BIL PERKARA MUKA
1) Kata alu-aluan Guru Besar. SURAT
2
2) Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG. 3
4-5
3) Atur cara Majlis Dan Agenda Mesyuarat
Agung. 6
7-8
4) Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBG Sesi
2019-2021.
5) Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-39
6) Surat Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan. 9
7) Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke -38 10 - 15
(2021) 16 - 17
8) Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 18
Disember 2021 dan 30 April 2022 19
9) Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2022-2024
10) Penghargaan
1
Assalamualaikum waramatullahiwabaarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan Inayahnya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG Kali Ke-39 berpandukan Garis Panduan Pengurusan Dan
Pengoperasian Sekolah 4.0.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan
dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.
Kita semua maklum bahawa tahun ini Persatuan Ibu Bapa dan
Guru akan mengadakan pemilihan dan lantikan Ahli Jawatankuasa
yang baharu, disini saya kongsikan prinsip dan peranan PIBG di sekolah
sebagaimana digariskan dalam perlembagaan :
➢ Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga
kebajikan murid.
➢ Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan
meningkatan kemudahan sekolah.
➢ Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi
dan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
➢ Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat
mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan
program sekolah .
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan
dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi
2019/2021, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat
menjayakan majlis ini.
Diharapkan kerjasama dan komitmen yang baik diberikan
khususnya kepada pihak sekolah dalam meningkat prestasi
perkembangan sekolah. Semoga usaha kita akan direstui dan
mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
(REDUAN BIN MUHAMAD)
Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
2
Assalamualaikum w.b.t
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dapat diberi
peluang untuk memberikan sepatah dua kata sebagai perkongsian
bersama ibu bapa dalam menjayakan misi dan visi pihak sekolah. Objektif
utama PIBG adalah untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak
sekolah dalam melonjakkan lagi prestasi murid dan sekolah dalam segala
aspek. Di samping itu, pihak PIBG juga merupakan jambatan penghubung
bagi ibu bapa dengan pihak sekolah. Oleh itu, pihak PIBG akan bekerja
dengan lebih keras untuk memastikan peningkatan yang lebih baik bagi
murid dan juga pihak sekolah.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
dan guru yang telah berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan
beberapa program yang dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang tahun
2021 hingga 2022 dalam suasana pandemik dan fasa peralihan endemik
Covid19. Tanpa sumbangan daripada mereka, program tersebut mustahil
untuk direalisasikan.
Akhir sekali, saya mengharapkan usaha yang jitu dan padu dari
semua pihak bagi menaikkan lagi nama SK Parit Kudus seiring dengan
sekolah-sekolah tersohor yang lain.
Sekian, terima kasih.
Mohammad Fairus bin Mokri
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Parit Kudus.
3
MASA PERKARA
8.45 PAGI Pendaftaran ibu bapa
9.00 PAGI
Taklimat Penataran Program Pendidikan Inklusif Holistik
9.30 PAGI oleh Cikgu Noor Hadilawati binti Basari : Penyelaras PPKI,
9.40 PAGI SKPK
9.50 PAGI
10.00 PAGI Tayangan Video Khas
10.05 PAGI
10.10 PAGI Penyampaian cenderamata kepada AJK PIBG SKPK tahun
10.15 PAGI 2019-2021 oleh YDP PIBG
10.20 PAGI
Cabutan 10 hadiah bertuah
10.40 PAGI
10.45 PAGI Ketibaan Perasmi
11.15 PAGI
Bacaan doa oleh Cikgu Mohd Saliudin bin Misran
12.15 TGH
Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar SK. Parit Kudus)
Ucapan YDP PIBG SK. Parit Kudus
Ucapan dan Pelancaran Perasmian Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG SK. Parit Kudus oleh YB. Dato’ Sri Dr. Wee
Jeck Seng (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan
Dan Komuditi II, merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai,
Pontian Johor)
Penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh YDP
PIBG
Jamuan
Mesyuarat Agung Tahunan
(Rujuk Agenda Mesyuarat m/s:5)
Bersurai
4
BIL AGENDA
1 Perutusan Pengerusi Majlis
2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
3 Perkara-Perkara Berbangkit
4 Pembentangan Laporan Kewangan semasa
5 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Tahun 2022
Mesyuarat Agung Tahunan oleh YDP baharu
6 i. Ucapan YDP tahun 2022
ii. Pembentangan usul
iii. Hal-hal lain
7 Cabutan bertuah
5
• PENASIHAT : Cikgu Reduan bin Muhamad
• YDP PIBG : Encik Mohd Fairus bin Mokri
• NYDP PIBG : Puan Aslina binti Aman
• SETIAUSAHA : Cikgu Zanariah binti Kaab
• BENDAHARI : Cikgu Saliudin bin Misran
• AHLI JAWATANKUASA :
1. Encik Azli bin Taslim
2. Puan Rahida binti Othman
3. Puan Zainab binti Dolah
4. Puan Zalinah binti Abdul Manaf
5. En. Mohd Sharif bin Md Daud
6. Puan Julia Binti Sani
7. Cikgu Noor Hadilawati binti Basari
8. Cikgu Norhana binti Abd. Hamid
9. Cikgu Sabariah binti Sapiai
10. Encik Sabani Bin Supar
11. Puan Aisyah Binti Fadhil
12. Encik Suhaimi bin Harian
• PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Puan Norhaslinda Bt Masarudin
2. Cikgu Norasiah binti Jabar
6
• PENASIHAT : Cikgu Reduan Bin Muhamad
• PENGERUSI : Encik Mohd Fairus Bin Hj. Mokri
• NAIB PENGERUSI : Puan Aslina Binti Aman
• SETIAUSAHA : Cikgu Zanariah binti Kaab
• BENDAHARI : Cikgu Mohd Saliudin bin Misran
• PENYAMBUT TETAMU : 1. Cikgu Reduan Bin Muhamad
2. Encik Mohd Fairus bin Hj. Mokri
3. Puan Aslina Binti Aman
4. Cikgu Noraini binti Ngde
5. Cikgu Azizan bin Musa
6. Cikgu Zarina binti Jamal
7. Encik Azli bin Taslim
• BACAAN DOA : Encik Saliudin Bin Misran
• JURUACARA MAJLIS : Cikgu Vilma Farha binti Md. Affindi
• HIASAN PENTAS : 1. Cikgu Fakhriah binti Md Kassim
2. Cikgu Siti Norizan binti Buang
• JAMUAN VIP : 1. Cikgu Noor Hadilawati binti Basari
2. Cikgu Sarizah Binti Rejab
3. Puan Aslina Binti Aman
4. Puan Zainab binti Dolah
• PA SISTEM/ TEKNIKAL : 1. Cikgu Nik Khairul Azuan bin Nik Kob
2. Cikgu Mohd Saliudin Bin Misran
• JAMUAN IBU BAPA/ GURU: 1. Cikgu Jumanah binti Ab. Karim
2. Cikgu Sabariah binti Sapiai
3. Cikgu Siti Safiah Binti Bachok
4. Puan Zalinah binti Abdul Manaf
5. Puan Rahidah binti Othman
7
• BANNER/ SURAT MENYURAT : 1. Cikgu Zanariah binti Kaab
2. Encik Ikhsan bin Mohd Imran
• PENCATAT/ ‘GIMMICK PERASMIAN’:1. Cikgu Noratenadewi binti Tebana
2. Cikgu Nursyafiqah binti Anuar
• PENDAFTARAN/ SURAT USUL :1. Cikgu Juriah binti Giat
2. Puan Noor Aisyah binti Fadzil
3. Puan Norhaslinda binti Masarudin
• CENDERAMATA VIP/ CENDERAMATA AJK PIBG/ CABUTAN BERTUAH :
1.Cikgu Hazirah binti Haris
2. Cikgu Suriany binti Mohd Yahya
• BUKU PROGRAM/ JURUGAMBAR/ VIDEO :
1. Cikgu Diana Nadia binti Ahmad Fauzi
2. Cikgu Norasiah binti Jabar
• PERSIAPAN & PENGEMASAN TEMPAT :
1. Cikgu Nor Azleenda binti Razali
2. Cikgu Nik Khairul Azuan bin Nik Kob
3. Cikgu Mohd Saliudin Bin Misran
4. Encik Suhaimi bin Harian
5. Encik Azli bin Taslim
6. En. Sabani bin Supar
7. Encik Mohd Sharif Bin Md Daud
8
9
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KUDUS
82000 PONTIAN, JOHOR
MINIT MESYUARAT AGUNG PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI-38 BIL 1 / (2021)
Tarikh : 16 OKTOBER (SABTU)
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : ATAS TALIAN (GOGGLE MEET)
Pengerusi : ENCIK MOHD FAIRUS BIN HJ. MOKRI
(YANG DIPERTUA PIBG SK PARIT KUDUS)
Kehadiran(Bilangan) : 122 orang
Turut Hadir (Jika ada)
: TIADA
1. PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS
(EN. FAIRUS BIN HJ. MOKRI – YDP PIBG SK PARIT KUDUS)
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat
menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini, walaupun secara atas
talian sahaja (tanpa bersemuka). Banyak perkara baru yang berlaku di
sepanjang tahun 2020 dan 2021 yang perlu kita lalui bersama. Pengerusi
turut memaklumkan bahawa Setiausaha PIBG sebelum ini iaitu Cikgu
Nurhamizah binti Rahmat telah berpindah ke Melaka. Justeru pihak
pentadbir telah melantik Cikgu Zanariah binti Kaab sebagai Setiausaha
PIBG yang baharu bagi menggantikan kekosongan jawatan tersebut.
