Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Tekal Kali Ke-49 Sesi 2024/2025
Tarikh: 8 Mei 2024 Hari: Rabu Hari: 2:00 petang Tempat: Dewan Syed Ibrahim Pelaksanaan Program
Atur Cara Majlis 2:00 petang Kehadiran dan pendaftaran ibu bapa 2:30 petang • Ucapan Aluan Pengerusi Majlis • Bacaan Doa oleh Syed Abdullah bin Syed Ali Uraidy • Bacaan al-Qur’an oleh Farisah Raihana binti Muhamad Faisal • Persembahan video montaj • Ucapan Aluan Mantan Guru Besar SK Kuala Tekal oleh Puan Hajah Nor Lailah binti Samad • Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Fatahaiariffin bin Abu Bakar @ Din • Penyampaian Cenderahati Murid UPKK • Penyampaian Lonjakan Saujana • Penyampaian Cenderahati Kepada Perasmi 3:00 petang • Mesyuarat Agung PIBG • Melantik 2 orang pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG • Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-49 • Membentang dan menerima dan mengesahkan Laporan Kewangan Mesyuarat Agung Kali Ke-49 • Membahaskan Usul • Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 • Lantikan Pengerusi Sementara • Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 • Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2024/2025 • Hal-Hal Lain • Cabutan Bertuah • Ucapan Penangguhan 4:30 petang Bersurai
Kata Alu-Aluan Guru Besar Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua barisan AJK PIBG 2023/2024, warga pendidik dan semua ibu bapa / penjaga murid di sekolah ini kerana dengan usaha yang gigih komitmen yang padu serta jati diri yang kental dalam kalangan warga sekolah, kita mampu menempatkan SK Kuala Tekal ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum dalam zon, daerah Temerloh, dan peringkat negeri Pahang. Sesungguhnya, semua usaha ini adalah bertujuan untuk menumpukan dan mensasarkan pembangunan pelajar yang memiliki 6 ciri utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama serta beridentiti kebangsaan melalui proses transformasi pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun yang tertera dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Peranan ibu bapa dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut memerlukan persediaan fizikal, mental, dan emosi yang cukup kuat untuk memastikan kejayaan dan kemenjadian anak-anak. Kekuatan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan pencapaian murid dalam kurikulum dan kokurikulum, tetapi sangat bergantung kepada sokongan dan kerjasama yang padu daripada ibu bapa. Pemikiran ibu bapa perlu berubah tentang makna sebenar penglibatan ibu bapa dan kerjasama dengan pihak sekolah. Dalam hal ini, keakraban merupakan senjata utama yang dapat memangkin kecemerlangan sekolah dan seterusnya dapat menghasilkan kualiti murid yang terbaik daripada aspek akademik, kokurikulum, dan kemenjadian serta sahsiah murid itu sendiri. Akhir kata, saya doakan agar segala perancangan yang dibuat bersama-sama ini menjadi kenyataan, misi, dan visi bagi semua warga sekolah ini. Harapan kami agar sentiasa berlaku penambahbaikan yang berterusan. Kerjasama yang begitu baik dan sokongan padu daripada PIBG sekolah ini sangat mantap dapat menangani pelbagai isu dan seterusnya menjadi pemangkin dalam transformasi Pendidikan di sekolah ini dan negara amnya. Semoga SK Kuala Tekal sentiasa menjadi sekolah cemerlang dalam daerah Temerloh. Temerloh Transformasi Pendidikan Negara. Sekian, terima kasih. Guru Besar SK Kuala Tekal
Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini bagi menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli PIBG SK Kuala Tekal bagi sesi 2023/2024. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menitipkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Tahniah dan syabas kepada barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 yang sanggup berkorban tenaga, masa, dan kewangan demi kecemerlangan SK Kuala Tekal. Tidak lupa kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir pada pagi ini. Ini sebagai tanda komitmen yang baik kepada PIBG dan sekolah. Di kesempatan ini juga, setinggi-tinggi ucapan penghargaan saya tujukan kepada barisan kepemimpinan SK Kuala Tekal, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa penjaga yang terlibat serta kakitangan sekolah kerana telah merancang, mengelola, dan seterusnya melaksanakan majlis ini. Tahniah dan syabas kepada semua. Kejayaan yang diraih selama ini bertitik tolak daripada sumbangan dan usaha serta doa daripada semua pihak, termasuk ahli-ahli PIBG, pentadbir sekolah, dan warga sekolah yang lain. Tidak lupa juga sokongan daripada komuniti dan penduduk sekitar kawasan sekolah ini. Sokongan daripada semua pihak ini memainkan peranan penting di mana dengan permuafakatan ini, SK Kuala Tekal diharap akan melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berdaya saing selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). PIBG memainkan peranan penting dalam sekolah kerana ia merupakan saluran rasmi yang diwujudkan untuk memberi ruang kepada ibu bapa bergerak seiring dengan pihak sekolah, bukan sahaja dalam kecemerlangan akademik, tetapi juga dalam kokurikulum dan sahsiah pelajar. Terdapat fungsi-fungsi khas dalam perlembagaan PIBG yang telah digubal supaya PIBG berada pada landasan yang betul. Justeru, marilah kita berganding bahu dan sentiasa melangkah bersama. Semoga dengan komitmen dan sokongan padu yang dicurahkan oleh semua warga SK Kuala Tekal termasuk PIBG, maka segala program yang disusun atur dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada warga SK Kuala Tekal dan AJK PIBG yang berjaya mengadakan majlis mesyuarat agung PIBG pada kali ini. SEDERAP KE ARAH KEJAYAAN TERBILANG Sekian, terima kasih. YDP PIBG SK Kuala Tekal
Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024/2025 PENASIHAT PUAN HAJAH NOR LAILAH BINTI SAMAD Guru Besar PENGERUSI TUAN SYED OTHMAN BIN SYED AHMAD Yang Dipertua PIBG TIMBALAN PENGERUSI TUAN SYED MUHAMAD HAIRI BIN SYED HASHIM Naib Yang Dipertua PIBG NAIB PENGERUSI 1 PUAN NORLIANA BINTI BABA Penolong Kanan Pentadbiran NAIB PENGERUSI 2 PUAN FADILAH BINTI NORIN Penolong Kanan Hal Ehwal Murid NAIB PENGERUSI 3 PUAN NORSUZILAWATI BINTI RAZULKPLE Penolong Kanan Kokurikulum SETIAUSAHA PIBG PUAN RABBIATUL IQMAR BIN OMAR BENDAHARI PIBG PUAN SURIYA BINTI MOHAMAD GHANI
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024/2025 PENYAMBUT TETAMU Puan Hajah Nor Lailah binti Samad Tuan Syed Othman bin Syed Ahmad Tuan Syed Muhamad Hairi bin Syed Hashim Puan Norliana binti Baba Puan Fadilah binti Norin Puan Norsuzilawati binti Razulkple URUS SETIA Puan Rabbiatul Iqmar binti Omar Puan Siti Alawiyah binti Yusof PENGERUSI MAJLIS Puan Rabbiatul Iqmar binti Omar PENDAFTARAN Puan Hasrul Akma binti Md Yusof Puan Rosmina binti Mohamed PENCATAT MINIT MESYUARAT Puan Rabbiatul Iqmar binti Omar Puan Siti Hasliza binti Ya BACAAN DOA Syed Abdullah binti Syed Ali Uraidy
