Senarai Kandungan 1 • SURAT JEMPUTAN GURU, IBU BAPA/PENJAGA 2 •ATUR CARA MAJLIS 3 •KATA ALU-ALUAN PENGETUA 4 •KATA ALU-ALUAN YDP MUAFAKAT 5 •KATA ALU-ALUAN PRESIDEN MUAFAKAT KEBANGSAAN 6 • SEJARAH & OBJEKTIF BADAN MUAFAKAT 7 •AJK BADAN MUAFAKAT 2023/2025 8 •MINIT MESYUARAT AGUNG BADAN MUAFAKAT KALI KE-19 9 • LAPORAN SETIAUSAHA 10 • LAPORAN BENDAHARI 11 • LAPORAN AKTIVITI MUAFAKAT 12 • CADANGAN / USUL 13 •KEJAYAAN MRSM KUALA TERENGGANU 2023 HINGGA KINI 14 •AJK BERTINDAK MESYUARAT AGUNG BADAN MUAFAKAT KALI KE-20
Surat Jemputan Ibu bapa / penjaga 1
Atur cara Majlis Tempat : Dewan Al-Fateh 8.30 pagi 9.00 pagi 12.00 Tengahhari : : : : : : : : : Pendaftaran ibu bapa dan guru Ketibaan tetamu jemputan Kata alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Amanah Rakyat Bacaan Doa Ucapan alu-aluan En. Romie bin Khalid YDP Badan MUAFAKAT caw. MRSM Kuala Terengganu Ucapan perasmian Puan Hazlina Binti Jaafar Pengetua MRSM Kuala Terengganu Tayangan Slaid Aktiviti Badan MUAFAKAT dan kejayaan MRSM Kuala Terengganu Tahun 2023 hingga kini Mesyuarat Agung bermula : Agenda 1 : Kata alu-aluan En. Saiful bin Mahamud @ Bahari Pengerusi Tetap 2023/2025 Agenda 2 : Ucapan pembukaan En Romie bin Khalid YDP Badan MUAFAKAT MRSM Kuala Terengganu Agenda 3 : Pembentangan Minit Mesyuarat Agenda 4 : Pembentangan Laporan Setiausaha Agenda 5 : Pembentangan Laporan Bendahari Agenda 6 : Pemilihan 3 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Agenda 7 : Pembentangan Usul Agenda 8 : Hal-hal lain Agenda 9 : Ucapan penangguhan oleh YDP 2023/2025 Majlis Bersurai 2
Kata Alu-aluan Pengetua MRSM Kuala Terengganu Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Bersyukur kita ke kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Kali ke-20 dapat diadakan. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat hadir ke mesyuarat pada kali ini. Penglibatan daripada pihak ibu bapa menjadi pemangkin untuk menjana kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum malah juga dari aspek pembangunan sahsiah dan kemenjadian anak-anak. MRSM Kuala Terengganu telah banyak mencipta kejayaan demi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini merupakan simbolik kepada usaha guru-guru serta hasil kerjasama daripada pihak MUAFAKAT. Sokongan dan sumbangan Badan MUAFAKAT sama ada dari segi material mahu pun kolaborasi padu dalam semua aktiviti amatlah dihargai. Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati hubungan silaturahim dan kerjasama antara kita terutamanya dalam memikul tanggungjawab bagi mendidik anakanak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang. Salam KT Juara! Madam Hazlina binti Jaafar Pengetua MRSM Kuala Terengganu 3
Kata Alu-aluan YDP MUAFAKAT MRSM Kuala Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Segala puji-pujian kepada Allah SWT, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas limpah kurnia dan keizinan-Nya dapat kita bertemu dalam Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Kuala Terengganu kali ke-20. Terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri. Bagi pihak jawatankuasa Muafakat, saya mengalu-alukan tuan/puan ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Kuala Terengganu kali ke-20 tahun 2024. Sesungguhnya, dengan kehadiran ini menunjukkan keprihatinan, komitmen serta impian tuan/puan yang ingin melihat Muafakat terus memainkan peranannya untuk kebajikan, pembangunan sahsiah, dan kecemerlangan pelajar-pelajar MRSM Kuala Terengganu yang menjadi matlamat utama MUAFAKAT. Untuk pengetahuan tuan/puan sepanjang penggal 2023/2024 pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan diperingkat maktab dan jawatankuasa MUAFAKAT sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan pelbagai aktiviti demi manfaat pelajar. Dengan izin Allah, berkat ukhuwah dan kerjasama rapat antara ibu bapa dan guru, semua aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan. Kami amat menghargai dan jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan, sumbang saran serta pelbagai sumbangan dalam apa jua bentuk kepada kami agar perlaksanaan program yang terbaik dapat dilaksanakan. Komitmen dan pengorbanan yang berterusan daripada guru-guru serta kakitangan juga menjadi asas kepada kejayaan ini. Oleh yang demikian, suasana sebegini semestinya perlu diteruskan demi manfaat bersama. Peranan ibu bapa juga amat penting dalam membentuk kecemerlangan dan sahsiah pelajar. Saya amat mengharapkan agar ibu bapa sekalian boleh bersama-sama MUAFAKAT dalam membantu pihak maktab ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik, akhlak, disiplin dan kokurikulum. Segala sumbangan daripada tuan puan digunakan sebaiknya bagi menjayakan program maktab yang bertujuan untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar secara menyeluruh agar kita dapat membentuk dan mendidik generasi pemimpin masa hadapan yang cemerlang. . Akhir kata, saya selaku pemegang amanah dan beban tanggungjawab utama dalam MUAFAKAT MRSMKT menjalan tugas sebaik mungkin serta menyeru agar semua ibu bapa terus-menerus memberikan sokongan dan idea serta sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada pihak maktab supaya segala kelemahan yang ada dapat diatasi sebaik mungkin seterusnya membuahkan hasil yang terbaik dan melonjakkan nama MRSM Kuala Terengganu. Semoga segala jasa tuan puan diberikan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita mendoakan agar kita semua dilindungi olehNya dan segala ujian yang menimpa kini diangkat semula oleh Allah SWT, In Syaa Allah. Sekian, wassalam. En. Romie bin Khalid Yang Dipertua Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” 4
