The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARHANA BINTI ZUBIR Moe, 2021-04-18 00:18:21

REKA CIPTA P2

REKA CIPTA P2

REKA CIPTA
DAN

INOVASI

TAKRIFAN

• Kamus Dewan Bahasa - reka cipta membawa maksud penghasilan
suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu
produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa
kini dan akan dating.

• Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan
sesuatu penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara
melakukan aktiviti eksperimen memikir dan menjalankan
penyelidikan.

• Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia
menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah
produk itu direka cipta.

Grafik

elektronik Perindustrian

Bidang-bidang
reka cipta

Barangan Tekstil
logam

Fesyen

SEJARAH PERKEMBANGAN REKA CIPTA

• Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah
manusia.Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Reka cipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban
manusia. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat
bila reka ciptaan pertama dihasilkan.

• Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali
Zaman Prarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat
sendiri termasuk senjata seperti kapak batu dan lembing.

• Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta
peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman
itu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan
domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-
18 dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim
telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang
menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan
maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua.
Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula
mencipta radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya.

• Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat
menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi, antara
rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes” ciptaan Archimedes pada tahun 212 SM.
Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia
Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta
sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick membina
keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Bell dengan hasil
ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.

CONTOH REKA CIPTA



PEREKA DAN HASIL CIPTA

• Ciptaan-ciptaan baru dapat memberikan cabaran kepada para
pereka cipta. Jika kita lihat kereta yang pertama dicipta kelihatan
seperti kereta kuda. Para pereka cipta dan orang-orang yang
membeli kereta awal mungkin rasa selamat dengan rekaan yang
biasa dilihat. Pereka cipta terkemuka sama ada dari dunia barat
atau timur telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan
manusia sejagat. Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat
melalui pemerhatian dan hasil kerja yang dihasilkan.Tingkah laku,
sikap, keyakinan diri dan sifatnya antara ciri-ciri yang boleh
menggambarkan minat seseorang dan potensi yang ada dalam
dirinya.

Karl Benz Enjin kereta Benz

John McAdam – pencipta penurapan jalan moden

CIRI-CIRI PEREKA CIPTA YANG BERPOTENSI

Berminat Berpandangan Kreatif
jauh

Sukakan Bersikap Berkebolehan
cabaran positif

REKA CIPTA DAN INOVASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

• Satu ketika dulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
mudah dan menarik menggunakan papan kapur, kemudian berubah
menggunakan white board dan pen marker, tidak lama selepas itu
para pendidik beralih menggunakan perisian tertentu dengan
bantuan komputer dan projector liquid-crystal display (LCD) pula.

• Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan
perisian reka bentuk berbantu komputer (CAD). Pelajar dapat
mempelajari teknologi di samping mendapat pengalaman dalam
bidang kejuruteraan dan reka bentuk.

• Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui
persidangan terus-menerus di seluruh dunia. Pendidikan jarak jauh
diperkenalkan di samping meningkatkan kaedah serta keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Berguna

Berpotensi Berkeupayaan

Prinsip
produk
reka cipta

Ada nilai Unik
komersial


Click to View FlipBook Version