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024/2025 TEKNIKAL / MULTIMEDIA / TEMPAT / SAMBUTAN Encik Yahya bin Ismail Encik Irulshahril bin Abdul Hamid BUKU PROGRAM / BANNER Puan Hashimawati binti Hashim Puan Fadilah binti Norin JAMUAN Puan Norliana binti Baba Puan Norsuzilawati binti Razulkple Puan Hasrul Akma binti Md Yusof Puan Rosmina binti Mohamed Puan Jumirah binti Misran CENDERAMATA / CENDERAHATI / HADIAH / CABUTAN BERTUAH Puan Suriya binti Mohamad Ghani Puan Fadilah binti Norin Puan Norsuzilawati binti Razulkple HIASAN PENTAS Puan Siti Hasliza binti Ya Semua guru dan AKP DOKUMENTASI Puan Norsuzilawati binti Razulkple Puan Nur Atikah binti Mazelan FOTOGRAFI Puan Hashimawati binti Hashim
Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 3. Perkara berbangkit 4. Membentang dan menerima Laporan Kewangan (2023) 5. Laporan Aktiviti (2023) 6. Membentang / membahaskan usul 7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 8. Lantikan Pengerusi Sementara 9. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 10. Hal-hal lain 11. Ucapan Penangguhan
Tarikh: 17 Mei 2023 Hari: Rabu Masa: 2:30 petang Tempat: Dewan Syed Ibrahim Kehadiran: Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 1. Nordariah bt. Ashari 37. Hasrul Akma bt. Md Yusof 2. Nur Faezah bt. Mohd Don 38. Nur Atikah bt. Mazelan 3. Nur Asmidar bt. Derani 39. Noor Laili bt. Mohamed 4. Emie bt. Mohd Sarif 40. Nur Saffiah bt. Hussin 5. Sh. Saiedah bt. Sy. Abdullah 41. Noraidah bt. Johari 6. Siti Suhada bt. Mat Hussin 42. Syed Jaafar b. Syed Mahamud 7. Sh. Nor Aini bt. Syed Alwi 43. Norlaila bt. Razali 8. Ahmad b. Mahmud 44. Suriya bt. Mohamad Ghani 9. Noraini bt. Awang 45. Fadilah bt. Norin 10. Ain Maisarah bt. Zulkifli 46. Nizamuddin 11. Syazwani bt. Romlan 47. Norbaizura 12. Nuramiza bt. Ismail 48. Hashimawati bt. Hashim 13. Jumirah bt. Misran 49. Sy. Mohamad Hafiz b. Sy. Idris 14. Sh. Rubaizah bt. S. Omar 50. Sh. Zainab bt. Sy. Bakar 15. Siti Alawiyah bt. Yusoff 51. Sh. Mastura bt. Sy. Husin 16. Irulshahril b. Abdul Hamid 52. Norazamuddin 17. Mohamad Nasaruddin b. Yusoff 53. Norlaili bt. Mohamad 18. Nor Lailah bt. Samad 54. Sh. Nornajwa bt. Sy. Sahar 19. Zubaidah bt. Muda 55. Sy. Mohamad Fyaizal 20. Salehan 56. Jul Ashraf b. Julkefri 21. Zurina bt. Abu 57. Sanisah bt. Yaakub 22. Ernawati bt. Suharto 58. Syarifah Zarina bt. Sy. Mahadzir 23. Zaiton bt. Muhammad 59. Syed Alwi b. Syed Mohamed 24. Sh. Nor Baiyah bt Sy. Yahya 60. Mohd Nazri b. Mat Yasin 25. Suhaine bt. Abu Bakar 61. Norsariatul Aini 26. Mazila bt. Fauzi 62. Khairul Aizad b. Borhan 27. Norzilah bt. Hassan 63. Noraliza bt. Ismail 28. Yahya b. Ismail 64. Karimah bt. Awang 29. Norliana bt. Baba 65. Syed Akram Hazwan 30. Mokhtar b. Mat Isa 66. Sharifah Najdiah 31. Sahayusliezawate bt. Radzuan 67. Shamsul Manaf b. Muda 32. Sharifah Noor Ashikin 68. Syed Mohd Hakim 33. Syed Othman b. Syed Ahmad 69. Iefzan Hanim bt. Idris 34. Norsuzilawati bt. Razulkple 70. Faaizah bt. Yusffoo@Yusoff 35. Sabariah bt. Ahmad Ensan 71. Mohd. Nasir b. Mansor 36. Sy. Hafizul b. Sy. Abd Rahman
1. AGENDA 1: Ucapan Yang Dipertua PIBG (YDP) 1.1 En. Mohamad Nasaruddin bin Yusof selaku Yang DiPertua PIBG mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ibubapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Tekal kali ke-48. 1.2 Beliau juga mengharapkan mesyuarat tersebut dapat dijadikan medium penjanaan idea dan pendapat demi memajukan sekolah. 2. AGENDA 2: MELANTIK 2 ORANG PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2.1 Mesyuarat sebulat suara melantik 2 orang pencatat minit mesyuarat: 1. Puan Norlaila binti Razali 2. Puan Fadilah binti Norin Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
3. AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU 3.1 Puan Norlaila binti Razali selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke47 seperti yang tercatat dalam buku mesyuarat di halaman 12 hingga 17. 3.2 Cadangan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47: Pencadang: Encik Yahya bin Ismail Penyokong: Encik Syamsul Manaf bin Muda 4. AGENDA 4: PERKARA BERBANGKIT Tiada 5. AGENDA 5: MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN 2022 5.1 Puan Suriya binti Mohamad Ghani selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan 2022 seperti yang terdapat dalam buku mesyuarat di halaman 24 hingga 26. 5.2 Cadangan menerima Laporan Kewangan 2022: Pencadang: Puan Mazila binti Fauzi Penyokong: Puan Sabariah binti Ahmad Insan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
6. AGENDA 6 : LAPORAN AKTIVITI 2022 6.1 Pembentangan Laporan Aktiviti 2022 oleh Puan Norlaila binti Razali sebagai Setiausaha PIBG. 6.2 Cadangan menerima Laporan Aktiviti 2022: Pencadang: Puan Faaizah binti Yusoff Penyokong: Puan Nur Asmidar binti Derani 7. AGENDA 7: MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL 2023 7.1 Usul 1 (AJK PIBG) 7.1.1 Encik Nasaruddin mencadangkan yuran tahunan PIBG ditetapkan kepada RM100 bagi setiap keluarga merangkumi murid pra sekolah. 7.1.2 Selain itu, Encik Nasaruddin turut mencadangkan agar tambahan yuran RM20 dikenakan bagi setiap orang anak. Hal ini sebagai bayaran untuk lembaran kerja dan peperiksaan. 7.1.3 Usul ini diterima sebulat suara. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
7.2 Usul 2 (Badan Disiplin) 7.2.1 Encik Yahya bin Ismail mencadangkan baju pengawas dan pengawas Pusat Sumber sesi 2024 seperti berikut: A. Pengawas sekolah: Baju biru, kain atau seluar biru gelap, tudung biru gelap dan tali leher biru. B. Pengawas PSS: Baju kuning, kain atau seluar biru gelap, tudung kuning, vest biru gelap, tali leher coklat. 7.2.2 Usul ini disokong sebulat suara. 7.3 Usul 3 (AJK PIBG) 7.3.1 Tuan Syed Othman mencadangkan setiap keluarga menyumbang sekurang-kurangnya RM5.00 untuk tabung projek penanaman sawit memandangkan baki akaun untuk projek tersebut semakin berkurangan. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sawit dari semasa ke semasa. 7.3.2 Usul ini disokong sebulat suara. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
7.4 Usul 4 7.4.1 Encik Mohd Ali bin Yusof mencadangkan agar pemasangan kamera litar tertutup (cctv) di tempat yang bersesuaian bagi mengelakkan daripada kejadian buli, kecurian dan vandalisme. 7.5 Usul 5 7.5.1 Puan Syarifah Zarina binti Syed Mahadzir mencadangkan supaya pondok ruangan menunggu murid yang terletak bersebelahan pondok pengawal keselamatan diperbesarkan. Hal ini disebabkan pertambahan bilangan murid yang memerlukan pondok tersebut dapat menampung pertambahan bilangan murid. 7.5.2 Puan Nor Lailah memaklumkan bahawa proses membuat atau menambah sesuatu bangunan di kawasan sekolah mesti mendapat kelulusan daripada pihak yang berkaitan terlebih dahulu. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
