibawa oleh globalisasi ini , sedikit sebanyak menggoncang keteguhan jati diri seseorang dan tamadun sesuatu masyarakat . Globalisasi merupakan satu fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini


Tidak ada mana - mana masyarakat yang bertamadun di seluruh dunia yang dapat mengelakkan diri daripada mengalami dan merasai fenomena globalisasi . Gelombang globalisasi yang melanda masyarakat moden hari ini ada yang membawa kesan positif dan ada pula yang membawa kesan negatif dan kemusnahan . Topik ini akan membincangkan fenomena globalisasi secara umum dan menjelaskan bagaimana masyarakat seharusnya bersikap dan berfikir dalam menghadapi fenomena globalisasi .


CIRI-CIRI GLOBALISASI MERUJUK DARI SEGI EKONOMI • Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia • Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing • Penubuhan organisasi - organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian • Pembangunan sistem kewangan global • Peranan organisasi Peningkatan amalan - amalan ekonomi seperti penyumberan oleh perbadanan multinasional


CIRI-CIRI GLOBALISASI MERUJUK DARI SEGI BUDAYA • Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap • Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah • Imigrasi secara sah dan haram terus meningkat • Pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi - teknologi seperti sebagai internet , komunikasi satelit satelit dan telefon - telefon • Penambahan standard di peringkat antarabanga seperti undang - undang hak cipta dan paten • Pembentukan nilai - nilai universal


Cabaran pendidikan pada masa kini Setelah negara mencapai kemerdekaan , pembangunan bertambah pesat . Kemajuan dinikmati dalam segenap aspek . Perubahan demi perubahan berlaku dan membentuk satu identiti baru masyarakat baru . Masyarakat Melayu semakin bersikap terbuka untuk bersaing dengan tamadun dan bangsa lain . Ramai yang belajar dan bekerja diluar negara . Malah ramai juga rakyat dari pelbagai negara berkunjung dan menetap di negara ini dengan pelbagai tujuan . Interaksi antara Tamadun Melayu dan tamadun asing yang berlaku di dalam dan luar negara sedikt sebanyak memberi kesan dan mengubah identiti masyarakat Melayu . Sudah semestinya cabaran utama dalam pendidikan di Malaysia secara khusus dan dalam Tamadun Melayu umumnya ialah melahirkan generasi yang mempunyai potensi diri seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek serta patuh dengan Tuhan . Prinsip tersebut sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dirangka sebagai panduan dalam sistem pendidikan . ( Kementerian Malaysia , 2013 ) . Pelajaran


Apakah maksud globalisasi pendidikan ? Globalisasi merupakan " fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat " ( Kamus Dewan Edisi Ketiga ) Ini bermakna dalam era globalisasi ini , dunia kita telah dikecilkan ruangnya daripada yang asal . Jika dahulu dunia ini seluas mata memandang dan dipagari dengan sempadan - sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi . Dunia kini tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi telah membawa kesan menjangkau sempadan ekonomi , teknologi , bahasa , budaya , ideologi , politik dan dari semua aspek kehidupan sesebuah masyarakat . Jika dilihat perspektif dunia pendidikan , penglobalisasian pendidikandapat diertikan sebagai pengubahan sikap atau tatalaku seseorang individuatau sekelompok manusia melalui dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain . Penglobalisasian pendidikan juga boleh didefinisikan sebagai proses menyingkirkan batasan atau sempadan antara Negara supaya mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sekatan dalam hal - hal latihan dan pengajaran di sebuah institusi pengajaran dan sekolah .


Penglobalisasian Pendidikan Di Malaysia Jika diteliti fenomena di Negara kita , Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global yang pada realitinya tidak terlepas dari menghadapi transformasi akibat penglobalisasian . Sehubungan itu , Mahatir Mohamad ( 2002 ) , bekas Perdana Menteri Malaysia mempunyai satu senarai semak untuk menjelaskan kesan atau hasil daripada fenomena kesan atau hasil daripada fenomena globalisasi ini . Kesungguhan kerajaan dalam menyahut panggilan globalisasi dapat dilihat melalui penubuhan Koridor Raya Multimedia ( MSC ) di Negara kita . Walaupun secara umumnya , globalisasi itu nampaknya memberi kesan kepada ekonomi Malaysia , namun impak globalisasi terhadap bidang lain seperti pendidikan , juga tidak dapat dinafikan . Merujuk kepada petikan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 , " Pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan yang terus dari era globalisasi kerana pendidikan berkait dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya . " Dengan perkataan lain , sistem pendidikan di Negara kita telah sedikit sebanyak mengalami perubahan akibat daripada pengaruh globalisasi ini


