The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Pelancaran Konsep Sekolahku SEJAHTERA
Tempat: Dataran Ilmu, Kolej Tingkatan Enam Saratok
Tarikh: 10 Mei 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tizarahdaud, 2022-05-12 17:15:08

Laporan Pelancaran Konsep Sekolahku SEJAHTERA

Laporan Pelancaran Konsep Sekolahku SEJAHTERA
Tempat: Dataran Ilmu, Kolej Tingkatan Enam Saratok
Tarikh: 10 Mei 2022

LAPORAN

PELANCARAN

KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

"BERILMU, BERAKHLAK, BERBAKTI"

LAPORAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

NAMA PROGRAM : PELANCARAN KONSEP SEKOLAHKU SEJAHTERA

TARIKH : 10 MEI 2022

SASARAN : SEMUA WARGA KOLEJ TINGKATAN ENAM

SARATOK

LAPORAN :

1.0 PENGENALAN

Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) bermatlamat melahirkan rakyat malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagi menzahirkan
aspirasi FPK ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan sejahtera, pelbagai
program dan aktiviti dilaksanakan di institusi pendidikan bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memupuk amalan dan tingkah laku positif dalam
kalangan murid.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013 - 2025) pula mendukung hasrat
FPK untuk memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani
cabaran yang bakal ditrempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh
menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang
kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal serta berani melakukan
sesuatu yang betul.

Bagi memperkasa dan menyokong aspirasi FPK dan PPPM tersebut, konsep Sekolahku
SEJAHTERA telah dilancarkan dan diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr
Radzi Bin Jidin pada 21 Februari 2022. Pihak kolej turut mengambil inisiatif
mengukuhkan konsep tersebut dalam kalangan warga Kolej Tingkatan Enam Saratok.
Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman,
selesa, menggembirakan, membina dan inklusif kearah mencapai kesejahteraan
masyarakat. Konsep ini memberi penekanan terhadap nilai murni secara semulajadi
yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program KPM.

2.0 OBJEKTIF

Konsep Sekolahku SEJAHTERA bermatlamat untuk melahirkan warga Kolej
Tingkatan Enam Saratok sebagai insan sejahtera yang menyumbang kepada
kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. Konsep tersebut
digagaskan bagi memperkenal, mempromosi dan meningkatkan pemahaman
terhadap elemen-elemen SEJAHTERA yang perlu sentiasa diterap, dididik, diamalkan
dan dihayati sehingga menjadi budaya semua warga Kolej Tingkatan Enam Saratok

LAPORAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

3.0 KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

1. Diadakan ketika perhimpunan rasmi Kolej Tingkatan Enam Saratok bertempat
di Dataran Ilmu melibatkan semua pelajar dan guru Kolej Tingkatan Enam
Saratok.

2. Majlis dirasmikan oleh Cikgu Abg Mansor Bin Hj Abg Sebli, Pengetua Kolej
Tingkatan Enam Saratok.

4.0 KEKUATAN PROGRAM

1. Kekuatan utama program ini adalah melalui sokongan dan kerjasama 1.
daripada semua pihak khususnya guru-guru dan jawatankuasa pelaksana
program.

2. Kerjasama semua pihak termasuk Majlis Perwakilan Pelajar dalam menjayakan
aktiviti yang dirancang.

3. Pelajar-pelajar yang berada dalam usia matang untuk mudah memahami dan
menerapkan elemen-elemen SEJAHTERA dalam kehidupan seharian mereka
serta membantu para guru mengaplikasikan konsep tersebut dalam pelbagai
aktiviti yang dianjurkan.

5.0 KELEMAHAN PROGRAM

1. Kelemahan utama program ini adalah ruang atau tempat majlis diadakan agak
panas. Suasana yang kurang kondusif disebabkan diadakan di ruang terbuka
yang menyebabkan silau di kalangan para pelajar. Ketiadaan dewan yang besar
menyebabkan majlis ini terpaksa diadakan di dataran terbuka.

LAPORAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

6.0 AKTIVITI PENERAPAN ELEMEN SEKOLAHKU SEJAHTERA

LAPORAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

7.0 PENUTUP

Pelancaran Konsep Sekolahku SEJAHTERA di Kolej Tingkatan Enam Saratok telah
berjaya dilaksanakan. Pihak kolej akan terus berusaha memastikan sekurang-
kurangnya 98% warga Kolej TIngkatan Enam Saratok memahami aspirasi dalam
konsep Sekolahku SEJAHTERA dan mempraktikkan elemen-elemen yang telah
digariskan dalam aktiviti seharian. Semoga konsep Sekolahku SEJAHTERA dapat
melahirkan insan sejahtera dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Saratok
yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti
global.

DISEDIAKAN OLEH

_______________________
(TIZARAH BINTI DAUD)
Penyelaras Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA
Kolej Tingkatan Enam Saratok
12 Mei 2022

8.0 LAMPIRAN

1. Brosur Konsep Sekolahku Sejahtera

2. Gambar Aktiviti Sepanjang Pelancaran Konsep Sekolahku SEJAHTERA
3. Video semasa pelancaran

LLAAMMPPIIRRAANN

KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

BROSUR LAPORAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

MAJLIS PELANCARAN LAPORAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

VIDEO PELANCARAN LAPORAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK

https://youtu.be/zMvTybxoWo4

https://www.youtube.com/watch?v=tKUA60e01Zk

KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK


Click to View FlipBook Version