7.6 Usul 6 7.6.1 Puan Syarifah Zarina bt. Syed Mahadzir mencadangkan supaya membuat bonggol di atas jalan berhadapan pagar sekolah kerana masih terdapat pemandu yang memandu kenderaan dengan laju. Hal ini membahayakan nyawa murid ketika sesi persekolahan. 7.6.2 Puan Nor Lailah memaklumkan prosedur pembinaan bonggol tersebut perlu mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya. 8. AGENDA 8: PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2023 8.1 Encik Nasaruddin selaku YDP PIBG sesi 2021/2023 membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2023. 9. AGENDA 9: LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 9.1 Tuan Syed Othman mencadangkan Encik Nasaruddin untuk menjalankan tugas sebagai Pengerusi Sementara. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
10. AGENDA 10: PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2023/2024 10.1 Setelah proses pemilihan diadakan, berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kuala Tekal bagi sesi 2023/2024. a. Yang DiPertua: Tuan Syed Othman bin Syed Ahmad b. Naib Yang DiPertua: Tuan Syed Muhamad Hairi bin Syed Hashim c. AJK: Puan Jumirah binti Misran d. AJK: Puan Nur Asmidar binti Derani e. AJK: Tuan Syed Jaafar bin Syed Mahamud f. AJK: Tuan Syed Muhammad Hafiz bin Syed Idris g. AJK: Encik Shamsul Manaf bin Muda h. AJK: Tuan Syed Alwi bin Syed Mohamed i. AJK: Puan Siti Alawiyah binti Yusoff j. Pemeriksa Kira-Kira 1: Puan Nor Saratulaini k. Pemeriksa Kira-Kira 2: Puan Sharifah Noor Ashikin 11. AGENDA 11: HAL-HAL LAIN Tiada Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
12. AGENDA 12 : UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG SESI 2023/2024 12.1 Tuan Syed Othman selaku YDP PIBG sesi 2023/2024 merakamkan ucapan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan untuk mengemudi PIBG sesi 2023/2024. 12.2 Beliau turut mengharapkan kerjasama daripada semua pihak supaya dapat memacu SK Kuala Tekal ke arah kecemerlangan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:30 petang. Disediakan oleh: (FADILAH BINTI NORIN) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa – Guru SK Kuala Tekal Disahkan oleh: (SYED OTHMAN BIN SYED AHMAD) Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa – Guru SK Kuala Tekal Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
AJK PIBG Sesi 2023/2024 YDP PIBG Tuan Syed Othman bin Syed Ahmad NYDP PIBG Tuan Syed Muhamad Hairi bin Syed Hashim AJK PIBG Puan Jumirah binti Misran Puan Nur Asmidar binti Derani Tuan Syed Jaafar bin Syed Mahamad Tuan Syed Muhammad Hafiz bin Syed Idris Encik Shamsul Manaf bin Muda Tuan Syed Alwi bin Syed Mohamed Puan Siti Alawiyah binti Yusoff
Penyata Kewangan PIBG Sehingga 31 Disember 2023
Penyata Kewangan PIBG Sehingga 31 Disember 2023
Penyata Kewangan PIBG Sehingga 31 Disember 2023
Laporan Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 NAMA PERSATUAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal ALAMAT Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal 28050 Kuala Krau Pahang Darul Makmur NO PENDAFTARAN JPNP/04/05/0201 1. PENDAHULUAN Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Terlebih dahulu, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita telah dipanjangkan umur hingga ke saat ini serta diberi kesempatan untuk hadir dan berkumpul di dewan ini bagi mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 ini. Adalah diharap dalam usia sebegini rupa pihak persatuan akan terus mengorak langkah dan mengatur aktiviti yang lebih jelas bagi mencapai matlamat asal penubuhannya. Di kesempatan ini saya ingin mencatatkan perjalanan persatuan ini sepanjang sesi 2023-2024 untuk tatapan dan makluman ahli persatuan.
