The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PEMBELAJARAN HEUTAGOGI BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG UNTUK KURSUS IBS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahhazari, 2022-01-20 21:10:45

MODUL PEMBELAJARAN HEUTAGOGI BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG UNTUK KURSUS IBS

MODUL PEMBELAJARAN HEUTAGOGI BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG UNTUK KURSUS IBS

MODUL PEMBELAJARAN
HEUTAGOGI BAGI PENGUASAAN

KEMAHIRAN BERFIKIR
UNTUK KURSUS

INDUSTRIAL BUILDING SYSTEM

NOR NABILAH BINTI AHMAD HAZARI
YEE MEI HEONG

PRAKATA

Modul pembelajaran heutagogi bagi penguasaan kemahiran berfikir untuk
kursus Industrial Building System (IBS) ini dihasilkan bagi membantu para
pelajar, guru serta pensyarah dalam mempertingkatkan kemahiran pengajaran
dan pembelajaran yang perlu dikuasai oleh mereka. Kemahiran ini adalah
sangat penting kerana kemahiran ini sangat dititikberatkan.
Modul ini membicarakan mengenai teori-teori serta prinsip yang terdapat di
dalam pendekatan Heutagogi yang diperlu dikuasai oleh guru, pelajar serta
pensyarah. Seterusnya modul ini juga akan membicarakan mengenai
pembelajaran heutagogi yang dapat memberikan penguasaan kemahiran
berfikir pelajar dan akhir sekali adalah bagaimana penggunaan pembelajaran
heutagogi bagi penguasaan kemahiran berfikir untuk kursus Industrial Building
System (IBS). Untuk kursus IBS dalam modul ini ianya hanya tertumpu pada
Topik 7 iaitu “Kaedah Dalam Pengiraan Skor IBS” yang mana sub topik yang
terlibat adalah adalah Skor IBS Untuk Sistem Struktur, Skor IBS Untuk
Dinding dan Skor Ibs Untuk Lain-lain Kaedah Kebolehbinaan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan pembangunan modul ini. Semoga usaha tersebut dapat
memberikan manfaat kepada pengguna dan mendapat keredhaan dari Yang
Maha Bijaksana, Yang Maha Kuasa atas segalanya.

Nor Nabilah Binti Ahmad Hazari

Isi kandungan modul

1.0 PENGENALAN 1
2
2.0 OBJEKTIF 3
4
3.0 APA ITU HEUTAGOGI 6
7
3.1 Prinsip Heutagogi
8
4.0 APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG
8
4.1 Implikasi Kebolehan Dalam Kemahiran 11
Berfikir Sternbert 14

5.0 APLIKASI PENDEKATAN PEMBELAJARAN HEUTAGOGI UNTUK 17
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR STERBERG
18
5.1 Proses Reka Bentuk Heutagogi
19
5.2 6 Elemen Reka Bentuk Heutagogi 22
27
6.0 BAGAIMANA 6 ELEMEN HEUTAGOGI DAPAT MENINGKATKAN 31
KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG
34
7.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN HEUTAGOGI DAN KEMAHIRAN
BERFIKIR STERNBERG 35
38
8.0 PEMBELAJARAN HEUTAGOGI BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN 38
BERFIKIR UNTUK KURSUS INDUSTRIAL BUILDING SYSTEM 39
40
8.1 Kaedah Dalam Pengiraan Skor IBS
42
8.1.1 Skor IBS Sistem Struktur

8.1.2 Skor IBS Dalam Sistem Dinding

8.1.3 Skor IBS Untuk Lain-Lain Kaedah
Kebolehbinaan

8.1.4 Skor IBS Untuk Projek dengan
Kumpulan Bangunan

8.1.5 Contoh Pengiraan Skor IBS

9.0 LATIHAN PENGUKUHAN

9.1 Latihan Pengukuhan 1

9.2 Latihan Pengukuhan 2

10.0 REFLEKSI PELAJAR

11.0 GLOSARI

12.0 RUJUKAN

PENGENALAN

Modul pembelajaran heutagogi bagi penguasaan
kemahiran berfikir untuk kursus Industrial
Building System (IBS) ini adalah merupakan
sebuah modul yang dibangunkan untuk
kemudahan para pelajar dan guru Teknologi
Pembinaan bagi subjek Industrial Building
System (IBS) di Kolej Vokasional. Modul ini
memberikan penerangan dan penjelasan yang
lebih menarik dan sistematik untuk para pelajar
dan juga guru Kolej Vokasional. Pembangunan
modul ini sedikit sebanyak dapat membantu para
pelajar dan juga guru untuk dijadikan sebagai
rujukan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilalui. Melalui modul ini juga,
para pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir
yang menggunakan pendekatan pembelajaran
heutagogi untuk memperolehi skor yang baik
dalam kursus IBS

1

OBJEKTIF MODUL

1. Memberi penerangan kepada
pelajar dan guru bagi
meningkatkan kefahaman dalam
pembelajaran heutagogi.

2. Memahami pendekatan
pembelajaran heutagogi bagi
penguasaan kemahiran berfikir
pelajar.

3. Mengenalpasti kelebihan dan
kelemahan terhadap penguaasan
pelajar dalam pembelajaran
Industrial Building Sysrem (IBS)

2

APA ITU HEUTAGOGI

Heutagogi adalah pendekatan Heutagogi merupakan satu
pengajaran dan pembelajaran proses yang mencabar cara
yang memberikan akses kepada berfikir seseorang individu.
sumber pembelajaran dan Walaupun ianya mencaabar
membolehkan pelajar namun hasil yang dikaryakan
memperoleh pengetahuan dan dan hasil yang dikumpulkan
kemahiran secara berdikari. haruslah berkualiti dan bermutu.

