KOSA KATA: Bahasa MELAYU Disediakan oleh : Amirul/Khairil/Adam
Umum Istilah/khusus • Umum digunakan dalam ungkapan umum • perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat harian • Contoh :- “saya minum susu ” • Perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat. • Sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. • Contoh :- “hablur, medan magnet, metamorphosis” • Kosa kata umum boleh menjadi kosa kata istilah. • Contoh :- Tenaga ----} Tenaga Atom APA ITU KOSA KATA? Kosa kata terdiri daripada :
BAHAN ILMIAH BAHAN RUJUKAN: KAMUS KOMPREHENSIF BAHASA MELAYU
KOSA KATA NO KOSA KATA MAKSUD CONTOH AYAT 1 Polemik Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara. Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. 2 Marhaen Rakyat jelata Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara. 3 Kulawarga Keluarga Kulawarga yang harmoni mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia. 4 Ikhtisar Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pembelajaran dalam kelas. 5 Dasawarsa Dekad Dasawarsa ini, hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat.
NO KOSA KATA MAKSUD CONTOH AYAT 6 Tamsil Seperti, umpama, misal Tamsilnya, tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat. 7 Wasilah Ikatan Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru. 8 Nirmala Suci Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita. 9 Sakinat Ketenangan Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinat berpanjangan. 10 Sinergi Kerjasama Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merialisasikan pelancongan inap desa.
NO KOSA KATA MAKSUD CONTOH AYAT 11 Uslub/Minhaj/ Manhaj Kaedah, cara Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar. 12 Prakarsa Inisiatif Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah. 13 Aforisme Ungkapan, peribahasa, didalan Kasih saying yang diberikan ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 14 Sirna Hilang Rasa perikemanusiaaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini. 15 Jagatraya Seluruh dunia Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
NO KOSA KATA MAKSUD CONTOH AYAT 16 Seantero Seluruh Seantero dunia akan memandang tinggi negara Malaysia jika kita berjaya mengekalkan warisan sejarah Malaysia. 17 Obligasi Kewajiban Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. 18 Mayapada/ Marcapada Dunia moden Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa marcapada ini. 19 Mapan Tidak berubah, sudah diterima umum Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan perkarsa mapan. 20 Tegar Tidak dapat dilenturkan, keras Pihak Kementerian Pelajar gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
SEKIAN TERIMA KASIH