Kata Alu-aluan Presiden Badan PERMUAFAKATAN Pendidikan MARA Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari yang mulia ini di Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu kali Ke-20. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang sudah bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan mesyuarat pada hari ini dapat dijayakan dengan lancar. Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua ahli muafakat cawangan MRSM Kuala Terengganu terutamanya warga ibu bapa dan guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini. Menyingkap jerit perih perjalanan MUAFAKAT belakangan ini, organisasi ini sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menempuhi arus moden yang serba pantas pada masa kini. Seiring dengan prestasi MUAFAKAT yang semakin membanggakan, masyarakat dilihat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kebolehupayaan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan MUAFAKAT dalam membantu serta menyokong hal hewal kebajikan, kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar-pelajar IPMA. Hal ini pastinya menguji kematangan dan ketelitian MUAFAKAT dalam memikul serta menjunjung amanah yang diberikan oleh masyarakat khususnya waris pelajar-pelajar IPMA agar segala hasrat dan impian dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu, melalui Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT sememangnya merupakan wadah yang menjadi penghubung antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan untuk bersamasama berbincang serta bermuafakat terhadap apa jua isu dan permasalahan yang berbangkit agar dapat ditangani dengan cekap dan berhemah. Justeru, saya menyeru kepada barisan jawatankuasa MUAFAKAT agar lebih bersikap proaktif dan progresif dalam mengetengahkan serta melaksanakan dasar dan perancangan organisasi yang lebih bersistematik demi memajukan dan meningkatkan lagi prestasi MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA dipersada dunia. Kerjasama erat yang dizahirkan antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan merupakan gabungan mantap yang harus dipelihara agar MUAFAKAT terus menjadi sebuah pertubuhan yang berkualiti dan disegani di peringkat yang lebih tinggi. Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan khususnya buat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan segala matlamat dan sasaran Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia Cawangan MRSM Kuala Terengganu kali Ke-20 ini. Sekian. Dato’ Ts. SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA Malaysia 5
Badan Muafakat Sejarah Penubuhan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA atau lebih dikenali sebagai BADAN MUAFAKAT telah dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada 18 Disember 2002 bertempat di Dewan Besar Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor Darul Ehsan. Menurut Presiden MUAFAKAT, Tn. Hj. Hassan bin Ali, peranan penubuhan Badan MUAFAKAT ini adalah untuk membincangkan strategi berkesan dan kejayaan dicapai selain mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam system, metadologi sekaligus persekitaran yang kondusif ke arah kecemerlangan. Penubuhan Badan MUAFAKAT juga bertujuan menggiatkan dan menyedarkan warga MRSM di segenap peringkat seluruh Negara tentang kewujudan MUAFAKAT serta fungsinya menggantikan PIBG. Objektif Penubuhan Mengadakan sesuatu forum atau perbincangan dan perkhidmatan bagi Kebajikan dan kemahujan pelajar-pelajar MRSM Membantu dan menambah usaha MRSM bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar di dalam kegiatan-kegiatan mereka Membolehkan ibu bapa, guru-guru dan alumni pelajar bertukartukar buah fikiran dan maklumat mengenai kecemerlangan Pendidikan pada amnya Memberikan pelauang kepada ibu bap, guru-guru dan alumni pelajar untuk berunding antara satu sama lain berkenaan cara membaiki taraf Pendidikan pelajar-pelajar MRSM Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibu bapa, guru-guru dan alumni pelajar mewujudkan dana khas dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek 6
Senarai Ahli Jawatankuasa Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Sesi 2023/2025 YANG DI PERTUA EN. ROMIE BIN KHALID NAIB YANG DI PERTUA DATO‘ WAN JAMALUDIN BIN WAN ABD MALIK SETIAUSAHA PN SITI KHADIJAH BT AHMAD PEN. SETIAUSAHA EN. MOHD AKMAL BIN ABD LATIFF BENDAHARI EN. MOHD NOR AZIZI BIN DARUS EX-OFFICIO PENGETUA PN. HAZLINA BT JAAFAR 7
