The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANYFLIP BUKU PROGRAM SEMARAK NILAM SK KADOK 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rubamah Bakri, 2020-12-03 09:41:19

ANYFLIP BUKU PROGRAM SEMARAK NILAM SK KADOK 2020

ANYFLIP BUKU PROGRAM SEMARAK NILAM SK KADOK 2020

&

PENDAHULUAN

‘NILAM’ adalah singkatan daripada “Nadi Ilmu
Amalan Membaca” dan program NILAM merupakan
satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid
dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia
yang cinta kepada budaya membaca dan budaya
ilmu. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab
Pusat Sumber SK Kadok untuk mengadakan aktiviti-
aktiviti untuk membugarkan amalan membaca di
kalangan pelajar. Semarak Nilam dan Kempen
Membaca Tahun 2020 diadakan untuk merealisasikan
tujuan ini dimana perlaksanaannya akan berjalan
sepanjang tahun demi menggalakkan budaya suka
membaca diterapkan dalam diri semua murid SK
Kadok.

m/s 2

OBJEKTIF

 Melestari budaya pembacaan berkualiti, membantu
proses pencarian ilmu pengetahuan, membina
kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital
sepanjang hayat.
 Menyediakan murid Malaysia untuk menjawab
soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang
menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi dan
menilai melalui aktiviti pengayaan
 Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah
dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca
merentasi kurikulum
 Menggalakkan penglibatan masyarakat/ komuniti
setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan
 Membina masyarakat yang mempunyai budaya
membaca.
 Menggalakkan dan membimbing pelajar membaca
bahan-bahan yang berpengetahuan dan bermutu.

m/s 3

MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca
secara terancang dan tersusun di kalangan rakyat
Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga
wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca
dalam kalangan rakyat Malaysia

m/s 4

JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI :
CIKGU SITI NOR AZAH HUSAIN

NAIB PENGERUSI :
CIKGU RUBAMAH BAKRI

SETIAUSAHA :
CIKGU HJH MARJANA ABD RAHMAN

NAIB SETIAUSAHA :
CIKGU HJH. NORLAILA SAIAN

PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP :
CIKGU RAHINAH MUSTAPAR

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK :
CIKGU MAZIAH ISMAIL

PERTANDINGAN SUDUT BACAAN KELAS :
CIKGU CHE FATIMAH CHE AB. GHANI

JEJAK MAKLUMAT INFORMASI SEKOLAH &
BENGKEL PENULISAN KREATIF :
CIKGU NORIZZATY WAN AB. GHANI

BUKU PROGRAM :
CIKGU MOHD. FAIZAL MOHD. NASAN

m/s 5

TENTATIF PROGRAM

Ahad (20 September 2020)
 Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca

2020
 Membaca bersama selama 10 minit

Isnin (21 September 2020)
 Bengkel Penulisan Kreatif (Tahun 6)

Ahad – Khamis (20 - 24 September 2020)
 Pertandingan Membuat Buku Skrap – Tajuk : Covid-19

(Semua pelajar Tahun 5)

Ahad – Khamis (20 - 24 September 2020)
 Pertandingan Menulis Sajak – Tajuk : Covid-19

(Semua pelajar Tahun 4)

Rabu (23 September 2020)
 Jejak Maklumat Informasi Sekolah

( TAHAP 1 )
Rabu (23 September 2020)
 Jejak Maklumat Informasi Sekolah

(TAHAP 2)

Sepanjang Bulan September
 Pertandingan Sudut Bacaan Kelas

m/s 6

KATEGORI BAHAN BUKU DAN
BUKAN BUKU YANG BOLEH

DIREKODKAN DALAM
BUKU REKOD NILAM

 Novel
 Fiksyen Bahasa Melayu
 Fiksyen Bahasa Inggeris
 Karya Am
 Antologi Cerpen
 Encyclopedia
 Kamus
 Jurnal
 Surat Khabar
 Majalah
 Buku Rujukan
 Artikel di dalam internet

m/s 7

SASARAN

Semua pelajar SK Kadok iaitu dari tahun satu
hingga tahun enam terlibat dalam
perlaksanaan program ini pada sepanjang
sesi persekolahan mereka

m/s 8

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
yang bekerjasama untuk menjayakan Majlis

SEMARAK NILAM dan Kempen Galakan
Membaca 2020 ini terutama kepada Cikgu
Roynun binti Setapa, Guru Besar SK Kadok di
atas kesudian menyempurnakan majlis ini,
para pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar

dan warga SK kadok 2020

m/s 9

NBA’s design 2020


Click to View FlipBook Version