Perlaksanaan heutagogi adalah Melalui pembelajaran
pendidik akan memantau pelajar heutagogi ini, pelajar dapat
dan seterusnya para pelajar akan belajar dimana-mana sahaja.
diberikan tugasan sama ada dalam Pembelajaran heutagogi juga
bentuk kumpulan mahupun memberikan peluang kepada
individu. Melalui tugasan pelajar untuk menentukan
tersebut, pelajar perlu sendiri cara pembelajaran secara
menyiapkan tugasan dengan bebas mengenai apa yang
lengkap dan harus mencari mereka akan pelajari.
sumber-sumber bagi membantu
mereka. 3

APA ITU HEUTAGOGI (sambungan)

PRINSIP HEUTAGOGI
(Terdapat 5 prinsip dalam heutagogi)

PENEKANAN Aspek pembelajaran kendiri yang merupakan
BERPUSATKAN pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar di mana
PELAJAR DAN setiap pelajar perlu mendapat peluang yang sama rata
DITTENTUKAN
OLEH PELAJAR untuk melibatkan diri dalam mempelajari sesuatu
kursus. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai peranan

masing-masing untuk berjaya. Peranan daripada
manusia dalam pembelajaran merupakan prinsip asas.
Sebagai contoh pelajar akan berada di tengah-tengah

daripada semua amalan heutagogi.

Keupayaan dicirikan seperti dapat menggunakan KEUPAYAAN
kecekapan dalam keadaan yang tidak disedari ataupun
keadaan seperti biasa, kemampuan diri pelajar,
komunikasi, kreativiti, kolaborasi (kerja berpasukan)
dan juga nilai positif. Keupayaan dan kebijaksanaan
dalam menangani sesuatu permasalahan memerlukan
tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Oleh yang
demikian, pelajar dan pendidik memerlukan
kecerdasan emosi yang tinggi bagi membolehkan
kemajuan diri semakin meningkat.

METAKOGNITIF Di dalam heutagogi, reaksi yang berlaku secara
DAN REFLEKSI holistik adalah penting. Ini diterjemahkan kepada
pelajar yang tidak hanya mempelajari apa yang dia
DIRI pelajari, tetapi cara bagaimana dia belajar dan juga

memahami kaedah bagaimana ia dipelajari

4

APA ITU HEUTAGOGI (sambungan)

PRINSIP HEUTAGOGI (sambungan)

PEMBELAJARAN Pembelajaran gelung berganda memerlukan pelajar
GELUNG untuk belajar kedua-dua perkara iaitu pengalaman dan
BERGANDA
(DOUBLE-LOOP juga tingkah laku. Seterusnya adalah mereka tidak
LEARNING hanya memahami apa yang meraka pelajari, malah

dapat juga mengetahui pengetahuan baru serta
mengetahui sebahagian daripada proses pembelajaran

untuk memupuk nilai dan juga sistem kepercayaan
mereka.

Oleh kerana heutagogy ini merupakan PEMBELAJARAN DAN
pembelajaran yang ditentukan oleh pelajar PENGAJARAN TIDAK
dan bukannya digubal oleh pendidik. Kesan SEKATA (NONLINEAR
pelajar untuk memilih pembelajarn secara
sendiri, ianya akan mendatangkan kesan LEARNING AND
kepada pembelajaran iaitu pembelajaran TEACHING
berlaku dalam bentuk yang tidak sekata.

5

APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG

Menurut Sternberg, tingkah laku yang
cerdas muncul hasil daripada

imbangan tiga kebolehan dalam
kemahiran berfikir iaitu:

KEBOLEHAN Membolehkan kita untuk menilai,
ANALITIK menganalisis dan membandingkan atau
membezakan maklumat yang kita
perolehi. Ia adalah asas pemikiran dan
proses penyelesaian masalah.

Membolehkan kita untuk merekacipta, KEBOLEHAN
membuat penerokaan dan usaha-usaha KREATIF
kreatif yang lain.
Kreatif adalah kecekapan atau
keupayaan mnggunakan minta unutuk
meneroka pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baharu, asli
dan bernilai sama ada bersifat abstrak
atau idea.

KEBOLEHAN Membolehkan kita untuk mengaplikasikan
PRATIKAL apa yang telah kita pelajari. Ianya boleh
dilihat dari segi pengurusan urusan harian
dan pengurusan tugasan.

6

APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG
(sambungan)

Implikasi kebolehan
dalam kemahiran berfikir

Strernberg

1 Dalam kehidupan sebagai 2

pelajar dan juga guru atau Sebagai seorang guru
sesiapa sahaja, digalakkan perlu mengetahui
untuk memaksimumkan perbezaan dalam
kekuatan dalam kebolehan
kebolehan berfikir ini
berfikir secara analitik, terhadap kalangan pelajar.
kreatif dan pratikal untuk
4
memperoleh kejayaan.
Kebolehan berfikir secara
Setiap pelajar harus analitik, kreatif dan pratikal
dibimbing untuk merupakan keupayaan dalam
meningkatkan
kemahiran berfikir mencapai matlamat
kehidupan, mengenalpasti
dengan menggalakkan kekuatan diri untuk mengatasi
kepada ketiga-tiga kelemahan yang ada dan
berusaha untuk menyesuaikan
kebolehan dalam aspek driri, membentuk dan memilih
analitik, kreatif dan
pratikal. persekitaran.

7

APLIKASI PENDEKATAN
PEMBELAJARAN HEUTAGOGI UNTUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR STERNBERG

PROSES REKA BENTUK
HEUTAGOGI

• Proses pertama dalam membentuk pengajaran dan pembelajaran
bagi pendekatan heutagogi adalah mengetahui kontrak ataupun
maklumat pembelajaran.

• Dalam proses pertama ini, pelajar dan pendidik akan bekerjasama
untuk mengenal pasti keperluan pembelajaran dan juga hasil yang
akan diperolehi.

• Seterusnya adalah kurikulum itu harus disesuaikan dengan hasil
pembelajaran serta apa yang diperolehi sepanjang proses
pembelajaran.

• Akhir sekali, dalam proses ini, kontrak pembelajaran akan dicipta
dan seterusnya dipersetujui oleh pendidik dan murid.

