JABATAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
MPU 21032- PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
NAMA PENSYARAH: ENCIK SABRI BIN ALIAS
E-FOLIO MASALAH-MASALAH WANITA
BEKERJAYA
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.................................................................................................1
2.0 MASALAH-MASALAH WANITA BEKERJAYA.........................................2
2.1 TEKANAN ANTARA TUNTUTAN TANGGUNGJAWAB KELUARGA
DAN TUGAS KERJAYA.....................................................................................4-5
2.2 KURANG PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN................................6
2.3 KEHENDAK SOKONGAN DAN KEMUDAHAN PENJAGAAN
ANAK...................................................................................................................7-8
2.4 BEBANAN KERJA DAN TANPA SOKONGAN MAJIKAN.................9-10
2.5 KESAKSAMAAN GENDER DALAM SEKTOR PEKERJAAN.............11-12
3.0 PERANAN DAN SOKONGAN KE ARAH KESEJAHTERAAN
LESTARI..........................................................................................................13-16
4.0 PENUTUP.......................................................................................................17
.
AHLI KUMPULAN:
NURUL ASYIKIN BINTI MEZLAN
06DEM19F1001
NOOR AMYZA NAJIHA BINTI AHMAD MIZA
06DEM19F1003
NOORFARAH ATIRA BINTI MUSA
06DEM19F1024
SITI NURFADHILAH BINTI NORSHAM
06DEM19F1028
1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, peranan wanita sudah jauh berbeza berbanding
dahulu. Ramai wanita sekarang mempunyai kerjaya dalam
bidang kepakaran masing-masing. Namun begitu, dalam
mencapai keseimbangan lebih-lebih lagi antara tuntutan sebagai
pekerja dan juga tanggungjawab kepada keluarga merupakan
satu cabaran dan bukan sesuatu tugas yang mudah.
Pada hakikatnya, peranan wanita bukan sahaja dalam mengurus
rumah tangga, tetapi sebagai penyumbang ekonomi keluarga.
Malahan, tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh wanita
yang telah berumah tangga, tetapi turut menjadi sebahagian
tanggungjawab bagi mereka yang belum berkahwin
Maksudnya di sini, peranan wanita dalam keluarga adalah sebagai
anak yang patuh kepada kedua ibu bapa, isteri yang mentaati
suami dan sentiasa menjaga diri serta ibu yang meletakkan anak-
anak sebagai keutamaan dengan asuhan didikan agama sempurna.
Selain itu, dari sudut kemasyarakatan pula mereka terlibat dengan
kerja-kerja amal kebajikan dan menyumbang dalam aspek
pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi
kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,
masyarakat dan negara
1
2.0 MASALAH-MASALAH WANITA
BEKERJAYA
Peranan dalam institusi keluarga telah mengalami perubahan
terutamanya bagi golongan wanita yang bukan sahaja dilihat
sebagai seorang ibu tetapi juga seorang pekerja.
Ekoran itu, bilakah kali terakhir kita meluangkan masa berkualiti
bersama suami atau isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan
diri sendiri? Bilakah kali terakhir kita berasa gembira dan puas
hati dengan pencapaian di tempat kerja? Hakikatnya, realiti hidup
sebagai seorang wanita bekerjaya itu merupakan cabaran yang
tidak mudah untuk dihadapi.
2
2.1 Tekanan antara Tuntutan Tanggungjawab Keluarga
dan Tugas Kerjaya
Kini, golongan wanita sering kali dilihat sentiasa berhadapan
dengan konflik keseimbangan antara keluarga dan kerjaya
terutamanya bagi mereka yang telah berumah tangga
Lebih-lebih lagi, rata-rata wanita yang bekerja banyak
menghabiskan masa mereka dengan rutin harian yang padat.
Mereka harus bangun seawal pagi bagi menguruskan anak dan
keluarga, keluar bekerja dengan purata masa lapan hingga sepuluh
jam sehari, balik ke rumah lewat petang atau awal malam dan
terus menyambung tugasan sebagai seorang isteri dan ibu. Senario
ini telah menyebabkan badan akan menjadi terlalu penat, letih dan
emosi penuh ketegangan. Bukan itu sahaja, ada sehinggakan yang
mengabaikan suami dan anak-anak
3
Rajah 1 : Masalah utama yang dihadapi wanita dalam
mengimbangi peranan antara kerjaya dan keluarga dari Kajian
KPKM-5, 2014 (LPPKN)
Sementara itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima
(KPKM-5), 2014 yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati bahawa
hampir satu perlima iaitu 18.7 peratus wanita yang sedang bekerja
menghadapi masalah dalam mengimbangi peranan antara kerjaya
dan keluarga. Antara masalah utama adalah disebabkan oleh
kurang masa bersama keluarga (51.9 peratus), masalah penjagaan
anak (13.0 peratus), kurang masa untuk diri sendiri (11.9 peratus)
dan bebanan tugas di tempat kerja (11.2 peratus).
