The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menceritakan secara ringkas tentang beberapa simbol kedaulatan negara.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safinazmdsalleh, 2021-09-02 02:05:42

Simbol Kedaulatan Malaysia

Buku ini menceritakan secara ringkas tentang beberapa simbol kedaulatan negara.

1

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU

BUKU SKRAP BAHASA MELAYU 2021

TAJUK : SIMBOL KEDAULATAN NEGARA
NAMA : SAFINAZ BINTI MD SALLEH
KELAS : 5 HARAPAN

NAMA GURU : PUAN ZARINA BINTI LAZIM

2

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1. KEBENARAN RUJUKAN
3
2. ABSTRAK
4
3. PENGHARGAAN 5
6
4. PENDAHULUAN 6
1.1 PENGENALAN 7
1.2 LATAR BELAKANG 8
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 9
1.4 KAEDAH KAJIAN 10
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 11
1.6 BATASAN KAJIAN 12
1.7 KESIMPULAN
13 , 14
5. BAB 1 : JALUR GEMILANG
 CARA-CARA MENGHORMATI JALUR 15
GEMILANG
 MAKNA WARNA JALUR GEMILANG 16
17
6. BAB 2 : JATA NEGARA
 KEPENTINGAN MENGHORMATI JATA NEGARA 18 , 19
 MAKSUD SIMBOL DAN KRONOLOGI 19

7. BAB 3 : LAGU NEGARAKU 20 , 21
 ETIKA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU 21
 LIRIK LAGU NEGARAKU
22 , 23
8. BAB 4 : RUKUN NEGARA 24
 MANFAAT PRINSIP RUKUN NEGARA 25
 5 PRINSIP RUKUN NEGARA
26
9. BAB 5 : BUNGA RAYA
 KHASIAT BUNGA RAYA
 VARIASI BUNGA RAYA

10. PENUTUP

11. RUJUKAN

3

KEBENARAN RUJUKAN

Kertas projek ini disediakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
kaedah pembelajaran bahasa Melayu bagi Tingkatan 5, Sesi 2021. Saya bersetuju
membenarkan pihak perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
mempamerkan dan menggunakan kertas projek ini sebagai bahan rujukan umum.
Sebarang bentuk salinan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada
kertas projek ini, dengan tujuan akademik adalah dibenarkan dengan memohon
kebenaran daripada guru Bahasa Melayu saya iaitu Puan Zarina binti Lazim.
Sebarang bentuk salinan atau penerbitan sama ada keseluruhan atau
sebahagiannya untuk memperoleh keuntungan kewangan adalah dilarang tanpa
kebenaran bertulis daripada saya.

4

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui simbol kedaulatan
negara Malaysia. Setiap negara dalam dunia mempunyai simbol yang
mempamerkan kewujudannya di pentas dunia. Malaysia memiliki simbol
kebanggaannya iaitu bendera Malaysia yang bernama Jalur Gemilang. Jalur
Gemilang adalah simbol dan identiti yang penting Persekutuan Malaysia. Ia
mempunyai darjat yang tinggi melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan
kebebasan negara kita. Sehingga kini, Jalur Gemilang menjadi simbol
kebanggaan tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama. Kajian ini meninjau
kefahaman masyarakat terhadap semangat cintakan negara yang diterapkan
melalui pemahaman berkaitan Jalur Gemilang dalam kehidupan seharian.
Namun, sebagai individu yang bertanggungjawab perlulah menyemai, dibaja,
dipupuk dan dididik terhadap sikap cintakan negara sejak peringkat prasekolah,
membawa ke alam persekolahan sehingga ke universiti. Selain itu, diharapkan
agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan untuk kajian
pada masa akan datang.

5

PENGHARGAAN

Assalamualaikum....

Terlebih dahulu, saya Safinaz binti Md Salleh mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak sekolah dan pengetua sekolah Puan Jamilah binti Ludin atas
dorongan, nasihat dan kebenaran untuk menggunakan perpustakaan dan
sebagainya.

