SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERU,
BATU 7 PEKAN MERU, 41050 KLANG
BUKU PROGRAM
MESYUARAT AGUNG PIBG PERSATUAN IBU BAPA GURU
PIBG 2022/ 2023
KALI KE – 40
SABTU 9.00 PAGI, 9 APRIL 2022
(SECARA DALAM TALIAN)
PERASMI :
YANG DIPERTUA PIBG SMK MERU
EN. ZAKARIA B. HJ ISHAT
BIL PERKARA HALAMAN
1. VISI, MISI DAN OBJEKTIF SEKOLAH 3
2. TENTATIF MESYUARAT 4
3. KATA ALU-ALUAN YDP PIBG 5
4. KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK MERU 6
5. PENCAPAIAN SPM 2020 7 - 11
6. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2021/22 12
7. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2021/22 13 - 20
8. PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN PIBG 21 - 23
SESI 2020/21
9. USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 24 - 27
10. SENARAI AJK PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS 28 - 35
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 40
11. SENARAI AJK PIBG SESI 2020/21 36 - 38
12. SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 39
SESI 2020/21
13. PENCAPAIAN HEM SMK MERU 2020 40
14. PENCAPAIAN KOKURIKULUM SMK MERU 2020 41 - 53
15. SEKALUNG PENGHARGAAN 54
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
OBJEKTIF SEKOLAH
➢ Melahirkan insan yang beriman, beramal, berketerampilan dan
penyayang.
➢ Melahirkan insan yang dapat menghayati kecemerlangan ilmu dan
mencintai ilmu.
➢ Melahirkan insan yang berorientasikan sains dan teknologi serta
menguasai ICT.
➢ Meningkatkan perhubungan dua hala dan mesra pelanggan.
➢ Mengungguli sistem pendidikan bagi menjamin imej cemerlang.
3
TENTATIF
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MERU
KALI KE-40 SESI 2022/2023
8.30 pagi : Kehadiran dan pendaftaran Ibu bapa/Guru/AJK Ibu
Bapa (PIBG) & Pentadbir secara online
• Tayangan video (teaser)
9.00 pagi : Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua (Penasihat PIBG)
Ucapan Yang Di-Pertua PIBG Dan Perasmian
Tayangan video montaj :
• Montaj Ajk PIBG, Pentadbir
• Montaj Unit Akademik
• Montaj Unit Hem
• Montaj Unit Kokurikulum
• Montaj Sesi Petang
• Montaj PPKI
10.00 pagi : Agenda Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023
• Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung
2021/2022
• Membentang dan menerima penyata kewangan
PIBG yang berakhir 31 disember 2021
• Pembentangan Usul/ Cadangan & Maklum balas
• Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022
• Perlantikan pengerusi sementara
• Pemilihan AJK PIBG Sesi 2022/2023
• Pemilihan Juru Audit
• Hal-hal lain
Ucapan Penangguhan
11.00 pagi : Majlis tamat
• Tayangan video penutup
4
5
6
7
8
9
10
ALIRAN SAINS TULEN
NUR FARHANAH IZZUEEIN BINTI ROSLAN
030402-01-0576
ALIRAN SASTERA IKHTISAS
NUR ANIS SYAMIMI BINTI MUSTAFA
030404-10-0292
11
AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MERU
KALI KE 40 SESI 2022/23
1.0 UCAPAN PENGERUSI
2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT
MESYUARAT AGUNG 2021/22
3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA
KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR 31
DISEMBER 2021
4.0 MEMBAHASKAN USUL
5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022
6.0 PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
7.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI
2022/23
8.0 PEMILIHAN JURU AUDIT
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
10.0 HAL – HAL LAIN
12
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA GURU
(PIBG) SMK MERU KALI KE-39 SESI 2020/21
TARIKH : 09 HB OKTOBER 2021
HAR1 : SABTU
MASA : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE MEET
KEHADIRAN IBU BAPA : 122 ORANG
KEHADIRAN GURU : 233 ORANG
JUMLAH : 355 ORANG
PERASMI : PUAN SA’ADAH BINTI KASIRAN
TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa ke
mesyuarat agung PIBG pada kali ini yang pertama kalinya dijalankan secara maya
menggunakan applikasi Google Meet. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas
kerjasama yang telah diberikan oleh AJK PIBG sesi 2020/21 dan pihak sekolah. Beliau
berharap segala kerjasama serta kesepakatan antara ibu bapa dan guru ini akan membantu
melonjakan lagi pencapaian sekolah dalam semua bidang serta dapat melahirkan
kemenjadian murid, berketerampilan dalam sahsiah dan akedemik.
