The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidaalya1504, 2023-10-21 22:14:42

Kesan Laporan Rahman Talib 1960 terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan falsafah Pendidikan Guru

EDU3093- Penghasilan Produk

Kesan Laporan Rahman Talib terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)


Irsalina binti Abd Kahlid Nur Adriyana binti Azrinizam Aida Alya Binti Azizi Ahli Kumpulan


Senarai Kandungan Pengenalan Laporan Rahman Talib Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pengenalan Falsafah Pendidikan Guru Kesan Laporan Rahman Talib kepada FPK Kesan Laporan Rahman Talib kepada FPG Rumusan


Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pendidikan 1961 Laporan Aminuddin Baki 1964 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Akta Pendidikan 1996 1. 2. 3. 4. 5. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, sistem pendidikan negara telah ditambah baik dan wujud beberapa lapran sistem pendidikan (Faridah Mohd Sopah, 2022). Antaranya: Maka, dalam perbincangan, kami akan menekankan tentang Laporan Rahman Talib 1960


LAPORAN RAHMAN TALIB 1960


Laporan Rahman Talib 1960 Menurut Solahuddin Abdul Hamid, et al., (2019), laporan Rahman Talib 1960 ialah sebuah laporan yang diketuai oleh Abdul Rahman bin Talib iaitu Menteri Pelajaran pada waktu itu. Ia diwujudkan untuk mengkaji semula kejayaan daripada Laporan Razak Cadangan dalam laporan Rahman Talib 1960: Pendidikan diberi secara percuma kepada semua murid sekolah rendah kerajaan bermula pada tahun 1962 Sekolah umum ditukar kepada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum ditukar kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk perpaduan Jemaah nazir Persekutuan dibentuk bagi mengawal kualiti pendidikan Sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Kebangsaan


Laporan Rahman Talib 1960 Bahasa Cina dan Bahasa Tamil hendaklah diajar di sekolah jika terdapat lebih daripada 15 orang pelajar daripada etnik tersebut Kurikulum dan sistem peperiksaan hendaklah diselarikan di semua sekolah Pendidikan agama Islam wajib untuk sekolah yang ada sekurangnya 15 orang pelajar beragama Islam Para pelajar hendaklah terus belajar sehingga 15 tahun dan pelajar yang gagal masuk ke sekolah menengah rendah boleh masuk ke sekolah vokasional selama tiga tahun


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar pendidikan yang telah digunakan di Malaysia Setiap aktiviti pendidikan yang dilaksanakan atas dasar FPK adalah bertujuan untuk memenuhi inti pati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.


Kandungan dalam FPK Pendidikan ialah satu usaha berterusan Memperkemb agkan potensi individu Insan yang seimbang dan Harmonis Perkembang an secara menyeluruh & bersepadu Kepercayaan dan patuh kepada Tuhan Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia Rakyat yang bertanggun gjawab Rakyat yang berketeramp ilan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri


Kesan Laporan Rahman Talib 1960 kepada FPK


1.Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab Daripada laporan Rahman Talib, menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, telah mencetuskan banyak penyelesaian sehingga dasar pendidikan sekarang yang menggunakan bahasa Melayu dalam peperiksaan rasmi. Implikasi inni telah diinspirasikan dalam FPK iaitu melahirkan rakyat yang bertanggungjawab yang bermaksud rakyat dapat dididik untuk lebih bertanggungjawab kepada diri dan negara. Ini kerana setiap rakyat Malaysia perlulah menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan sentiasa memelihara bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, sekiranya perkara ini sering diamalkan, bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dikenali di seluruh dunia.


2. Membentuk masyarakat yang berakhlak mulia Penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan turut diberi penekanan dalam Laporan Rahman Talib 1960 ini Misalnya, penekanan subjek Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam mengenai kepentingan hidup dengan berakhlak dan beradap begitu juga dengan penekanan subjek Pendidikan Moral bagi mereka yang bukan beragama Islam yang menyentuh mengenai nilai murni dalam kehidupan harian Dengan adanya penekanan terhadap dua mata pelajaran ini maka hasrat FPK untuk melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada nilai murni dengan menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan dapat direalisasikan


3. Memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia Hal ini dikatakan demikian kerana berdasarkan Laporan Rahman Talib, pendidikan sekolah rendah diberikan secara percuma kepada semua masyarakat dan mewajibkan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan yang sewajarnya Malah, kerajaan turut memberikan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kepada setiap sekolah agar ianya dapat meringankan beban ibu bapa Lembaga Zakat juga bergerak sebagai medium yang menyalurkan bantuan awal persekolahan sama ada dari segi pakaian mahupun barangan sekolah Kesannya, setiap masyarakat tanpa mengira status keluarga dapat melanjutkan pelajaran dan tidak tersisih daripada pendidikan


4. Memupuk semangat perpaduan dalam diri setiap masyarakat Kanak-kanak dapat diasuh dan diajar untuk hidup secara bersama dan menghormati budaya serta adat kaum lain bermula dari peringkat rendah sehingga menengah Kesannya, wujudlah interaksi sosial antara mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah Misalnya, aktiviti yang melibatkan kerjasama antara ahli kumpulan dapat mewujudkan semangat bekerjasama tanpa wujudnya sifat ‘ racism ’ sesama mereka Malah, penggunaan satu bahasa yang sama antara kaum yang berbeza juga dipercayai dapat mewujudkan kesefahaman antara mereka dan mengelakkan timbulnya konflik akibat kesalahfahaman antara satu sama lain