Menurut Nurul Naimah Rose dan Mohd Yusri Mustafa (seperti
disebut dalam Mirowsky, 2003) menunjukkan bahawa golongan
yang mengalami tekanan (stress) lebih tinggi adalah wanita. Hal
ini disebabkan oleh gaya hidup yang seringkali mendesak dan
menekan telah menjadi penyebab utama kepada tekanan emosi
mental dan fizikal
4
Apabila wanita bekerja itu telah berumah tangga, tanggungjawab
dan tugasnya bukan sahaja tertumpu pada kerjaya semata-mata,
namun suami dan anak-anak juga perlu menjadi keutamaan.
Selain itu, tekanan akan lebih tinggi berlaku apabila masalah
penjagaan anak dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada
wanita.
Menurut Nurul Naimah Rose dan Mohd Yusri Mustafa (2018) lagi,
antara punca yang mendorong ke arah tekanan adalah disebabkan
oleh kurang masa terluang untuk keluarga dan diri sendiri,
tugasan rumah yang berlebihan (seperti disebut dalam Bird, 1999),
isu penjagaan anak, kurang komunikasi dengan pasangan dan
keletihan (seperti disebut dalam Glass dan Fujimoto, 1994).
Sebagai contoh, ekoran pandemik COVID-19 yang telah melanda
dunia sekarang, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac
yang lalu. Ramai pekerja yang diarahkan untuk bekerja dari
rumah termasuklah golongan wanita. Namun begitu, sesetengah
individu merasakan bahawa bekerja dari rumah itu sangat
mencabar terutama bagi yang bergelar ibu sehingga boleh
menimbulkan tekanan kerana keperluan menunaikan pelbagai
tanggungjawab secara serentak seperti menjaga rumah tangga dan
anak malah dan pada masa yang sama perlu juga melaksanakan
tugasan daripada majikan.
Kesannya, wanita yang tidak menyeimbangkan antara kerja dan
keluarga dengan sebaiknya akan membawa kepada impak negatif
terutama kepada institusi keluarga yang akhirnya akan membawa
kepada kes pergolakan rumah tangga dan penceraian.
5
2.2 Kurang Pengurusan Masa yang Berkesan
Umum mengetahui bahawa bagi seseorang wanita bekerja
terutama yang sudah berumah tangga, 24 jam sehari itu adalah
tidak mencukupi jika dibandingkan dengan rutin harian yang
perlu dihadapi. Senario ini menunjukkan bahawa tugas seorang
isteri, ibu dan tanggungjawab kerja tidak henti-henti bermula dari
pagi hingga ke malam
Menurut Noor Rahamah Abu Bakar (2012), golongan wanita yang
bekerja akan menghadapi masalah dalam melaksanakan
tanggungjawab dan tugasnya samada di rumah mahupun di
pejabat. Ini adalah disebabkan oleh bebanan kerja yang terlalu
banyak dan masa yang tidak mencukupi untuk melaksanakan
tugas tersebut secara serentak sekaligus memberikan kesan negatif
kepada institusi keluarga.
Justeru itu, adalah penting bagi seorang wanita untuk bijak
menguruskan masa. Masa adalah kunci bagi setiap wanita pada
era sekarang. Setiap saat yang ada perlu digunakan sebaiknya,
setiap minit yang terluang hendaklah diisi dengan efisien, clockin
dan juga clock-out perlu tepat dan persis.
6
2.3 Kehendak Sokongan dan Kemudahan Penjagaan Anak
Lazimnya bagi seorang wanita bergelar ibu, perkara yang sentiasa
bermain di fikiran mereka ketika berada di tempat kerja adalah
memikirkan akan keadaan anak di rumah ataupun di taman
asuhan kanak-kanak (TASKA). Sebaliknya, apabila berada di
rumah pula, tidak henti memikirkan cara untuk menambah
pendapatan keluarga ekoran kos sara hidup yang semakin tinggi
pada masa kini. Hakikatnya, keadaan ini merupakan dilema
seorang ibu dalam memberikan keselesaan dan kesenangan buat
keluarganya.