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT
YANG LALU
Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Meru Sesi 2020/21
seperti yang terpapar di muka surat 12 - 16 dalam buku aturcara.
Pengesah : En Raveentharan A/L N.Kasinathan
Sokongan : Pn Norafida Binti Mohd Jaludin
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI
YANG LALU
Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Aktiviti PIBG SMK Meru Sesi 2020/21 seperti
yang terpapar di muka surat 12 - 16 dalam buku aturcara.
Pengesah : En Mokhtar Bin Kamis
Sokongan : En Ahmad Fazli Bin Wazid
AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN
YANG LALU
Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG SMK Meru Sesi 2020/21 dari
01.01.2020 hingga 31.12.2020 seperti yang terpapar di muka surat 17- 18 dalam buku atur
cara.
13
Pengesah : En Jafri Bin Kamaruddin
Sokongan : En Muhammad Hambal Bin Hashim
AGENDA 5 : MEMBAHASKAN USUL
5.1 : Sebanyak 52 pernyataan usul yang telah dicadangkan ibu bapa namun hanya 25
usul yang dibincangkan kerana pencadangnya tidak hadir.
5.1.1 : Baik pulih jejantas
Mendesak pihak berwajib untuk menyegerakan baik pulih jejantas di hadapan sekolah.
Pembawa usul: En. Zakaria bin Ishat
Keputusan mesyuarat: Pihak sekolah akan menghubungi MPK.
5.1.2 Ubah suai jejantas
Mohon kepada pihak berwajib untuk membuat pengubah suaian jejantas supaya jalan
menjadi lebar. Pada waktu puncak berlaku kesesakan trafik di hadapan sekolah.
Pembawa usul: En. Mohd Rosli bin Enche Kob
Keputusan mesyuarat: Pihak sekolah akan menghubungi MPK.
5.1.3 Penambahbaikan saluran longkang
Ketika hujan lebat didapati air naik dan masuk ke dalam kelas.
Pembawa usul: Pn. Siti Hanisah binti Md Yatim
Keputusan mesyuarat: Longkang telah dibaik pulih oleh pihak JPN. Namun, banjir kerap
berlaku disebabkan kunci air telah dibuka untuk melepaskan air apabila hujan lebat,
menyebabkan kawasan padang dan kawasan PPKI banjir.
5.1.4 Masalah gangguan air
Gangguan air kerap berlaku menyebabkan pelajar perempuan sukar menggunakan tandas.
Moga mendapat pertimbangan pihak sekolah secepat mungkin.
Pembawa usul: Pn. Saroja a/p Thamilselvam
Keputusan mesyuarat: Telah diambil tindakan dan pemulihan oleh pihak SYABAS dan
masalah gangguan air telah pun selesai.
5.1.5 Membaik pulih sistem perpaipan sekolah.
Agar warga SMKM terutama Muslim tidak lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan
air wuduk dan istinjak lebih-lebih lagi bagi tujuan solat pada sesi petang.
14
Pembawa usul: Pn. Nazariah bt Abd. Wahab
Keputusan mesyuarat: Sama juga tindakan untuk usul nombor 4&5 iaitu pihak SYABAS
dalam proses membaikpulih masalah ini.
5.1.6 Meminimakan kehadiran murid ke sekolah.
Ini bertujuan untuk sama-sama membanteras Covid 19.