Senarai Ahli Jawatankuasa Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Sesi 2023/2025 AJK GURU EN. ANUAR BIN ABD GHANI AJK GURU / PENOLONG BENDAHARI EN MUHAMMAD ZULSYAHMI BIN AB RAHMAN AJK GURU PN KEPEK @ SUHANA BT MAMAT AJK GURU CIK WAN KESUMA BT YUSOFF AJK GURU MOHAMAD NURUL ‘ALIMIN BIN MOHD HASARUDIN JURUAUDIT PN RABIAH BT DERIS JURAUDIT PN SITI KHATIJAH BT AWANG 8
AJK IBU BAPA EN. MOHD ZAKI BIN AWANG AJK IBU BAPA EN. MOHD SHAHRUL RIZAL BIN MOHD NOOR AJK IBU BAPA EN. RAZLAN BIN MAMAT AJK IBU BAPA EN MOHD IZWAN B. ISMAIL AJK IBU BAPA EN MUSTAFA KAMAL BIN AHMAD AJK IBU BAPA EN MOHD NOR BAKRI BIN SHAFE AJK IBU BAPA PN NORFAZALIATTI BT MOKHTAR AJK IBU BAPA PN SITI SABARIAH BT SAABAN AJK IBU BAPA PN. MERIAM BT IBRAHIM Senarai Ahli Jawatankuasa Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Sesi 2023/2025 9
Minit Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Kali ke-19 10
Minit Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Kali ke-19 11
Minit Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Kali ke-19 12
Minit Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Kali ke-19 13
Minit Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Terengganu Kali ke-19 14
Laporan Setiausaha PENYATA KEMAJUAN SEPANJANG TAHUN 2023-2024 DISEDIAKAN OLEH SETIAUSAHA BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KUALA TERENGGANU 15
Laporan Setiausaha LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KUALA TERENGGANU BAGI TAHUN 2023-2024 SENARAI AKTIVITI DAN SUMBANGAN MUAFAKAT SEPANJANG TAHUN 2023-2024 PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil Aktiviti Atau Sumbangan 1 Program Seminar Teknik dan Tips Menjawab Biologi Kertas 2-Bio Booster 2 Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Semester 1/2023 3 Pelancaran Gemilang A+ 2023 4 Bengkel A+ SPM Bahasa Melayu 5 Runding Cara Akademik 6 Majlis Apresiasi Akademik MRSM Kuala Terengganu SPM 2022 7 Majlis Runding Cara Akademik Semester 2/2023 8 Program Kolaborasi Intergomb_MRSMKT 9 Bengkel SPM Bahasa Melayu 10 Bengkel SPM Kimia 11 Bengkel Pasak A+ SPM Sejarah 12 Bengkel SPM Bahasa Inggeris 13 Anugerah Kecemerlangan Semester 1/23 14 Bengkel A+ SPM Fizik 2023 15 Bengkel Bahasa Inggeris Tingkatan 3 16 Bengkel A+ PAI SPM 2023 17 Gemilang A+ Matematics SPM 2023: Answering Technique Workshop 18 Chemistry Paper 2 Answering Technique Workshop 19 Program Explorasi Sejarah Di Muzium Negeri Terengganu 20 Hari Keluarga dan Inovasi MRSMKT 2023 21 Runding Cara Akademik Semester 1 22 Sumbangan Sate Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 PEMBANGUNAN BAKAT Bil Aktiviti Atau Sumbangan 1 Pembelian kasut spike MRSMKT untuk kejohanan olahraga MSSD dan Kejora 2 Sumbangan Baju Kontijen SUMUR MRSMKT 16
Laporan Setiausaha LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KUALA TERENGGANU BAGI TAHUN 2023-2024 SENARAI AKTIVITI DAN SUMBANGAN MUAFAKAT SEPANJANG TAHUN 2023-2024 PEMBANGUNAN PELAJAR Bil Aktiviti Atau Sumbangan 1 Comfort Food Tingkatan 5 (Kem Semasa Cuti Deepavali) 2 Ceramah “Remaja Hebat Sahsiah Mantap” 3 Jamuan Untuk Pelajar Cemerlang 4 Kem Jati Diri TIngkatan 5 5 Program Inspirasi Diri 2023 6 Sumbangan MUAFAKAT, Test Kit Influenza & Covid 7 Cakna Muafakat MRSMKT 8 Program Motivasi Dan Halatuju Selepas SPM Bersama Presiden Ansara dan Muafakat MRSMKT 9 Sumbangan Zakat 2024 10 Sumbangan Air Mineral Kepada Pelajar 11 Sumbangan Iftar Perdana 2024 12 Sumbangan Dana Kecemasan Pelajar 17
Laporan Bendahari 2023 2022 NOTA RM RM Baki awal 1 Januari 35,055.98 140,507.69 PENERIMAAN Yuran Tahunan Muafakat 34,100.00 25,313.00 Yuran Pendaftaran Tingkatan 1 dan 4 (baharu) 5,300.00 1,330.00 Yuran Muafakat Guru 415.00 - Dana Tamhidi Ulul Albab 42,300.00 27,353.00 Majlis Graduasi Tingkatan 5 14,770.00 7,124.00 Pohon Restu dan Solat Hajat Tingkatan 5 3,640.00 1,842.00 Program Gemilang SPM 31,950.00 15,110.00 Akhbar 1,340.00 2,181.00 Derma 1 7,693.00 9,674.00 Dana Kebajikan 15,230.00 - Dana Akademik Tingkatan 1 hingga 4 19,800.00 - Infaq Ramadan 8,721.00 - Kutipan zakat 13,571.00 55,273.25 Infaq untuk bas solat Jumaat 9,991.00 - Kutipan untuk wall paper asrama 9,491.00 - Hibah 115.71 128.39 JUMLAH PENERIMAAN 218,427.71 145,328.64 PEMBAYARAN Sumbangan Kokurikulum pelajar 2 4,650.00 4,821.25 Majlis Inovasi MRSMKT 980.00 - Perbelanjaan Majlis Graduasi 3 16,189.28 1,740.00 Perbelanjaa Majlis Mohon Restu 4 5,760.00 1,396.00 Program Gemilang SPM 5 32,034.50 46,553.00 Sumbangan untuk kebajikan asrama 6 28,768.80 12,677.90 Sumbangan kebajikan guru dan staf 7 2,500.00 9,730.20 Perbelanjaan Dana Akademik 8 5,015.00 - Perbelanjaan Tamhidi Ulul Albab 9 4,347.00 - Pulangan balik bayaran pelajar 600.00 40.00 Sumbangan hadiah persaraan 858.70 110.00 Jamuan Majlis Anugerah Homeroom 420.00 2,170.00 Jamuan Pelajar Tingkatan 5 2022 6,000.00 2,000.00 Bayaran penapis air 15,764.00 18,513.00 Caj bank 52.00 56.00 Saguhati elaun guru 800.00 1,300.00 Bayaranservissanitari312000BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MRSM KUALA TERENGGANU PENYATA TERIMAAN DAN BAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 18
