The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ace Fahiz, 2022-08-23 00:14:36

PANTUN MERDEKA 2022

PANTUN MERDEKA 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

ISI KANDUNG

Bil Tajuk Pantun Penulis M/S
ii
1 Sepatah Bicara Guru Besar 1
2
2 Sempadan Sejarah Cikgu Din ( GB ) 3
4
3 Meraikan Kemerdekaan En Md Hakim Misdan ( YDP PIBG ) 5
6
4 Syukur Merdeka Mohd Norfahiz Mohd Pathan ( GPK 1 ) 7
8
5 Di Ambang Kemerdekaan Zamri Zainal ( GPK HEM ) 9

6 Negaraku Berdaulat Esairol Nizam ( GPK HEM ) 10
11
7 Erti Kemerdekaan Abdul Samad Mingan 12
13
8 Setia Merdeka Abdul Najib Hussin 14
15
9 Pantun Anak Merdeka Nadiah Sailan 16
17-18
10 Semangat Cintakan Negara Noriza Mat Salleh 19
20-21
11 Mengenang Sejarah Wan Hamidah Wan Musa 22
23
12 Tanda Cinta Negara Fuzaimi Mohd Lotfi 24
25
13 Malaysiaku Merdeka Siti Rasidah Kirmon
26-28
14 Harmoni Dan Sejahtera Norlida Musa 29
30
15 Malaysiaku Tercinta Siti Dalila Ahmad 31
32
16 Pantun Perpaduan Siti Nadiah Sailan 33
34
17 Wajah Malaysia Merdeka Farah Adibah Mohd Saripan 35
36
18 Bicara Merdeka Fazilah Ijab 37
38
19 Negaraku Berdaulat Siti Zulaiha Shariff 39
40
20 Teraju Negara Zainab Badeli 41
42
21 Budi Bahasa Amalan Kita Siti Rasidah Kirmon

22 Sekilas Merdeka Bertema Hairulanuar Abd Samat

23 Negaraku Merdeka Suzyazlina Shahdan

24 Pantun Bumi Permai Siti Nadiah Sailan

25 Kronologi Kemerdekaan Tanah

Airku Zainab Badeli

26 Terus Bersatu Demi Negara Nooridayu Ishak

27 Kereta Ooo..Kereta Suhazlina Sulong

28 Malaysiaku Sejahtera Mohd Nazeer Malek

29 Bersatu Kita Merdeka Ruhiyyeh Devy a/p Sumaran

30 Potret Merdeka Norazlina Md Khairi

31 Malaysiaku Bersatu Suziana Senin

32 Pertahankan Kemerdekaan Saripah Maskop

33 Tanah Air Ku Malaysia Soleha Lasiow

34 Kesopanan Dan Kesusilaan Mohammad Norhisyam Rahmat

35 Bersama Demi Negara Rosli Dasimen

36 Perpaduan Negara Zanariah

37 Negaraku Sejahtera Norsalinda Masrom

38 Keluarga Malaysia Muhammad Sarifuddin Sarongi

39 Jalur Gemilang Nasrudin Isnin

i

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

Seuntai bicara…….

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana dengan
izinya dapat kita siapkan hasil karya ini tepat pada
waktunya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua guru, staf dan individu yang menyumbang karya
dalam buku PANTUN MERDEKA ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pantun adalah
salah satu puisi warisan Melayu zaman berzaman. Pada
kali ini, kita sama-sama memartabatkan kembali
keindahan seni pantun yang bertemakan kemerdekaan
sesuai dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan negara kita
yang ke 65 tahun. Syabas dan tahniah kepada semua
penyumbang karya.

Sesungguhnya, ini adalah hasil karya yang amat bererti
dan bernilai tinggi buat kita. Walaupun ada karya yang
sedikit lari daripada prinsip pantun yang asli, tetapi
garapan ini mencerminkan kita sebagai seorang rakyat
Malaysia yang cintakan negara dan kita terjemahkan
melalui seni pantun. Sama-samalah kita pelihara seni
budaya kita yang halus dan penuh dengan kesopanan ini.

Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua pengkarya
yang berjaya menggarap pantun dan dimuatkan dalam
buku kecil penuh erti ini.

Terima kasih.

Cikgu Din
GB I’TAM

ii

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 1
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

SEMPADAN SEJARAH

Taming Sari keris pusaka,
Pahlawan Melaka menjaga negeri,
Maju berkembang gagah perkasa,
Empayar Melaka timbulkan iri.

Akibat leka tamakkan kuasa,
Portugis mula menghidu peluang,
Mengadu domba berpecah bangsa,
Melaka kecundang dek petualang.

Sejarah hitam bermula di Melaka,
Empayar hebat ditakluk penjajah,
Ketuanan Melayu hilang dipersada,
Silih berganti bertukar perintah.

446 tahun digenggam penjajah,
Hasil masyhul dipunggah diratah,
Merintih, menangis keluh kesah,
Itulah harga silap langkah.

65 tahun kemerdekaan dikecapi,
Malaysia membangun aman harmoni,
Sejarah silam sentiasa diingati,
Jadikan sempadan tidak diulangi.

Kesilapan lama usah diulangi,
Berganding bahu menyusun langkah,
Pertahankan kemerdekaan demi pertiwi,
Jalur Gemilang dikibar megah.

