The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book Bahasa Kebangsaan A: Pengenalan disediakan berdasarkan sukatan kursus MPU22042 Bahasa kebangsaan A. E-Book ini wajar dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia dan institusi pendidikan lain yang mengambil kursus yang berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan A. E-Book ini menjelaskan mengenai Topik 1 Pengenalan mengikut sukatan kursus Politeknik yang menghuraikan tentang asal usul Bahasa Melayu, perkembangan Bahasa Melayu, fungsi dan kedudukan Bahasa Melayu, dasar bahasa kebangsaan dan perkembangan bahasa dan budaya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ninieamira94, 2023-05-08 23:19:33

BAHASA KEBANGSAAN A: PENGENALAN

E-book Bahasa Kebangsaan A: Pengenalan disediakan berdasarkan sukatan kursus MPU22042 Bahasa kebangsaan A. E-Book ini wajar dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia dan institusi pendidikan lain yang mengambil kursus yang berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan A. E-Book ini menjelaskan mengenai Topik 1 Pengenalan mengikut sukatan kursus Politeknik yang menghuraikan tentang asal usul Bahasa Melayu, perkembangan Bahasa Melayu, fungsi dan kedudukan Bahasa Melayu, dasar bahasa kebangsaan dan perkembangan bahasa dan budaya.

BAHASA KEBANGSAAN A PE N GE N A L A N SIRI POL ITE K N I K N I N IE A M IR A BI N TI DR A H I M M O H D N ORF A EEZ W A N BI N BU A N G https://anyflip.com/uyefu/tgbb/


E - b O O K P E N U LIS & E DIT O R E DISI PERTAMA 2023 NINIE A MIR A BIN TI D R A HIM BAHASA KEBANGSAAN A PENGENALAN P E N U LIS M O H D N O R F A E E Z W A N BIN B U A N G


Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian, ilustrasi dan kandungan e-book ini dalam apa jua bentuk dengan apa cara jua elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis terlebih dahulu daripada panel penulis dan penerbit HAK CIPTA TERPELIHARA PENOLAKAN TUNTUTAN Penerbit dan penulis telah sedaya upaya berusaha untuk memastikan ketetapan dan mutu terbitan yang dihasilkan. Walaubagaimanapun, tiada jaminan yang diberikan oleh penerbit dan penulis menolak sebarang tuntutan terhadap apa jua tanggungjawab atau liabiliti untuk tujuan ganti rugi secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh mana-mana bahagian kandungan dan maklumat di dalam e-book ini. Diterbitkan Oleh: Politeknik Mukah, Km 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak Tel: 084-874001 Fax: 084-874005 Emel: [email protected] Laman Web: http://www.pmu.edu.my e ISBN 978-967-2097-71-6


Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya maka e-book ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. E-book ini membincangkan topik pengenalan kepada kursus MPU22042 Bahasa kebangsaan A bagi siri Politeknik Malaysia. E-book ini dihasilkan adalah untuk menjadi sumber rujukan utama pensyarah dan juga pelajar bertepatan dengan silibus Politeknik yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi semasa menyiapkan buku ini sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang mantap dari segi isi penyampaiannya. E-book ini secara amnya menjelaskan tentang asal-usul Bahasa melayu, Perkembangan Bahasa melayu dan juga memperihalkan fungsi dan kedudukan Bahasa Melayu. Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam buku ini. Oleh itu, saya menerima dengan hati yang terbuka jika terdapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina terhadap e-book ini. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat. Ninie Amira Binti Drahim Mohd Norfaeezwan Bin Buang Politeknik Mukah Sarawak PRAKATA Sekian, Terima kasih


Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Fungsi dan Kedudukan Bahasa Melayu Dasar Bahasa Kebangsaan 01 02 03 ISI KANDUNGAN Asal-usul Bahasa Melayu Rumpun Bahasa Melayu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Lingua Franca Perkembangan Bahasa Melayu Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi. Bahasa Perpaduan Bahasa Ilmu 04 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia Akta Bahasa Kebangsaan Akta Pendidikan 1-6 7-15 MUKASURAT 16-17 18-19 Perkembangan Bahasa dan Budaya 05 Adab berbahasa Penggunaan Bahasa dalam Media Sosial 20-27 05 Rujukan 28


bahasa Austronesia. Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum .Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. ahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun B Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna- Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima- Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Gambar 1 Peta Austronesia ASAL-USUL BAHASA MELAYU TOPIK 1 PENGENALAN 1 Gambar 1 RUMPUN BAHASA MELAYU


Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebabsebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, dibahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaanpersamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaanpersamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara (Abdul Rashid & Ahmad Juhari: 2006). TOPIK 1 PENGENALAN 2


TOPIK 1 PENGENALAN 3 FILUM BAHASA AUSTRIK/AUSTRIS RUMPUN AUSTROASIA RUMPUN AUSTRONESIA RUMPUN CINA-TIBET RUMPUN AUSTRONESIA BARAT (HESPERANESIA) RUMPUN AUSTRONESIA TIMUR (OCENESIA) KELUARGA INDONESIA (KELUARGA NUSANTARA) KELUARGA MALENESIA KELUARGA MIKRONESIA KELUARGA POLINESIA SUBKELUARGA INDONESIA PUSAT SUBKELUARGA FILIPINA- FARMOSA JAWA KALIMANTAN SUMATERA BALI-SASAK BAHASA MELAYU BAHASA ACHEH BAHASA MINANGKABAU BAHASA LAMPUNG BIKOL TAGALOG BISAYA SULU Gambar 2: Salasilah Bahasa Melayu BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA LINGUA FRANCA Bahasa Melayu sememangnya telah lama wujud dan melalui sejarah yang panjang. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa lingua franca. Asmah (2007), menjelaskan bahawa terdapat pelbagai bahasa di alam Melayu namun lingua franca yang digunakan ialah bahasa Melayu. Kenyataan bahawa bahasa Melayu sebagai lingua franca adalah berdasarkan penemuan batu bersurat yang tertua, iaitu Kedukan Bukit di Palembang bertarikh 683 Masihi yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu Kuno dalam bentuk penulisan (Noor Suraya Adnan, 2008).


Selain daripada batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, terdapat beberapa lagi batu bersurat dijumpai yang menggunakan bahasa Melayu Kuno iaitu batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi), batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi) dan batu bersurat di Karang Brahi, Meringin daerah hulu Jambi (686 Masihi) (Nik Safiah Karim, 2010). Menurut Ismail Hussein (1966), penemuan batu-batu bersurat ini di daerah Sumatera bukan sahaja penting dari segi bentuk bahasa Melayu yang wujud pada masa itu, tetapi juga dari segi kedudukan dan peranan bahasa Melayu pada ketika itu. Batu-batu bersurat yang dijumpai menunjukkan bahawa pada zaman kerajaan Sriwijaya, bahasa Melayu mempunyai kedudukan istimewa sebagai bahasa pernyataan sastera yang indah dan menjadi bahasa pemerintah, bahasa perdagangan dan bahasa pernyataan ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Bukti jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa perantara (lingua franca) sejak zaman pemerintahan Sriwijaya lagi. Noriah Mohamed (1999), pula mengatakan bahawa bahasa Melayu kuno telah digunakan secara meluas dalam kehidupan masyarakat Melayu kuno. Catatan pada empat batu bersurat kerajaan Sriwijaya membuktikan bahawa bahasa Melayu kuno telah berfungsi sebagai bahasa undang-undang, bahasa pemerintahan dan bahasa kebangsaan bagi kerajaan Sriwijaya dan telah disebarluaskan penggunaannya di jajahan taklukan. Sebagai lanjutan daripada tradisi yang telah diamalkan oleh penutur bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno digunakan sebagai alat perhubungan dalam masyarakat Melayu dan sebagai lingua franca dalam hubungan masyarakat Melayu dengan orang asing yang datang ke Sriwijaya serta sewaktu hubungan dagang dan politik Sriwijaya dengan negara tertangga. TOPIK 1 PENGENALAN 4


Bahasa Melayu juga menjadi bahasa rasmi serta bahasa persuratan bagi pusat-pusat pemerintahan di seluruh rantau ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantara ketika itu kerana kehebatan pemerintahan kerajaan Sriwijaya dari segi perdagangan sehingga mereka menjadi pusat maritim utama yang dapat menarik perhatian pedagang asing. Gambar 3: Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang TOPIK 1 PENGENALAN 5 Hashim Musa, Rozita Che Rodi dan Salmah Jan Noor Muhammad (2014), turut menjelaskan bahawa bahasa Melayu dalam sejarahnya telah menjadi bahasa antarabangsa yang luas digunakan di rantau Asia Tenggara, iaitu sejak zaman Empayar Sriwijaya pada abad ke -7 M sehinggalah abad ke-19 M. Tegasnya, bahasa Melayu menjadi lingua franca bagi seluruh wilayah ini dalam perdagangan dan perhubungan antarabangsa.