Tidak lupa juga kepada kepada guru Bahasa Melayu saya iaitu Puan Zarina
binti Lazim yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
kajian ini dijalankan.

Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jika tidak mendapat keizinan dan kerjasama
daripada mereka projek ini tidak dapat saya siapkan.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan sekelas kerana telah banyak menolong saya
seperti memberi alat tulis, idea dan lain-lain lagi untuk menyiapkan kajian ini.

Puteri Kadazan berkain Kelingkan,
Senyum sekilas menyambut tamu,
Sekalung penghargaan saya titipkan,
Tidak terbalas jasa baktimu.

Sekian. Terima kasih.

6

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat mempunyai pelbagai simbol
yang mencerminkan identiti dan kedaulatan negara. Simbol yang terlibat tidak
boleh diperlakukan dengan sesuka hati tanpa mengikut peraturan yang sedia ada
dalam negara yang terlibat. Kesemua simbol yang diwartakan itu tidak boleh
dipandang dengan sebelah mata. Sejak dahulu lagi, kita wajar menggunakan dan
meletakkan dengan penuh tatasusila dan hormat kerana ia maruah negara kita.
Namun kita, Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang ke-64 dan mempunyai
pelbagai simbol kedaulatan negara.

Antara simbol kedaulautan negara Malaysia ialah Jalur Gemilang, Jata
Negara, Lagu Negaraku, Bunga Raya, Tugu Negara, Proton Saga, Rukun Negara
dan Masjid Negara.

7

1.2 LATAR BELAKANG

Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi untuk menentukan hukum. Jean
Bodin menyebutkan kedaulatan memiliki sifat tunggal, asli, abadi dan tidak dapat
dibagi-bagi. Menentukan letak kedaulatan disuatu Negara, dapat dilihat dari siapa
yang memiliki kekuasaan tertinggi dalam menentukan hukum. Apabila
kekuasaan tertinggi itu ditentukan oleh rakyat, maka kedaulatan tersebut berada
di tangan rakyat dan disebut dengan kedaulatan rakyat begitu.

Seterusnya, rakyat tidak mungkin dapat melaksanakan kedaulatannya
secara langsung ketika memiliki luas wilayah dan anggota masyarakat yang
begitu banyak. Oleh karana itu, untuk dapat melaksanakan kedaulatan tersebut
rakyat menyerahkan kedaulatan kepada perwakilannya melalui kontrak sosial.
Perwakilan rakyat inilah yang disebut Pemerintah. Pemerintah dalam arti luas
iaitu organ yang menjalankan kekuasaan dibidang eksekutif, legislative dan
yudikatif. Pemerintah tidak berdiri sendiri dan terpisah dari rakyat maupun
negara. Namun, Pemerintah bersandar pada kedaulatan rakyat dan menjalankan
segala kemahuan rakyat atau kemahuan umum. Artinya Pemerintah tidak dapat
berkehendak bebas dalam menjalankan kedaulatan melainkan harus berkehendak
sesuai dengan kemahuan rakyat atau umum.

8

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan :
Menyenaraikan simbol-simbol kedaulatan negara
Mengetahui tahap pengetahuan am tentang simbol kedaulatan negara
Menghuraikan kepentingan simbol kedaulatan negara
Penerapan unsur nilai dan patriotisme kepada setiap golongan

9

1.4 KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang
akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci
dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk
menjalankan kerja khusus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan:

1. Kaedah Pemerhatian - Saya telah melihat laman sesawang yang boleh
dijadikan rujukan tambahan bagi simbol kedaulatan negara.

2. Kaedah Rujukan - Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi
pencarian di internet bagi mendapatkan fakta yang sahih dan tepat.

3. Kaedah Internet - Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan dalam tugasan ini.

4. Kaedah Tunjuk Ajar Guru - Saya mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar
yang berterusan daripada Cikgu Zarina telah meningkatkan kualiti hasil
kajian saya kali ini.