Nukilan : Cikgu Din
GB I’TAM 18

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 2
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

MERAIKAN KEMERDEKAAN
Berjuang pasti doa diiringi,
Kaki melangkah tak pernah lelah,
Tinggal wang tinggal isteri,
Hanya berserah kepada Allah.

31 Ogos tarikh keramat,
Bangsaku bangga tokoh terhormat,
Kenanglah jasanya selagi terhayat,
Berkorban nyawa tak kira mayat.

Merah, putih, kuning, biru,
Paduan warna pelbagai erti,
Kibarkanlah ayuh bangsaku,
Jalur Gemilang sentiasa di hati.

Negara Malaysia 65 tahun merdeka,
Usah kita dijajah lagi,
Jiwa patriotik semangat merdeka,
Didiklah bangsa dari rebung lagi.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Tema kemerdekaan kali ke 65,
Marilah kita raikan bersama,
Mengimbau kembali jasa-jasa panglima.

Nukilan;
Md Hakim Misdan
YDP PIBG
SK Ayer Hitam

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 3
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

SYUKUR MERDEKA

Beli limau Mandarin berpeti-peti,
Tak muat nak masukkan dalam kereta,
Kini tiba saat yang dinanti,
Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita.

Makan telur belangkas di Johor Lama,
Dalam perjalanan tayar kenderaan pecah,
Jika dikenang sejarah lama,
446 tahun negara kita dijajah.

Di sekolah belajar subjek English,
Belajar bercakap bunyinya teruk,
Bermula Portugis hinggalah British,
Semuanya memberikan kesan yang buruk.

Makan ayam hingga tinggal rangka
Rangka dibuang hingga dimarahi
Setelah 65 tahun negara merdeka
Pelbagai cabaran telah ditempuhi

Setiap kali makan jangan lupa buah-buahan
Juga jangan tinggalkan sayur
Ambillah iktibar dari kesan penjajahan
Semoga kita lebih bersyukur

Karya Nukilan
Cikgu Mohd Norfahiz bin Mohd Pathan
GPK 1 ( Pentadbiran )

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 4
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

DI AMBANG KEMERDEKAAN

Seribu rahsia di jari berlima,
Disebut jangan janjinya mampan,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Jadikan pegangan jitu kehidupan.

Ringan sabut senang disusun,
Dibawa serawa ke Kubu Batu,
Merdeka disambut setiap tahun,
Patriotik di jiwa kekal bersatu.

Menjalar pokok si ular berbisa,
Saying Encik Zainal mencari dik Zahar,
Gagahnya Si Bongkok luar biasa,
Pahlawan terkenal di tanah jauhar.

Banyaknya sungguh bangunan tinggi,
Yang nama kita payah dicari,
Negara menuju era tranformasi,
Jangan menumpang di bumi sendiri.

Takkan Melayu hilang di dunia,
Sumpah terpahat Laksamana Hang Tuah,
Nama Malaysia tersohor di dunia,
Megah berkibar di bumi bertuah.

Hasil nukilan,
Cikgu Zamri Zainal
GPK HEM
( hingga 16 Ogos 2022 )

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

NEGARAKU BERDAULAT 5

Negara berdaulat keharmonian dirasai,
Bebas merdeka dari penjajah,
Jiwa kental cabaran diterokai,
Namamu Malaysia berdiri megah.

Indah sungguh Pulau Langkawi,
Khazanah asli menjadi tumpuan,
Mat Kilau tokoh yang sangat disegani,
Keberaniannya sangat menggerunkan lawan.

Budaya sopan amalan diwarisi,
Generasi terbilang semangat setiakawan.
Jangan dilupa pejuang yang dibarisi.
Satu matlamat satu tujuan.

Bunga raya bunga kebangsaan,
Simbol perpaduan masyarakat berdaulat,
Harimau Malaya menjadi kebanggaan,
Kejayaan dicapai keperitan terubat.

Jalur gemilang terus berkibar,
Menjadi kebanggan rakyat Malaysia,
Namamu harum kejayaan tersebar,
Usaha berterusan tidak sia-sia.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Teras perpaduan kesejahteraan dicapai,
Maju ke hadapan terus berjaya,
Berganding bahu kejayaan dituai.

Hasil tulisan;
Cikgu Esairol Nizam
GPK HEM ( bermula 17 Ogos 2022 )

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

ERTI KEMERDEKAAN

Badan sakit belum kebah,
Perut lapar makan berkuah,
Usia merdeka makin bertambah,
Kuatkan iman jauhi rasuah.

Ramai orang mengail seluang,
Banyak hasil tidak terbilang,
Bila merdeka terisi wang,
Dosa pahala haris dipertimbang.

Pagi-pagi pergi menebas,
Panas badan terus berkipas,
Saban tahun berteriak bebas,
Hak merdeka jangan terlepas.

Cat kelas guna pelka,
Baru cantik si bilik darjah,
65 tahun sudah merdeka,
Usah minda masih terjajah.

Tulisan;
Cikgu Abdul Samad Mingan
GPK Kokurikulum

6

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 7
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

SETIA MERDEKA

Mat Kilau, Datuk Bahaman,
Dari Pahang ke Kuala Linggi
Hiduplah kita damai dan aman,
Jangan kita dijajah lagi.

Tok Janggut Pahlawan Kelantan,
Hebat dalam ilmu persilatan,
Pahlawan dulu menjadi ingatan,
Untuk generasi masa hadapan.

