Buku Perincian Tugas SM Sung Siew (CF) Sung Siew Forever, We Rise Together 151 15. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. (A) KETUA GURU RUMAH SUKAN 1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid). 2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. 3. Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid yang merangkumi olahraga dan permainan. 4. Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. 5. Sentiasa berbincang GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah. 6. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod. (B) GURU RUMAH SUKAN 1. Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas. 2. Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan. 3. Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid merangkumi olahraga dan permainan. 4. Mengadakan mesyuarat agung. 5. Menyusun program latihan untuk peserta setiap rumah sukan. 6. Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek sebelum dan memastikan boleh diguna pakai semasa sukan. 7. Mendapatkan alatan sukan dan permainan yang mencukupi dan berkeadaan baik untuk semua murid yang mengambil bahagian. 8. Mendapatkan khemah (jika berkaitan) untuk murid yang mengambil bahagian berkumpul. 9. Mengaturkan murid untuk majlis penutup hari sukan dan permainan. 10. Mengurus makanan dan minuman untuk semua murid yang mengambil bahagian dalam sukan dan permainan. 11. Mengemas padang selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan. 12. Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke tempat yang ditetapkan dalam stor sukan. 13. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan, GPK HEM dan GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
Buku Perincian Tugas SM Sung Siew (CF) Sung Siew Forever, We Rise Together 152 14. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod. 15. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. (C) JAWATANKUASA KEJOHANAN (C1) PENGERUSI 1. Mempengerusikan mesyuarat. 2. Memastikan segala persiapan berjalan mengikut jadual. 3. Mengatasi masalah dari semasa ke semasa. 4. Mengarahkan jawatankuasa pelaksana memainkan peranan dengan positif. (C2) TIMBALAN PENGERUSI 1. Membantu Pengerusi. 2. Menjalankan peranan semasa ketiadaan Pengerusi. (C3) SETIAUSAHA 1. Memanggil mesyuarat jawatankuasa pelaksana. 2. Menyediakan anggaran perbelanjaan. 3. Menyenaraikan acara-acara yang akan dipertandingkan. 4. Melantik dan menyusun tugas Pegawai Sukan. 5. Berhubung rapat dengan semua ketua jawatankuasa pelaksana dan Pegawai Kejohanan. 6. Mengurusetiakan mesyuarat post mortem sukan. 7. Memastikan semua surat panggilan dan minit mesyuarat, salinan kertas kerja dan bidang tugas diserahkan kepada AJK Dokumentasi 8. Melaksanakan lain-lain yang diarahkan oleh Pengerusi/Timbalan Pengerusi. (C4) NAIB SETIAUSAHA 1. Membantu tugas Setiausaha. 2. Memainkan peranan semasa ketiadaan Setiausaha. (C5) BENDAHARI 1. Menyimpan segala kutipan wang. 2. Membuat pembayaran kepada setiap jawatankuasa. 3. Membuat penyata Perbelanjaan/ Akaun Kejohanan.
Buku Perincian Tugas SM Sung Siew (CF) Sung Siew Forever, We Rise Together 153 4. Menyimpan semua resit yang berkaitan. 5. Memastikan penyata kewangan/resit diserahkan kepada AJK Dokumentasi. (C6) PENGURUS KEJOHANAN 1. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancarnya. 2. Memastikan semua pegawai telah melaporkan diri untuk bertugas. (C7) PENOLONG PENGURUS KEJOHANAN 1. Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan. 2. Memainkan peranan semasa ketiadaan Pengurus Kejohanan. (C8) PUBLISITI DAN BUKU PROGRAM 1. Menyediakan kain rentang kejohanan. 2. Mendapatkan senarai nama peserta. 3. Mendapatkan maklumat keseluruhan termasuk rekod/keputusan tahun lepas, atur cara, acara yang dipertandingkan dan menyediakan ruangan untuk mencatat nama bakal-bakal pemenang tahun semasa serta ruangan penghargaan dan lain-lain yang difikirkan perlu. 4. Menyediakan buku program dan menyerahkannya kepada para undangan. 5. Memastikan buku program diserahkan kepada AJK Dokumentasi. (C9) PERASMIAN DAN PENUTUPAN 1. Mengurus perasmian pembukaan dan penutupan kejohanan. 2. Mengurus latihan/raptai perasmian dan penutupan (termasuk bacaan ikrar). 3. Mengurus pertandingan perbarisan. 4. Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan yang mengambil bahagian. 5. Membuat surat jemputan dif kehormat. (C10) KEPEGAWAIAN 1. Mengatur dan melatih pembantu padang. 2. Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar. (C11) TEKNIKAL 1. Mengurus dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara padang dan balapan. 2. Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar.