Perbelanjaa Majlis Mohon Restu 4 5,760.00 1,396.00 Program Gemilang SPM 5 32,034.50 46,553.00 Sumbangan untuk kebajikan asrama 6 28,768.80 12,677.90 Sumbangan kebajikan guru dan staf 7 2,500.00 9,730.20 Perbelanjaan Dana Akademik 8 5,015.00 - Perbelanjaan Tamhidi Ulul Albab 9 4,347.00 - Pulangan balik bayaran pelajar 600.00 40.00 Sumbangan hadiah persaraan 858.70 110.00 Jamuan Majlis Anugerah Homeroom 420.00 2,170.00 Jamuan Pelajar Tingkatan 5 2022 6,000.00 2,000.00 Bayaran penapis air 15,764.00 18,513.00 Caj bank 52.00 56.00 Saguhati elaun guru 800.00 1,300.00 Bayaran servis sanitari 3,120.00 - Laporan Bendahari Iftar Perdana 2,655.00 1,942.00 Ihyak Ramadhan 7,000.00 23,181.50 Jamuan hari raya 4,000.00 5,810.00 Buku Resit Rasmi Muafakat 850.00 72.00 Sumbangan kebajikan pelajar 300.00 11,504.00 Perbelanjaan Mesyuarat Agung dan AJK 7,614.50 7,048.50 Yuran tahunan Muafakat Kebangsaan 3,875.00 3,265.00 Belanja Mesyuarat Agung Kebangsaan 674.96 1,800.00 Bayaran sewa bas solat Jumaat 11,750.00 - Bayaran kelas Alquran - 50,600.00 Bayaran zakat pelajar 13,000.00 44,450.00 JUMLAH PEMBAYARAN 179,578.74 250,780.35 BAKI AKHIR 31 DISEMBER 73,904.95 35,055.98 Disediakan oleh: Disemak oleh: …............................................ …..................................... Mohd Nor Azizi bin Darus Rabiah binti Deris Bendahari Pemeriksa Kira-kira 1 …....................................... ….......................................... Muhammad Zulsyahmi bin Ab Rahman Siti Khatijah bt Awang Timbalan Bendahari Pemeriksa kira-kira 2 19
RM RM Nota 1 Derma Derma Coway 1,584.00 Derma jamuan Tingkatan 5 2022 4,000.00 Derma Mesyuarat Agung 929.00 Derma 1,180.00 7,693.00 Nota 2 Sumbangan kokurikulum pelajar Anugerah Kokurikulum 2022 2,450.00 Sumbangan spike pasukan olahraga 2,200.00 4,650.00 Nota 3 Perbelanjaan Majlis Graduasi Perbelanjaan Majlis Graduasi 2022 11,929.28 Perbelanjaan Majlis Graduasi 2023 4,260.00 16,189.28 Nota 4 Perbelanjaan Majlis Mohon Restu Majlis mohon Restu 2022 2,920.00 Majlis Mohon Restu 2023 2,840.00 5,760.00 Nota 5 Program Gemilang SPM Program Gemilang SPM 2,980.00 Sumbangan bengkel B. Melayu SPM 580.00 Kem Jati Diri Tingkatan 5 4,800.00 Bayaran penceramah SPM Bahasa Inggeris 660.00 Ceramah SPM Biologi 360.00 Bengkel SPM Bahasa Melayu 600.00 Bengkel SPM Kimia 685.00 Bengkel SPM Sejarah 700.00 Bengkel Bahasa Inggeris 250.00 Bengkel SPM Fizik 510.00 Bengkel Pendidikan Agama Islam SPM 648.00 Sumbangan untuk Sum Cum Laude Tingkatan 5 500.00 BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MRSM KUALA TERENGGANU NOTA KEPADA PENYATA TERIMAAN DAN BAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 Laporan Bendahari 20
Hadiah Kecemerlangan Semester 2/2022 Ting 5 2,130.00 Sumbangan pelancaran gemilang SPM 368.00 Runding cara akademik Tingkatan 5 297.00 Sumbangan Majlis Apresiasi SPM 22 5,825.00 Jamuan Majlis Runding Cara Tingkatan 5 2,264.00 Program Intergomb-MRSMKT 3,168.10 Jamuan Apreasiasi Akademik SPM 2022 291.40 Hadiah Anugerah Kecemerlangan Tingkatan 5 1,250.00 Jamuan bagi pelajar cemerlang Tingkatan 5 3,168.00 32,034.50 Nota 6 Sumbangan untuk kebajikan asrama Sumbangan untuk membaiki asrama 2,000.00 Sumbangan seterika untuk asrama 3,200.00 Wall paper asrama 20,508.80 Belian Kit Covid 700.00 Sumbangan untuk pembelian kad V-outing 2,360.00 28,768.80 Nota 7 Sumbangan kebajikan guru dan staf Sumbangan Hari Keluarga 1,500.00 Sumbangan jersey SUMUR 1,000.00 2,500.00 Nota 8 Perbelanjaan Dana Akademik Hadiah Kecemerlangan Semester 2/2022 1,710.00 Program Inspirasi diri 525.00 Hadiah Anugerah Kecemerlangan Tingkatan 1 - 4 2,480.00 Bengkel Akademik Tingkatan 3 300.00 5,015.00 Nota 9 Perbelanjaan Tamhidi Ulul Albab Ceramah "Remaja Hebat Sahsiah Mantap" 992.00 Sumbangan buku teks 1,355.00 Program Wacana ilmu di Surau Al Fateh 2,000.00 4,347.00 Laporan Bendahari 21
Laporan Badan Muafakat: 22
Laporan Badan Muafakat: 23
Laporan Badan Muafakat: 24
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 1 Pn Kiambang Binti Salleh Cadangan / Usul: Saya mengusulkan agar Badan MUAFAKAT MRSM Kuala Terengganu lebih proaktif Jawapan: Akan dibincangkan dalam AGM 2 Mohd Azuwar Bin Hassan Cadangan / Usul: a. Waktu keluar ke bandar dipanjangkan dari 10 pagi hingga 6 petang b. Waktu masuk selepas pulang bermalam sehingga pukul 6 petang c. Hari melawat seperti tahun sebelumnya iaitu Jumaat dan Sabtu sehingga jam 6 petang d. Musim kemarau, keadaan surau terlalu panas , kurang selesa untuk pelajar Jawapan: a. Masa keluar ke bandar dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan b. Pelajar perlu mengikuti masa mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program surau, persediaan solat Maghrib c. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. d. Naik taraf Surau Al Fateh MRSM KT sedang dalam proses. 3 Mohd Hazrulfaizul bin Husin Cadangan / Usul: Mencadangkan pihak maktab untuk membuka satu lagi laluan keluar masuk ke maktab untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di laluan yang sedia ada Jawapan: Cadangan ini akan dipertimbangkan 4 Pn Maisarah Jusoh Cadangan / Usul: Saya mencadangkan agar dilanjutkan waktu pulang ke maktab @ outing sehingga ke pukul 6 seperti yang sebelum ini. Diharapkan juga dilonggarkan sedikit peraturan melawat anak pada hari cuti. Terima kasih Jawapan: Pelajar perlu mengikut masa mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program surau dan persediaan untuk solat Maghrib 25