Hang Tuah lima bersaudara,
Hebat menjaga negeri Melaka,
Tanda cinta pada negara,
Kesetiaan pada raja dan negara.

Rombongan Melaka ke Gunung Ledang,
Untuk meminang Sang Puteri,
Mari kita kibarkan Jalur Gemilang,
Tanda semangat jati diri.

Tema merdeka tahun ini,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Mari kita bersatu hati,
Mempertahankan bangsa,negara dan agama.

Nukilan,
Cikgu Abdul Najib Bin Hussin

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

PANTUN ANAK MERDEKA 8

Mekar sungguh kuntuman bunga,
Bunga disiram di waktu pagi,
Inilah pantun anak merdeka,
Sekadar coretan pengingat diri.

Tanah Melayu asalnya nama,
Cukup terkenal seantero dunia,
Bangga sungguh diriku warga,
Malaysia makmur juga merdeka.

Nasi lemak daun pisang,
Makanan kegemaran rakyat Malaysia,
Negara ini haruslah disayang,
Bukannya senang nak dapatkan merdeka.

Rukun Negara asas perpaduan,
Keluarga Malaysia berjati diri,
Perlu dikenang jasa pahlawan,
Sayangkan negara bak nyawa sendiri.

Negara sudah bebas penjajah,
Tapi ramai yang masih alpa,
Terikut-ikut budaya penjajah,
Payah yang berjuang janganlah dilupa.

Takkan Melayu hilang di dunia,
Selagi teguh dengan Islamnya,
Negara merdeka haruslah dijaga,
Kalau terlepas, berputihlah mata.

Nukilah,
Ustazah Nadiah Bt Sailan

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

PANTUN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Masuk ke hutan jauh teramat,
Untuk mencari buah berangan,
31 Ogos tarikh keramat,
Disambut meriah dilupa jangan.

Balik ke kampung di musim buah,
Nasib tak baik dikejar angsa,
Tanah Malaysia bumi bertuah,
Warisan bernilai semua bangsa.

Terjumpa jiran berjabat tangan,
Sapaan lembut serta sopan,
Jalur Gemilang tanda keagungan,
Maruah negara di dalam dakapan.

Melawat sahabat di Felda Bersia,
Singgah sebentar di Pulau Papan,
Ayuh bersatu Keluarga Malaysia,
Lupakan sengketa maju ke hadapan.

Pergi ke Prai bersama Pak Bulat,
Naiki feri ke Bagan Lalang,
Rakyat maju negara berdaulat,
Pentadbiran cemerlang kepimpinan terbilang.

Ilham rasa;
Teacher Noriza Mat Salleh.

9

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 10
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

MENGENANG SEJARAH

Wira Melayu Mat Kilau, Tok Gajah,
Berteduh sebentar di pohon kuini,
Pahlawan dulu menentang penjajah,
Untuk nikmat bebas hari ini.

Tanah Melayu bermandi darah,
Peluru tertanam darah menitis
Kesan jajahan jadi sejarah,
Dari Jepun, British dan komunis.

Negeri sejarah antaranya Melaka,
Sekarang maju dulunya hutan,
Walau tak merasa keramat merdeka,
31 Ogos 1957 tetap di ingatan.

Lentur rebung sebelum buluh,
Kukuhkan jati diri, semangat dan iman,
Bangsa sekarang perlu teguh,
Pertahan negara terus aman.

Dahulu bekerja berpanas dibendang,
Sekarang di bilik berhawa dingin,
Kalau dulu berperang berhunus pedang,
Tapi sekarang tak bertiup tak berangin.

Dari kepompomg jadi rerama,
Simbolik perubahan pada cantik dari hodoh,
Keluarga Malaysia teguh bersama,
Bersatu teguh bercerai roboh.

Nukilan;
Wan Hamidah Wan Muda
Pembantu Tadbir.

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 11
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

TANDA CINTA NEGARA

Dari Perlis singgah ke Bota,
Singgah berehat di Pekan Kuah,
Sudah lama Malaysia merdeka,
Hidup damai kurang musibah.

Pohon mengkudu si pohon delima,
Masak sebiji di atas para,
Berkorban kasih untuk agama,
Itulah dia pejuang agama.

Mengayuh basikal ke kedai Ali,
Ingin membeli beras seguni,
Tanda hati hargai diri,
Cintakan negara tidak terperi.

Dinding ditatah ukiran Melayu,
Hiasan tampak indah berseri,
Anak watan anak Melayu,
Jiwa merdeka hiasi diri.

Lidah kelu mengungkap kata,
Melihat sikap si anak muda,
Mengaku Melayu kurang adapnya,
Laungan MERDEKA dipandang hina.

Nukilan;
Ustaz Fuzaimi Mohd Lotfi

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 12
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

MALAYSIAKU MERDEKA

Belayar perahu mudik ke kuala,
Berdayung bersama pembesar istana,
Penjajah diusir rakyat jelata,
Kekal merdeka tanpa sengketa.

Buah bidara manis rasanya,
Banyak khasiat pelbagai guna,
Jangan kita berputih mata,
Pastikan Malaysia teguh bersama.

Pohon cemara tinggi melata,
Daunnya runcing ramping bentuknya,
Jati diri rakyat Malaysia,
Kekal merdeka semua hendaknya.

Semalu melata senang terkulai,
Terkulai disentuh jari berinai,
Malaysia bebas aman dan damai,
Hasil perjuangan yang tidak ternilai.