Sambungan pada muka surat seterusnya 8

PROSES REKA BENTUK
HEUTAGOGI (sambungan)

• Proses kedua adalah melakukan proses aktiviti pembelajaran.
Untuk berjaya dalam proses ini, perkara utama yang perlu
dilakukan oleh pendidik adalah merekabentuk, pendidik perlu
mencipta sesuatu yang baru contohnya seperti tugasan.

• Seterusnya, apabila pelajar dan pendidik telah mencapai
persetujuan mengenai rekabentuk untuk pembelajaran tersebut,
pelajar dan pendidik boleh memilih mana-mana media, aplikasi,
atau alat untuk menyokong aktiviti pembelajaran tersebut.

• Dalam proses ini, pendidika perlu menyediakan cara bagi
membantu pelajar untuk menjadi pelajar yang bermotivasi, aktif
dan juga berkemahiran dalam berfikir.

• Proses ketiga adalah proses terakhir dimana pembelajaran ini
dinilai untuk menentukan sama ada keputusan yang telah dibuat
dan dipersetujui itu telah tercapai.

• Penilaian perlu dilakukan di setiap peringkat dan pembelajaran ini
akan dinilai berdasarkan kontrak pelajar yang telah ditentukan pada
permulaan proses.

• Hasil pembelajaran itu akan dikaji semula dan dinilai seterusnya
mengenal pasti kecekapan dan kemahiran kursus yang telah
diperolehi

Sambungan pada muka surat seterusnya

9

PROSES REKA BENTUK
HEUTAGOGI

KONTRAK AKTIVITI HASIL
PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

✓ Kenalpasti ✓ KenaSlEpaRstVi IsCumESber. ✓ Menilai hasil
pembelajaran dan ✓ Mengenalpasti dan pembelajaran.
hasilnya.
membangunkan ✓ Menunjukkan
✓ Penilaian secara kemahiran kecekapan dan
perbincangan. pembelajaran, kemahiran
✓ Merekabentuk aktiviti
✓ Menadaptasikan pelajar.
kurikulum. ✓ Memberi maklum
balas secaara formatis.
✓ Memberi refleksi
terhadap diri sendiri

10

6 ELEMEN REKA
BENTUK HEUTAGOGI

MENEROKA

Asas untuk heutagogi adalah berunsur penerokaan. Pelajar mesti diberi
kebebasan dan peluang untuk meneroka pelbagai laluan sumber pengetahuan
di dalam perjalanan mereka. Seterusnya adalah tidak semua pelajar mudah
menerokai ilmu yang baru dan mungkin memerlukan bimbingan tambahan
pada permulaannya dan peranan pendidik adalah untuk menyediakan
sumber-sumber yang mungkin dapat membantu pelajar mengorientasikan
diri mereka sendiri dan mula bergerak secara perlahan untuk maju ke
hadapan. Sebagai pelajar yang belajar secara bebas, mereka akan menjadi
diri sendiri dan menjadi lebih berorientasi diri dalam pembelajaran mereka
dan akan memulakan laluan yang baru untuk mendapatkan maklumat
mengenai pembelajaran yang akan diteruskan.
* Google (www.google.com) dan Wikipedia (www.wikipedia) merupakan
contoh utama sumber dalam talian yang boleh digunakan sebagai titik
permulaan begi penerokaan seseorang itu *

MENCIPTA

Elemen yang paling penting dalam pembelajaran heutagogi adalah dengan
memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencipta. Perkara ini boleh dicapai
dengan menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran contohnya seperti
menulis, mereka bentuk, dan melukis. Pendekatan pembelajaran yang berguna
ialah mewujudkan peta minda. Melalui penggunaan persekitaran dalam talian,
pelajar boleh menggunakan pelbagai alat untuk membuat peta minda untuk
pengajian mereka.
* Popplet (http://popplet.com/) dan Bubbl.us (http://bubbl.us/) merupakan
contoh untuk membuat peta minda *

Sambungan pada muka surat seterusnya 11

BEKERJASAMA

Seterusnya adalah elemen bekerjasama dimana elemen ini bertujuan untuk
menyediakan pelbagai jenis persekitaran yang sihat dimana pelajar akan
dapat belajar antara satu sama lain. Pendidik juga berfungsi sebagai seorang
fasilitator semasa proses kerjasama dengan membiarkan sahaja pelajar untuk
terus maju kehadapan dan pendidik hanya membanti apabila mereka
memerlukan. Dalam mengamalkan heutagogi secara berpasukan, setiap
pelajar perlu melengkapkan diri dengan membenarkan mereka menguruskan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara online.
* Alat Web2. telah tersedia untuk pelajar bekerjasama secara talian dan
menggunakan GoogleDocs dan Wiggio, pelajar secara berpasukan dapat
bekerjasama antara satu sama lain *

MENGHUBUNGKAN

Rangkaian dan sambungan adalah aspek kritikal dalam bidang heutagogi,
kerana melalui sambungan ini, saluran pembelajaran baru akan diwijudkan.
Dalam menghasilkan sambungan dengan sosial pada hari ini dengan mudah,
ianya memberikan peluang kepada pelajar untuk bergaul dengan sesiapa
sahaja di seluruh dunia. Pelajar digalakkan untuk berhubung dengan orang
lain melalui menggunakan media masa secara berdisiplin dan tidak
menyalahgunakan kemudahan media masa tersebut.
* Twitter (www.twitter.com), Linkedln (www.linkedin.com), Academia.edu
(www.academia.edu), Facebook (www.facebook.com), WhatsApp
(www.whtatsapp.com), dan juga Google+ (https://plus.google.com) yang
dapat menghubungkan pelajar dengan pihak luar *