10

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kedaulatan adalah untuk mengekalkan kewujudan negara
bangsa. Hidup sesuatu bangsa tidak hanya bergantung kepada bangsa itu
sahaja. Demikian juga hidup bangsa Melayu. Hidup Melayu bergantung
kepada ketahanan dan sejauh mana kita boleh mengukuhkan kedudukan dan
bertahan daripada pengaruh luar yang boleh meruntuhkan. Ini bermakna hidup
kita juga bergantung pada faktor luar. Negara Israel yang ada sekarang asalnya
hak milik bangsa Palestin, bukan hak Yahudi atau Zionis. Negara ini menjadi
negara Israel kerana campur tangan asing dan tinggallah bangsa Palestin hidup
tanpa negara dan tanah air sendiri, berselerak di merata-rata dunia. Sejarah
bangsa Champa melalui pengalaman dan perubahan yang sama. Mereka
didesak oleh golongan Vietnam dan akhirnya berpecah menjadi identiti baru.
Bangsa Kemboja sendiri berpecah dua, satu golongan menjadi pelarian dan
satu golongan lagi terus menetap di Kemboja di bawah kuasa komunis dan
Vietnam .Malahan banyak lagi contoh bagaimana kelumpuhan sesuatu bangsa
terjadi.

Selain itu, kepentingan kedaulatan adalah negara itu bebas dari
kongkongan atau ancaman luar. Negara yang berdaulat adalah negara yang
bebas dari sebarang kongkongan atau ancaman negara luar. Negara berdaulat
tersebut memerintah atas paksi sendiri. Oleh itu, rakyat dan negara
melaksanakan apa jua kegiatan selagi tidak bercanggah dengan undang-
undang . Bebas dari kongkongan negara luar akan melancarkan perjalanan
jentera pentadbiran. Oleh itu kedaulatan adalah penting untuk negara bebas
dari menjadi wilayah jajahan.

11

1.6 BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, saya mengkaji sesuatu yang besar secara lebih khusus,
jadi kajian ini adalah sangat memuaskan bagi saya. Dalam bahan kajian ini,
tema yang dipaparkan adalah sangat menarik iaitu tema kedaulatan Malaysia.
Terdapat banyak simbol yang membolehkan saya membuat karangan.

Selain daripada itu, saya dapat tahu asal usul simbol kedaulatan
Malaysia dengan lebih spesifik. Kajian ini dapat membuat saya tertarik untuk
tahu simbol kedaulatan.

12

1.7 KESIMPULAN

Kewujudan sebuah negara bergantung kepada kedaulatan atau adanya
kekuasaan tertinggi yang tidak terbatas .Kekuasaan tertinggi ertinya tiada kuasa
lain yang akan menandingi kuasa sebuah negara. Sesiapapun harus tunduk kepada
kuasa kerana sekiranya negara tidak mempunyai kuasa yang tertinggi atau kuasa
yang selalunya tercabar maka dengan sendirinya kedaulatan sesebuah negara
boleh terjejas .Ini bererti kuasa tertinggi menentukan sebuah negara itu harus
bebas dari kongkongan kuasa-kuasa luar kerana negara yang tunduk dengan
kuasa luar boleh menjadi sebuah wilayah jajahan. Dengan lain-lain perkataan
sesebuah negara haru merdeka iaitu dapat menentukan nasib raktyatnya sendiri
tanpa duduk di telunjuk kuasa lain atau luar.

13

BAB 1 : JALUR GEMILANG

Jalur gemilang adalah simbol dan identiti penting Persekutuan Malaysia.
Rakyat Malaysia berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik terhadap
negara dengan cara menghormati Jalur Gemilang. Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Musa Aman mengatakan kibar Jalur Gemilang adalah simbol kebanggaan
kita sebagai sebuah negara, maruah dan identiti negara dan ia adalah simbol
perpaduan dan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia. Pada ketika dahulu, pernah
berlaku beberapa insiden sengaja memasang Jalur Gemilang terbalik semata-
mata atas kebencian politik. Namun kini, di negara kita ada beberapa akta yang
boleh digunakan ke atas mereka yang memasang Jalur Gemilang terbalik iaitu
Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer)1949. Persoalannya, apakah
cara-cara menghormati Jalur Gemilang?