Melur berbunga harum mewangi,
Semerbak di taman indah berseri,
Warga Malaysia kukuh sebati,
Pastikan hidup terus harmoni.

Ilham rasa;
Cikgu Siti Rasidah Kirmon

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

HARMONI DAN SEJAHTERA 13

Disukat beras walau segantang,
Lalu disimpan di dalam guni,
Budi sedikit harus dikenang,
Agar hidup bahagia harmoni.

Harum sungguh bunga di desa,
Menjadi hiasan sanggul si dara,
Hidup perlu membalas jasa,
Berkat bahagia hidup sejahtera.

Melati mekar tumbuh melata,
Dipetik pula secara rahsia,
Sopan santun bertutur kata,
Hidup harmoni satu Malaysia.

Mata mengantuk hendak beradu,
Alas tilam dengan baju,
Hidup sepakat bersatu padu,
Mendukung wawasan bertambah maju.

Sakit badan tidak tertanggung,
Disapu minyak oleh Cik Shima,
Suka duka sama ditanggung,
Baik buruk dikongsi bersama.

Ilham rasa;

Cikgu Norlida Musa

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

MALAYSIAKU TERCINTA

Buah pisang dalam peti,
Masak sebiji rasanya manis,
Rakyat Malaysia berbudi pekerti,
Hidup aman sentiasa harmonis.

Cik Minah memakai selendang,
Bercorak batik sulam baldu,
Negara kita rakyat berbilang,
Hidup sepakat bersatu padu.

Pergi ke pekan membeli hiasan,
Ukiran hiasan idaman manusia,
Bunga Raya bunga kebangsaan,
Menjadi lambang negara Malaysia.

Proton Saga keluaran pertama,
Putih warnanya milik empunya,
Bendera kita dikenali lama,
Jalur Gemilang itulah namanya.

Pergi ke warung Pak Aduka,
Hendak membeli kuih keria,
Malaysia sudah lama merdeka,
Perpaduan dipupuk rakyat ceria.

Nukilan;
Cikgu Siti Dalila Ahmad

14

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 15
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

PANTUN PERPADUAN

Cantik sungguh kebaya si Dara,
Cheongsam pula dipakai Siew Ling,
Pelbagai jenis bangsa di Malaysia,
Semuanya ada budaya masing-masing.

Orang Asli masyarakat peribumi,
Penduduk asal di Tanah Melayu,
Walaupun tuturnya bahasa sendiri,
Bersama yang lain tetap berpadu.

13 Mei ( 1969 ) tragedi dilakarkan,
Rukun Negara dibentuk untuk memahamkan,
Bangsa dan warna kulit bukanlah ukuran,
Nak hidup harmoni perlukan perpaduan.

Pelbagai perayaan ada di Malaysia,
Disambut dengan budaya tersendiri,
Walaupun dirai secara berbeza,
Berlainan agama saling menghormati.

31 Ogos (1957) merdeka diisytihar,
Hasil perjuangan mereka yang berani,
Sejarah telah banyak mengajar,
Masyarakat berpadu menjamin harmoni.

Nukilan;

Ustazah Siti Nadiah

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 16
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

WAJAH MALAYSIA MERDEKA

Negaraku gah di mata dunia,
Etnik berbeza tidak bersengketa,
Pelbagai bangsa identiti Malaysia,
Hidup harmoni aman sejahtera.

Biru, kuning, putih dan merah,
Warna membawa pelbagai makna,
Ayuh kita hayati sejarah,
Agar jati diri kukuh terbina.

Bulan dan bintang indah tersemat,
Di Jalur Gemilang bukan hiasan,
Ogos dan September bulan keramat,
Meriah dan ceria merai kebebasan.

Bulan kemerdekaan meriah dirasa,
Ulangtahun dirai seluruh negara
Hiduplah rukun, aman dan sentosa,
Keluarga Malaysia teguh bersama.

Pelbagai ideologi pelbagai fahaman,
Itu lumrah pemimpin negara,
Elak perbalahan galak kesepakatan,
Titik pertemuan carilah segera.

Pena;
Cikgu Farah Adibah Mohd Saripan
8 Ogos 2022

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

BICARA MERDEKA

Makan jamu air sarbat,
Buah bidara dibubuh cuka,
Luangkan masamu wahai sahabat,
Kita bicara tentang merdeka.

31 Ogos tarikh keramat,
Malaysia bebas dari dijajah,
Mari berazam penuh semangat,
Musuh penderhaka mesti diterjah.

Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun,
Bangsa penjajah buat angkara,
Sentiasa waspada, hidup serumpun,
Agar kemerdekaan tetap terpelihara.

Jepun perintah rakyat sengsara,
Ubi kayu menu utama,
Junjung titah, semangat membara,
Hidup bersatu berpaksi agama.

Perjuangan Mat Kilau bukan biasa,
Hadapi tentangan onak berduri,
Pemuda pemudi harapan bangsa,
Terapkan patriotisme disiplin diri.

17

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

Jalur Gemilang, si Bunga Raya,
Rukun Negara tersemat di hati,
Terus kekalkan nusa merdeka,
Bijak hadapi cabaran terkini.

Zaman penjajah jiwa merana,
Kesultanan Melayu turut disakiti,
Bersama panjatkan doa padaNya,
Kedaulatan negara tidak dicemari.

Buah kuini di atas para,
Sedap dimakan bersama roti,
Wahai pemimpin jiwa merdeka,
Coraklah negara penuh integriti.

