SIMULASI UJIAN BERTUTUR
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU [ 40 markah ]
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis
KEISTIMEWAAN POKOK HERBA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Tumbuhan herba bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan penyedap dalam
masakan, malah turut digunakan untuk tujuan perubatan terutamanya dalam perubatan
tradisional. Kaedah perubatan tradisional menggunakan pokok herba bukan sahaja
terdapat dalam negara ini, tetapi turut dipraktikkan di seluruh pelosok dunia mengikut
budaya masing-masing. Tiada cara untuk mengetahui dengan tepat bagaimana budaya
terawal menggunakan pokok herba, tetapi mereka telah mengambil masa selama
beribu-ribu tahun bereksperimen dengan penggunaan tumbuhan herba.
SOALAN RANGSANGAN
1. Sebutkan nama empat jenis pokok herba yang anda tahu?
2. Ceritakan pengalaman anda menggunakan pokok herba dalam masakan atau
perubatan.
3. Nyatakan usaha-usaha bagi menggalakkan industri tumbuhan herba di Malaysia?
4. Jelaskan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
5. Apakah kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan berasaskan herba secara
Berlebihan?