IMBAS KOD UNTUK AKSES LATIHAN TOPIK 1 PENGENALAN 6


Gambar 4: Batu Bersurat Talang Tuwo Daripada bahan prasasti (batu bersurat), kita telah dapat mengenal pasti bentuk bahasa Melayu dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik. kosa kata dan lain-lain tetapi dalam keadaan yang sangat terbatas. Walaupun dalam prasasti tersebut digunakan bahasa melayu, namun nama 'bahasa Melayu' atau 'bangsa Melayu' masih belum wujud. Nama Melayu sebagai bahasa dan bangsa baru wujud dalam zaman kemudian terutama setelah berditri Kerajaan Melayu Melaka. Ia dinamakan bahasa melayu kerana bahasa yang digunakan pada prasasti-prasasti itu mirip dengan bahasa Melayu dan dengan itu, penutur bahasa tersebut dipanggil bangsa Melayu (Abdul Rashid & Ahmad Juhari: 2006). TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU TOPIK 1 PENGENALAN 7


Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata 'Melayu'. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Molo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. GAMBAR 5: BATU BERSURAT KOTA KAPUR atu catatan orang Cina iaitu seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan 'Mlayu' bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. S Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulaupulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. TOPIK 1 PENGENALAN 8


Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga. GAMBAR 6: BATU BERSURAT KARANG BRAHI TOPIK 1 PENGENALAN 9 Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu i)bahasa Melayu Kuno, ii) bahasa Melayu Klasik, dan iii) bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain seperti bahasa Jawa atau bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. GAMBAR 7: LOGO UNESCO


TRIVIA BAHASA BATU BERSURAT TALANG TUWO BATU BERSURAT KARANG BRAHI BATU BERSURAT KOTA KAPUR Batu bersurat ini ditemukan oleh Residen Jambi yang bernama L.C Westtenenk pada 17 November 1920 di talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang iaitu kira-kira 8 kilometer dari Palembang. Batu bersurat ini bertarikh 606 tahun Saka bersamaan dengan tahun 684 Masihi. iaitu setahun terkemudian daripada Batu bersurat Kedukan Bukit. Batu bersurat yang menggunakan huruf Palava ini mempunyai 14 baris. Ditemui oleh seorang inspektor bernama L.Berkhout pada tahun 1904 bertarikh 614 tahun Saka (692M) dan terdapat 16 baris ayat. Kandungan Batu bersurat ini hampir sama dengan Batu Bersurat Kota kapur yang menyeru dewa-dewa dan makhluk tinggi supaya melindungi kerajaan Sriwijaya dan memberikan kebahagiaan kepada mereka yang mengabdikan diri kepada kerajaan itu dan mengutuk mereka yang tidak setia. BATU BERSURAT KEDUKAN BUKIT Orang yang menemukan batu bersurat ini ialah M.Batenburg. Batu bersurat yang bersaiz 45cmx80cm ini ditemui di pinggir Sungai Tatang. Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun saka (Zaman Saka bermula tahun 78 Masihi) dan merupakan batu bersurat yang tertua menyebut nama Sriwijaya. Batu bersurat yang menggunakan tulisan Palava ini mengandungi 10 baris ayat. Ditemui oleh J.K Van Der Maulan di Kota Kapur, Pulau Bangka pada tahun 1982. Bertarikh 608 Tahun saka (686 M) dan mengandungi 10 baris ayat. Batu bersurat ini berkisar tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut TOPIK 1 PENGENALAN 10