Hasil karya ;

Ustazah Fazilah Ijab

18

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 19
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

NEGARAKU BERDAULAT

Manis-manis durian belanda,
Buat hidangan puteri berlima,
Walau badai datang melanda,
Keluarga Malaysia teguh bersama.

Burung tempua bersarang rendah,
Bersarang rendah tepi jendela,
Berpantang menyerah berpaling tadah,
Bumi Malaysia pasti terbela.

Bunga teratai di dalam dulang,
Dulang emas Puteri Naga,
Negara berdaulat raja dijulang,
Amanah rakyat tetap terjaga.

Malam hari memasang pelita,
Pelita dipasang si anak dara,
Biar putih tulang jangan putih mata,
Demi agama, bangsa dan negara.

Cincin suasa bertatah permata,
Buat hantaran Puteri Dahlia,
Hargai Merdeka yang tercipta,
Kelak bangsa dipandang mulia.

Nukilan;
Cikgu Siti Zulaiha Shariff

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

TERAJU NEGARA 20

Telah 65 tahun kita merdeka,
Perdana Menteri silih berganti,
Tekun bersungguh mengemudi negara,
Membina membangun bumi pertiwi.

Bapa Kemerdekaan gelaran untuknya,
Pembentukan Malaysia pencapaian cemerlang,
Tunku Abdul Rahman PM pertama,
1957-1970 memacu gemilang.

Bapa Pembangunan Tun Abdul Razak Hussien,
Mentadbir negara 1970 – 1976,
DEB dilaksana basmi kemiskinan,
Di perkarangan Masjid Negara beliau dimakam.

1976-1981 era Tun Hussien Onn
Dadah dibanteras, ASN dilancar,
Dianugerah kepadanya Bapa Perpaduan,
Keamanan dikecap makmur terpancar.

Tun Dr Mahathir Mohammad,
PM keempat dan ketujuh,
Bapa pemodenan kukuhnya tekad,
28 tahun berdiri teguh.

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

PM kelima Tun Abdullah Badawi,
Mengemudi negara 2003 – 2009,
Cekal menyemai nilai murni,
Digelar Bapa Pembangunan Modal Insan.

Dato Seri Muhammad Najib Tun Razak,
2009 – 2018 mengurus negara,
Bapa transformasi kukuh terpasak,
1 Malaysia selogan agenda.

Seorang negarawan terpahat sejarah,
2020-2021 amatlah yakin,
PM kelapan mengemudi payah,
Hormat pada Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin.

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob PM 9 kini,
Dari Bera beliau datang,
Memikul amanah melaksana janji,
Agar Malaysia maju gemilang.

Kita sebagai rakyat jelata,
Berpadu tenaga menyingsing lengan,
Sederap memaju Malaysia tercinta,
Bersama lindungi pusaka warisan.

Ilham cipta;
Cikgu Hjh Zainab Badeli.

21

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 22
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

BUDI BAHASA AMALAN KITA

Mencari lokan di Parit Jawa,
Sambal mencari buluh perindu,
Perpaduan teras budaya kita,
Kekalkan ia dengan sepadu.

Meraut buluh tercalar tangan,
Buluh diraut si anak dara,
Rupa paras bukan ukuran,
Budi bahasa amalan kita.

Mudik kapal ke Kuala Hulu,
Membawa muatan penuh melulu,
Belajar perlu tekun selalu,
Inshaallah sentiasa bertambah ilmu.

Pokok kiambang cantik berbunga,
Hidup di tasik penuh melata,
Sopan santun amalan kita,
Jadi kebanggaan rakyat jelata.

Kain pelikat bersulam mutiara,
Pelbagai warna penyeri suasana,
Hormati guru hidup sempurna,
Guru pemangkin ilmu berguna.

HasIl nukilan;
Cikgu Siti Rasidah Kirmon

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

SEKILAS MERDEKA BERTEMA

Bunga Mawar di tepi tanjung,
Letak bersama Melur dan kedondong,
Raja berperlembagaan kedaulatan disanjung,
Agama dijunjung, kesusilaan dikendong.

Bunga Orkid di atas peti,
Sesuai ditanam menarik paras,
Berbilang bangsa bersatu hati,
Perpaduan disemai keharmonian berteras.

Pergi memancing tertangkap haruan,
Terkena sengat buat aduan,
Sains teknologi landasan kemajuan,
Seni budaya sendi perpaduan.

Kail diikat sambil menangguh,
Joran tersangkut ikan toman,
Bangsa tegas negara teguh,
Warga berdisiplin asas pedoman.

Rombongan pengantin disisip setanggi,
Bawa bersama jarum peniti,
Nilaian murni peribadi tinggi,
Cerminan indah di mata tulus di hati.

Ilham rasa:
Cikgu Hairulanuar Abd Samat

23

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 24
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

NEGARAKU MERDEKA

Anak gadis duduk menanti,
Duduk bersimpuh di atas para,
Setiap tahun Ogos dinanti,
Bulan keramat kemerdekaan negara.

Dari China ke negeri Melaka,
Datang merantau baba dan nyonya,
65 tahun negara merdeka,
Semoga kekal aman selamanya.

Mari menangkap Si Rama-rama,
Hinggap seekor di sarang tempua,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Tema kemerdekaan dua ribu dua puluh dua.

