PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
MPU21032
E-MAJALAH
KONSEP BERJIRAN
NAMA PENSYARAH : PN MARDZIAH BT ABDULLAH PAKRI
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD FAHMI BIN FAUZI (03DKA20F2059)
: WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN SHAMSURI (03DKA20F2035)
: NUR AIDA ATHIRAH BINTI MAZNI (03DKA20F2019)
: NUR NAJWA BINTI HARON (03DKA20F1110)
ISI KANDUNGAN 1
2
KATA-KATA ALUAN 3
PENGENALAN 4
DEFINISI BERJIRAN 5
HAK BERJIRAN 6
PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN 7
HAK & KEWAJIPAN TERHADAP JIRAN 8
OBJEKTIF BERJIRAN 9
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN 10
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN 11
KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN 12
IMPLIKASI TERHADAP JIRAN 13
ADAB BERJIRAN 14
HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN 15
AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN 16
PENUTUP
RUJUKAN
KONSEP
KEJIRANAN
• “Menghormati jiran adalah kewajipan
setiap muslim kerana ia perkara yang
mulia”
Kata-kata aluan
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum W.H.T
Segala puji bagi allah tuhan yang memelihara
sekian alam,maha pemurah lagi maha
mengasihani. Kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua. Mohon maaf sekiranya
terdapat sebarang kekurangan secara sedar
mahupun tidak. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Allah dan yang kurang
baik itu datang nya dari kekurangan kami
sendiri. Bersyukur kehidrat allah S.W,T dengan
limpah kurnianya dapat kami menyiapkan
tugasan kumpulan yang diberikan oleh
ustazah mardziah
1
pengenalan
Islam adalah salah satu agama yang cukup
mulia dan memberi banyak ilmu pengetahuan
yang bermanfaat dan mendorong kearah
kebaikan dan kesejahteraan. Islam juga
menekankan betapa pentingnya menjalinkan
hubungan yang erat dalam kalangan
masyarakatnya. Begitu indahnya
Islam,SubhanAllah! Namun, suruhan ini bukan
terhad untuk sesama Islam sahaja,
malahan pelbagai agama, bangsa, warna kulit ,
bahasa dan keturunan juga disuruh supaya
menjalinkan hubungan baik sesama manusia
lebih lebih lagi jiran tetangga.Hubungan baik
sesama jiran tetangga sangat dititikberatkan
dalam Islam kerana ia merupakan salah satu
cara hidup Islam
2
DEFINISI
Dari segi bahasa atau etimologi
jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian
orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah
jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan
rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar
daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran
juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang
mengelilingi rumah individu.
Hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran
tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan
bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi
40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut
Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian
hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh
dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia
yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang
dihuni oleh kita.
3
Pembahgian jiran Jiran beragama
dalam islam islam yang
mempunyai
Islam membahagikan jiran
kepada beberapa bahagian pertalian darah
iaitu jiran beragama Islam yang
mempunyai pertalian darah, Jiran beragama
jiran beragama Islam yang tidak islam yang tidak
mempunyai pertalian darah dan
jiran bukan Islam. Dalam erti mempunyai
kata lain jiran jauh dan dekat. pertalian darah
firman Allah s.w.t dalam Jiran bukan
surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu : islam
Maksud-Nya : Sembahlah Allah
dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan
sesuatupun. dan berbuat
baiklah kepada dua orang ibu-
bapa, karib-kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat dan
tetangga yang jauh dan teman
sejawat, ibnu sabil dan hamba
sahayamu. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri.
4
Hak jiran yang perlu
dipelihara
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara
kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama.
Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara
keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam
sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : barang siapa
yang beriman kepada
allah dan hari akhirat
maka janganlah dia
menyakiti jirannya
Sebagai jiran kita mestilah :
- Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana
tidak membawa mudharat.
- memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak
yang baik dalam muamalah dengan mereka.
hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan
ini terlihat daripada banyak pandangan contohnya
daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya
engkau memasak maraq (sejenis makanan
berkuah seperti sup) maka banyakkanlah
kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.
5
Punca-punca semangat kejiranan.
• Semangat kejiranan semakin dilupakan oleh
masyarakat hingga menyebabkan semangat
kejiranan luntur dalam kalangan masyarakat.
1. Gaya hidup masyarakat kini kurangnya
berkomunikasi antara jiran tertangga.
2. Tidak bertegur sapa/ambil tahu masalah jiran
tetangga.
3. Kurang menganjurkan aktiviti kejiranan.
4. Sifat yang individualistik terhadapat
masyarakat sekiling.
“semoga talian
kejiranan kita kekal
selama-lamanya.
amin”
6
Hak & kewajipan setiap
muslim terhadap jiran.