Antara cara menghormati Jalur Gemilang ialah tidak memakai pakaian
yang dibuat daripada kain Jalur Gemilang. Sebagai contoh, kita janganlah
memotong Jalur Gemilang untuk apa-apa tujuan pun tidak dibolehkan. Namun
demikian, kain lain yang bermotifkan warna dan corak Jalur Gemilang boleh
dipotong dan dibuat baju. Dengan itu, kita dapat meraikan kejayaan negara
dengan menyelimuti tubuh pemenang. Jelaslah bahawa tidak memakai pakaian
yang dibuat daripada kain Jalur Gemilang merupakan cara menghormati Jalur
Gemilang.

Selain itu, cara-cara menghormati Jalur Gemilang ialah jangan biarkan
Jalur Gemilang meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Sebagai contoh,
seseorang menurunkan secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Sebaiknya
sebahagian daripada Jalur Gemilang hendaklah diselempangkan ke bahu supaya
tidak meleret ke tanah. Dengan menurunkan secara perlahan, kita dapat menjaga
Jalur Gemilang daripada kotor. Tegaslah bahawa jangan biarkan Jalur Gemilang
meleret ke tanah sewaktu menurunkan merupakan cara-cara menghormati Jalur
Gemilang.

14

Seterusnya, sebagai tanda berkabung salah satu cara-cara menghormati
Jalur Gemilang. Sebagai contoh, Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang ketika
pemimpin negara meninggal dunia. Terdapat caranya juga seperti menaikkan
Jalur Gemilang ke puncak dan turunkannya perlahan-lahan ke separuh tiang
sebagai tanda berkabung atas peristiwa tertentu. Dengan itu, peristiwa yang
melibatkan pengibaran separuh tiang antaranya kemangkatan Duli Yang Maha
Mulia Raja-raja dan Raja serta sebagainya. Jelaslah bahawa sebagai tanda
berkabung merupakan cara-cara menghormati Jalur Gemilang.

Sudah terang lagi bersuluh dengan cara-cara yang diambil seikat bagai
sirih, serumpun bagai serai dalam cara-cara menghormati Jalur Gemilang dalam
memupuk patriotisme. Cara ini dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang
menghormati Jalur Gemilang sehingga berjaya, ada sama dimakan, tak ada sama
ditahan. Saya berharap agar cara yang dilaksanakan menjadi nilai yang berharga
kepada rakyat Malaysia. Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia memainkan
peranan yang penting dalam cara menghormati Jalur Gemilang agar kehidupan
aman damai.

15

MERAH

BIRU WARNA PUTIH
BENDERA
MALAYSIA

KUNING

WARNA MAKNA
MERAH  Melambangkan keberanian, kegagahan,kesanggupan dan kegigihan rakyat

BIRU menghadapi segala cabaran
PUTIH
KUNING  Melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai
 Melambangkan keluhuran dan keikhlasan
 Melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara

16

BAB 2 : JATA NEGARA

Jata Negara merupakan identiti negara Malaysia yang telah diperkenankan
oleh Raja-raja Melayu. Setiap lapisan masyarakat perlu menghormati Jata Negara
sebagai lambang rasmi negara Malaysia. Jata Negara juga menjadi kemegahan
seluruh rakyat Malaysia. Jata Negara ini dibina sejak dahulu lagi oleh Majlis
Raja-raja Melayu. Kini, Jata Negara telah mengalami beberapa siri perubahan
pada lambang dan logonya. Persoalannya, apakah kepentingan menghormati Jata
Negara?