Berakit-rakit perahu di muara,
Ramai nelayan menjala ikan,
Demi menjaga kedaulatan negara,
Bangunlah bangsaku bersama pertahankan.

Jalur Gemilang kita kibarkan,
Penuh semangat dan rasa gembira,
Kemerdekaan ini kita raikan,
Tanda cinta pada negara.

Nukilan ;
Teacher Suzyazlina Shahdan

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

PANTUN BUMI PERMAI

Pabila kembara ke merata-rata,
Pastikan dilihat bermacam ragam,
Nikmat mana yang hendak didusta,
Syukur negara makmur tenteram.

Proton Wira Proton Perdana,
Antara kereta keluaran Malaysia,
Mampu hasilkan jenama negara,
Masakan tidak dibilang berjaya.

Buminya hijau subur tanahnya,
Sesuai pula ditanam padi,
Begitu banyak khazanah alamnya,
Jadi tarikan pelancong ke sini.

Kembang mekar bunga Rafflesia,
Dikagumi ramai kerana uniknya,
Terlalu banyak keistimewaan Malaysia,
Hargai ia selagi mana terdaya.

Berkejar-kejar di tepi pantai,
Pantainya indah juga berseri,
Bangga hidup di bumi nan permai,
Moga dinikmati jua cucu-cicit nanti.

Tulisan;
Ustazah Siti Nadiah Sailan

25

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

KRONOLOGI KEMERDEKAAN TANAH AIRKU

1511 sejarah pun bermula,
Melaka dijajah oleh Portugis,
130 tahun ia berkuasa,
Anak peribumi meratap menangis.

183 tahun Belanda berdendang,
Bermula 1641 ia menjarah,
Perang Napoleon ia kecundang,
Inggeris datang melipat sejarah.

Bermulalah penaklukan British satu,
Tahun 1824 hingga1942,
118 tahun masa berlalu,
Jepun pula muncul menerpa.

Tidaklah lama Jepun di sini,
Gugurnya atom di Nagasaki Hirosima,
1945 Britisah datang kembali,
Malayan Union dibawanya bersama

Malayan Union ditentang hebat,
Sebab longgarnya beri kerakyatan,
Kuasa Raja Melayu juga disekat,
Maka mereka pulaukan perlantikan.

26

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

British membatalkan perlaksanaan M.U,
Setelah dua tahun ia dilaksana,
Diganti pula Persekutuan Tanah Melayu,
1948 ia bermula.

Komunis pula datang mengancam,
Lalu darurat diisytihar 1948,
Bukti jelas sangatlah kejam,
Tragedi Bukit Kepong ramai terkorban.

Sewaktu darurat perit meledak,
Harta benda banyak binasa,
Harga barang meningkat mendadak,
Catuan makanan membawa sengsara.

Sistem Ahli mengambil tempat,
Mewujudkan perpaduan anak negeri,
Antara kaum murni bermuafakat,
Untuk membentuk negara sendiri.

1956 Tunku Abdul Rahman ketuai rombongan,
Perjanjian London pun ditandatangani,
Di Bandar Hilir Melaka dibuat pengisytiharan,
31 Ogos 1957 merdekalah tanah air ini.

27

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka,
Teriakan MERDEKA 7 kali oleh Tunku,
Bendera Persekutuan dinaikkan dengan bangga,
Diiringi lagu kebangsaan Negaraku.
Seratus satu das tembakan bertalu,
Kemeriahan datang menerjah,
Berakhirlah kuasa luar di Tanah Melayu,
Setelah 446 tahun kita dijajah.
Kini, telah 65 tahun merdeka,
Rakyat berpadu berfikiran rasional,
Bersikap positif semangat patriotisme,
Aman makmur terus kekal.

Catatan ;
Cikgu Zainab Badeli
Ogos 2022

28

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

TERUS BERSATU DEMI NEGARA

Serangan Portugis Melaka terkesan,
Sultan pertahankannya menunggang gajah,
Merdeka itu lambang kebebasan,
Bukan lagi cengkaman penjajah.

Sultan diarak menaiki tandu,
Peranan hulubalang menjaga keselamatan,
Sebuah negara menjadi padu,
Kerana daulatnya pada Sultan.

Negeri Melaka lahirnya Hang Tuah,
Kehebatan Seni Tempur dia dikurniakan,
Bumi Malaysia bumi bertuah,
Megah ia di Persada Dunia.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Tema Hari Kebangsaan tahun ini,
Erti Kemerdekaan dihayati semaksima,
Agar hidup menjadi harmoni.

Masa yang ada jangan dipersia,
Pelbagai kaum aman sejahtera,
Ayuh semua rakyat Malaysia,
Terus bersatu demi negara.

Nukilan ;

Cikgu Nooridayu Ishak

29

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

KERETA Ooo… KERETA

Kereta Viva kereta Malaysia,
Kereta Honda luar negara,
Jangan kita hidup sia-sia,
Mari berkhidmat untuk negara.

Kereta merah kereta biru,
Kereta putih kuning pun ada,
Kita hidup jangan terburu-buru,
Nanti usaha menjadi sia-sia.

Naik kereta pergi ke pasar,
Pergi ke pasar membeli pari,
Matlamat hidup jangan tersasar,
Nanti menyesal di kemudian hari.

Kereta kecil nampaknya padu,
Kereta besar muatnya ramai,
Marilah kita bersatu padu,
Negara merdeka hidupnya damai.