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 5 Pn Mastura Mukhtar Cadangan / Usul: Review Kembali menu makanan anak2 yang lebih sihat, kurang tepung, minyak dan gula untuk mengelakkan peningkatan obesity. Mengurangkan penjualan slider foods / junk foods di KOOP kerana anak2 diluar kawalan ibu ayah. Lebih focus kepada pemakanan jenis sunnah. It’s about time for us to teach our children, you are what you eat. Jawapan: Menu makan Dewan Selera disediakan oleh Bahagian Aset dan Perolehan MARA di Ibu Pejabat MARA. Menu ini telah disemak oleh Nutrition KKM dan diluluskan mengikut spesifikasi yang sewajarnya. 6 Pn. Rofidah binti Sulaiman Cadangan / Usul: Penambahan kipas dalam kelas di blok Tingkatan 5 dan tingkatan 3, kelas 2E2 dan 2E1 Jawapan: i. Jumlah kipas dalam kelas yang sedia ada adalah 4 buah bagi kelas bersaiz kecil dan 5 buah bagi kelas yang lebih luas. ii. Kipas siling dan kipas dinding beroperasi dengan baik. Namun begitu, jika ada kerosakan, pelajar boleh membuat e-aduan agar kerosakan dapat dibaiki. iii. Jika ada ibu bapa ingin menyumbang, disarankan agar dilakukan melalui pihak maktab agar jenis kipas termasuk pemasangannya dapat diseragamkan. 7 Syed Naser bin Syed Abdul Bahri Cadangan / Usul: Memperbanyakkan tempat duduk di Dewan Selera memandangkan banyak kes tak sempat makan dalam waktu makan yang singkat. Banyak kes berebut tempat makan sehingga ada yang tidak dapat makan Jawapan: Tempat makan sedia ada mencukupi untuk kapasiti semua pelajar 8 Pn. Wan Hidayah binti Wan Muda Cadangan / Usul: Membuat penetapan waktu pulang ke maktab sebelum jam 6 petang Jawapan: Pelajar perlu mengikuti masa mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program surau, persediaan solat Maghrib 26
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 9 Tuan Naseron bin Tuan Dalam Cadangan / Usul: a. Mohon lawatan untuk anak2 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada minggu tiada PB. b. Waktu melawat dilanjutkan sehingga pukul 6 petang c. Mencadangkan supaya banyak program dan aktiviti maktab Bersama ibu bapa. Contohnya diadakan (HTA), gotong royong dan sebagainya d. Penambahbaikan dobi koperasi kerana sebelum ni didapati baju berbau setelah dibasuh. (tukar sabun) e. Selaku admin bas MUAFAKAT MRSMKT – Kuantan, mohon penggunaan akaun MUAFAKAT untuk pembayaran f. Kebenaran penggunaan telefon Nokia biasa g. Air cond di surau tidak sejuk Jawapan: a. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. b. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. c. Dalam perancangan MUAFAKAT HTA 2.0 d. Kini pelajar perlu membuat kertas kerja permohonan dan akan disemak oleh TPPB. Pembelian melalui Koperasi MRSM KT. Namun Cadangan ini akan dipertimbangkan e. Kebenaran atas YDP. Jika dibenarkan, baru boleh pihak bendahari uruskan kemasukan duit di bawah satu dana Baharu (i.e : Tambang Bas Muafakat KT-KUA) f. Dibenarkan dan mengikut peraturan sedia ada. g. Naik taraf Surau Al Fateh MRSM KT sedang dalam proses. 10 Nurul Najmiah Binti Mustaffa Cadangan / Usul: Mohon pihak maktab untuk mempertimbangkan agar masa melawat anak kembali seperti tahun lepas iaitu sama ada Jumaat & Sabtu (bergantung kepada ibubapa). Penetapan tarikh untuk melawat sebulan sekali seperti tahun ini agak menekan emosi anak-anak, diharapkan cadangan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak maktab. Terima kasi Jawapan: a. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. b. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. 27
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 11 Artini Binti Awang Cadangan / Usul: Masa pulang ke maktab akan dilanjutkan paling lewat ke pukul 6 petang. Jawapan: Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 12 Fatimah Normah Binti Ab Wahab Cadangan / Usul: a. Waktu masuk maktab selepas PB dipanjangkan sampai pukul 6 petang bagi mengelakkan kesesakan di pintu pagar utama. b. Waktu masuk maktab selepas outing dipanjangkan sampai pukul 6 memandangkan tempat untuk anak membeli peralatan sekolah yang lengkap agak jauh (Dataran Tembusu). Kawasan ini agak sesak pada petang sabtu. c. Mohon hari lawatan dibenarkan jumaat dan sabtu Jawapan: a. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib b. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib c. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. 13 Razali bin Tahir Cadangan / Usul: Lawatan hujung minggu ditambah kepada hari Sabtu selain daripada hari Jumaat. Jawapan: Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. 28