1.2 Pengerusi turut mengucapkan tahniah kepada Puan Aslina binti Aman
(NYDP PIBG) atas kejayaan anak beliau.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa di atas
kerjasama yang diberikan di sepanjang PDPR dilaksanakan. Tanpa
kerjasama yang baik dari ibu bapa, PDPR sukar untuk dilaksanakan
dengan jayanya. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
1.4 Pengerusi memaklumkan (maklumat yang disampaikan oleh Guru Besar)
bahawa seramai 16 orang murid Tahun 6 dan 9 orang murid Program
Pendidikan Khas Integrasi telah divaksin. Beliau mengharapkan agar
semua guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa juga telah divaksin
supaya semua aktiviti dan urusan sekolah dapat dilaksanakan dengan
lancar. Mudah-mudahan warga SK Parit Kudus tiada terlibat dengan anti
vaksin. 10
1.5 Pengerusi memaklumkan, PIBG akan cuba untuk membantu pihak
sekolah dalam urusan yang berkaitan dengan urusan pembukaan
sekolah secara bersemuka (contoh: sanitasi, kebersihan, keselamatan
dan lain-lain). Walaupun tidak dibenarkan mengadakan gotong royong
tetapi bantuan tetap akan diusahakan dan dilakukan oleh PIBG mengikut
kesesuaian.
Tindakan : Semua AJK dan Ahli PIBG
2. PERUTUSAN GURU BESAR
(USTAZ REDUAN BIN MUHAMAD – GURU BESAR SK PARIT KUDUS)
2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di
mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat pada tahun ini berbeza dengan
sebelum ini (dilaksanakan secara atas talian bukannya bersemuka).
2.2 Guru Besar juga memaklumkan bahawa di sepanjang tahun 2020 dan
2021 terdapat pelbagai perkara baru yang perlu dihadapi oleh kita
semua. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan. PDPR tidak
dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kerjasama yang baik dari
semua pihak. Cadangan dan pandangan dari ibu bapa untuk
menjayakan PDPR dengan lebih baik sangat dialu-alukan. Pihak sekolah
juga akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik perlaksanaan PDPR
agar ianya dapat membantu murid-murid belajar dengan lebih
cemerlang.
2.3 Guru Besar memaklumkan sesi persekolahan secara bersemuka telah
bermula pada 10 Oktober yang lepas (melibatkan murid-murid Program
Pendidikan Khas Integrasi seramai 19 orang). Kehadiran murid sangat
menggalakkan dan kerjasama dari ibu bapa juga sangat baik. Pihak
sekolah telah berusaha sedaya upaya agar sesi persekolahan tersebut
dapat dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan dengan sebaiknya.
2.4 Guru Besar memaklumkan bahawa semasa proses sesi pembukaan
sekolah yang lepas, sekolah menerima lawatan dari pelbagai pihak
seperti JPN dan PPD. Hasil pemantauan tersebut, PPKI telah diarahkan
berpindah kelas kerana kelas yang digunakan tidak melepasi SOP yang
ditetapkan (lantai kelas PPKI mempunyai karpet – karpet tersebut perlu
dicabut dan dibuang sekiranya kelas tersebut ingin digunakan). Kelas
PPKI telah dipindahkan di kelas 2 Lavendar yang terletak di tingkat 2.