Antara kepentingan Jata Negara ialah memupuk semangat patriotisme.
Sebagai contoh, kita tidak menghina atau menyalahgunakan Jata Negara untuk
kepentingan peribadi ataupun kepentingan golongan tertentu. Sebagai seorang
ibu bapa, kita hendaklah berkongsi cerita-cerita yang berkaitan Jata Negara yang
lebih spesifik kepada anak-anak ketika masih kecil "bagai menatang minyak yang
penuh". Dengan memupuk semangat patriotisme, kita tahu tentang sejarah dan
tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Jelaslah bahawa memupuk
semangat patriotisme merupakan kepentingan menghormati Jata Negara.

Selain itu, kepentingan menghormati Jata Negara ialah lambang rasmi
negara. Sebagai contoh, ada pihak yang cuba menukar dan menjadikan bahan
ketawa akan menjadi sebuah penghinaan kepada negara. Perkara ini sama sekali
tidak boleh dimaafkan. Dengan ini, sekiranya merosakkan nama Jata Negara ini
akan diambilkan tindakan kerana mempersendakan. Jelaslah bahawa lambang
rasmi negara merupakan kepentingan menghormati Jata Negara.

Sudah terang lagi bersuluh dengan kepentingan menghormati Jata Negara
dapat dikagumi oleh setiap rakyat Malaysia. Kepentingan menghormati Jata
Negara ini perlu diteruskan oleh semua rakyat sehingga mematuhi ketaatan
kepada sesebuah negara, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Saya
berharap agar kepentingan menghormati Jata Negara menjadi bersatu teguh,
bercerai roboh. Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia harus berasa bangga
menjadi anak jati negara Malaysia agar dapat mengharumkan nama negara.

17

Maksud Simbol dan Lambang Pada Jata Negara Malaysia

Kronologi Rekabentuk Jata Negara Malaysia

18

BAB 3 : LAGU NEGARAKU

Lagu Negaraku bermaksud menyeru rakyat dari pelbagai bangsa, agama
dan sosiabudaya hidup bersatu padu. Lagu ini dicipta pada tahun 1957. Pada
zaman dahulu, rakyat Malaysia amat menghormati nyanyian lagu Negaraku dan
berdiri tegak. Namun kini, terdapat segelintir pelajar sekolah yang tidak serius
ketika nyanyian lagu Negaraku. Persoalannya, apakah etika menyanyikan Lagu
Negaraku?

Antara etika menyanyikan lagu Negaraku ialah menyanyi dengan penuh
semangat. Sebagai contoh, menyanyikan lagu Negaraku dengan nada yang kuat
dan jelas. Hal ini akan melahirkan rasa cinta akan negara dalam kalangan rakyat
Malaysia. Dengan cara ini, kita dapat melahirkan rakyat Malaysia dengan penuh
kurniaan negara yang aman. Tegaslah di sini bawa menyanyi dengan penuh
semangat merupakan etika menyanyikan lagu Negaraku.

Selain itu, etika menyanyikan lagu negaraku ialah berdiri tegak ketika lagu
Negaraku dipasang. Sebagai contoh, rakyat atau pelajar haruslah bersedia
meletakkan tangan ke sisi dan kaki dirapatkan sebelum nyanyian dimulakan.
Sekiranya semua yang berada di kawasan nyanyian hendaklah berdiri untuk
menghormatinya. Dengan itu, Semua rakyat hendak menghormati lagu ketika
dimainkan. Jelaslah bahawa berdiri tegak merupakan etika menyanyikan lagu
Negaraku.

Seterusnya, etika menyanyikan lagu Negaraku ialah tidak bermain-main
semasa menyanyi. Contohnya, semasa menyanyikan lagu Negaraku, kita tidak
boleh kacau rakan yang lain. Hal ini telah melanggar etika nyanyian lagu kerana
mempersendakan. Namun, kita boleh dikenakan penalti paling tinggi atau
dipenjarakan serta tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Tegaslah bahawa
tidak bermain-main semasa menyanyi merupakan etika menyanyikan lagu
Negaraku.