Pembawa usul: En. Saiful Anhar bin Mahmud
Keputusan mesyuarat: Pengoperasian sekolah bergantung kepada arahan JPN/KPM
dengan mengikuti cadangan atau nasihat daripada KKM.
5.1.7 Cadangan diletakkan/diadakan bonggol di laluan utama jalan raya.
Supaya semua kenderaan terutama kenderaan berat dapat memperlahankan kenderaan
mereka apabila berada di jalan raya utama depan sekolah. Ini bertujuan untuk menjaga
keselamatan murid-murid juga ibu bapa yang menghantar atau mengambil anak-anak
mereka.
Pembawa usul: Pn. Marziaton binti Marzuki.
Keputusan mesyuarat: Jalan raya utama tidak boleh diletakkan bonggol.
5.1.8 Selaraskan waktu balik sekolah
Ini bertujuan memudahkan ibu bapa mengambil anak anak mereka dari sekolah.
Pembawa usul: Pn. Sarizal binti Husain
Keputusan mesyuarat: Jadual waktu sekolah adalah mengikut Model Penggiliran (secara
berperingkat) manakala jadual waktu disusun mengikut subjek elektif yang diambil oleh
murid bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.
5.1.9 Para guru perlu bekerjasama mengawasai SOP murid.
Ini bertujuan memberi keyakinan kepada pihak ibu bapa bahawa anak mereka selamat ketika
berada di sekolah daripada dijangkiti Covid 19.
Pembawa usul: En. Mohd Azli bin Mohd Noh
Keputusan mesyuarat: Pihak sekolah telah menyediakan jadual bertugas SOP harian
kepada setiap guru. Selain itu, pihak sekolah sentiasa mengingatkan murid untuk mematuhi
SOP yg telah ditetapkan.
5.1.10 Semua ibu bapa perlu saling bekerjasama dengan pihak sekolah
Ini bertujuan agar kemajuan sekolah dari semua aspek tercapai.
15
Ini bertujuan agar kemajuan sekolah dari semua aspek tercapai.
Pembawa usul: En. Azman bin Harun.
Keputusan mesyuarat: Ibu, bapa dan penjaga disarankan menyertai platform PIBG &
Komuniti untuk mengetahui perkembangan terkini sekolah serta memberi dapat memberi
cadangan yang membina kepada sekolah.
5.1.11 Tempoh mengembalikan resit yuran
Ambil masa yang lama untuk dikembalikan memandangkan adik-beradik lain terpaksa
menunggu giliran untuk bayar.
Pembawa usul: Pn. Salasiah Mohamad Rajali
Keputusan mesyuarat: Pihak sekolah akan sentiasa mengingatkan guru-guru tingkatan
untuk menyerahkan secepat mungkin resit setelah pelajar menjelaskan yuran.
5.1.12 Mengambil tindakan sekiranya murid malas menyertai Google Meet
Menyarankan supaya dikenakan denda kepada murid yang malas menyertai PdPR secara
google meet.
Pembawa usul: Pn. Rashidah binti Lot
Keputusan mesyuarat: Setiap kali kelas guru subjek akan mengambil kehadiran pelajar.
Seterusnya, guru tingkatan akan bekerjasama dengan kaunselor untuk menghubungi murid
yang kerap tidak menyertai kelas PDPR. Pihak sekolah sekolah mohon kerjasama ibu bapa
untuk memantau anak-anak untuk mengikuti jadual PdPR yang telah sekolah sediakan.
5.1.13 Kelas tambahan untuk persediaan peperiksaan
Agar anak lebih bersedia dengan mendapat lebih banyak latihan tambahan.
Pembawa usul: Pn. Hafizah binti Boniran
Keputusan mesyuarat: Pihak sekolah telah merancang pelbagai program peningkatan
akademik pelajar. Perlaksanaan ini akan diusahakan bergantung kepada kebenaran dan SOP
KPM.