Kereta pertama Proton Saga,
Megah menyusur di jalan raya,
Bekerjasama berpadu tenaga,
Hidup Bersama menjamin bahagia.

Pena;
Cikgu Suhazlina Sulong

30

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 31
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

MALAYSIAKU SEJAHTERA

Beli bendera di kedai Sarah,
Pergi ke sana menaiki kereta,
31 Ogos hari bersejarah,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
65 tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman dan damai.

Buah keranji buah bidara,
Dibiar masak di dalam tin bersama,
Bunga Raya simbolik negara,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Tanahairku pahlawan berani,
Di dalam sejarah takkan hilang,
Laungan merdeka sana-sini,
Malaysia makmur rakyat terbilang.

Pergi ke bandar membeli gelang,
Terasa indah dunia sementara,
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Kaum bersatu negara sejahtera.

Hasil karya;
En Mohd Nazer Malek
Juruteknik Komputer.

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

BERSATU KITA MERDEKA

Putih bersih si anak angsa,
Berenang-renang di dalam perigi,
Walaupun kita berlainan bangsa,
Hidup kita saling menghormati.

Terbang tinggi burung helang,
Mencari makan di kebun sawah,
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Kerana hari merdeka hari bersejarah.

Sungguh cantic si rama-rama,
Hinggap di tepi pokok nangka,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Bersatu menyambut hari merdeka.

Sungguh gagah si harimau belang,
Megah berjalan di hutan belantara,
Ayuh semua kekal gemilang,
Demi agama, bangsa dan negara.

Karya ;
Teacher Ruhiyyih Devy A/P Sumaran
Guru Prasekolah

32

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 33
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

POTRET MERDEKA

Sungguh cantik Si Bunga Raya,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,
Wahai bangsaku ingatlah sentiasa,
Kemerdekaan ini milik kita.

Terbang tinggi Si Kunang-kunang,
Terbang hinggap di dalam hutan,
Jasa pejuang tetap dikenang,
Menjadi semangat sepanjang zaman.

Cantik sungguh berbaju kebaya,
Apa kurangnya berkain pelikat,
Rakyat hidup aman sentosa,
Itulah Malaysia negara berdaulat.

Duduk berehat di petang hari,
Sambal menghirup secawan kopi,
Teguhkan hati kotakan janji,
Cintai Malaysia sepenuh hati.

Sungguh manis si buah Ara,
Dibeli nyonya di Pekan selama,
Usah digadai maruah negara
Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Nukilan;

Cikgu Norazlina Md Khairi

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

MALAYSIAKU BERSATU

Budaya dikongsi lalu disebar,
Penuh adat rumpun Melayu,
Jalur Gemilang megah berkibar,
Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Di tepi kail sedang memukat,
Ikan dipukat dibuat bela,
Sehati sejiwa rakyat sepakat,
Bangsa makmur pasti terbela.

Laksamana Tuah gagah perkasa,
Setia akur segala arahan,
Keamanan sejagat dipupuk sentiasa,
Kekalkan perpaduan elak permusuhan.

Kata cinta sebaris Cuma,
Buat hati tidak keruan,
Negara kita tanggungjawab bersama,
Menjadi teras pemupuk perpaduan.

Dari Maran menuju ke Bera,
Niat di hati mencari madu,
Negara aman rakyat sejahtera,
Hidup harmoni bersatu padu.

Nuklilan;
Ustazah Suziana Senin

34

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 35
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

PERTAHANKAN KEMERDEKAAN

Sarapan pagi kuih keria,
Minum kopi dari Melaka,
Dulu Tanah Melayu kini Malaysia,
Dulu dijajah kini merdeka,

Hujan turun dengan rahmat ,
Hujan juga bawa tengkujuh,
31 ogos tarikh keramat,
Merdeka tahun 1957.

Waktu malam gelap gelita,
Disinar bulan terang lah mata,
Perang dulu berhunus senjata,
Perang siber di zaman kita.

Pergi ke laut memancing ikan,
Pancing di tasik dapat toman,
Merdeka sudah orang juangkan,
Tugas kita pertahankan aman.

Cantik berkebaya si anak dara,
Lebih manis berantai suasa,
Masyarakat majmuk dalam negara,
Hidup harmoni pelbagai bangsa,

Coretan;
Puan Saripah binti Maskop
PPPM Prasekolah

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

TANAH AIR KU MALAYSIA

Pergi ke pekan bersama cik Kuntum,
Cik Kuntum mencari kurung Malaysia,
Rakyat Malaysia berbilang kaum,
Aman damai satu Malaysia.

Terang benderang lampu tadika,
Warna warni lampu pelita,
Tiga puluh satu Ogos kita merdeka,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Berjalan di sawah bersama Azijah,
Melempai daun pokok kelapa,
Beratus tahun kita dijajah,
Wira negara jangan dilupa.

Memandu ke bandar dengan kelisa,
Singgah sebentar membeli pelita,
Malaysia harmoni aman sentiasa,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Tulisan;
Puan Soleha Lasiow
PPPM Prasekolah

36

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kesopanan dan Kesusilaan,
Asas pembinaan negara harmoni,
Rakyat hidup sejahtera aman,
Negaraku maju lagi disegani.

Baik kata semasa berbicara,
Bahasa sopan dalam tulisan,
Elak mencela mahuipun menghina,
Tidak mencetus api kemarahan.