Buku Perincian Tugas SM Sung Siew (CF) Sung Siew Forever, We Rise Together 154 3. Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi. 4. Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam pertandingan. 5. Menyusun atur cara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan. (C12) HADIAH DAN CENDERAMATA 1. Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata. 2. Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata. 3. Menghias meja hadiah. 4. Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah. 5. Menyediakan senarai pemenang hadiah. (C13) JURUACARA 1. Memastikan atur cara kejohanan selaras seperti buku program terutama upacara perasmian pembukaan. 2. Menyediakan teks/skrip pengacara terutama bagi perasmian pembukaan, atur cara dan program. 3. Mengacarakan program sepanjang kejohanan dengan lancarnya dan penuh semangat kesukanan mengikut acara kejohanan. 4. Membuat ulasan yang boleh menceriakan suasana sepanjang pertandingan berlangsung. 5. Membuat pengumuman yang perlu seperti peringatan kepada murid-murid bagi membantu mengawal disiplin dan keselamatan murid. 6. Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera. 7. Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah. 8. Menyelaraskan pengumuman dengan AJK Siaraya bagi acara nyanyian Lagu Negaraku, sekolah dan lain-lain. (C14) JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI 1. Bertanggungjawab merakam dan merekodkan segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program. 2. Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir. (C15) REKOD DAN STASTISTIK 1. Menyeliakan papan markah (score board). 2. Mengira jumlah markah yang diperoleh daripada pengacara atau pencatat.
Buku Perincian Tugas SM Sung Siew (CF) Sung Siew Forever, We Rise Together 155 (C16) PENJAGA MASA 1. Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua acara yang dipertandingkan. 2. Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa. (C17) PENYELIA PESERTA 1. Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding. 2. Mengumpul peserta dalam setiap acara dengan bantuan daripada ketua rumah sukan. (C18) PENGADIL LORONG 1. Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan. 2. Memutuskan sebarang bantahan peserta. 3. Memastikan peserta berlari mengikut lorong. 4. Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan. 5. Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia. (C19) PELEPAS 1. Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang dalam keadaan sedia sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan Pengadil lorong sudah bersedia. 2. Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta sebelum memulakan pelepasan. (C20) PELEPAS PANGGIL BALIK 1. Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas p belepas. 2. Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya dapat memerhati setiap peserta dengan jelasnya. (C21) PENOLONG PELEPAS 1. Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan memakai nombor. 2. Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masingmasing. 3. Mengumpul semua peserta lebih kurang tiga (3) meter di belakang garisan permulaan. 4. Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta sudah bersedia.
Buku Perincian Tugas SM Sung Siew (CF) Sung Siew Forever, We Rise Together 156 (C22) HAKIM PENAMAT 1. Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. 2. Menghantar keputusan kepada pencatat untuk direkodkan. (C23) PENCATAT 1. Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi. 2. Memaklumkan kepada pengurus pemenang dan juruacara untuk tindakan selanjutnya. (C24) PENGADIL 1. Pengadil yang berasingan dilantik bagi setiap acara. 2. Menentukan segala peraturan dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara ketika kejohanan. 3. Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani oleh pengadil yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan. (C25) PENGURUS PEMENANG 1. Menyediakan pemenang dalam setiap acara untuk majlis penyampaian hadiah. 2. Memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan lancar.
Buku Perincian Tugas SM Sung Siew (CF) Sung Siew Forever, We Rise Together 157