Jenis jiran Hak jiran
Jiran muslim yang -Hak sebagai seorang
mempunyai hubungan muslim.
persaudaraan -hak sebagai seorang
kerabat.
Jiran muslim yang tidak
mempunyai pertaian -hak sebagai seorang
daraah jiran
-hak sebagai seorang
muslim.
-hak sebagai seorang
jiran.
Jiran bukan islam -hak sebagai seorang
jiran.
0BJEKTIF BERJIRAN
i) Dapat membantu melahirkan masyarakat
harmoni , mempunya jati diri dan semangat
cinta akan negara .
ii) Pelbagai aktiviti berbentuk pemupukkan
nilai-nilai patriolisme dapat
diimplomentasikan di dalam diri masyarakat .
iii) Kejiranan amat penting di dalam
pembetukan tamadun islam selepas
pembentukan sasiah individu dan keluarga .
8
LANGKAH-LANGKAH
MEMUPUK SEMANGAT
KEJIRANAN
Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat
yang Bersatu padu bermula dengan adanya semangat
kejranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh,itu setiap individu
haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang
berbilang kaum .Namun begitu, semangat kejiranan
semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini.justeru,
scenario ini haruslah disusuli dengan Langkah yang efektif.
Terdapat pelbagai Langkah yang boleh diambil untuk
memupuk semangat kejiranan :
9
KEPENTINGAN
SEMANGAT
KEJIRANAN
Kepentingan semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh
dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti
yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong- royong, majlis sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling
berkenalan dan merapatkan hubungan.
Seterusnya,Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur
dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan.
Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat
membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat
kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Disamping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara
kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program
pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan
Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam
adaan sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat
diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang
kekangan.
10
KEBAIKAN
MENGAMALKAN
SEMANGAT KEJIRANAN
• Kita akan mudah
mendapat bantuan jika
kita menghadapi sesuatu
masalah
• Membantu kita dalam
menjayakan majlis
• Menjamin keselamatan
tempat tinggal kita
• Memupuk semangat
perpaduan dikalangan
rakyat dalam Negara kita
• Semangat kejiranan yang
terjalin juga
membolehkan gejala
negatif di tempat tinggal
kita dicegah
iMPLIKASI JIKA
TIDAK BERADAP
DENGAN JIRAN
1)Kehidupan tidak
tenang.
2)Menjejaskan
keharmonian hidup
bemasyarakat.
3)Terpinggir daripada
masyarakat
4)Sukar mendapat
pertolongan ketika
dalam kesusahan.
5)Negara akan menjadi
mundur dan kucar-kacir.
12
ADAB BERJIRAN
1. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang
lain terhadap diri mereka.
2. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.
3. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.
4. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
5. Memberikan segala bentuk bantuan yang mereka perlukan.
6. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya jiran.
7. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka
tiada di rumah.
8. Mengucapkan tahniah ketika terjadi peristiwa tertentu, terutama
ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.
9. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa malapetaka dan
bencana.
10. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan
angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin
darinya.Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu
yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.
11. Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita
masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit
daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.
12. Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli.
13. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran
13
HIKMAH MEMELIHARA ADAB
BERJIRAN
1. Keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan
2. Mewujudkan suasana harmoni
3. Melahirkan masyarakat yang penyayang.
4. Mudah mendapat pertolongan apabila berada dalam kesusahan.
AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA
JIRAN
1- Tiada sifat tolak ansur
2- Disisih oleh masyarakat
3- Tidak mendapat rahmat Allah
4- Wujud sifat sombong
5- Akan berlaku pertelingkahan
14
PENUTUP
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan
kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi
dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan
perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai
dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah
jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya
mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan
mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang
akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan
perbalahan.
Kesimpulannya ialah, ajaran Islam menuntut kita
bercampur gaul dan bermesra dengan masyarakat. Salah
satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar
meningkatkan kebahagiaan keluarga ialah jiran. Jiran yang
tinggal dalam lingkungan rumah kita adalah orang yang
paling hampir dan yang paling layak untuk memberi
bantuan dan pertolongan. Berdasarkan besar peranan jiran
ini, maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada
Al-Quran dan Al-Sunnah dalam menjaga silaturarahim dan
adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal ini Islam
memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran.
RUJUKAN
• http://ciptaan-mulia.blogspot.com/p/konsep-jiran.html
• http://efoliokki.blogspot.com/?m=1
• https://teamnur.blogspot.com/2019/08/pengenalan.html
?m=1
• https://mohdbaharudinz.wordpress.com/tag/30-
adab-berjiran/
• http://linambadri.weebly.com/tajuk--adab-
berjiran.html
• http://fatientierah.blogspot.com/2017/03/kesimpul
an.html
16