Sambungan pada muka surat seterusnya

12

PERKONGSIAN

Pendidik akan menawarkan pelajar dan memberi peluang untuk berbincang
perkara yang berkaitan. Oleh itu, melalui perbincangan dapat berkongsikan
maklumat antara satu sama lain, pelajar dapat belajar dari penemuan dan
pengalaman masing-masing. Seterusnya, pendidik boleh membantu pelajar
untuk mengenal pasti dengan menggunakan alat dan aplikasi perkongsian
maklumat, serta menyediakan panduan untuk menilai maklumat dalam
talian disamping ianya menjadi sebahagian daripada proses perkongsian
dan juga curahan idea dan pendapat. Pelajar juga boleh mendapatkan
maklumat melalui tinjauan secara kritis tentang kerelevanan dan nilai kerja
dengan menerbitkan maklumat ke dalam ruang talian internet dan kemudian
berkongsi maklumat dengan pengikut mahupun sahabat mereka.
Pembelajaran pada masa kini dan yan akan datang merupakan satu proses
aktif yang melibatkan bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi
teknologi.
* Slideshare (www.slideshare.net), ResdearchGate (www.researchgate.net),
Twitter (www.twitter.com), dan Facabook (www.facebook.com), dan
Scooplt! (http://www/scoop.it/) ini adalah antara alat untuk perkongsian
maklumat yang boleh digunakan *

REFLEKSI (REFLECT)

Akhir sekali bagi pembelajaran heutagogi, pelajar perlu mempunyai masa
dan peluang untuk mengimbas kembali. Ini akan wujudnya potensi dan
pembelajaran baru dimana pembelajaran terdahulu dan pembelajaran baharu
akan dapat disatukan. Seterusnya, melalui refleksi dapat memberikan
peluang kepada pelajar supaya berfikiran lebih jauh contohnya melakukan
analisis dan sintesis terhadap aktiviti yang telah dilakukan. Aktiviti refleksi
ini harus merangkumi pengetahuan baharu yang telah diperolehi oleh pelajar,
serta bagaimana dia telah belajar dan cara pelajar tersebut mendapatkan
pengalaman pembelajaran ini mempengaruhi nilai dan kepercayaan.
Sepanjang proses pembelajarn ini pendidik sebolehnya menyokong pelajar
untuk mencapai hasil yang baik dan berkesan seterusnya menyediakan
maklum balas formatif bagi memupuk pembelajaran berasaskan
penyelidikan..

13

BAGAIMANA 6 ELEMEN HEUTAGOGI
DAPAT MENINGKATKAN

KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG

Melalui 6 elemen yang telah dinyatakan dalam pembelajaran
heutagogi ianya dapat dilihat bahawa pada setiap elemen
tersebut ada kaitan dengan kebolehan berfikir secara analitik.
Jika dilihat kembali bahawa kemahiran berfikir analitik

1 membolehkan kita untuk menilai, menganalisis dan
membandingkan atau membezakan maklumat yang kita
perolehi. Dengan melalui 6 elemen dalam melaksanakan
aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung ianya telah
mendedahkan kepada pelajar untuk berfikiran secara analitik.

Seterusnya adalah dalam berfikir secara kreatif, ianya 2
membolehkan kita untuk merekacipta, membuat penerokaan
dan usaha-usaha kreatif yang lain serta menghasilkan
sesuatu yang baharu, asli dan bernilai sama ada bersifat
abstrak atau idea. Dalam 6 elemen heutagogi juga menerapkan
kepada penerokaan dan mencipta. Ini adalah menunjukkan
bahawa pembelajaran heutagogi itu sangat membantu dalam
meningkatkan kebolehan berfikir secara kreatif.

Sambungan pada muka surat seterusnya

14

BAGAIMANA 6 ELEMEN HEUTAGOGI
DAPAT MENINGKATKAN

KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG

Akhir sekali adalah dalam kebolehan berfikir secara pratikal.
Melalui kemahiran berfikir ini membolehkan kita untuk
mengaplikasikan apa yang telah kita pelajari. Ianya boleh
dilihat dari segi pengurusan urusan harian dan pengurusan

3 tugasan. Oleh itu, berdasarkan daripada 6 elemen
pembelajaran heutagogi tersebut, melalui setiap aktiviti yang
dilakukan ia dapat menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti
dengan mengaplikasikan setiap pembelajaran yang dilakukan
sama ada didalam tugasan mahupun perkara diluar
pembelajaran.

15

BAGAIMANA 6 ELEMEN HEUTAGOGI
DAPAT MENINGKATKAN

KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG

Untuk meningkatkan kebolehan kemahiran berfikir dengan baik
dalam kalangan pelajar semasa belajar, pendekatan pembelajaran

yang berkesan dan sesuai haruslah dikenalpasti. Pendekatan
pembelajaran yang sesuai bergantung kepada keadaan dan

persekitaran.

Antara pendekatan pembelajaran yang boleh diaplikasikan adalah
melalui pendekatan pembelajaran heutagogi. Hal ini kerana,
pendekatan pembelajaran heutagogi berupaya meningkatkan
kemampuan pelajar dalam kebolehan kemahiran berfikir,

menyelidik dan memberikan idea-idea yang ada serta menerapkan
pengetahuan tersebut dalam situasi untuk mempraktikkannya.

16

AKTIVITI : PEMBELAJARAN HEUTAGOGI
DAN KEMAHIRAN BERFIKIR STERNBERG

Berdasarkan kepada rujukan yang telah diberikan pada akhir modul,
sila lakukan aktiviti tersebut:

1. Tubuhkan kumpulan dengan bilangan setiap kumpulan mestilah 3
– 4 orang, (sila berhubung dengan rakan-rakan pelajar secara
dalam talian).

2. Berdasarkan rujukan yang telah diberikan pada akhir modul, sila
lakukan penerokaan terhadap laman web tersebut dengan 2 laman
web yang berbeza mewakili 1 kumpulan:
i. Satu (1) kumpulan- Dua (2) laman web (Pembelajaran
Heutagogi & Kemahiran Berfikir Sternberg.

3. Hasil daripada penerokaan, pelajar diminta untuk mencari isi-isi
penting berkaitan pembelajaran heutagogi dan kemahiran berfikir
Sternberg dengan mencipta:
i. Membuat peta minda dengan menggunakan aplikasi seperti
Popplet (http://popplet.com/) dan Bubbl.us (http://bubbl.us/)
atau apa jua jenis aplikasi yang boleh digunakan.