PERK EMB ANGAN B AHASA ME L A YU T A H A P TOPIK 1 PENGENALAN 11 BAHASA MELAYU KUNO Kedatangan para pedagang serta mubaligh Hindu telah menyebabkan bahasa Melayu mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu purba kemudiannya berkembang serta berevolusi menjadi bahasa Melayu kuno. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM) Batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M) Batu bersurat di Kota Kapur,Pulau Bangka (686M) Batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) BUKTI KEWUJUDAN Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan dan hierarkinya yang tinggi CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan) Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepasmarlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) Tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. TULISAN YANG DIGUNAKAN PENGARUH SANSKRIT PENGARUH AGAMA HINDU TEMPOH PERKEMBANGAN GAMBAR 8: TULISAN KAWI Abad ke 7 hingga abad ke-13. Sebelum wujudnya bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Purba digunakan.


PERK EMB ANGAN B AHASA ME L A YU T A H A P TOPIK 1 PENGENALAN 12 BAHASA MELAYU KLASIK Digunakan pada zaman transisi/peralihan Hindu kepada Islam Berlanjutan dari kurun ke-11 hingga kurun ke-14 Bahasa yang digunakan bercampur aduk (sanskrit dan Arab) Aksara yang digunakan masih skrip Kawi namun bentuknya lebih kursif dan bundar bermula kurun ke-14 hingga kurun ke-19 Telah memiliki aksaranya sendiri (jawi) menerima pengaruh agama Islam Bahasa Melayu Praklasik Bahasa melayu Klasik Batu Bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356M) Batu Bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380M) Batu Bersurat Sungai Teresat di Kampung Buloh, Kuala berang, Terengganu (1303M) Batu nisan Malik al-Saleh Batu nisan Ahmad Majnun Manuskrip tulisan tangan Aqa'id alNasafi Naskhah-naskhah sastera zaman kesulatanan Melayu Melaka Bahasa Melayu Praklasik Bahasa Melayu Klasik CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK Menggunakan tulisan Jawi Meminjam beberapa unsur bahasa Arab (pinjaman/serapan) Mengekalkan pengaruh bahasa sanskrit Kerap menggunakan kata pangkal ayat/perdu ayat seperti-sebermula, alkisah, adapun, syahadan, maka Kerap menggunakan ayat songsang (pendepanan predikat dalam binaan ayat) Banyak menggunakan struktur ayat pasif Banyak menggunakan ayat majmuk Banyak menggunakan partikel dalam ayat seperti: lah, pun Zaman Kerajaan Melayu Melaka Zaman Kerajaan Aceh Zaman Kerajaan Johor-Riau ZAMAN KEGEMILANGAN TEMPOH PERKEMBANGAN BUKTI PENEMUAN GAMBAR 9: EDISI PERTAMA AKHBAR UTUSAN MELAYU DI SINGAPURA PADA 1939-DAGANG.NEWS.COM Pengaruh politik Melayu membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah Bahasa penyebaran agama Islam perkembangan tulisan jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab yang membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan, sejarah, undang-undang, falsafah Islam dan ketatanegaraan SEBAB PERKEMBANGAN ZAMAN MELAYU MELAKA


PERK EMB ANGAN B AHASA ME L A YU T A H A P TOPIK 1 PENGENALAN 13 BAHASA MELAYU MODEN Perkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19. Permulaan zaman bahasa Melayu ini ditandai oleh kemunculan hasil karangan Abdullah Munsyi. Namun, ada pengkaji berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantara di pusat pendidikan Islam Kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat pada peringkat awal pemerintahan British. Pegawai British yang bertugas di negeri-negeri Melayu dikehendaki untuk mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu Muncullah sarjana-sarjana bahasa Melayu seperti R.O Winstedt, R.J.Wilkinson, C.C. Brown, W.E Maxwell dan lain-lain Kedudukan bahasa Melayu terancam selepas Perang Dunia Kedua kerana British mengubah dasar pendidikan dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Walau bagaimanapun, perjuangan dan perkembangan bahasa Melayu terus dipelopori oleh para cendekiawan yang berpendidikan melayu dan Arab. Pertubuhan seperti Pakatan belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa, Pejabat Karang Mengarang, PASPAM dan ASAS 50 ditubuhkan untuk mengembangkan bahasa Melayu Setelah merdeka, segala usaha dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. usaha pemartabatan bahasa Melayu ini dilaksankan dengan peruntukan undang-undangn seperti Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (pindaan 1995), Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,Akta Hasutan 1970 dan Akta Pendidikan 1996. PERKEMBANGN ERA PASCAMERDEKA PERKEMBANGAN ERA PRAMERDEKA TEMPOH PERKEMBANGAN Melalui proses perancangan bahasa yang pesat Banyak menerima pengaruh bahasa Inggeris Menggunakan laras bahasa yang pelbagai Banyak menggunakan ayat aktif Banyak memanfaatkan kosa kata moden Menggunakan tulisan rumi CIRI BAHASA MELAYU MODEN CABARAN YANG DIHADAPI BAHASA MELAYU Persaingan bahasa Inggeris Keperluan menguasi pelbagai bahasa Sikap acuh tak acuh pengguna bahasa Pencemaran bahasa terutamanya penggunaan bahasa Melayu yang salah serta leluasanya gejala bahasa rojak


'Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setipa orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di eropah, atau sebagai bahasa Lingua franca di Itali dan di Levant.. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memhaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.' -Francois Valentijn (1666-1727)- Kehebatan Bahasa Melayu TOPIK 1 PENGENALAN 14 TRIVIA BAHASA


IMBAS KOD UNTUK AKSES LATIHAN TOPIK 1 PENGENALAN 15


BAHASA KEBANGSAAN FUNGSI DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU BAHASA RASMI TOPIK 1 PENGENALAN 16 Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara. Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan namun bahasa Inggeris masih digunakan secara rasmi antara tahun 1957 hingga 1967 Fungsi utama bahasa kebangsaan secara khusus adalah: Untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama. Bahasa kebangsaan juga adalah digunakan untuk perpaduan dalam kalangan warganegara kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum 1. 2. 3. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti: Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara Media dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan. Penulisan dokumen dan rekod kerajaan. Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara. Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963. 1. 2. 3. 4. 5.


BAHASA PERPADUAN BAHASA ILMU Sepanjang bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa lingua franca dari zaman Sriwijaya hingga hari ini, bahasa Melayu telah berperanan sebagai alat perpaduan. Pada masa Sriwijaya berkuasa, kemudian diikuti pula oleh Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau, bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan yang menyatupadukan suku-suku bangsa di Nusantara. Pada masa penjajahan Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu masih memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Apabila Malaysia dan Indonesia didatangi oleh suku-suku bangsa yang bukan serumpun dengan suku-suku bangsa di Nusantara, iaitu Cina dan India, sekali lagi bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Bangsa-bangsa pendatang ini bersedia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia. Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud fungsi bahasa bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu : ilmu sains teknologi ekonomi kejuteraan kedoktoran undang-undang di samping sastera dan agama. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai, terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Sistem tatabahasa pula merujuk kepada segala aspek tatabahasa sama ada ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Penekanan harus diberi kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. 1. 2. 3. 4. 5. 6. TOPIK 1 PENGENALAN 17


DASAR BAHASA KEBANGSAAN AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967 PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA AKTA PENDIDIKAN Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran telah membawa kepada pewartaan Akta Pelajaran 1961 (Akta Pendidikan 1996 -Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa. Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (dikenali juga sebagai Akta 32) adalah suatu akta yang ditubuhkan bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Ia mengandungi 9 seksyen iaitu dari tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa hinggalah ke seksyen terakhirnya iaitu borang. Akta ini mengandungi 11 seksyen iaitu:- 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa. 2. Bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud-maksud rasmi. 3. Menggunakan terjemahan. 4. Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dilanjutkan. 5. Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dalam Parlimen dan Dewan Undangan. 6. Teks yang sahih bagi undang-undang. 7. Undang-undang bertulis yang dikanunkan sebelum 1-9-1967. 8. Bahasa mahkamah. 9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan. 10. Bentuk angka. 11. Borang. Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan daripada Ordinan Pelajaran 1961. "17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. (1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah sekyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini (2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu." Mengikut Seksyen 17, bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan tertentu dan yang dikecualikan. Jika bahasa kebangsaan bukan bahasa pengantar, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. TOPIK 1 PENGENALAN 18


