The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainsyafiqahzurimanyadzri, 2021-06-23 11:04:35

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA PENGAKAP

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA PENGAKAP

ISTIADAT MENGIBARKAN
BENDERA PENGAKAP

PROSES DAN TATACARA DALAM ISTIADAT

ADAT DAN TERTIB

1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya
teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tenteu
kibarnya.

2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik
3. Mereka yang menaikkan ddan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas
4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan

bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian
turunkan terus.
5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkan
6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah
ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah
7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di temoat
yang sesuai
8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu
melainkan digunakan dalam upacara pemakama/pengebumian negara
9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan
tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan.
Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa
tidak hormat kepada bendera tersebut

TATACARA MELIPAT BENDERA

1. 2 orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera
2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas,

pastikan bendera tidak terbalik
3. Lipat 2 atau 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai

dengan bendera)
4. Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip zap.

Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan
tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut
5. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera

TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

1. Pemimpin berdiri sagtu barisan di bahagian belakang tiang
bendera dan ahli pengakap berada dalam bentuk tapak kuda.

2. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli
pengakap.

3. Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan
menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas bergerak
ke hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera bahagian
yang dikendurkan. Bendera akan berkibar.

4. Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang,
kemudian memberi tabik hormat kepada bendera dan diikuti oleh
semua pemimpin serta pengakap lain.

5. Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.

6. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap
dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.

7. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas
melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut
perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan mengaminkan doa.

8. Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan
“AP”, semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.

9. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas
melangkah selangkah ke hadapan dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli
akan mengangkat tangan untuk memperbaharui persetiaan pengakap. Persetiaan
pengakap ini dilafazkan oleh ahli patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.

10. Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi
perkataan “AP”. Semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.

11. Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin
kumpulan memberi taklimat dan ucapan.

12. Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas memberi
hukuman “sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, baharulah ketua patrol
bertugas memberi arahan keluar baris.


Click to View FlipBook Version