PENDIDKAN MORAL
E-FOLIO
BAGAIMANAKAH MEDIA MASSA BOLEH
MEMPENGARUHI SOSIALISASI PELAJAR
AHLI KUMPULAN
21DDT21F1028 - MARIELYN MANIRAT A/P PRA PAS
21DDT21F1002 - REINA GRACE A/P RAPHAEL
21DDT21F1010 - SAILLESH A/L GOPAL KRISHNAN
21DDT21F1015 - BRITNEY NGIENG FANG YII
21DDT21F1023 - THIVYAA SHREE A/P RENGGANATHAN
21DDT21F1024 - HABINAIYAA A/P THAMOTARAN
ISI KANDUNGAN
1. Definisi
2. Pengenalan
3. Kebaikan
-Internet Sebagai Pusat Pelajar
-Memperolehi Sesuatu Berita Dengan Lebih Pantas
-Pendidikan Dalam Internet
4. Keburukan
-Mengurangkan Fokus
-Membazirkan Masa
-Kes Buli Dalam Media Massa
8. Penutup
9. Rujukan
Definisi
Secara umumnya media massa dapat dilihat sebagai alat atau sumber seperti televisyen, suratkhabar,
majalah,telefon bimbit dan sebagainya yang menyampaikan informasi kepada orang ramai dengankadar yang cepat
dan dalam masa yang singkat. Media massa juga memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat kepada
masyarakat kerana ia dapat mempengaruhi dan memberi kesan yang besar bagi mewarnakan gagasan
kemanusiaan. Melalui media massa, masyarakat dapat menerima maklumat dengan lebih pantas dan cepat. Segala
maklumat media massa ini dihasilkan dalam bentuk berita yang mudah supaya difahami oleh khalayak ramai.
Maklumat berbentuk berita ini pula disalurkan melalui media elektronik dan mediacetak. Kebanyakan berita melalui
media elektronik lebih cepat disampaikan kepada khalayakramai berbanding media cetak. Antara contoh media
elektronik seperti radio, televisyen dan internet. Media elektronik berupaya merentasi benua dan negara yang tidak
mungkin dapat dilakukan oleh media lain kerana ia memainkan peranan sebagai alat memujuk yang digunakan bagi
kepentingan masyarakat dalam pelbagai aktiviti mereka.
Pengenalan
Media massa boleh didefinasikan sebagai teknologi media yang memainkan peranan penting bagi mencapaikan berita, ilmu
pengetahuan, kemairan dan pelbagainya kepada sejumlah besar pengguna media melalui telekomunisasi massa. Teknologi
ini boleh berkomunisasi dalam pelbagai cara yang berefisen sebagai contoh radio, rakaman muzik,filem,televisyen, biuku,
risalah, dan papan iklan. Melalui cara ini, mereka boleh menggunakan capaian mudah yang dimilik internet , dan penyebaran
yang dibolehkan melalui internet, kerana maklumat boleh disiarkan dengan mudah pada banyak wilayah di dunia secara
serentak dan efisen. Sehubunganya itu, berlahirlah generasi yang mempengaruhi media massa.Dalam dunia yang penuh
dengan kecangihan seperti zaman sekarang, kanak-kanak boleh dikatakan sebagai anjing ditepuk menjungkit ekor.
Kekurangan sikap berbudi bahasa , kerhomatan terhadap orang tua telah hilang disebabkan terpengaruh terhadap media
massa yang menyebarkan contoh-contoh yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, media massa juga mempunyai kelebihannya
ialah, masyarakat dapat menerima maklumat dengan lebih pantas dan cepat. Kini, kebanyakan berita melalui media
elektronik lebih cepat disalurkan melaui media elektronik dan mediacetak. Media elektronik berupaya merentasi benua dan
negra yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh media lain kerana ia mempunyai tanggungjawab sebagai alat memujuk yang
digunakan bagi kepentingan masyarakat dalam pelbagai activity mereka.Oleh itu, terdapatlah pelbagai contoh bagaimanakah
media massa boleh mempengaruhi pelajar.
KEBAIKAN
Internet Sebagai Pusat Pelajar
Pembelajaran Pelajar berkesan adalah melalui Internat
sebagai pusat. Hal ini demikian oleh kerana Internet
merupakan cabaran kepada Pelajar untuk bertindak
kawalan keseluruhan maklumat dan persikitaran
pembelajaran yang bersifat eksplorasi dengan maklumat
yang ditemui. Oleh itu, elemen-elemen kolaboratif dan
interaksi yang tidak bersemuka akan digalakkan oleh
Pelajar lebih aktif dengan melalui Internet. Contohnya,
sosial laman web dalam internet selalu menarik minat dan
perhatian Pelajar yang ingin mengulangkaji. Ini menjadikan
Pelajar tu kurang focus dan tidak boleh mendapat
keputusan yang cemerlang.
Internet Sebagai Pusat Pelajar
Pendidikan dalam internet.
Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk
berkongsimaklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil
kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilikkuliah. Malahan
mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian
melalui Internet.Kumpulan berita membolehkan para pendidik
dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihatdan
menyemak maklumat. Teknologi persidangan video
membolehkan pelajar dalam sesebuah kelasbekerjasama
melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan
perpustakaan maya dimanamembenarkan anda mencari buku
dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan
denganperpustakaan tersebut.
Pendidikan dalam internet.
Memperolehi sesuatu berita
dengan lebih pantas.