IMBAS KOD UNTUK AKSES LATIHAN TOPIK 1 PENGENALAN 19


Perkembangan bahasa merujuk kepada sejauh mana seseorang itu ataupun sesebuah masyarakat itu menguasai sesuatu bahasa. Penguasaan bahasa adalah dari segi ejaan, tatabahasa, struktur ayat dan gaya bahasa. Perkembangan bahasa boleh dinilai berdasarkan pertuturan dan penulisan. Perkembangan bahasa yang baik merujuk kepada kepetahan berbahasa yang baik, penggunaan kosa kata yang baik, sebutan perkataan yang betul, penulisan yang mantap, kesopanan bertuturdan sebagainya. Perkembangan bahasa dititikberatkan untuk menjaga identiti bangsa dan negara PERKEMBANGAN BAHASA DAN BUDAYA TOPIK 1 PENGENALAN 20


menunjukkan bangsa'' meniti di bibir-biri masyarakat tentang peri pentingnya bahasa Penggunaan bahasa yang baik dan sopan amat dititikberatkan dalam masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Bahasa yang kesat dan kasar menggambarkan penutur yang kurang akal budi, manakala bahasa yang sopan dan halus pula menggambarkan watak dan peribadi mulia sesuatu kaum, bangsa atau individu tersebut (Abdullah Sani K.S 2007). ahasa ialah cerminan budaya sesuatu bangsa. Ungkapan seperti 'Bahasa sering B 'ADAB BERBAHASA' Asmah Hj Omar (2007) telah membahagikan ciriciri kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu kepada beberapa aspek iaitu budi bahasa, budi pekerti, sopan santun, etika dan etiket, konsep muka dan konsep nilai. Asmah Hj Omar (2007) menyatakan ungkapan budi bahasa membawa makna perilaku atau tingkah lakuyang baik dari segi gerak geri tutur kata dan sikap. Unsur sikap dalam budi bahasa itu bergantung kepada keadaan mental. Tutur kata yang keluar dari mulut yang disertai dengan gaya suara tertentu ialah gambaran keadaan mental yang ada di dalam kepala dan penggunaan bahasa kehidupan meliputi juga penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan. 1.Budi Bahasa 2. Budi Pekerti Menurut Asmah Hj Omar (2007) kedua-dua perkataan dalam budi pekerti berasal daripada bahasa Sanskrit. Jika 'budi' merujuk kepada alam mental, maka 'pekerti' merujuk kepada alam jasmani. Dalam ungkapan ini juga tersirat peraturan mulia yang dikehendaki dari segi tingkah laku. TOPIK 1 PENGENALAN 21


'ADAB BERBAHASA' 3. Sopan-Santun 'Santun' berasal daripada bahasa Melayu yang wujud dalam konteks 'sopan santun merujuk kepada tingkah laku manusia. Tingkah laku disini dilihat dari segi perilaku atau perbuatanyang lembut. bertatatertib dan senang dipandang orang. (Asmah Hj. Omar (2007). 4. Etika dan Etiket Perkataan etika adalah prinsip moral atau akhlak dalam hubungan sesama manusia. Etiket pula bermakna peraturanadat tertib dalam pergaulan sosial yang lebih menunjukkan tingkah laku yang sopan semasa menampilkan diri. 5. Konsep Muka dan Air muka Dalam masyarakat Melayu, air muka sesorang membawa pengertian yang lebih jauh dan mendalam, bukan setakat nama baik orang yang berkenaan sahaja, tetapi meliputi juga didikan yang diperoleh daripada ibu bapa. guru dan kaum keluarga. Oleh itu, dalam sesuatu komunikasi, baik secara bersemuka atau secara bertulis, sesorang itu hendaklah berhati-hati supaya tidak menjatuhkan air muka pihak yang diajak berkomunikasi atauapun yang dijadikan subjek komunikasi. 6. Konsep Nilai Nilai dalam masyarakat Melayu mempunyai tiga penjuru iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. maka nilai yang paling utama ialah berpandukan hubungan manusia dengan Tuhan (Noriati A. Rashid 2005). Meninggalkan segala larangan dan melakukan segala suruhan. TOPIK 1 PENGENALAN 22


PENGGUNAAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL Penggunaan media sosial memberi impak positif yang besar terhadap perkembangan bahasa. Antara impak yang jelas kelihatan adalah penguasaan lebih daripada satu bahasa oleh masyarakat. Penguasaan bahasa yang berlainan oleh sebilangan masyarakat pada zaman kini merupakan satu impak positif daripada media sosial. Hal ini demikian kerana penguasaan bahasa merupakan elemen yang penting dalam meluaskan ilmu pengetahuan. Kebanyakkan masyarakat pada zaman kini menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa yang berbeza. Hal ini juga berpunca daripada perubahan yang dibawa oleh media sosial. Media sosial merupakan salah satu teknologi komunikasi yang merupakan keperluan dalam kehidupan seharian masyarakat pada abad ini. Media sosial memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan memberi impak yang besar kepada perkembangan bahasa. Perkembangan bahasa merujuk kepada penguasaan sesuatu bahasa. Hakikatnya, media sosial memberi kesan yang besar kepadaperkembangan bahasa sama ada kesan baik ataupun kesan buruk. Antara kesan positif ialah penguasaan lebih daripada satu bahasa, penggunaan bahasa pengantar yang berbeza, pengukuhan kosa kata adalah antara impak positif mediasosial. Namun begitu, media sosial juga memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa. Antaranya.penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa kasar, dan menggugatkan akidah. Media sosial dapat menyumbangbesar kepada perkembangan bahasa sekiranya tidak disalahgunakan. TOPIK 1 23


Pertukaran ilmu sangat penting kepada dunia kerana tanpa perkongsian ilmu, sesetengah negara akan ketinggalan daripada aspek penggunaan teknologi, perubatan, dan sebagainya. Aplikasi media sosial seperti Whatapps membantu dalam menyampaikan maklumat ringkas dengan cepat. Manakala, dari aspek bahasa, twitter pula digunakan untuk menerima informasi tentang definisi perkataan (Chuah, 2013). Oleh itu, terbukti bahawa media sosial berperanan membantu dalam perkembangan bahasa. Pada zaman modenisasi kini, penerokaan terhadap ilmu yang baru berkembang dengan pesat segaris dengan keperluan manusia. Kebanyakkan ilmu yang diterokai pada zaman kini adalah terdiri daripada hasil selidik oleh pelbagai bangsa yang menggunakan bahasa yang berbeza. Justeru, perkongsian ilmu hasil daripada kaji selidik memerlukan penguasaan bahasa komunikasi yang berbeza untuk memudahkan perkongsian ilmu daripada bangsa-bangsa yang berlainan. Penguasaan bahasa yang berlainan mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat seperti meningkatkan peluang pekerjaan, memudahkan komunikasi dengan bangsa yang berbeza, memudahkan urusan seseorang untuk menuntut dan sebagainya Penguasaan bahasa yang berbeza meningkatkan peluang pekerjaan kerana pada zaman kini, syarat-syarat penerimaan pekerja adalah menguasai dua bahasa yang berbeza. Oleh itu, penguasaan bahasa yang berbeza dapat memberi kelebihan kepada seseorang ketika memohon pekerjaan. TOPIK 1 PENGENALAN 24


FACEBOOK Media sosial merupakan satu platform untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama manusia. Akan tetapi, media sosial juga boleh mendatangkan impak negatif kepada perkembangan bahasa sekiranya disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antara impak negatif daripada media sosial ialah; IMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL TERHADAP PERKEMBANGAN BAHASA 1.Penggunaan bahasa Rojak Para pengguna media sosial menggunakan bahasa rojak semasa meluahkan pendapat, memberi komen dan juga semasa menghantar mesej. Bahasa rojak didefinisikan sebagai cantuman pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Bahasa rojak yang biasa digunakan oleh masyarakat Malaysia ialah bahasa rojak Melayu-Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu rojak yang semakin popular adalah sejenis kehilangan bahasa, menyebabkan kekuatan bahasa itu terhakis jika tidak dikawal. Dalam menghadapi dunia globalisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul kini dilihat semakin diketepikan. Golongan remaja lebih mengutamakan kandungan mesej dan kepantasan penghantaran mesej berbanding penggunaan bahasa yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, struktur ayat, gaya bahasa dan sebagainya. Keadaan ini diburukkan lagi dengan penggunaan kata singkatan atau akronim. Lazimnya, huruf vokal atau konsonan akan digugurkan semasa menaip mesej. Rakyat Malaysia dilihat bergelut dengan bahasa rojak apabila menggunakannya secara meluas dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak pendapat tentang perkembangan bahasa rojak. TOPIK 1 PENGENALAN 25