19

Sudah terang lagi bersuluh pentingnya etika menyanyikan lagu Negaraku.
Etika ini supaya rakyat Malaysia menghargai lagu Negaraku supaya tidak
bermain-main ketika menyanyi. Saya berharap agar etika ini berkekalan sehingga
bila-bila untuk generasi akan datang supaya menjadi teladan yang baik. Sebagai
kesimpulannya, semua rakyat memainkan peranan yang penting dalam etika
menyanyikan lagu Negaraku agar bersifat anti nasional.

Lirik Lagu Negaraku Jawi script English translation

Original Melayu ،‫نڬاراكو‬ My motherland,
،‫تانه تومڤهڽ دارهكو‬ For whom I spill my blood,
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku, ،‫رعيت هيدوڤ‬ The people live,
!‫برساتو دان ماجو‬ United and progressive!
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju! ،‫رحمة بهاݢيا‬ With divine blessings
،‫توهن كورنياكن‬، of peace and joy,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan, ،‫راج کيت‬ Long may our King,
!‫سلامت برتختا‬ reign sublime!
Raja kita,
Selamat bertakhta! ،‫رحمة بهاݢيا‬ With divine blessings
،‫توهن كورنياكن‬، of peace and joy,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan, ،‫راج کيت‬ Long may our King,
!‫سلامت برتختا‬ reign sublime!
Raja kita,
Selamat bertakhta!

20

BAB 4 : RUKUN NEGARA

Rukun Negara merupakan teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan
agama di negara ini. Rukun Negara yang diperkenalkan secara rasmi pada 31
Ogos 1970. Rukun Negara mempunyai lima prinsip dalam menyatupadukan
rakyat. Sejak kebelakangan ini, masalah gejala sosial dalam kalangan remaja
semakin meningkat. Kini, semakin terhakis di jiwa rakyat Malaysia yang
meningkat dewasa. Persoalannya, apakah manfaat prinsip Rukun Negara?

Antara manfaat prinsip Rukun Negara ialah amalan budi bahasa dapat
disemarakkan. Contohnya, prinsip yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan tingkah laku yang
baik menjamin tutur kata seseorang. Prinsip ini dipraktikkan untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu ibarat telur sesangkak,
pecah sebiji pecah semua. Dengan ini, akan menjamin hubungan yang harmoni
dalam masyarakat berbilang kaum. Jelaslah bahawa manfaat prinsip Rukun
Negara dapat menyemarakkan amalan budi bahasa dalam masyarakat.

Selain itu, manfaat prinsip Rukun Negara ialah melahirkan masyarakat
yang mematuhi undang-undang. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
Hal ini menjamin kehidupan masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa
sebarang kekacauan. Dengan itu, masyarakat yang sempurna hanya dapat
diwujudkan melalui undang-undang. Jelaslah manfaat prinsip Rukun Negara
masyarakat dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh negara.

Seterusnya, manfaat prinsip Rukun Negara ialah semangat patriotisme.
Contohnya, bagi membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu
selepas melancarkan satu garis panduan. Sebagai negara yang dihormati, setiap
rakyat perlu hormat dan taat kepada raja dan negara. Dengan ini, sebuah negara
yang berdaulat dan merdeka dapat diwujudkan. Tegaslah bahawa manfaat prinsip
Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang berpatriotik di nusa negara ini.

21

Sesungguhnya, terdapat pelbagai manfaat untuk menghayati Rukun
Negara. Prinsip ini memelihara serta mengekalkan keharmonian rakyat. Saya
berharap agar kita semua berganding bahu bagai aur dengan tebing menjadi
manfaat kepada generasi muda kini. Kesimpulannya, semua rakyat mestilah
mengamalkan kelima-lima prinsip Rukun Negara agar dapat merealisasikan
wawasan 2021.