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 14 Mohd Raof Bin Sulaiman Cadangan / Usul: Pembayaran baju-baju T-shirt untuk batch, homeroom, sukan dan lainlain yang memerlukan kos yang tinggi. Kalau boleh pertimbangkan harga yang berpatutan kerana tak semua parents berkemampuan. Jawapan: Kini pelajar perlu membuat kertas kerja permohonan dan akan disemak oleh TPPB. Pembelian melalui Koperasi MRSM KT. 15 Marsitah Binti Zali Cadangan / Usul: Mohon lanjutkan masa lawatan dan outing seperti dulu-dulu. terima kasih Jawapan: Pelajar perlu mengikuti masa mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 16 Mohamamd Noor Bin Abdul Rahman Cadangan / Usul: Kecurian asrama masih lagi berlaku dan mohon tindakan. Jawapan: Kes kecurian di asrama telah dapat diatasi dengan sangat berkesan. Hampir 40 unit CCTV telah dipasang sebagai satu usaha membasmi kes kecurian. Di samping sentiasa memberikan nasihat dan peringatan kepada pelajar agar sentiasa menjaga barang peribadi masing-masing dengan cermat. 17 Siti Noorliza Binti Abdullah Sani Cadangan / Usul: a. Membenarkan pelajar untuk masuk atau sampai ke asrama (MRSM) pada pukul 6 b. Lawatan ibu bapa pada setiap hari jumaat dan sabtu Jawapan: c. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. d. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. 29
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 18 Sharifah Fatahya Tuan Dalam Cadangan / Usul: Memberi kelonggaran lawatan setiap minggu pada hari Jumaat dan Sabtu Jawapan: Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. 19 Yusnizam Bin Che Mohd Cadangan / Usul: Mohon masa melawat hari jumaat dan outing dipinda sehingga jam 6 petang Jawapan: Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib 20 Aini Binti Mat Roh Cadangan / Usul: Menyusun aktiviti atau program yang melibatkan ibubapa lebih awal, maklumkan berkenaan cuti pelajar, sekurang-kurangnya sebulan awal, agar parents boleh menguruskan cuti masing-masing supaya boleh terlibat sama dalam sebarang aktiviti maktab serta memudahkan proses pembelian tiket mengikut cuti sebenar yang dibenarkan maktab bagi pelajar yang jauh memandangkan sebelum ini ramai yang terpaksa burn tiket disebabkan cuti yang berlainan dari jangkaan. Jawapan: Jadual pulang bermalam telah diedarkan pada awal sesi persekolahan 21 Mohamed Saifuddin bin Mohamed Yacob Cadangan / Usul: a. Penambahbaikan dalam system air coway di dorm. Pastikan sentiasa diservis kerana air kerap tiada di dorm b. Lanjutkan masa outing sampai jam 6 petang seperti tahun-tahun sebelum ini Jawapan: a. Dibahaskan dalam AGM b. Pelajar perlu mengikuti masa mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dann mengikuti program surau, persediaan solat Maghrib 30
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 22 Andishah Bin A Rahim Cadangan / Usul: Mohon panjangkan waktu masuk hingga pukul 6 petang dan hari lawatan pada jumaat dan sabtu Jawapan: a. Masa keluar ke bandar dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. b. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 23 Wan Muhiddin Bin Wan Harun Cadangan / Usul: Memanjangkan masa outing Jawapan: Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 24 Normala Binti Razali Cadangan / Usul: mengadakan sesi kaunseling atau ceramah agama supaya pelajar lebih membangun dari segi sahsiah, akademik dan dapat meningkatkan kualiti dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Jawapan: Jawatankuasa Juara Sahsiah sentiasa menganjurkan program pengisian berkaitan sahsiah, ibadah dan kerohanian. 25 Mohd Riza bin Zakaria Cadangan / Usul: Mohon waktu masuk maktab dipanjangkan sampai pukul 6 petang kebetulan menghantar anak-anak yang lain asrama berlainan tempat. Mohon dibenarkan melawat anak-anak Jumaat dan Sabtu Jawapan: i. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib ii. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. 31
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 26 Rohaya Binti Bidin Cadangan / Usul: Mohon masa untuk hantar anak ke asrama dikembalikan kepada jam 6 petang Jawapan: Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 27 Roslinda Binti Mat Jusoh Cadangan / Usul: a. Dipanjangkan waktu lawatan anak-anak bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang b. waktu penghantaran anak untuk pulang ke asrama dilewatkan kepada 6.00 petang kerana faktor kesesakan lalu lintas. terima kasih Jawapan: a. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. b. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke dewan selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 28 Norkamaliah Binti Mohamad Cadangan / Usul: a. Menyediakan tambahan bangku/kerusi/gazebo di sekitar asrama lelaki bagi keselesaan ibubapa berjumpa dengan anak-anak. b. Memberikan kelonggaran kepada ibubapa melawat anak masingmasing pada setiap hujung minggu, jumaat dan sabtu kecuali jika terdapat program maktab. c. Kelas tambahan intensif kepada pelajar yang lemah di dalam subjek-subjek tertentu Jawapan: a. Dibahaskan dalam AGM b. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. c. Inisiatif yang dilaksanakan ; i. Guru melakukan intervensi dalam slot PDP. ii. Jadual Gemilang A+ juga telah disusun sepanjang minggu bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. iii.Kelas intervensi bersasar juga dijadualkan bagi membantu pelajar yang berpotensi. 32
