JELAJAH ILMU MATAN ARBAIN IMAM NAWAWI Bersama Destinasi Matan Arbain SMA AL-Maarif,Felda Bukit Goh,Kuantan Pahang. DESTINASI IMPIAN MATAN ARBAIN SMA AL-MAARIF HADIS6 BERHATI-HATI TERHADAP PERKARA SYUBHAH
TEMA HADIS BERHATI-HATI TERHADAP PERKARA SYUBHAH MATAN HADIS TERJEMAHAN HADIS Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu ‘Abdullah al-Nu’man bin Basyir r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat perkara yang syubhah (tidak jelas hukumnya), yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang berhati-hati terhadap perkara yang syubhah, maka dia telah memelihara agamanya dan maruahnya. Namun sesiapa yang terjebak dengan perkara yang syubhah maka dia terjerumus ke dalam perkara haram. (Keadaannya) seperti penggembala yang membawa binatang gembalaannya berhampiran kawasan larangan, lambat laun dikhuatiri dia akan memasukinya. Ketahuilah sesungguhnya setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka seluruh jasad akan baik. Dan apabila ia rosak maka seluruh jasad
akan rosak. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. HURAIAN HADIS • Hadis ini menyatakan tentang perkara halal dan haram itu jelas dan antara kedua-duanya ada perkara yang samar iaitu syubhah. Contoh perkara halal yang jelas ialah memakan makanan yang halal lagi baik daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan binatang ternakan. • Manakala contoh perkara yang haram ialah memakan bangkai, daging babi dan minum arak. Perkara syubhah ialah perkara yang ada kesamaran kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram, contohnya: Makanan atau minuman yang tidak jelas status halal atau haram. • Keuntungan daripada pelaburan yang tidak jelas halal atau haram sesuatu perniagaan. Pakaian yang mempunyai simbol maksiat. Menyewakan rumah kepada pelaku maksiat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172: Terjemahan: “Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah SWT, jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya. • Ayat ini mengingatkan kita supaya mengambil makanan dan minuman yang baik serta mensyukuri nikmat Allah SWT. Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat dan patuh kepada perintah Allah SWT. • Kita juga diperintah untuk meninggalkan segala larangan Allah SWT dan sedaya upaya untuk menjauhi perkara syubhah agar tidak terjerumus kepada yang diharamka This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY
air tangan ibu-ibu PIBKS AL-Maarif-terima kasih ya rabb PENGAJARAN • Mengambil berat tentang perkara yang berkaitan halal, haram dan syubhah. • Tidak peka terhadap perkara halal, haram dan syubhah akan memberi kesan negatif kepada kehidupan. • Melakukan perkara haram dan syubhah akan menjejaskan kesucian hati. FOKUS NILAI Kesejahteraan ,Keyakinan PENGHAYATAN • Murid hendaklah beramal dengan amalan yang berasaskan alQuran dan al-Sunah agar terhindar daripada perkara yang bercanggah dengan syariat Allah SWT. • Murid hendaklah ikhlas dalam setiap amalan supaya diterima oleh Allah SWT. • Murid hendaklah mempelajari ilmu daripada guru yang berautoriti, bukan semata-mata daripada media sosial tanpa panduan. S ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..’ ‘ Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..’