3. KELUHURAN
PERLEMBAGAAN

2. KESETIAAN KEPADA 4. KEDAULATAN
RAJA DAN NEGARA UNDANG-UNDANG

1. KEPERCAYAAN 5 PRINSIP 5. KESOPANAN
KEPADA TUHAN RUKUN DAN KESUSILAAN
NEGARA

22

BAB 5 : BUNGA RAYA

Bunga Raya merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Bunga raya dipilih
sebagai lambang kebangsaan kerana dikenali oleh seluruh penduduk Malaysia.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Sejak dahulu lagi,
bunga raya tidak menjadi bunga kebangsaan di mana-mana negara lain. Kini,
bunga raya sudah terkenal dan mudah didapati seluruh negara. Persoalannya,
apakah khasiat Bunga Raya?

Antara khasiat bunga raya ialah merawat rambut. Sebagai contoh, seorang
individu membuat rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya. Komponen
ubat yang terdapat di dalam bunga raya adalah vitamin C dan mineral. Dengan
ini, ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut
beruban. Jelaslah bahawa khasiat bunga raya dapat merawat rambut.

Selain itu, khasiat bunga raya ialah merendahkan tekanan darah tinggi.
Contohnya, seorang individu merebus air untuk diminum sebagai ubat darah
tinggi. Khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi
menjadi faktor utama serangan jantung. Dengan itu, bunga raya dapat membantu
tekanan darah tinggi dan menghasilkan hati yang sihat. Tegaslah bahawa khasiat
bunga raya dapat merendahkan tekanan darah tinggi.

Akhir sekali, khasiat bunga raya ialah membantu merawat demam.
Contohnya, sapukan lendir bunga raya yang diramas dan biarkan kering. Bunga
raya digunakan sebagai ubat untuk merawat demam. Hal ini disebabkan ekstrak
bunga raya mempunyai penyejukan, ianya mampu mengurangkan demam.
Sekiranya suhu demam terlalu tinggi, ia disarankan untuk berjumpa doktor.
Jelaslah bahawa khasiat bunga raya dapat merawat demam.

23

Sudah terang lagi bersuluh dengan khasiat yang diambil ini dapat
membantu orang ramai merawat pelbagai penyakit. Bunga raya juga penting
dalam kehidupan kerana ada khasiatnya tersendiri. Saya berharap agar khasiat
bunga raya ini menjadi nilai yang tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kepada
semua rakyat. Kesimpulannya, semua rakyat menghormati bunga raya kerana
terdapat pelbagai khasiat yang tersendiri.

24

Terdapat beberapa variasi Bunga Raya :

"Pastel Pie" "Mystic Pink" "Apricot Brandy"

"King Kakalua" "Feelin Blue" "Kinchen's Yellow"

"Pepper's Surprise" "Timeless" "Heart And Soul"

25

PENUTUP

Selesai sudah kajian ini bertemakan simbol kedaulatan Malaysia. Dari
kajian ini, saya dapat tahu tentang pentingnya simbol kedaulatan kepada kita
semua. Saya berharap agar cara ini dapat menerapkan sikap patriotisme di dalam
semua golongan rakyat Malaysia. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih
atas bimbingan guru yang telah memberi saya tugas simbol kedaulatan Malaysia
demi kebaikan diri sendiri.

26

RUJUKAN

 https://en.wikipedia.org/wiki/Negaraku

 https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/manfaat-bunga-raya-
terhadap-kesihatan/

 https://prezi.com/p/juoynd4u0ggb/etika-menyanyikan-lagu-kebangsaan/

 https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fgengborak.co
m%2Fkronologi-dan-sejarah-jata-negara-malaysia-yang-perlu-
dipertahankan%2F&psig=AOvVaw0lajmDyzmYNDs4ifWqkk58&ust=1
630563367739000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCM
jMo4WQ3fICFQAAAAAdAAAAABAD

 https://www.facebook.com/CRJDT/posts/cara-menghormati-bendera-
malaysiatahukah-anda-bahawa-terdapat-tiga-cara-
menghorm/676285856298983/

 https://karangan.net/manfaat-penghayatan-prinsip-prinsip-rukun-negara/

 https://www.malaysiakini.com/news/141398


Click to View FlipBook Version