The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

"Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti"

Panitia Pendidikan Islam SMKPH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06177664, 2021-08-09 09:04:51

E RISALAH MAAL HIJRAH 1443_SMKPH

"Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti"

Panitia Pendidikan Islam SMKPH

E-RISALAH ILMIAH
MAAL HIJRAH
1443 H

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK PENGKALAN HULU

MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI

Umat Islam akan sentiasa mengingati
peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah
ke Madinah serta peristiwa baginda
Rasulullah SAW mempersaudarakan
Muhajirin dan Ansar.

Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah
tersebut Umat Islam haruslah mengambil
iktibar bahawa Ukhuwah islamiah yang
kuat dan jitu adalah asas kepada
perpaduan dan kesatuan Ummah yang
membawa kepada kemajuan dan
kejayaan Umat Islam ke era yang global
demi menjulang nama Islam di persada
mata dunia dan menjadi ikon terbaik di
alam maya.

MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI

Pada Januari 2021, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri
telah memperkenalkan Dasar Manhaj
Rabbani. Selaras dengan tema
sambutan Maal Hijrah pada tahun ini,
dasar ini berpaksikan tiga ciri utama
iaitu Thaqafah (keilmuan),
Ruuhaniyyah (kerohanian) dan
Dakwah (aktivisme)

Definisi HIJRAH :
Perpindahan Rasulullah (SAW)

dan umat Islam
dari Mekkah ke Madinah atau Yathrib.

• Pkeerriasstuiwlaanh. ijrah ini berlaku pada tahun ke-13

• Hijrah juga diertikan sebagai berpindah daripada
lkeebhihidbuapiakn. yang buruk kepada kehidupan yang

 Umat Islam berhijrah ke Madinah secara beransur-ansur selepas
menerima arahan daripada Rasulullah (SAW). Mereka keluar dari kota
Mekah secara rahsia supaya tidak diketahui oleh kaum Musyrikin
Mekah. Tidak seorang pun yang berani berhijrah secara terang-
terangan kecuali Umar bin al-Khattab.

 Setelah hampir 2 tahun, para sahabat beransur-ansur berhijrah ke
Madinah barulah Rasulullah (SAW) berhijrah setelah mendapat isyarat
daripada Allah (SWT).

 Antara orang terawal berhijrah termasuklah Abu Salamah. Beliau tidak
dapat membawa isteri dan anaknya berhijrah bersama-sama kerana
dihalang oleh anggota keluarganya.

Isyarat Allah FAKTOR YANG Pelawaan
(SWT). MENDORONG penduduk
BERLAKUNYA
Yathrib
HIJRAH. (Madinah).

Memelihara Penentangan
akidah musyrikin quraisy

semakin kuat

Faktor yang mendorong berlakunya Hijrah.

1. Isyarat Allah (SWT). Allah (SWT) mengisyaratkan
Rasulullah (SAW) supaya berhijrah
sebagaimana firmannya :
(surah surah al-anfal,8 : ayat 30)
Maksud :
Dan ingatlah, ketika orang kafir
musyrikin Mekkah, menjalankan tipu
daya terhadapmu untuk menahanmu
atau menghumbanmu atau
mengusirmu. Mereka menjalankan
tipu daya dan Allah mengagalkan
tipu daya (mereka) kerana Allah
sebaik-baik yang mengagalkan tipu
daya.

Faktor yang mendorong berlakunya Hijrah.

2. Memelihara Umat Islam mengorbankan

akidah. tanah air dan harta mereka

bagi menyelamatkan

akidah tauhid yang lebih

berharga.

Faktor yang mendorong berlakunya Hijrah.

3. Pelawaan Sekumpulan penududuk Yathrib
telah memperlawa Rasulullah (SAW)
penduduk Yathrib untuk menjadi pemimpin mereka di
(Madinah). Yathrib. Rasulullah (SAW)
mengadakan Bai’ah aqabah
pertama dan Bai’ah aqabah kedua
dengan sekumpulan penduduk
diYathrib. Baginda telah
menghantar Mus’ab bin Umar
untuk berdakwah dan mengajar al-
Quran kepada penduduk Yathrib.



PERJANJIAN PERJANJIAN

AQABAH 1 AQABAH 2

 Tidak menyekutukan  Melindungi dan

Allah (SWT). mempertahankan

 Tidak mencuri. Rasulullah seperti

 Tidak berzina. melindungi keluarga

 Tidak membunuh anak. sendiri.