Masalah berlaku apabila kelas PPKI diletakkan di tingkat 2 kerana
terdapatnya murid-murid yang bermasalah untuk menaiki tangga. Untuk
menyelesaikan masalah ini, pihak sekolah telah membuka karpet
tersebut (meminta sumbangan dari kontraktor) dan pihak sekolah masih
lagi berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.
11
2.5 Guru Besar memaklumkan pada 24 Oktober 2021, kelas Pra Sekolah pula
akan dibuka secara bersemuka. Untuk makluman PPM Pra Sekolah
sedang bercuti sakit. Sekolah akan dibuka mengikut fasa yang ditetapkan
oleh MKN. KPM telah melancarkan ‘KPM PerkasaKU’ untuk rujukan ibu
bapa di dalam membantu ibu bapa memahami dengan lebih jelas
berkaitan dengan perancangan KPM.
2.6 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada YDP yang sering bertanya
khabar pihak sekolah dan sangat-sangat membantu pihak sekolah dalam
setiap perkara yang dilaksanakan.
2.7 Guru Besar turut mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan
semua yang hadir. Walaupun mesyuarat hanya dilaksanakan secara
maya, namun ianya sangat bermanfaat pada semua.
Tindakan : Makluman semua
3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.1 Pembentang : En. Fairus bin Hj. Mokri
3.2 Encik Azli bin Taslim mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan.
3.3 En Hasni bin Lasimin menyokong cadangan tersebut dan dipersetujui
sebulat suara
Tindakan : Setiausaha
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK
PARIT KUDUS BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
4.1 Pembentang : Cikgu Saliudin Bin Misran (Bendahari PIBG)
4.2 Puan Aslina binti Aman mencadangkan agar penyata kewangan yang lalu
disahkan.
4.3 Puan Suriany binti Mohamed Yahya menyokong cadangan tersebut dan
dipersetujui sebulat suara
Tindakan : Bendahari, Setiausaha dan makluman semua
5. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
• Tiada
12
6. PEMBENTANGAN USUL
6.1 Cikgu Nik Khairul Azuan bin Nik Kob mengusulkan agar sinki sementara
yang digunakan oleh murid untuk membasuh tangan ditambahbaik agar
nampak kemas, selesa dan selamat. Kedudukan sinki yang tinggi
menyebabkan murid yang rendah tidak sampai untuk membasuh tangan.
6.1.1 Jawapan YDP PIBG: masalah ini akan cuba diselesaikan dan
diperbaiki mengikut keperluan
Tindakan : YDP PIBG
•
6.2 Puan Noor Hadilawati binti Basari mengusulkan agar jumlah sumbangan
PIBG sebanyak RM30 untuk satu keluarga dikekalkan. Setiap keluarga
dan semua ahli PIBG termasuk setiap guru SK Parit Kudus perlu
membuat sumbangan sebanyak RM30 kepada Bendahari PIBG (sama
seperti tahun lepas).
6.2.1 Usul ini disokong oleh Siti Safiah binti Bachok dan dipersetujui
sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha dan Bendahari
6.3 Puan Aslina binti Aman mencadangkan agar tong penghantaran kerja
sekolah murid-murid yang disediakan di wakaf dipindahkan ke dewan
atau suatu tempat yang difikirkan sesuai. Tindakan ini perlu bagi
mengelakkan kerja-kerja sekolah yang dihantar oleh murid basah
terkena hujan. Adakala tong tidak dapat ditutup kerana telah penuh
dengan buku latihan murid, ini menambahkan lagi risiko hasil kerja murid
basah terkena hujan.
6.3.1 Jawapan Guru Besar: Setakat ini tong tersebut memang
diletakkan di wakaf. Masalah latihan murid basah terkena hujan
mungkin disebabkan tong tidak ditutup dengan rapat. Tindakan
segera akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Tong
tersebut akan dialihkan di dewan.
6.3.2 Jawapan GPK Kokurikulum: Minta kerjasama dari semua ibu
bapa agar dapat menutup tong dengan rapat. Sekiranya tong
tidak ditutup dengan rapat (walaupun tong tersebut diletakkan di
dewan), masalah buku latihan murid basah tetap akan berlaku.