Pendidikan agama dan juga moral,
Perlu dipraktik dalam kehidupan,
Tiada konflik dalam bersosial,
Menghindar kebencian elak permusuhan.

Bertindak jangan melampaui batas,
Isu sensitif usah ditimbulkan,
Ikut peraturan berfikiran waras,
Saling menghormati dan terima perbezaan.

Nukilan,

Cikgu Mohamad Norhisyam Rahmat

37

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 38
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

BERSAMA DEMI NEGARA

Dari Air Hitam ke Bukit Beruang,
Bertemu sahabat berjabat tangan,
TS25 KBK turut berjuang,
31 Ogos MERDEKA dilupa jangan.

Ke Bukit Beruang membeli gula,
Diri bergerak guna Exora,
Bulan Muharram bulan mulia,
Islam Hijrah Malaysia merdeka.

Proton Exora kereta yang gagah,
Menyusur laju di serata desa,
Jalur Gemilang berkibar megah,
Menyahut saranan pemimpin kita.

Hari Selasa hari yang indah,
‘Pot Luck’ disaji setiap warga,
Jalur Gemilang disusun indah,
KBK bergabung demi negara.

‘Pot Luck’ dibeli dari pekan,
Pekannya pula di Seri Menanti,
1957 hari kemerdekaan,
31 Ogos tarikh dinanti.

Hasil karya;
Encik Rosli Dasimen
Staff KBK

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 39
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

PERPADUAN NEGARA

Indah nian negara Malaysia,
Rakyatnya hidup berbilang bangsa,
Pejuang bangsa jangan dilupa,
Jasa mereka tiada galang gantinya.

Jalur Gemilang berkibar di angkasa,
Tanda cinta pada negara,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Tema merdeka ke enam puluh lima.

Bunga mawar atas pusara,
Jasa pahlawan dalam ingatan,
Malaysia hidup pelbagai bangsa,
Bersatu padu berpegang tangan.

Melayu, Cina dan juga India,
Hidup bersatu aman damai,
Ayuh semua rakyat Malaysia,
Jagalah negara yang kita cintai.

Rukun Negara jadi panduan,
Berbilang bangsa rakyat disatukan,
Ayuhlah kita berpimpinan tangan,
Agar perpaduan terus dikekalkan.

Bunga Raya bunga kebangsaan,
Laungan merdeka laungan keramat,
Maruah negara dalam genggaman,
Cintai negara di hati tersemat.

Oleh;
Puan Zanariah
AJK PIBG

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

NEGARAKU SEJAHTERA 40

Halus teratur jambangan cempaka,
Di tepi jejawi molek kedidi,
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi.

Bendera berkibar di rumah Tok Aba,
Di halaman rumah pasang pelita,
Tiga puluh satu Ogos menjelang tiba,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Rembulan beradu indahnya nian,
Cahaya bersinar satu purnama,
Negara sejahtera tanpa ancaman,
Rakyat bahagia bersatu bersama.

Atur bata samalah rata,
Agar binaan tidak goyah,
Jalur Gemilang bendera kita,
Digenggam erat dikibar megah.

Halia ditanam bersama kasturi,
Membesar segar tidak lama,
Tahun 2022 tema diberi,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Nukilan;
Pn Norsalinda Masrom
AJK PIBG

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 41
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

KELUARGA MALAYSIA

Perjuangan lalu penuh pancaroba,
Nberbilang kaum berkongsi duka,
31 Ogos menjelang tiba,
Tarikh keramat Malaysia merdeka.

Rukun Negara pegangan utama,
Hidup harmoni suasana permai,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Tema dipilih melambang damai.

Melayu, India dan juga Cina,
Tiga kaum majority utama,
Walau berbeza adat dibina,
Bersatu hati bekerjasama.

Iban, Bidayuh, Kadazan , Dusun,
Melanau, Murut dan juga Penan,
Etnik Sabah Sarawak teguh tersusun,
Berjiwa pahlawan tunjang pembangunan.

Kukuhkan toleransi elakkan sengketa,
Hormat perbezaan cari persamaan,
Ayuh pertahan kemerdekaan kita,
Keluarga Malaysia mencorak kejayaan.

Hasil nukilan;

Ustaz Muhammad Sarifuddin Sarongi.

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR 42
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

JALUR GEMILANG

Bunga raya cantik berkembang,
Lima kelopak merah warnanya,
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Itulah lambang kemerdekaan negara.

Merah putih kuning biru,
Berkibar megah menakluk angkasa,
Keluarga Malaysia Teguh Bersatu,
Harmoni toleransi aman sentosa.

Merah putih 14 jalur,
Bulan sabit kuningnya warna,
Malaysia membangun penuh luhur,
Punya suara dipersada dunia.

Bintang kuning 14 bucunya,
Warna biru lambang perpaduan,
Pelbagai kaum penghuni isinya,
Hidup aman kekal persahabatan.

Walau di mana kita berada,
Jalur Gemilang tanda setia,
Kibarkan gah diserata dunia,
Hormati ia sepanjang masa.

Jalur Gemilang bendera kita,
Lambang negara Malaysia tercinta,
Kemerdekaan ini kita pelihara,
Bernaung rakyat payung mahkota.

Nukilan : Cikgu Din
GB I’TAM

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM BATU 18, MUAR
JBA 5002

PANTUN MERDEKA, 2022

Autograf

43

Nukilan guru-guru dan staf SKAH 18
( untuk ahli sahaja )


Click to View FlipBook Version