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


Falsafah Pendidikan Guru (FPG) FPG ialah guru yang…. berperkerti mulia berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara menjamin pembangunan individu memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin


Kesan Laporan Rahman Talib 1960 kepada FPG


Melahirkan guru yang profesional , berkemahiran dan berfikiran kreatif 1. Laporan Rahman Talib yang menegaskan pendidikan 3M iaitu membaca, mengira dan menulis memerlukan guru untuk menjadi pembimbing dan pakar rujukan kepada murid dalam memastikan murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Selain itu, guru juga perlu berfikiran kreatif dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik supaya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat dan seronok Contohnya, guru menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk mengajar untuk mengukuhkan kemahiran membaca murid


2. Guru menjadi role model kepada murid Laporan Rahman Talib menitikberatkan pendidikan akhlak, moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Guru perlu menjadi role model atau contoh teladan kepada murid dengan menampilkan tingkah laku, percakapan atau akhlak yang terbaik supaya tingkah laku yang positif ini boleh diikuti oleh murid-murid. Contohnya, guru berpkaian kemas dan bersopan santun semasa di sekolah Perkara ini adalah bertepatan dengan salah satu daripada elemen FPG iaitu guru yang berperkerti mulia sekaligus dapat menjamin pembangunan murid


3. Melahirkan guru yang berkualiti tinggi Laporan Rahman Talib memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional Perkara ini telah meningkatkan bilangan guru terlatih bagi pelajaran vokasional Guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang sendiri malah turut mahir dalam kemahiran lain seperti komunikasi, teknologi dan sebagainya Kesannya, guru dapat melahirkan murid-murid yang berpengetahuan luas dalam pelbagai perkara dan membentuk generasi yang berkemahiran Hal ini dapat merealisasikan aspirasi negara dalam menampung permintaan pasaran buruh yang berorientasikan kemahiran dan teknologi tertentu


4. Guru sebagai agen penyebaran perpaduan Tujuan utama laporan Rahman Talib adalah untuk menyatu padukan kaum di Malaysia Oleh itu, guru adalah sebagai berperanan untuk memelihara masyarakat yang bersatu padu dan sebagai agen penyebaran semangat perpaduan kepada murid-murid lebih-lebih lagi sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum Contohnya, laporan Rahman Talib menjadi titik permulaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat sekolah kebangsaan, menengah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi Guru perlulah mahir dalam bahasa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai medium perpaduan


5. Melahirkan guru yang bertanggungjawab dan amanah terhadap kerjaya dan tugas yang diberikan Tujuan kenaikan pelajar ke darjah seterusnya secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan adalah bagi menjamin pelajar tidak tercicir dari sistem pendidikan Oleh itu, guru haruslah bertanggungjawab dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid berdasarkan pengajaran yang telah ditetapkan sebelum murid naik ke darjah yang seterusnya. Contohnya, guru perlu menghabiskan topik Bahasa Melayu darjah 2 sebelum murid meningkat ke darjah 3. Perkara ini adalah selari dengan elemen penting FPG iaitu membentuk guru yang dapat menjamin perkembangan individu.


Rumusan Laporan Rahman Talib (1960) memainkan peranan penting dalam pembentukan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Ia telah memberi kesan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) di Malaysia. Laporan Rahman Talib membentuk asas kepada FPK yang menekankan pendidikan sebagai alat untuk mencapai aspirasi negara. Ini termasuk dalam mencapai matlamat untuk mencipta masyarakat yang berdisiplin, bersatu padu, dan progresif. FPK juga merangkumi nilai-nilai seperti perpaduan etnik dan multikulturalisme yang ditekankan dalam laporan untuk mencapai perpaduan masyarakat.


Laporan Rahman Talib membentuk panduan awal dalam pembentukan FPG yang menekankan standard profesionalisme guru yang tinggi. Ia mendorong guru untuk mengamalkan etika yang tinggi dan berperanan sebagai agen perubahan dalam pendidikan. FPG juga menitikberatkan kepada pembangunan guru yang berpandangan progresif dan saintifik, yang berkait rapat dengan penekanan laporan terhadap peningkatan kurikulum dan latihan guru. Maka, Laporan Rahman Talib telah memberikan arahan dan dasar yang kuat kepada FPK dan FPG di Malaysia. Ia membantu membentuk pandangan dan matlamat pendidikan negara serta standard untuk guru dalam usaha untuk mencapai matlamat-matlamat ini.


RUJUKAN Mohd Sanusi Sidik. (2017, Februari 23). Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara. https://www.slideshare.net/mohdsanusisidik/guru-masakini-merealisasikan-aspirasi-negara NAS. (2023, April 17). Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Maksud, Elemen & Kepentingannya. Harian Post. https://harianpost.my/falsafah-pendidikanguru/ Rosly Kayar, kamisah Buang, Mat Ali & Faridah. (2023). Falsafah dan perkembangan Pendidikan di Malaysia. edisi 1. Local Publications (M) SDN.BHD


RUJUKAN Solumuthu, K., & Thambu, N. (2022). Susur Galur, Isu dan Cabaran Pendidikan Moral di Malaysia: Satu Sorotan Kajian. Asian Pendidikan, 2(2), 1–13. https://doi.org/10.53797/aspen.v2i2.1.2022 Syahirah Rosli, Siti Fairuz Mahmud, & Mohd Edyazuan Azni. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 86–103. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17461 Wan Mohd Zahid (2018) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Sejarah dan Matlamat https://conference.iium.edu.my/sfpk2018/wpcontent/uploads/sites/3/2018/11/Final-Dr-WanZahid-Full.pdf


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version