5.1.14 Kelas satu sesi sempena covid
Sempena pandemik Covid, mungkinkah jika dibuat kelas satu sesi. Contoh, tingkatan satu
hadir hanya pada hari Isnin sahaja dari 7.30 hingga 5.00 petang. Untuk tingkatan dua pula
pada hari Selasa. Jadi untuk tingkatan satu, pada hari Selasa hingga Jumaat melalui talian
sahaja.
Pembawa usul: En. Ahmad Munawar bin Shafie
Keputusan mesyuarat: Pengoperasian sekolah tertakluk kepada model sekolah yang telah
ditetapkan oleh pihak KPM.
16
5.1.15 Meningkatkan sistem pembelajaran dan pengajaran
Agar peningkatan dan kepintaran anak dalam akademik meningkat.
Pembawa usul: Pn. Rosazuan binti Tomeri & Pn. Zamzarina binti Nazaruddin
Keputusan mesyuarat: Pelbagai program akademik telah disusun oleh pihak sekolah.
Mohon kerjasama dari semua murid untuk melibatkan diri dalam program tersebut.
5.1.16 Guru-guru sebelum waktu rehat perlu ikut masa untuk mengakhirkan
waktu mengajar dan guru-guru selepas rehat yang masuk awal 5 minit ke
kelas perlu bagi masa kepada murid untuk menghabiskan makanan
disebabkan rehat lambat.
Ini kerana ada segelintir guru telah mengambil waktu rehat murid sehinggakan murid tidak
sempat ke kantin atau waktu untuk makan.
Pembawa usul: Pn. Najahiyah binti Sulaiman
Keputusan mesyuarat: Teguran diterima dan telah disampaikan kepada semua guru.
5.1.17 Pastikan kuantiti buku tulis dan buku aktiviti telah mencukupi sebelum
kedai buku dibuka.
Kerana terdapat maklumat kekurangan buku setelah sampai di kedai buku sekolah.
Pembawa usul: Pn. Sarizal binti Husain
Keputusan mesyuarat: Pihak pembekal buku telah membuat penambahan buku di kedai
buku sekolah.
5.1.18 Penerangan tentang PKSK bagi Tingkatan 3.
Ini bertujuan agar murid Tingkatan 3 maklum tentang PKSK seawal mungkin dan
seterusnya mereka dapat menentukan hala tuju aliran pendidikan yang mereka cenderung.
Contohnya, seminar atau bengkel SBP, KV, MTD dan lain-lain di bawah PKSK.
Pembawa usul: Pn. Habsah binti Ahmad.
Keputusan mesyuarat: Pihak kaunselor telah mengatur pelbagai taklimat tentang PKSK
secara atas talian. Para ibu bapa juga boleh melayari laman sesawang PKSK di moe.gov.my.
untuk mengetahui maklumat lebih mendalam.
5.1.19 Menurap semula jalan ke arah asrama
Terlalu banyak lubang dan tidak rata. Kemudahan parking untuk ibu bapa mengambil dan
menghantar anak asrama, dibenarkan parking di kawasan asrama. Hal ini kerana agak sukar
untuk keluar masuk kenderaan.
Pembawa usul: Pn. Khadijah binti Sharin
.
17
Keputusan mesyuarat: Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat AJK PIBG. Keputusan
bergantung kepada peruntukan kewangan sekolah dan PIBG.
5.1.20 Peranan AJK kelas perlu dipertingkatkan
Setiap AJK kelas perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka sendiri. Hal
ini kerana kebanyakan tugas dilakukan oleh ketua/penolong kelas. Oleh itu setiap mereka
yang memegang jawatan di dalam kelas perlu amanah dalam tugas mereka, bukan sahaja
untuk menambah mata kokurikulum.
Pembawa usul: Pn. Sharuta binti Salleh
Keputusan mesyuarat: Ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan telah diberi taklimat
pengurusan kelas oleh PK HEM dan AJK Disiplin. Ketua tingkatan dan penolong ketua
tingkatan telah maklum peranan dan tugas masing-masing.
