The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aziqizuddin678, 2022-05-18 20:49:34

MPU21032

Presentation2

KEBUDAYAAN MEMUPUK PERPADUAN

-AHLI KUMPULAN
• PENGENALAN

• KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MEMUPUK PERPADUAN
• APA ITU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• KEPENTINGAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• OBJEKTIF KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• PERANAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

• OBJEKTIF PENGUBBALAN DASAR KEBUDAYAAN
• STRATEGI DAN PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN

• PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN
• KESIMPULAN

• Muhd Aziq Izuddin Bin Jamsani(F1023)
• Aizad Fikrie Bin Iskandar Muhd Yatimi(F1042)
• Muhd Arif Amirudin Bin mohd Johari(F1066)

• Tuan Syahmi Bin Tuan Norrudin(F1089)
• Ahmad Yusof Bin Muhd Adelli(F1098)

• Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh didefinasikan sebagai kebudayaan
keseluruhan cara hidup manusia.Kebudayaan penting dalam proses
pembangunan negara kerana kepribadian Malaysia mesti dipupuk melalui
usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.Ianya
memerlukan Kerjasama dan penglibatan semua lapisan
masyarakat.Malaysia merupakan sebuah negara yang merakumi slogan
satu untuk semua iaitu sebuah negara yang berbilang kaum.Proses
pembentukan kebudayaan nasional mestilah melakukan sebuah
perancangan yang teliti dan rapi agar dapat melahirkan cara hidup yang
lebih harmoni.

• Dasar kebudayaan kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 1971 di
Malaysia.Ianya lahir daripada gagasan kongres kebudayaan
kebangsaan.Dasar ini ditubuhkan sebagai garis panduan dalam
membentuk,mewujud dan mengekalkan identiti negara .Penggubalan dasar
mestilah mempertimbangkan fakta perkembangan sejarah serantau dan
kedudukan negara.Contohnya seperti pusat pertemuan ,pusat perdagangan
dan pusat tamadun .Negara kita menjadi pusat-pusat tersebut sejak dua
ribu tahun lampau .Peranannya adalah sebagai pusat pertemuan .Ia telah
melahirkan beberapa proses seperti interaksi ,pengenalan,penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas.

• DASAR:- Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ,dasar
dapat didefinisikan sebagai suatu pertimbangan(cara,sistem
dan lain-lain) yang pokok,bukan sesuatu,asas,prinsip atau teras.

• KEBUDAYAAN:- Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup
sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan
tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

• KEBANGSAAN:-Maksud Kebangsaan merupakan suatu
perasaan atau semangat cinta dan taat setia yang mendalam
terhadap bangsa dan tanah air.

• Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik.Ini sudah tentunya
memerlukan penggelembengan

• Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum seperti di Malaysia proses pembentukan kebudayaan
nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara yang hidup bersifat keMalaysiaan.

• Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik,mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.

• Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak
kebudayaan nasional

• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.

• Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.

• Pembinaan negara bangsa merupakan asas dalam usaha negara untuk mencapai status
negara maju signifikan dengan fokus utama Transformasi Nasional 2050 yang
menekankan aspek identiti nasional yang kukuh dan utuh. Berdasarkan definisi yang
diberikan oleh Mohd Ashraf Ibrahim et al. (2015), pembinaan negara bangsa merujuk
kepada pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan
lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti yang mana penduduk
sesebuah negara tersebut adalah multietnik. Menerusi konsep tersebut, sesebuah
negara akan menjadi lebih utuh dengan mentaliti dan kesepaduan yang terdapat dalam
diri penduduk negara tersebut. Perkara tersebut bertepatan dalam konteks negara
Malaysia kerana negara tersebut mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Dalam usaha untuk mewujudkan identiti nasional yang relevan dengan konsep
negara bangsa, semua pihak yang menjadi entiti penting dalam konteks negara Malaysia
perlu memainkan peranan masing-masing. Hal ini adalah perlu agar semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat dapat dipertingkatkan kerana perkara tersebut amatlah penting
ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup dalam keadaan yang harmoni.
Signifikan dengan perkara tersebut, proses pembentukan kebudayaan nasional adalah
penting untuk mewujudkan identiti nasional bagi negara Malaysia yang mempunyai

• Peranan utama kebudayaan kebangsaan seperti mana yang ditekankan dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ialah mewujudkan satu identiti nasional bagi masyarakat
berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Dalam hal ini, kebudayaan kebangsaan
memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan identiti negara Malaysia pada
peringkat antarabangsa. Dengan wujudnya identiti nasional, semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat di negara ini dapat diwujudkan menerusi perkongsian satu identiti
berasaskan Malaysia yang sama. Semangat nasionalisme memainkan peranan penting ke
arah pembentukan jati diri rakyat Malaysia. Menurut P. Sivarajan et al. (2015), identiti
nasional merujuk kepada satu lambang kepada sesuatu penduduk di sesebuah negara
untuk membezakan penduduk di negara tersebut dengan negara yang lain. Dalam konteks
negara Malaysia, identiti nasional yang diwujudkan menerusi Dasar Kebudayaan
Kebangsaan adalah fundamental untuk mewujudkan satu identiti Malaysia dalam kalangan
masyarakat global. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan adalah
berteraskan kepada kebudayaan Melayu dan mengintegrasikan elemen kebudayaan
masyarakat lain yang terdapat dalam negara untuk mewujudkan satu kebudayaan nasional
yang dikongsi oleh rakyat di negara ini sebagai identiti nasional yang melambangkan
Malaysia. Ini dapat dibuktikan menerusi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
persekutuan. Deduksinya, kebudayaan kebangsaan memainkan peranan penting untuk
mewujudkan satu identiti nasional masyarakat Malaysia pada peringkat global
berteraskan kebudayaan Melayu dan mengintegrasikan kebudayaan kaum lain dalam
usaha mewujudkan semangat nasionalisme.



Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru
merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan
bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting
iaitu:

-Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
-Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
-Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi

• Pada hakikat sebenarnya di sini ialah perpaduan bangsa dapat disemat melalui
kebudayaan.Pengukuhan perpaduan ini dilakukan dengan memperkenalkan budaya setiap
komuniti yang berada di Malaysia baik melayu,cina dan india mahupun komuniti minoriti
kepada seluruh rakyat Malaysia melalui media massa dan media cetak.Pihak yang terlibat
untuk memperkenalkan budaya ini ialah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan
Kebudayaan dan dibantu oleh agensi kerajaan yang lain.Perkara ini dapat memupuk rasa
hormat dan menerima budaya dan agama kaum lain dan juga kaum lain dapat memberi
ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba
mempengaruhi atau menganggu antara satu sama lain.

• Bagi objektif yang kedua ini iaitu Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan. Ia adalah amat penting supaya identity yang teripta dan terbentuk di Malaysia yang
mempunyai pelbagai bangsa,kaum dan agama tidak akan hilang malah ia akan terus kekal sehingga hari ini.
Secara tuntasnya disini adalah bahawa keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan
sewajarnya di pupuk dengan lebih banyak lagi dan ia dipelihara dengan baik agar ia sentiasa segar,.Memupuk
dan memelihara ini kita boleh melihat dari sudut konsep intergrasi antara kaum,yakni kita menyentuh kesemua
intergrasi nasional yang dilakukan oleh pihak kerajaan antaranya ialah ;

• Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara
wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan
Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

• Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi
antara kumpulan etnik

• Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan

• Integrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan,
pendidikan, perumahan dan kesihatan

• Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan
sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani

• Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui [1]kerjasama dan pembahagian
kuasa politik

• Apa yang ingin dicapai di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah memperkayakan dan mempertingkatkan
kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Segala yang
dimaksudkan dalam memperkayakan dan mempertingkatkan adalah dengan menjadikan kebudayaan sebagai
sumber pendapatan kepada lapisan masyarakat di negara ini. Sekiranya pada hari ini masyarakat mencari
sumber pendapatan melalui Industri-Industri besar seperti perkilangan,pertanian,perladangan mahupun
industri kecil dan sekiranya hari ini Malaysia kaya dengan ekonomi seperti getah , kelapa sawit , dan
sebagainya maka di tambahkan lagi sumber ekonomi negara iaitu kebudayaan yang mampu mempertingkatkan
kehidupan masyarakat dinegara kerja serta sedikit sebanyak memberi ruang pekerjaan kepada masyarakat
bukan itu sahaja bahkan secara tidak langsungnya membantu memupuk kebudayaan di negara ini dan dapat
mengekalkan kebudayaan identiti negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kebudayaan di
negara ini bukan sahaja dijadikan satu identiti malaysia tetapi ia mampu di komersilkan. Apabila dikatakan
dikomersil ia bukan bermakna kita menjual budaya atau bangsa kita tetapi kita mengetengahkan budaya
rakyat kita yang terdiri pelbagai bangsa dan kaum melalui medium yang tertentu. Apakah medium yang
dimaksudkan? Medium yang dimaksudkan disini ialah medium pelancongan, dimana kebudayaan dinegara kita
akan menjadi satu tarikkan kepada pelancong luar yang ingin melihat negara mempunyai pelbagai kaum, bangsa,
agama di dalam satu komuniti tetapi mampu hidup didalam keaadaan yang harmoni dan aman damai. Pelancong
yang berkunjung dinegara ini secara tidak langsungnya dapat mempelajari budaya dinegara ini dan membuatkan
budaya kita dipandang tinggi dimata dunia bersesuai dengan masyarakat kita yang merupakan masyarakat
timur yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan sedikit sebanyak membantu ekonomi negara
melalui pelancongan.



• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan,

• pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan,
kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

• Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

• Meninggikan taraf dan mutu kesenian



Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini;

• Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi
adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini
merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman
berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di
Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah,
kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan
cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia
yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal
rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan

-Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-
ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara
berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk
berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-
unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai
dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan
dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya
percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan
kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama
rasmi negara khasnya.

• Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan
rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam
memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan
memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan
fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah
wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia
didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

• Kesimpulannya adalah dengan melestarikan dan
menjayakan pembentukan sebuah kebudayaan itu
melalui struktur kebudayaan negara yang telah
ditetapkan. Hal ini demikian kerana pembentukan
sebuah kebudayaan yang sistematik dan berteraskan
budaya di Malaysia adalah amat dititikberatkan oleh
semua lapisan masyarakat di Malaysia.


Click to View FlipBook Version