4. Hasil daripada peta minda yang telah dilaksanakan, pelajar diminta
untuk membuat perkongsian kepada rakan-rakan lain dengan
melalui laman web seperti Facebook (www.facebook.com) atau
sebagainya.

5. Setiap ahli kumpulan mestilah bekerjasama dalam menyelesaikan
tugasan aktiviti yang telah diberikan.

6. Pada akhir tugasan ini, pelajar diminta untuk menghantar refleksi
pembelajaran secara individu melalui telegram kelas.

7. Setiap ahli kumpulan juga akan membuat penilaian terhadap rakan
ahli kumpalan masing-masing.

17

PEMBELAJARAN
HEUTAGOGI
BAGI
PENGUASAAN
KEMAHIRAN
BERFIKIR

UNTUK KURSUS
INDUSTRIAL
BUILDING
SYSTEM

18

KAEDAH DALAM PENGIRAAN SKOR IBS

BAHAGIAN 1- SISTEM STRUKTUR
Skor maksimum ialah 50 mata
Contoh: Tiang dan rasuk konkrit

pratuang, keluli dan kayu pasang siap.

BAHAGIAN 2- SISTEM DINDING
Skor maksimum ialah 20 mata

Contoh: Panel konkrit pratuang, kaca, dry
partition dan kerja blok.

BAHAGIAN 3- Lain-lain Kaedah
Kebolehbinaan

Skor maksimum ialah 30 mata
Komponen standard berdasarkan MS
1064, grid piawai, komponen pasang

siap 3D lain seperti tandas pasang
siap, tangga, dan sebagainya.

19

Skor IBS maksimum untuk bangunan
adalah 100 mata

Pengiraan skor IBS hanya mengambil Untuk pengiraan tanah,
kira unsur-unsur superstruktur pertimbangan rasuk dan dinding
sahaja. Jenis rasuk tanah dan papak
bangunan. Kerja-kerja sub-struktur
tidak diambil kira dalam pengiraan. tanah tidak diambil kira

FORMULA

SKOR IBS= SKOR UNTUK SISTEM STRUKTUR
+

SKOR UNTUK SISTEM DINDING
+

SKOR UNTUK LAIN-LAIN KAEDAH KEBOLEHBINAAN

20

DI MANA:

QS QST

Luas binaan sistem Jumlah luas binaan
struktur bangunan

FS QW

Faktor IBS untuk sistem Panjang sistem dinding
struktur dari jadual 1 (dinding luar atau dalam)

QWT FW

Jumlah panjang dinding Faktor IBS untuk sistem
(dinding luar dan dalam) dinding dari jadual 3

S

Skor IBS untuk lain-lain kaedah
kebolehbinaan dari jadual 4

21

SKOR IBS UNTUK
SISTEM STRUKTUR

DI MANA:

Faktor IBS untuk
sistem struktur tertentu

dari jadual 1.

FS

QS / QST

Peratusan luas binaan di mana sistem
struktur tertentu digunakan:

Daripada luas binaan keseluruhan
bangunan.

22

NOTA

Skor IBS maksimum Untuk unsur-unsur yang tidak mendatar
untuk bahagian ini adalah seperti bumbung, tangga dan semua
permukaan lain yang curam, pelan
50 mata. keluasan hendaklah digunakan untuk
pengiraan.
Skor IBS untuk struktur adalah hasil
daripada peratusan pembinaan yang Pengiraan skor IBS merangkumi unsur
disusun oleh sistem dan faktor IBS yang superstruktur bangunan sahaja. Kerja sub-
bersamaan dari Jadual 1. Untuk mencapai struktur, apron dan kawasan landskap tidak
skor IBS, ia didarabkan dengan skor 50
diambil kira dalam pengiraan.
mata.

Jadual 1 menunjukkan faktor IBS bagi Dimensi untuk pengiraan luas binaan
gabungan lantai biasa dan sistem tiang / boleh dibaca dari garis grid atau kaedah
rasuk yang digunakan sementara Jadual lain seperti pengukuran langsung daripada
1A, menunjukkan Fs , untuk pelbagai jenis
sistem bumbung. Untuk sistem struktur lukisan. Luas binaan untuk struktur
tertentu yang tidak biasa digunakan dan bumbung diambil sebagai luas pelan yang
tidak disebutkan dalam Jadual 1, Fs boleh diliputi oleh garis bangunan di bawahnya.

diperolehi dari Pusat IBS, CIDB. Oleh itu, luas binaan untuk bumbung
adalah sama dengan luas binaan rasuk/

tiang di bawahnya.

Bagi bangunan yang menggunakan sistem multi- 23
struktur, setiap sistem dikira dan dijumlahkan

untuk mendapatkan skor IBS secara keseluruhan
untuk gabungan sistem struktur.

JADUAL 1: FAKTOR ISB
UNTUK SISTEM STRUKTUR

24

NOTA:

Papak konkrit pratuang Acuan kayu (dan kekuda
termasuk separuh papak bumbung kayu) bermaksud
teras berongga dan papan komponen kayu adalah saiz,
potongan dan fabrikasi in–situ
prategasan pratuang.
untuk membentuk acuan
Konkrit pratuang lengkung. Kayu termasuk
merangkumi produk-
produk precasting kilang, papan lapis.
precasting tapak atau
penggunaan sistem Untuk sistem struktur
menggunakaan Load Bearing
kecondongan. Wall, sama ada pratuang atau
in-situ, faktor boleh ditentukan
Rangka kerja yang boleh dari jadual dengan menganggap
digunakan semula tembok sebagai ruang yang

termasuk plastik, gentian luas.
kaca, keluli, aluminium
dan bahan logam lain yang Faktor IBS untuk sistem kerja
boleh digunakan berulang tunnel ialah 0.67. Ini adalah
untuk struktur tanpa lantai. Sila
kali. rujuk kepada CIDB untuk

faktor IBS.