Masalah ini telah berlaku dari tahun lepas (semasa tong
diletakkan di dewan), kerana tong tidak ditutup rapat. Ibu bapa
yang terakhir perlu menutup tong dengan rapat. Ibu bapa yang
13
ingin menyumbang tong juga dialu-alukan bagi menyelesaikan
masalah tong yang sudah penuh.
Tindakan : Semua
6.4 Puan Aslina binti Aman mengusulkan agar satu taklimat diadakan oleh
pentadbir sekolah berkaitan dengan PDPR dan proses masuk ke sekolah
secara bersemuka
6.4.1 Jawapan Guru Besar: taklimat akan diberikan apabila tiba
masanya. Setakat ini belum ada sebarang arahan untuk tujuan
tersebut. Taklimat libat urus pengoperasian sekolah akan
dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Makluman awal, murid
dibenarkan hadir ke sekolah dengan pakaian yang sesuai
(contoh: pakaian Pendidikan Jasmani)
Tindakan : Guru Besar
7. HAL-HAL LAIN
7.1 Cikgu Noratenadewi binti Tebana ingin mengetahui seandainya ada penjaga
yang tidak berkemampuan untuk membeli telefon bimbit bagi
melaksanakan PDPR dan tiada talian internet di rumah adakah pihak PIBG
boleh memberikan peruntukan kepada penjaga tersebut.
7.1.1 Jawapan dari YDP PIBG : Setakat ini memang tiada bantuan
untuk tujuan tersebut. Pihak PIBG akan berhubung dengan
keluarga yang berkaitan untuk membantu mana yang perlu.
Tindakan : YDP PIBG
7.2 En. Azli ingin mengetahui sama ada kantin akan dibuka atau tidak semasa
sesi persekolahan bersemuka bermula. Murid akan makan di kantin atau
membuat pesanan dan makan di kelas (seperti sebelum ini).
7.2.1 Jawapan dari Guru Besar : Kantin akan dibuka, tetapi makanan
akan dibungkus. Sekolah akan memastikan pengusaha kantin
dan semua pembantu telah lengkap divaksin. Maklumat akan
diberikan apabila tiba masa.
Tindakan : Guru Besar
7.3 GPK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa atas
kerjasama yang diberikan semasa anak-anak terlibat dengan aktiviti dan
pertandingan yang dilaksanakan atas talian. Anugerah khas akan diberikan
kepada mereka yang paling banyak menyertai pertandingan.
14
Bukan mudah untuk menyertai sesuatu pertandingan, pengorbanan dan
sokongan ibu bapa amat-amat dihargai oleh pihak sekolah.
Tindakan : GPK Kokurikulum
8. UCAPAN PENANGGUHAN
Tiada
9. PENUTUP
9.1 Guru Besar mengcapkan terima kasih kepada YDP, semua AJK PIBG, ibu
bapa dan guru atas kerjasama yang diberikan
9.2 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat
walaupun hanya di atas talian. Mereka yang hadir akan diberi sedikit
cenderamata.
Tindakan : Makluman semua
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.50 petang
15
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
PIBG SK PARIT KUDUS
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH
(RM) (RM)