 Tidak mengadakan-

adakan dusta.

 Tidak menderhakai

perkara yang baik.

Faktor yang mendorong berlakunya Hijrah.

4. Penentangan Masyarakat Mekkah melakukan pelbagai bentuk
musyrikin quraisy penentangan termasuklah penyeksaan terhadap
semakin kuat. umat Islam. Tekanan ke atas Rasulullah (SAW)
pula semakin hebat, terutamanya selepas
kematian bapa saudara baginda iaitu Abu Talib.
Kemuncak kepada penentangan mereka ialah
mereka berpakat di Darul Nadwah untuk
membunuh Rasulullah (SAW).

- Pakatan membunuh Nabi Muhammad (SAW) di
darul Nadwah
- Mesyurat bersetuju agar seorang pemuda yang
gagah daripada setiap puak dipilih membunuh
Nabi Muhammad (SAW) secara serentak supaya
Bani Hashim tidak menuntut bela atas kematian
Nabi Muhammad (SAW).



Peristiwa Penting Semasa Hijrah Rasulullah (SAW).

1. 27 Safar – Mekah
 Pada waktu tengah malam Rasulullah (SAW) keluar bersama-sama dengan Saidina

Abu Bakar r.a. saidina Ali r.a pula tidur berselimut ditempat baginda untuk
mengelirukan masyarakat musyrikin Quraisy.
 Rasulullah (SAW) dan Saidina Abu Bakar r.a menyusuri jalan yang tidak biasa dilalui
oleh orang ramai ke Madinah.
 Abdullah, putera Saidina Abu Bakar r.a bertugas meninjau dan melaporkan situasi
yang berlaku di Mekkah, Asma puterinya pula bertugas menyediakan bekalan
makanan. Ammar bin Fuhairah, hambanya pulak membawa kambing kepintu gua
untuk menyediakan bekalan susu dan menghilangkan jejak kaki Rasulullah (SAW).
 Musyrikin Mekkah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah (SAW).
 Kelompok quraisy membuat operasi besar-besaran menjejaki Rasulullah (SAW).
Sebahagian daripada mereka telah tiba ke gua Thur tetapi dengan bantuan Allah
(SWT) mereka tidak dapat menemui Rasulullah (SAW). Dalam keadaan yang cemas
itu, Rasulullah (SAW) menenteramkan Saidina Abu Bakar r.a sebagaimana yang
disebut dalam surah al-Taubat ayat 40.

Peristiwa Penting Semasa Hijrah Rasulullah (SAW).

2. Gua Thur.
Setelah 3 hari di Gua Thur. mereka menuju ke Madinah bersama-sama
dengan seorang penunjuk jalan iaitu Abdullah bin Uraikit, iaitu seorang
musyrik yang jujur.

3. 8 Rabi’ul awal – Quba’
Rasulullah (SAW) tiba di Quba’ dan tinggal beberapa hari disana. Semasa
berada di Quba’, Rasulullah (SAW) membina masjid.

4. 12 Rabi’ul awal – Yathrib (Madinah)
Ketibaan Rasulullah (SAW) disambut gembira oleh penduduk Yathrib.
Mereka berlumba-lumba merebut tali unta tunganggan Rasulullah (SAW)
dengan harapan Rasulullah (SAW) menetap dirumah mereka. Akhirnya
unta Rasulullah (SAW) berhenti dirumah Abu Ayob Al-Ansari

KESAN DARIPADA PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH (SAW) KE MADINAH.

Aspek Kesan
Agama
Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah dapat
dilaksanakan secara terbuka.

Sosial Kehidupan masyarakat Madinah berubah kepada
system hidup yang lebih baik dari segi akidah, syariah
dan akhlak.

Politik Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat
dibawah pemimpin Rasulullah (SAW)

Ekonomi Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh
melalui sistem ekonomi Islam yang dilaksanakannya.

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH

.(SAW) KE MADINAH

Umat Islam perlu :

 Bijak membuat perancangan dan menyusun strategi sebelum
melakukan sesuatu tindakan.

 Sentiasa bersikap optimis, yakin bahawa kejayaan pasti bersama-
sama orang yang benar.

 Mencari teman yang soleh, baik budi pekerti dan ikhlas
membantu.

 Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran.
 Sentiasa bertawakal dan memohon pertolongan Allah (SWT) serta

mematuhi segala perintah-Nya.

 Sentiasa mengutamakan dan memelihara kesucian akidah dan
keselamatan nyawa.






Click to View FlipBook Version