25

JADUAL 2:
FAKTOR IBS UNTUK SISTEM

STRUKTUR BUMBUNG- Fs

BIL SISTEM BUMBUNG FAKTOR IBS

a Kekuda bumbung kayu pasang siap 1.0
b Kekuda bumbung logam pasang siap 1.0
c Precut kekuda bumbung logam 0.5
d Kekuda bumbung kayu 0.0

Precut bermaksud
bahagian logam dipotong Kekuda bumbung kayu
dan disaizkan di kilang bermaksud komponen kayu

tetapi di pasang in-situ dipotong, disaizkan dan
difabrikasi in- situ untuk

membentuk kotak acuan dan
kerja- kerja sementara yang

diperlukan.

26

SKOR IBS UNTUK
SISTEM DINDING

Fw- Sistem dinding Qw / Qwt- Nisbah panjang
tertentu, dalam Jadual 3 sistem dinding tertentu
(luaran atau dalaman) yang
digunakan daripada panjang
dinding bangunan Faktor
IBS

27

NOTA

Skor IBS maksimum Dinding bawah tanah luaran bagi tujuan
untuk bahagian ini penahan bumi dan dinding partikel bilik
kecik dikecualikan daripada pengiraan.
adalah 20 mata.
Untuk dinding rongga, pertimbangan
dua kulit berasingan sebagai dinding.

Skor IBS untuk sistem dinding adalah penjumlahan nisbah Panjang
dinding yang dilindungi oleh sistem dinding dan faktor IBS yang
sepadan. Untuk mencapai skor IBS, ia didarabkan dengan skor 20 mata.

Parapet dan koridor / Bagi bangunan yang menggunakan
balkoni mesti dikira sistem multi dinding, setiap sistem

dalam pengiraan dikira dan dijumlahkan untuk
mendapatkan skor IBS untuk sistem

dinding.

Jadual 3 menunjukkan faktor IBS untuk pelbagai sistem dinding biasa.
Untuk sistem dinding yang tidak disebutkan dalam jadual 3, faktor
tersebut boleh diperolehi dari CIDB.

28

JADUAL 3:
FAKTOR IBS UNTUK SISTEM

DINDING

NO SISTEM DINDING FAKTOR
IBS

1 Panel Konkrit Pratuang 1.0
2 Pelekap Logam 1.0
3 Panel Kayu Pasang Siap 1.0
4 Panel Kaca Ketinggian 1.0

Penuh 1.0
5 Sistem Dinding Kering 0.5
6 Konkrit in-situ dengan

sistem acuan yang boleh
diguna semula

7 Konkrit in-situ dengan acuan 0.0
kayu
0.5
8 Ketepatan sistem blok 0.0
9 Dinding bata biasa

29

Dinding kering pratuang

termasuk panel bersimen

Panel konkrit pratuan termasuk dan papan gypsum

panel sandwich, panel padu, panel komposit.

teras berongga dan tingkap-bay.

Konkrit pratuang termasuk produk

precasting kilang, precasting tapak Acuan kerja yang

penggunaan sistem kecondongan. boleh digunakan

semula termasuk

plastik, gentian

kaca, keluli,

Untuk tingkap NOTA aluminium dan
ketinggian penuh, bahan logam lain
gunakan faktor IBS yang boleh
untuk panel kaca. Untuk digunakan
dinding dengan berulang kali.

ketinggian tingkap yang Kerja kayu bermakna
tidak penuh, gunakan komponen kayu adalah
faktor IBS untuk bahan disaizkan, dipotong dan
sokongan contohnya difabrikasi in-situ untuk
panel konkrit pratuang, membentuk acuan kerja dan
dinding bata dan kerja-kerja sementara yang
sebagainya. diperlukan. Ini biasanya

dirujuk sebagai acuan

lengkung. Kayu termasuk

papan lapis.

Dinding yang dibina Ketepatan blok pratuang
menggunakan acuan tunnel, termasuk blok bersambung,
gunakan faktor 0.6. untuk blok konkrit ringan yang boleh
sistem dinding lain yang tidak diletakkan pada mortar pelekat.
dissebut dalam jadual, sila rujuk
kepada CIDB untuk faktor IBS

30

SKOR IBS UNTUK LAIN-LAIN
KAEDAH KEBOLEHBINAAN

Formula menyediakan mata bagi mereka yang
menggunakan kaedah pembinaan atau
penyelesaian yang boleh menyumbang kepada
objektif perindustrian melalui standardisasi dan
pengulangan. Mata juga diberikan kepada
penyelesaian penjimatan buruh.

Mata diberi berdasarkan peratusan
penggunaan atau liputan penyelesaian
tertentu dan dirumuskan untuk membentuk
skor IBS untuk bahagian ini. Tiada mata
diberikan jika penggunaan kurang daripada
50%

Skor maksimum bagi bahagian ini
ialah 30 mata.

Untuk kaedah kebolehbinaan
yang tidak disebutkan dalam
jadual 4, sila rujuk kepada
CIDB.

31

JADUAL 4:
SKOR IBS UNTUK LAIN-LAIN
KAEDAH KEBOLEHBINAAN

SKOR IBS
PERATUSAN PENGGUNAAN

NO KETERANGAN UNIT

50%≤ x ≤ 75% 75%≤x ≤ 100%

PENGGUNAAN KOMPONEN STANDARD BERDASARKAN MS 1064

i) Rasuk i) Nos i) 1 i) 2
i) Tiang i) Nos i) 1 i) 2
i) Dinding i) m i) 0.5 i) 1
1 i) Papak i) m2 i) 0.5 i) 1
i) Pintu i) Nos i) 1 i) 2
i) Tingkap i) Nos i) 1 i) 2

PENGULANGAN SUSUN ATUR STRUKTUR
a) Untuk bangunan lebih daripada 2

tingkat. Tingkat 12
i) Pengulangan ketinggian lantai ke 13

2 lantai. m2
i) Pengulangan menegak susun atur

struktur lantai.
a) Untuk bangunan 1 atau 2 tingkat.

Pengulangan melintang susun atur m2 2 5
struktur lantai.