Isu - Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan • Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa . • Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini . • Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan . • Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat ( TMK ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran . • Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi . Peranan guru - guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara . • Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi . • Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi


Cara - cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa . Cabaran - cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut : • untuk keperluan pembelajaran berterusan • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi • Pentadbiran Pendidikan • Pembangunan identiti pelajar kualiti Guru • Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi • Guru - guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran • Peningkatan dalam beban kerja • Pengaruh negatif kepada identity pelajar


Cara - Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan . Sekolah dan guru - guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar - pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini . Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini . Guru - guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa . Untuk melibatkan diri secara global , pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah . Sekolah dan guru - guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas tugas yang kompleks dan mencabar , di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi . Selain itu , adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini .


KESAN GLOBALISASI Penggunaan bahasa Inggeris • Bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan • Digunakan sebagai bahasa komunikasi untuk berkongsi ilmu • Perubahan peranan guru sebagai fasilitator dan bukan penyampai ilmu sepenuhnya Persaingan sihat dalam institusi pengajian • Meningkatkan mutu Pendidikan • Menghasilkan reka cipta inovatif • Mewujudkan mata pelajaran baharu - Reka bentuk Pendidikan Menyediakan peluang - peluang pendidikan • Pendidikan jarak jauh • Memperkembang bidang ilmu Kesan • Aliran tenaga buruh atau sumber manusia • Meningkatkan pelajar yang berkemahiran tinggi • Mampu bersaing dari segi akademik dan kemahiran


SAMBUNGAN… Penguasaan pelbagai bahasa • Mampu memberikan peluang kepada murid menguasai pelbagai bahasa • Memberikan peluang untuk bersaing di negara luar • Penemuan penyelidikan • Perkongsian secara global • Dapat ditambah baik dan diteliti oleh pakar untuk meningkatkan mutu pendidikan


Kesan positif bagi peserta didik di era globalisasi Mempermudah pelajar mencari maklumat tentang pelajaran yang akan ditempuhnya di sekolah . Dapat berkomunikasi jarak jauh antara guru , pelajar , dan orang tua dengan tujuan meningkatkan kerjasama antara guru , pelajar dan orang tua. Pelajar dapat membuat karya tulis atau gambar melalui teknologi komputer . Menambah wawasan informasi dunia kepada siswa Kesan negatif bagi peserta didik di era globalisasi Kemajuan teknologi dan maklumat membuat pelajar terlena dengan godaan dunia maya dan pada akhirnya perlahan lahan terkikis moral dan pesan pesan kebaikan yang di ajarkan oleh agama . Di era globalisasi dan kemajuan , komunikasi dan teknologi membuat pelajar mementingkan kesenangan dibandingkan rasa kebersamaan kepada keluarga , teman sejawat dan lingkungan masyarakat .


KESIMPULAN Pada hari ini , kita dapati hanya masyarakat barat yang sangat aktif menggunakan kemudahan teknologi perhubungan dan komunikasi termasuk internet untuk menyebarkan cara hidup , cara berfikir dan sistem nilai mereka kepada masyarakat lain di dunia . Hasilnya , kita dapati cara hidup barat semakin meluas diterima di seluruh dunia termasuk dalam kalangan masyarakat Islam sendiri . Umat Islam mestilah berusaha untuk mengubah keadaan ini dengan menjadi lebih aktif menyebarkan dakwah Islam melalui teknologi komunikasi dan maklumat . Hal ini akan membolehkan cara hidup , cara berfikir dan sistem nilai Islam pula disebar luas dan diterima pakai secara meluas di seluruh dunia . Bagi membolehkan hal ini terjadi , umat Islam mestilah berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan . Inilah jihad dan perjuangan fi sabilillah yang tinggi dan mesti dilakukan oleh anda , para penuntut sekalian . Sebagai umat Islam , kita mestilah memanfaatkan globalisasi untuk kebaikan Islam dan masyarakat alam seluruhnya . Hal ini kerana Islam merupakan agama yang bersifat global . Untuk tujuan ini , masyarakat Islam mestilah mempunyai persediaan yang lengkap dari segi akidah dan ilmu pengetahuan .


RUJUKAN • https://www.academia.edu/35501119/ • http://suganthimunsami.blogspot.com/ • http://prosiding.upgris.ac.id/index.php/fip 2017 / fip2017 / pa per / view / 1313 / 1290 • https://www.studocu.com/my/ • https://www.slideshare.net/yna • https://www.researchgate.net/publication/322652984 • https://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi • https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/globalisasi/ • https://www.researchgate.net/publication/337144542 • https://fliphtml5.com/sxchr/bkyg/basic


Click to View FlipBook Version