5.1.21 Memohon pihak RELA untuk membantu trafik di luar pintu pagar
sekolah
Memohon pihak RELA untuk membantu trafik di luar pintu pagar sekolah agar dapat
mengurangkan kesesakan semasa waktu puncak.
Pembawa usul: En. Zakaria bin Ishat
Keputusan mesyuarat: Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat AJK PIBG untuk
perbincangan selanjutnya.
5.1.22 Atasi masalah air di asrama lebih serius dengan mengadakan ‘back
up tank’
Ini kerana tekanan air yang rendah menyebabkan murid yang tinggal di asrama terjejas
aktiviti mereka. Lebih-lebih lagi kepada murid perempuan yang sedang haid/uzur.
Pembawa usul: En. Suryadi bin Sabirin & Pn. Linda binti Safari.
Keputusan mesyuarat: Pihak sekolah telah menghubungi pihak yang berkenaan. Masalah
air sedang dalam proses untuk diatasi oleh pihak SYABAS.
5.1.23 Tingkatkan kebersihan tandas.
Didapati juga kerosakan tandas yang tidak dibaiki dan masalah air yang menjadi punca
bertambahnya lagi keburukan dan kekotoran tandas. Tandas yang bersih membuatkan murid
lebih bersemangat untuk belajar.
Pembawa usul: Pn. Azila binti Azlan.
Keputusan mesyuarat: Tandas akan dibersihkan oleh pekerja pembersihan dua kali sehari.
Walaubagaimanapun, bilangan murid yang menggunakan tandas terlalu ramai menyebabkan
tandas cepat kotor.
18
5.1.24 Mohon Bayaran Untuk Hari Graduasi
Setiap pelajar yang ingin menyertai majlis ini perlu membayar sebanyak RM60.00 untuk
bayaran jubah, buku cenderamata, foto dan makanan.
Pembawa usul : Pihak Sekolah
Keputusan mesyuarat : Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
5.1.25 Penerbitan Majalah Sekolah (TERAS)
Mohon penerbitan majalah sekolah diteruskan seperti tahun-tahun yang lepas dengan harga
setiap naskah RM15.00. Agihan pembelian ialah 1 majalah untuk 1 keluarga.
Pembawa usul : Pihak sekolah
Keputusan mesyuarat : Ahli PIBG bersetuju untuk diteruskan dengan harga RM15.00 bagi
setiap naskah.
AGENDA 6 : PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK MERU SESI
2021/22
Pengerusi memaklumkan pembubaran AJK PIBG SMK Meru sesi 2020/21 dan ibu bapa
yang hadir telah melantik Encik Zakaria B. Hj Ishat sebagai pengerusi sementara. Berikut
adalah ahli jawatankuasa PIBG SMK Meru sesi 2021/22 setelah mendapat persetujuan
ramai.
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Meru sesi 2021/22 adalah seperti berikut:
Penasihat : Pn. Siti Dinar bt Hamid
Yang Di-Pertua : En. Zakaria b. Hj Ishat
Naib Yang Di-Pertua : En. Raveentharan A/L N. Kasinathan
Setiausaha : En. Mohamad Affandy b. Hamed
Penolong Setiausaha : Pn. Rafidah bt. Long
Bendahari : Pn. Hafidzah bt. Dollah
Penolong Bendahari : En. Ahmad Nizamuddin b. Najib
AJK Ibu Bapa : En. Mohd Fadli b. Basri
En. Mokhtar b. Kamis
En. Jafri b. Kamaruddin
Pn Norazian bt. Rahmat
Pn Nazariah bt. Abdul Wahab
AJK Guru : Pn. Noor Hariza bt Mohd Zahir
Pn. Raja Ruzlin bt. Raja Ariffin
En. Muhammad Hambal b. Hashim
En Muhamad Sulhelmi b. Seman
Pn. Najiha bt Bachok
Pn. Siti Norbaya bt. Jamaludin
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50