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 29 Suzanah Binti Seliman Cadangan / Usul: a. Menaiktaraf dan membaiki kerosakan tandas asrama b. Meningkatkan cara pembersihan baju di dobi dan menukar sabun supaya baju pelajar bersih dan wangi c. Waktu akhir masa melawat dan outing di tukar kembali pada jam 6 petang Jawapan: a. Dalam tindakan perolehan. Naik taraf tandas sedang dilaksanakan b. Cadangan akan dipertimbangkan c. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 30 suharman bin Ibrahim Cadangan / Usul: a. Derkaitan air coway di asrama lelaki. mesin air tidak berfungsi dengan baik untuk menampung bekalan air minuman bersih untum semua warga pelajar di dalam asrama b. Tandas dan bilik air memerlukan penyelengaraan sepenuhnya secara sempurna bagi memberi keselesaan kepada anak-anak asrama. Berkaitan tandas dan bilik mandi-air shower di bilik mandi yang sangat perlahan i. ada bilik mandi/tandas yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu penyelengaraan. ii. lubang tandas yang tersumbat c. Kipas berpusing sangat perlahan. memandangkan sekarang adalah musim panas yang ekstrem, perlu dibaik pulih dengan segera. Jawapan: a. Dibahaskan dalam AGM b. Dalam tindakan perolehan. Naik taraf tandas sedang dilaksanakan. c. Tindakan berkenaan isu kipas i. Jumlah kipas dalam kelas yang sedia ada adalah 4 buah bagi kelas bersaiz kecil dan 5 buah bagi kelas yang lebih luas. ii. Dibincangkan dalam AGM iii. Kipas siling dan kipas dinding beroperasi dengan baik. Namun begitu, jika ada kerosakan, pelajar boleh membuat e-aduan agar kerosakan dapat dibaiki. iv. Jika ada ibu bapa ingin menyumbang, disarankan agar dilakukan melalui pihak maktab agar jenis kipas termasuk pemasangannya dapat diseragamkan. 33
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 31 Norfazlina Binti Che Din Cadangan / Usul: membaik pulih mesin coway untuk kemudahan anak-anak Jawapan: Dibahaskan dalam AGM 32 Mohd Shahrul Rizal Bin Mohd Noor Cadangan / Usul: a. Mencadangkan hari visiting seperti sebelum ini iaitu pada hari jumaat dan sabtu. pilihan dua hari ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada ibubapa yang tinggal di negeri Pahang, Kuala lumpur dan negeri-negeri lain yang mana pada hari Jumaat masih bekerja. Dan hari Sabtu ada cuti hujung minggu dan mereka berpeluang untuk melawat anak-anak b. Mencadangkan masa visiting, outing dan balik ke maktab dilanjutkan sehingga jam 6 petang memandangkan masuknya waktu maghrib sudah lewat (jam 7 lebih) yang mana sebelum ini ditukar ke jam 5 petang kerana waktu magrib awal 6.00 lebih c. Mencadangkan apa-apa info atau memo maktab dikeluarkan lebih awal. ini adalah kerana segala rancangan/planning dari ibubapa untuk involve/ambil anak memerlukan maklumat awal kepada majikan, perkara lain adalah untuk urusan tempahan tiket kapal terbang/bas. terima kasi Jawapan: a. Masa keluar ke bandar/melawat dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. b. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke dewan selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. c. Saluran penyampaian maklumat sentiasa ditambah baik melalui media massa, Muafakat dan Homeroom. 33 Nik Mohd Basri Bin Nik Zailani Cadangan / Usul: Membenarkan masa masuk ke maktab PB/ Cuti pada pukul 6 petang. Jawapan: Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke dewan selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib. 34
Pembentangan Usul Bil Nama Ibu Bapa / Penjaga Cadangan / Usul Dan Jawapan 34 Zulkarnain Bin Hassan Cadangan / Usul: Menambah baik proses rawatan kepada pelajar yang sakit dan maklum kepada ibu bapa Jawapan: Sebarang respon dari doktor, pejabat akan maklumkan kepada penjaga dengan kadar segera. 35 Nur Azureen Binti Wahab Cadangan / Usul: a. Mohon adakan lawatan setiap minggu Jumaat dan Sabtu b. Mohon jasa baik untuk panjangkan waktu masuk maktab hingga pukul 6 petang Jawapan: a. Masa keluar ke bandar/lawatan dijadualkan kerana pelajar MRSM Kuala Terengganu mempunyai jadual harian yang telah ditetapkan. Hari Sabtu merupakan hari untuk Kelas Gemilang sehingga jam 1.00 tengah hari. b. Pelajar perlu mengikuti masa yang mengikut jadual yang telah disediakan. Jam 6.00 petang, semua pelajar akan ke Dewan Selera untuk makan malam dan mengikuti program Surau persediaan solat Maghrib 36 Rosmaini Binti Mohamed Cadangan / Usul: Membenarkan pelajar outing tanpa ibubapa Jawapan: Isu keselamatan sangat diambil berat oleh pihak maktab. Outing hanya dibenarkan bersama waris. 37 Adobah Bt Othman Cadangan / Usul: Dibenarkan lawatan pada hari jumaat dan sabtu serta membenarkan pelajar outing tanpa ibubapa Jawapan: Isu keselamatan sangat diambil berat oleh pihak maktab outing hanya dibenarkan bersama waris. 38 Ahmad Nasrudin Bin Mohamed Zaidin Cadangan / Usul: Sangat berpuas hati dengan ajk sekarang Jawapan: Terima kasih 39 Nizam Bin Marlan Cadangan / Usul: Semuanya ok kebajikan untuk anak saya setakat ini di MRSMKT Jawapan: Terima kasih 35