KOMPONEN PASANG SIAP DAN KEBOLEHBINAAN PENJIMATAN BURUH YANG

LAIN Nos 0.5 1
Unit tandas pasang siap Nos 0.5 1
3 Tangga pasang siap m 0.5 1
Lift-shaft pasang siap m2 0.5 1
Semburan plaster Nos atau m2 Nos atau m2 1
Produk/ Penyelesaian penjimatan

buruh yang lain

32

NOTA

1. Rujuk kepada MS 1064: Bahagian 10: 2001 Saiz
penyesuaian dan saiz pilihan untuk komponen konkrit
bertetulang. Nilai untuk digunakan dari jadual:
i.Rasuk- lebar dan tebal kedalaman
ii.Tiang- lebar dan Panjang
iii.Dinding- lebar (ketebalan)
iv.Papak- ketebalan
Perhatikan bahawa untuk tujuan pengiraan skor IBS, saiz
yang ditentukan dalam piawaian ini juga untuk seksyen keluli
atau bahan lain.

2. Rujuk MS 1064: Bahagian 4: 2001 Saiz penyesuaian dan
saiz pilihan untuk set pintu.
3. Rujuk kepada MS 1064: Bahagian 5: 2001 Saiz
penyesuaiam dan saiz pilihan untuk set tetingkap.
4. Plaster semburan adalah alternatif untuk menggunakan
plaster dan buruh manual. Ini adalah kaedah

untuk dinding plaster menggunakan alat mekanikal.
5. lain-lain buruh yang mengurangkan produk. Sila berikan
butiran dalam penyerahan.
6. Untuk penyelesaian pembinaan mudah lain yang tidak
disebutkan di dalam jadual, sila rujuk kepada

CIDB untuk skor IBS.

33

SKOR IBS UNTUK PROJEK
DENGAN KUMPULAN
BANGUNAN

Skor IBS projek akan dikira dengan mendarab
peratusan luas binaan bangunan (daripada
jumlah Kawasan pembinaan projek) dengan
skor IBS bangunan individu.

Semua struktur utama dalam projek termasuk
bangunan tempat letak kereta dan surau

hendaklah dipertimbangkan apabila mengira
Kawasan yang dilindungi oleh sistem masing-

masing.

Struktur kecil seperti rumah juga dan tong
sampah tidak perlu dikira dengan syarat tidak

berada dalam atau berstruktur dengan
bangunan utama.

34

CONTOH PENGIRAAN SKOR IBS

Rumah Teras 2 Tingkat

Pelan susun atur biasa untuk satu unit adalah seperti yang ditunjukkan.

LUAS BINAAN SISTEM DINDING
i- Dinding Dalam : Panel
i- Luas binaan lantai aras bawah :117.0m2 konkrit pratuang
ii- Dinding Luar : Blok
1 ii- Luas binaan tingkat bawah : 117.0m2 pratunag 3

ii- luas binaan bumbung : 117.0m2

Jumlah Luas Binaan : 351.0m2

SISTEM STRUKTUR

i-Rasuk : Rasuk konkrit pratuang

ii- Tiang : Konkrit in-situ menggunakan acuan keluli
2 ii- Papak : Papak separuh pratuang

iv- Kekuda : Kekuda bumbung prefabrikasi kayu

Bumbung

LAIN-LAIN KAEDAH KEBOLEHBINAAN

i- Rasuk :60% mematuhi MS 1064 Bahagian 10 : 2001

ii- Tiang :100% mematuhi MS 1064 Bahagian 10 : 2001

iii- Dinding dan Lantai :Kurang daripada 50% mematuhi 4

MS 1064 Bahagian 10

iv- Pintu :80% mematuhi MS 1064 Bahagian 4 : 2001

v- Tingkap :0% mematuhi MS 1064 Bahagian 5 : 2001

vi- Pengulangan struktur secara mengufuk :100%

35

Berdasarkan maklumat di atas, pengiraan boleh dijadualkan
seperti berikut:

LUAS

ELEMENT (m2) atau FAKTO LIPUTAN SKOR IBS
PANJAN R IBS
Bahagian 1: Elemen Struktur
Rasuk pratuang + tiang in-situ G (m)

dengan acuan yang boleh diguna 117.0 m2 0.9 (117.0 / 0.33 x 0.9 x 50
semula + lantai konkrit pratuang.
351) = 0.33 = 14.9

Luas binaan tingkat bawah = 117.0

m2
Rasuk pratuang + tiang in-situ

dengan acuan yang boleh digunakan 117.0 m2 0.6 (117.0 / 0.33 x 0.6 x 50
semula (tiada lantai).
351) = 0.33 = 9.9

Luas tingkat pertama = 117.0 m2
Kekuda bumbung menggunakan

kekuda bumbung prefabrikasi (Luas 117.0 m2 1.0 (117.0 / 0.33 x 1.0 x 50
bumbung = 117.0 m2)
351) = 0.33 = 16.5
Jumlah Bahagian 1 351.0 m2 1.00 41.3
Bahagian 2: Sistem Dinding 87.8 m
Dinding luar menggunakan blok 0.5 87.8 / 167 0.52 x 0.5 x 30

konkrit pratuang = 0.52 = 7.8
Dinding dalam menggunakan panel
79.5 m 1.0 79.5 / 167 0.48 x 1.0 x 30

konkit pratuang 167.3 m = 0.48 = 14.4
Jumlah Bahagian 2 1.00 22.2

36

Bahagian 3: Lain-lain Kaedah
Kebolehbinaan

60% saiz rasuk mengikut MS 1064 60% 1.0
Bahagian 10:2001 2.0
2.0
100% saiz tiang mengikut MS 1064 100% 5.0
Bahagian 10:2001 10.0
73.5
80% saiz pintu mengikut MS 1064 80%
Bahagian 4: 2001

Pengulangan struktur mendatar = 100%
100%

Jumlah Bahagian 3
SKOR KANDUNGAN IBS BAGI PROJEK (Bahagian 1 +

Bahagian 2 + Bahagian 3)

Untuk mendapatkan lebih
kefahaman, sila klik pada
link tersebut atau scan pada

QR Code tersebut

Pada aktivit ini, ianya https://www.bing.com/videos/search?view=
melibatkan Penerokaan detail&mid=DAFC33630CC43BA5E3D9D
AFC33630CC43BA5E3D9&q=PENGGIRA
dan Menghubung AN
dalam mencari
37
maklumat tambahan.