Pinjaman kepada pihak sekolah 900.00
1 JAN Baki di tangan 2108.24 18 FEB untuk Bayaran Bantuan 300.00
Persekolahan 1500.00
Baki di bank 123.35 3 MAC Belian Paip,jaring
8179.79 3 MAC dll(No.Resit:5426) 100.00
Baki di akaun simpanan tetap Belian Tanah untuk menambak
laluan tepi jalan 105.00
Sumbangan ibu-bapa dan Guru 6100.00
kepada PIBG: 840.00
-1 Iris 400.00
-2 Lavender 690.00
-3 Ixora 120.00
1 JAN -3 Daisy 390.00 4 MAC Belian alatan tambahan untuk 300.00
-4 Lily 420.00 menutup lubang laluan burung
22 FEB -5 Alamanda 15.00
28 FEB -6 Jasmine 900.00 Jamuan makan Mesyuarat AJK 118.00
-P.Khas Bayaran kepada pihak sekolah 500.00
Bantuan Johor Berkebajikan 570.00 untuk Bantuan Johor Berkebajikan 250.00
Sumbangan untuk Majlis Persaraan
Dividen Akaun Simpanan 720.00 Cg. Suhaila Sahidi dan Guru/AKP 10708.00
berpindah 2870.24
540.00 Bayaran Jamuan” Majlis Persaraan
Cg. Suhaila Sahidi dan Guru/AKP 11692.47
6100.00 8 MAC berpindah” untuk YDP&NYDP 8179.79
Belian hadiah Cg.Suhaila dan
1.04 9 MAC Guru/AKP berpindah
21 MAC Sumbangan individu 500.00 21 MAC
17 MAC Bayaran semula dari pihak 400.00 21 MAC
sekolah untuk Bantuan 1.19 25 MAC
31 MAC Persekolahan.
00895090 LCQ 10000.00 25 MAC Pembelian Cop PIBG
11MEI
Dividen akaun simpanan 5.60 13 OKT Belian 2 set thermometer
31 MEI 8.00 27 OKT Belian cenderahati mesyuarat PIBG
30 JUN Terimaan dari Pejabat Belian hadiah persaraan Pn Rosnah
Pembangunan Persekutuan 900.00 6 DIS Bte Kayon dan hadiah perpindahan
19 JULAI K-09052021-8 CRT Pn. Maimunah.
Dividen akaun simpanan 8.59
31 JULAI 9.04 Jumlah perbelanjaan
31 OGOS Dividen akaun simpanan 8.76 Baki di tangan
30 SEPT 9.06 Baki di bank
31 OKT Bayaran semula dari pihak 8.77 Baki di akaun simpanan tetap
30 NOV sekolah untuk Bantuan 9.07
31 DIS Persekolahan.
Dividen akaun simpanan DIS 31
Dividen akaun simpanan
Dividen akaun simpanan
Dividen akaun simpanan
Dividen akaun simpanan
Dividen akaun simpanan
33450.50 33450.50
16
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 30 APRIL 2022
PIBG SK PARIT KUDUS
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH
(RM) (RM)
Bayaran pembelian 4 set PPE 180.00
1 JAN Baki di tangan 2870.24 17 JAN kepada Kelas Pendidikan
2022 Khas(No.Resit 1077) 200.00
300.00
Baki di bank 11692.47 27 JAN Sumbangan kepada pelajar Ahmad
2022 Syafiq dari Tahun 2 Lavender 2021 10,000.00
Baki di akaun simpanan tetap 8179.79 24 FEB Sumbangan untuk Program Hari 63.00
2022 Kecemerlangan Murid 2021 22.00
1000.00
Credit Profit/Hibah 15 FEB Pengeluaran dari akaun simpanan 300.00
2022 untuk bayaran kepada pihak sekolah 16.00
31 JAN 9.08 bagi Bantuan Awal Persekolahan
2022
28 FEB Credit Profit/Hibah 4.37 24 Feb
3 MAC Bantuan Murid Miskin 1000.00 2022 Hadiah Majlis Perpisahan Cg.
17 MAC Kutipan sumbangan PIBG 2022 5130.00 17 MAC Norhana bt Hamid
Belian resit PIBG
17 MAC
Bantuan Murid Miskin
31 MAC Credit Profit/Hibah 1.39 17 MAC
30 APRIL Credit Profit/Hibah 1.40 17 MAC Sumbangan untuk
pembelian komputer
pejabat sekolah
Belian cop PIBG
Jumlah perbelanjaan 12081.00
30 APRIL Baki di tangan 5722.92
Baki di bank 2708.71
Baki di akaun simpanan tetap 8376.11
28888.74 28888.74
17
• PENASIHAT : CIKGU REDUAN BIN MUHAMAD
• YDP PIBG : _________________________________________
• NYDP PIBG : _________________________________________
• SETIAUSAHA : _________________________________________
• BENDAHARI : _________________________________________
• AHLI JAWATANKUASA :
1) ________________________________________________
2) ________________________________________________
3) ________________________________________________
4) ________________________________________________
5) ________________________________________________
6) ________________________________________________
7) ________________________________________________
8) ________________________________________________
9) ________________________________________________
10) _______________________________________________
11) _______________________________________________
12) _______________________________________________
• PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) ________________________________________________
2) ________________________________________________
18
…
19