2. Penggunaan Bahasa Kasar dan lucah Saban hari kita dapat melihat laman sosial dibanjiri oleh kata-kata kesat, jijik dan lucah (Jasmi, Kamarul Azmi, 2017). Hal ini berlaku apabila sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk tujuan mengutuk seseorang ataupun menghina tanpa mempedulikan sensitiviti orang lain. Kata-kata kesat juga digunakan untuk meluahkan kemarahan apabila wujudnya pertelingkahan antara dua individu ataupun kumpulan. Bahasa kasar juga digunakan dalam penyebaran fitnah di media sosial. Kata-kata yang pantang ataupun haram digunakan dalam pertuturan seharian, mengotori media sosial. Contohnya, perkataan yang berhubung kait dengan anggota badan atau anggota sulit. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan emosi. Hakikatnya, kebebasan penggunaan media sosial tidak harus disalahgunakan dan diambil kesempatan kerana hal ini melanggar undang-undang negara dimana jika disabit kesalahan, tertuduh akan menghadapi hukuman. TIK TOK Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Kita sebagai pengguna media sosial seharusnya memahami bahawa menyentuh sensitiviti pihak lain adalah salah di sisi undangundang. TOPIK 1 PENGENALAN 26


LATIHAN PENGUKUHAN Pada pandangan anda, apakah kesan buruk menggunakan bahasa rojak dalam media sosial? Nyatakan kepentingan menjaga adab dalam berbahasa NAMA: TARIKH: TOPIK 1 PENGENALAN 27


SENARAI RUJUKAN Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu . Kuala Lumpur . Utusan Malaysia Pub. & Distributors. Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moin. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: . Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (2007). Teori Linguistik dan Aplikasinya dalam Memartabatkan Kajian Dialek . Melayu. Kertas Kerja Seminar Dialektologi Melayu (SEDIA). Anjuran Program Pengajian . Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Asmah Hj. Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Choo Say Tee et.al. (2012). Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu. Selangor. Pearson Malaysia . Sdn Bhd. Chuah, K. (2013). Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris : Persepsi Pelajar . Universiti. (July 2013). https://doi.org/10.33736/ils.1680.2013 Hashim Musa, Rozita Che Rodi, Salmah Jan Noor Muhammad. (2014). Pelestarian Bahasa Melayu . Sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau . Ini. International Journal of the Malay World and Civilization (Iman). Jilid 2(2):3-19. Ismail Hussein. (1966). Sejarah Pertumbohan Bahasa kebangsaan Kita. Kuala lumpur. Dewan . Bahasa dan Pustaka. Jasmi, Kamarul Azmi. (2017). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), . Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai Johor: Fakulti . Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan . Islam [Malaysia] (AIES). Nik Lah, Nik Muhammad Izzudin; Kumaran, Pulavendran Vijaya; Jasmi, Kamarul Azmi (2019). . Media Sosial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa Menurut Islam dalam Jasmi, . Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) . pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program . anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, p. 195-210. Nik Safiah Karim. (2010). Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Penerbit . Universiti Malaya. Noor Suraya Adnan. (2008). Perubahan Bahasa dalam Warkah Diraja Melayu: Suatu Kajian . Mengenai Surat-surat kepada Gabenor dalam Tahun 1786-1794 dan 1886-1894. Tesis. Kuala . Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik,Universiti Malaya. Noriah Mohamed. (1999). Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang: Penerbit . Universiti Sains Malaysia. TOPIK 1 PENGENALAN 28


E-book Bahasa Kebangsaan A: Pengenalan disediakan berdasarkan sukatan kursus MPU22042 Bahasa kebangsaan A. E-Book ini wajar dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia dan institusi pendidikan lain yang mengambil kursus yang berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan A. E-Book ini menjelaskan mengenai Topik 1 Pengenalan mengikut sukatan kursus Politeknik yang menghuraikan tentang asal usul Bahasa Melayu, perkembangan Bahasa Melayu, fungsi dan kedudukan Bahasa Melayu, dasar bahasa kebangsaan dan perkembangan bahasa dan budaya. PENERBIT:


Click to View FlipBook Version