LATIHAN
PENGUKUHAN 1

ARAHAN

Untuk Latihan pengukuhan 1, pelajar dikehendaki:
1. Bentukkan satu kumpulan dengan bilangan 3 – 4 orang

pelajar.
2. Jawab soalan yang telah diberikan didalam pautan Qr

Qode yang telah disediakan dibawah.

IMBAS DI SINI UNTUK
MENDAPATKAN LATIHAN 1 YANG

DISEDIAKAN

Pada aktivit ini, ianya
melibatkan Kerjasama

dan Menghubung
dalam melaksanakan

Latihan.

38

LATIHAN PENGUKUHAN 2

ARAHAN

Untuk Latihan pengukuhan 2, pelajar dikehendaki:
1. Bentukkan satu kumpulan dengan bilangan 3 – 4 orang pelajar.
2. Sila jawab latihan pengukuhan tersebut dengan melalui:

i) Slide (Infografik)
ii) Video Pembentangan
➢ Setiap ahli dalam kumpulan wajib melaksanakan dan membentang bahagian
masing-masing dalam video.
➢ Kreativiti dan inovasi dalam membentangkan hasil setiap ahli kumpulan adalah
bebas.
➢ Penyampaian dilaksanakan secara rakaman dan gubahan video dengan
sokongan bahan-bahan lain (flash video, powerpoint dan lain-lain),
➢ Jumlah masa video pembentangan setiap kumpulan adalah 15 minit

IMBAS DI SINI UNTUK
MENDAPATKAN LATIHAN 2

YANG DISEDIAKAN

Pada aktivit ini, ianya melibatkan 39
Kerjasama, Mencipta, dan Perkongsian

dalam menyelesaikan tugasan.

REFLEKSI PELAJAR

ARAHAN

Pelajar diminta untuk membuat refleksi bagi pembelajaran
dalam topik ini:
1. Buat refleksi secara individu berkenaan Topik

pembelajaran IBS Score Calculation didalam didalam
GoogleForm yang disediakan dibawah. (boleh klik atau
scan QR Code dibawah)

https://forms.gle/d4ZBm94W5aJagVGA9

Tahukah anda bahawa IBS mula
diperkenalkan oleh kerajaan pada 1964

dengan pelancaran dua projek
pembinaan terawal iaitu perumahan
Flat Pekeliling, Kuala Lumpur dan

Flaat Rifle Range Road

40

GLOSARI

Analitik- merupakan kemampuan sesorang Mencipta- Perisian seperti Power Point, Prezi,
dalam performasikan berfikir kritis mengenai Coggle dan blog boleh menjadikan pelajar
idea, menganalisis idea dan mengenali idea baru seorang yang kreatif dalam menyampaikan,
yang berkualiti. menyatakan atau merumuskan maklumat.
Berhubung- Berhubung antara komuniti adalah Perkongsian- Perkongsian hasil kerja pelajar
komponen paling utama dalam heutagogi. membolehkan antara satu sama lain untuk
Dengan berhubung antara satu sama lain, mendapatkan manfaat daripada itu.
motivasi intrinsik pelajar akan meningkat Pratikal- Merupakan kemampuan seseorang
disebabkan persekitaran pembelajaran yang sama menyampaikan idea berfikir secara efektif dan
dengan komuniti. memberikan idea secara yakin serta mampu
Kolaborasi- Kaedah kolaborasi bersama untuk menerima kritikan dan ianya juga mampu
komuniti pembelajaran membolehkan pelajar mengeluarkan idea sendiri serta menterjemahkan
memperoleh lebih banyak pengetahuan dan teori dan idea abstrak ke penyelesaian praktis.
pandangan yang berbeza-beza Refleksi- Pelajar perlu memberikan refleksi hasil
pembelajaran supaya perlaksanaan heutagogi ini
Kreatif atau sintetik- merupakan kemampuan berkesan kepada pelajar.
seseorang menggunakan informasi lama ke
situasi yang baru, melihat masalah dalam cara
yang baru dan melahirkan idea yang baru dengan
cara yang berbeza dari yang sebelumnya.
Meneroka- Meneroka ialah konsep asas dalam
heutagogi dan sering menjadi contoh kepada
pembelajaran nonlinear. Selain itu, internet boleh
menjadi alat yang berkuasa dalam meneroka
sesuatu bidang.

41

RUJUKAN

Blaschke Lisa Marie., (2012). Heutagogy and Lifelong Learning: A Riview of
Heutagogical Practice and Self Determined Learning.

Collen M. Halupa., (2015). Pedagogy, Andragogy and heutagogy. Transformative
Curriculum Design in Health Sciences Education.

Kenyon & Hase et al., (2013). Heutagogy Fundamentals, Self-Determined Learning in
Action.

Sharifah Amnah et al., (2009). Teori Kecerdasan: Teori Triarchic Sternberg.
Sternberg, R.J. (2005). The Theory of Successful Intelligence. Interamerican Journal of

Psychology (online)
Elena Grigorenko. Triarchic Theory of Intelligence. The Gale Group (online)
Marina et al., (2019). Model Pemasangan Komponen Industrial Building System (IBS)

Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM).
Norazlin Nadia., (2009). Kepentingan Teknologi Sistem Pembinaan Berindustri (IBS)

Dalam Mempertingkatkan keberkesanan Projek Pembinaan.
Michael Ang Eng Hee., (2017). Penggunaan IBS Di Malaysia- Kelebihan dan

Cabarannya.

42

Imbas QR Code untuk mengetahui mengenai
CIS 18:2018

Manual For Ibs Content Scoring System (IBS SCORE)

Maklum balas Latihan pengukuhan 1
dan Latihan pengukuhan 2


Click to View FlipBook Version