Kejayaan mrsmkt Bil Program/Pertandingan Pencapaian 1 KEJOHANAN OLAHRAGA (KEJORA ) MRSM SE-MALAYSIA EMAS (100m), PERAK (200M), GANGSA (LOMPAT TINGGI) 2 PERKHEMAHAN PANDU PUTERI & PENGAKAP MRSM ZON TIMUR JUARA KESELURUHAN 3 PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI NASIONAL 2023 PEMENANG PINGAT EMAS & PEMENANG PINGAT PERAK BAGI KATEGORI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH 4 KEJOHANAN MSSD HOKI TEMPAT KE-3 (LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 18) 5 KEJOHANAN MSSD BOLA TAMPAR TEMPAT KE-3 (LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 18) 6 KEJOHANAN RAGBI PREMIER MRSM ZON TIMUR CHAMPION BOWL (LELAKI BAWAH 18) 7 PERTANDINGAN INOVASI SEMPENA MINGGU PENYELIDIKAN & INOVASI (MPI) SILVER MEDAL, BRONZE MEDAL 8 KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KUALA NERUS JOHAN (BAWAH 18 – 5 ORANG TERPILIH MSST) JOHAN (BAWAH 15 – 4 ORANG TERPILIH MSST) 9 KEJOHANAN MSSD BOLA TAMPAR NAIB JOHAN (LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN) 10 KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA ARING MSST 2024 BAWAH 16 (SUKU ALHIR) BAWAH 14 (SUKU AKHIR) 11 KEJOHANAN “ONE FORCE UITMCK TAEKWONDO WT NATIONAL CHAMPIAN 2023 POOMSAE 15-17 LELAKI (PINGAT PERAK) KYORUGI 15-17 LELAKI (GANGSA) 12 KEJOHANAN HOKI - KAIZER ISKANDAR SBPMRSM 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN PESERTA 13 KEJOHANAN SILAT & TAEKWONDO TEMPAT KE-3 KESELURUHAN (TAEKWONDO MEN ATAS) MEN ATAS (GOLD & BRONZE) MEN BAWAH (GOLD, SILVER, BRONZE) POOMSAE PEREMPUAN (SILVER) TEMPAT KE-3 MEN RENDAH (KATEGORI C) 2023 hingga kini 36
Bil Program/Pertandingan Pencapaian 14 KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUDA (PUM) MRSM SE MALAYSIA 2023 NAIB JOHAN JUALAN TERBAIK 15 TAMHIDI ULUL ALBAB PERINGKAT KEBANGSAAN, ZON 2, 2023 JOHAN (MEN ATAS) 16 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2023 JOHAN SQUASY, EMAS (LOMPAT TINGGI L15), PERAK (200M P18), GANGSA (400 L15), GANGSA (LOMPAT TINGGI P18), GANGSA (4X100M P15), GANGSA (100M P18), GANGSA 9LEMPAR CAKERA L15) 17 PERKHEMAHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ZON 2 TEMPAT KE-2 (PERTANDINGAN TANDA MENGESAN) TEMPAT KE-10/29 KESELURUHAN 18 PERKHEMAHAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TEMPAT KE-3 (PERTANDINGAN BUKU SKRAP) 19 NADWAH ISLAMIAH MRSM SE-MALAYSIA TEMPAT KE-5 (TAMHIDI ULUL ALBAB – MEN ATAS LELAKI) TEMPAT KE-5 (TAMHIDI ULUL ALBAB MEN ATAS PEREMPUAN) Kejayaan mrsmkt 2023 hingga kini 37
Kejayaan mrsmkt 2023 hingga kini 38
Kejayaan mrsmkt 2023 hingga kini 39
40
Ajk Pelaksana Pengetua / Pengerusi Pn. Hazlina bt Jaafar TPPP/ Timbalan Pengerusi En. Muhammad Sholiheen bin Osman TPKA/Timbalan Pengerusi 1 Pn. Shahirra Dania bt Maarof Moorthy TPKA/Timbalan Pengerusi 2 En. Gilbert Wong Kia Kiat Penyelaras En. Anuar bin Abd. Ghani Setiausaha / Cenderamata Pn. Siti Khadijah bt Ahmad (K) Pn. Wan Nurin Majdina bt Wan Ramlan Pn. Nor Fadhilah bt Tungol Pn. Noor Azila bt Saari Pn. Norlina bt Mohd Noor Pn. Siti Shafini bt Kadri JK Buku Program Pn. Rabiah binti Deris (K) Pn. Suhana binti Zakaria Pn. Aminah binti Adam Pn. Iklima binti Hashim JK Jemputan dan Sambutan / Pendaftaran Cik Wan Kesuma bt Yusoff (K) En. Luqmanulhakim bin Abdul Rahim En. Rozi bin Jusoh En. Saiful bin Mahamud @ Bahari En. Saide bin Senik Pn. Nor Wahida binti Wan Omar Pn. Siti Nur Aini binti Nafiah JK Penyata Kira-kira En. Mohd Nor Azizi bin Darus JK Keselamatan & Lalu Lintas En. Mohamad Nurul ‘Alimin bin Mohd Hasarudin (K) Helpers (Pengakap) JK Siaraya & Banner Pn. Siti Khatijah bt Awang (K) Pn. Norhayati binti Harun En. Zakiyamani bin Sulaiman Pn. Mazura binti Yusof En. Mohd Hafizzan bin Zahari JK Jamuan En. Muhammad Zulsyahmi bin Ab Rahman (K) Pn. Mariam binti Ma Sawat @ Mohd Hussin Pn. Munira binti Mohd Pn. Nurul Asyikin binti Md Zawawi Pn. Nur Liyana binti Aleng @ Mohamad JK Pengacaraan Majlis Pn. Kepek @ Suhana bt Mamat (K) En. Saiful bin Mahamud @ Bahari En. Mohamad Azeem bin Shamsuddin Pn. Ezyan binti Md Zain Pn. Sarah binti Roslan JK Hiasan Dewan & Persiapan Tempat En. Mohd Akmal bin Abd. Latiff (K) En. Mohd Azraie bin Mustafa En Ahmad Zulhazim bin Mohd Zainun En. Mohamad Najid bin Md Razi Pencatat Minit Pn. Sarah bt Roslan Pn. Rospazita Binti Abdullah 41
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih Kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Cawangan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu Kali Ke-20 Tahun 2024