Kesan positif media massa terhadap masyarakat ialah masyarakat akan memperolehi sesuatu berita
dengan lebih pantas. Contohnya, berita- berita luar negara, walaupun berada di negara yang berbeza
namun maklumat dan informasi dengan pantas melalui media massa. Hal ini akan menyebabkan
masyarakat bersikap lebih peka terhadap isu-isu semasa. Selain itu melalui penggunaan internet dan
telefon bimbit membolehkan masyarakat keluar dari kepompongnya. Hal ini kerana apabila adanya
interaksi dua hala antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain maka kita dapat melihat dari
sudut pandangan berdasarkan kacamata kita sahaja. Sebaliknya kita akan membuat penilaian mengenai
masyarakat luar juga. Pertukaran idea dan pendapat ini mampu mendorong masyarakat untuk berusaha
kearah yang lebih baik. Selain itu media amat mempengaruhi kesan kognitif media seperti pembentukkan
sikap iaitu perkara yang berlaku dalam persekitaran yang berkaitan dengan ekonomi, politik, agama,
keaamanan mahupun berita semasa. Contohnya media massa memaparkan kempen-kempen seperti
kempen membaca, kempen Cintai Alam Sekitar dan sebagainya dilihat Berjaya untuk mempengaruhi
masyarakat untuk menyertainya. Apabila adanya penyertaan oleh masyarakat iaitu sambutan yang
menggalakkan maaka ianya menjustifikasikan bahawa khalayak mampu dipengaruhi oleh media massa.
Memperolehi sesuatu berita
dengan lebih pantas.
KEBURUKAN
Mengurangkan Fokus
Internet dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar
banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya
untuk keseronakan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk
mengulung kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti Facebook,
Twitter dan sebagainya. Namun demikian jikapelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas
tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan
ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di institusi. Seharusnya,
perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang positif untuk generasi kelak.
Membazirkan Masa
Penggunaan laman sosial menyebabkan pelajar menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan.
Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu
menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok
sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman
sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan
menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang
kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari
peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk
diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan
ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan
seseorang itu membazir masa.
Membazirkan Masa
Kes Buli Dalam Media Massa
KETAGIHAN melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong
kepada pembentukan perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup
bertindak membunuh diri.
Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu taksub, kecewa atau terpengaruh
dengan kandungan di media sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar.
Contohnya dalam kes pernah dilaporkan dalam akhbar Jun tahun lalu, seorang
pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Johor cuba membunuh diri
selepas tidak tahan menjadi mangsa buli kenalan Facebooknya yang mahu
menyebarkan gambar lucah beliau di media sosial.
Satu lagi kes berlaku ke atas seorang gadis di Crystal Lake, Florida, Rebecca Sedwick,
12, yang mengambil keputusan membunuh diri selepas dibuli dua rakannya sejak
setahun lalu.
Di Malaysia, sebanyak 389 kes buli siber dilaporkan pengguna internet melalui Pusat
Bantuan Cyber999 sepanjang tahun lalu, meningkat 55.6 peratus berbanding 250
kes pada 2012.
Kes Buli Dalam Media Massa
Kesimpulan
Pengaruh media massa dan hubungannya dengan pembentukan akhlak mulia adalah sangat penting
dalam membentuk perbuatan manusia dan apa sahaja yang lahir daripada manusia itu sendiri.
Kesannya boleh membawa sifat mulia yang ada itu dalam jiwa hendaklah berterusan.Sebenarnya,
perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan yang ada di
dalam hatinya, menunjukkan bahawa kaedah yang tepat dalam memulihkan tingkah laku manusia dan
mewujudkan cara hidup yang sejahtera adalah dengan memulih dan membersihkan jiwa manusia di
samping menanamkan nilai akhlak yang mulia.Agama menegaskan bahawa kebahagiaan atau
kesengsaraan, kemewahan atau kemiskinan,adalah berpunca daripada nilai murni dan sifat yang
terdapat pada diri manusia. Kepentingan pembinaan akhlak mulia dan hubungkaitnya dengan media
massa juga dapat dilihat dari aspek pertimbangan sebelum membuat atau meninggalkan sesuatu
tindakan. Manusia terlebih dahulu memikirkan sesuatu itu sesuai atau sebaliknya dan sesuai dengan
sifat-sifat yang adadalam jiwanya. Agama menekankan agar manusia berpegang kepada norma-
norma akhlak dan mencintai akhlak yang baik serta berusaha melaksanakannya dalam kehidupannya
sehingga setiap manusia sentiasa berakhlak baik dan pengaruh akhlak juga jelas kelihatan dalam amal
perbuatannya. Sehubungan itu, kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia adalah suatu tuntutan
mutlak. Akhlak adalah topik yang sangat penting sebagai cara hidup manusia.
Rujukan
-https://prezi.com/p/yn0cti0-oa5-/bagaimanakah-media-massa-boleh-mempengaruhi-sosialisasi-
pelajar/
-https://anyflip.com/nsgow/mszc/
-https://sosialisasipelajar.blogspot.com/
-https://www.researchgate.net/profile/Mohamad-Fazli-
Sabri/publication/330010297_PENGGUNAAN_MEDIA_MASSA_DAN_PENGARUH_TERHADAP_REMAJ
A/links/5c29cee5a6fdccfc7073273e/PENGGUNAAN-MEDIA-MASSA-DAN-PENGARUH-TERHADAP-
REMAJA.pdf
-https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-media-sosial
TERIMA KASIH