Laporan Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 KEAHLIAN PERSATUAN Mengenai keahlian persatuan ini terdiri daripada kira-kira 67 orang termasuk guru. Sementara bilangan murid pula seramai 115 orang termasuk murid prasekolah. Walaupun keahlian kita tidak begitu ramai, ini tidak bermakna kita tidak boleh membuat sebarang aktiviti atau kemajuan terhadap persatuan ini seperti persatuan di sekolah-sekolah lain. Sebenarnya, kemajuan sesebuah persatuan bukanlah terletak pada jumlah ahli yang ramai tetapi terletak pada gandingan Ahli Jawatankuasa yang aktif serta mendapat kerjasama dan persefahaman daripada semua ahli. 2. AHLI JAWATANKUASA 2023/2024 Penasihat: Puan Hajah Nor Lailah binti Samad Yang Dipertua: Tuan Syed Othman bin Syed Ahmad Naib Yang Dipertua: Tuan Syed Muhamad Hairi bin Syed Hashim Setiausaha Kehormat: Puan Fadilah binti Norin Bendahari Kehormat: Puan Suriya binti Mohamad Ghani Ahli Jawatankuasa: 1. Puan Jumirah binti Misran 2. Puan Nur Asmidar binti Derani 3. Tuan Syed Jaafar bin Syed Mahamad 4. Tuan Syed Muhammad Hafiz bin Syed Idris 5. Encik Shamsul Manaf bin Muda 6. Tuan Syed Alwi bin Syed Mohamed 7. Puan Siti Alawiyah binti Yusof Pemeriksa Kira-kira: 1. Puan Norsaratulaini binti Ishak 2. Puan Puan Sharifah Noor Ashikin
Laporan Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 AKTIVITI PERSATUAN 2.1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 Kehadiran AJK ke Mesyuarat ** THB – Tidak hadir bersebab 2.2 Program Gotong-Royong PIBG (Peruntukan Khas) 2024 dengan kerjasama PIBKS (RELA Temerloh) pada 5 Januari 2024 Bil Nama 08/01/2023 16/11/2023 01/09/2024 18/04/2024 1 Puan Hajah Nor Lailah binti Samad / / / / 2 Tuan Haji Syed Othman bin Syed Ahmad / THB / / 3 Tuan Syed Muhamad Hairi bin Hashim / THB / / 4 Puan Jumirah binti Misran / / / / 5 Puan Nur Asmidar binti Derani / / / / 6 Tuan Syed Jaafar bin Syed Mahamad 0 0 0 0 7 Tuan Syed Muhammad Hafiz bin Syed Idris 0 0 0 0 8 Encik Shamsul Manaf bin Muda / THB THB THB 9 Tuan Syed Alwi bin Syed Mohamed 0 0 0 0 10 Puan Siti Alawiyah binti Yusoff / / THB THB 11 Puan Norliana binti Baba / THB THB THB 12 Puan Sh. Mastura binti Sy. Dollah THB THB THB THB 13 Puan Norsuzilawati binti Razulkple / / / / 14 Puan Suriya binti Mohamad Ghani / / / / 15 Encik Yahya bin Ismail / / / / 16 Encik Irulshahril bin Abdul Hamid / / / / 17 Puan Fadilah binti Norin / / / / 18 Puan Norlaila binti Razali / THB Bersara Bersara 19 Puan Rabbiatul Iqmar binti Omar / /
Usul / Cadangan 1. Nurfarina binti Cheya Dalam keadaan ekonomi yang tak stabil ni mohon jangan ditinggikan yuran PIBG. 2. Norul Azvami Akmar binti Ahmad Sujak Tetapkan masa pulang kanak-kanak pra bersama tahap satu 12:30, supaya menyenangkan ibu bapa mengambil anakanak sekaligus. 3. Syazwani binti Romlan Pertimbangkan harga berpatutan di kantin untuk anak-anak. 4. Nur Asmidar bin Derani Kekalkan bayaran PIBG iaitu RM100.00 untuk 1 keluarga dan tambahan RM20.00 untuk setiap murid.
Penghargaan Guru Besar SK Kuala Tekal, Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG SK Kuala Tekal, Penolong-Penolong Kanan SK Kuala Tekal, Guru-Guru SK Kuala Tekal, Ahli Kumpulan Pelaksana SK Kuala Tekal, Para Pekerja SK Kuala Tekal, ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Kuala Tekal yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis ini serta semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan, material, dan sokongan moral dalam melaksanakan majlis ini dengan jayanya. Semoga Allah memberi keberkatan atas segala usaha kita.