Namun demikian, setinggi mana sekalipun pangkat seseorang
wanita itu, perkara yang lebih menjadi keutamaan setelah bergelar
ibu adalah memberi perhatian penuh terlebih dahulu kepada
anak-anak.
Menurut New Sraits Times (2017), daripada laporan Kajian
Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), 2014
menunjukkan bahawa faktor utama yang menyebabkan wanita
membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah disebabkan oleh
masalah penjagaan anak dengan mencatatkan peratusan tertinggi
sebanyak 32.4 peratus ( rujuk rajah 2 )
Rajah 2: Antara sebab utama wanita berhenti kerja oleh
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5),
2014 (Infografik : NST) 7
Manakala, kajian yang dijalankan oleh Pusat Kepimpinan Wanita
Tun Fatimah Hashim, UKM turut menyatakan bahawa antara
cabaran wanita di negara ini pada masa kini adalah berkaitan
dengan sokongan penjagaan anak terutamanya bayi.
Kajian tersebut juga menyatakan Rajah 3 : Cabaran dan
cabaran lain adalah disebabkan oleh peranan wanita di negara
kos TASKA yang agak tinggi. (Pusat Kepimpinan Wanita
Malahan, ada sesetengahnya tidak Tun Fatimah Hashim, UKM)
menyediakan kemudahan untuk
para ibu menyusu bayi walaupun
tempat kerja adalah berhampiran.
Namun begitu, pihak TASKA juga
menghadapi cabaran apabila
segelintir para ibu menyatakan
kerisauan bahawa masih ada pusat
jagaan tidak mempunyai
kakitangan terlatih yang
mencukupi dan sijil tauliah untuk
menjaga bayi mereka.
Menurut Azizan Zainuddin dan Kartini Khalid@Aboo Talib (2018),
fasiliti penjagaan anak yang kurang praktikal merupakan antara
punca yang menyebabkan tahap penglibatan wanita berkeluarga
dalam sektor pekerjaan semakin berkurangan. Akibatnya, perkara
ini menjadi halangan utama untuk wanita kekal di sektor
pekerjaan kerana mereka mencari kerja yang lebih sesuai dan
fleksibel agar keluarga dan anak-anak tidak terabai dan sentiasa
menjadi keutamaan. 8
2.4 Bebanan Kerja dan Tanpa Sokongan Majikan
Dalam era globalisasi ini, mempunyai pekerja yang hebat, jujur dan
produktif adalah satu nikmat bagi seseorang yang bergelar
majikan. Bukan itu sahaja, majikan yang terbaik pula akan
memastikan keselesaan dan meletakkan kehendak pekerjanya
sebagai keutamaan.
Menurut Astro Awani pada 21 Februari 2019, Tan Sri Lee Lam Thye,
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
(NIOSH) dan penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) ada
menyatakan tentang peri pentingnya bagi mengatasi isu tekanan
di tempat kerja. Jelas beliau lagi, tahap kesedaran tentang soal
kesihatan mental di tempat kerja dilihat masih rendah. Justeru,
majikan perlu mengambil berat soal kesihatan mental pekerjanya
agar risiko tekanan emosi dapat dielakkan.
Selain itu, kurangnya sokongan daripada rakan sekerja dan
majikan juga merupakan antara punca tekanan. Antara bentuk
tekanan yang kerap berlaku adalah seperti kes buli di tempat kerja
dan tidak diberi peluang untuk kenaikan pangkat. Malahan ada
yang menerima penderaan secara emosi seperti disindir, gangguan
seksual, persekitaran kerja toksik, waktu kerja terlalu panjang
sehinggakan tiada masa untuk rehat dan sukar mengambil cuti.
9
Bukan itu sahaja, sesebuah organisasi perlu memastikan
pekerjanya tidak terbeban dengan tugasan yang berlebihan.
Tekanan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk.
Antaranya, apabila pekerja diberikan tugasan baharu yang di
luar kepakaran dan skop kerja, mereka terpaksa mempelajari
skop kerja tersebut bahkan dalam masa sama perlu berhadapan
dengan harapan pihak majikan.
Dalam konteks ini, ketidakseimbangan untuk menyesuaikan diri
dengan skop kerja baharu ini boleh mengundang konflik dan
tekanan kerana seseorang pekerja merasa terbeban dengan
tugasan sehingga tidak dapat membahagikan masa secukupnya
bersama keluarga. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan ketidakpuasan hati dan memberi kesan kepada
kesihatan malah prestasi dan produktiviti kerja turut terjejas
(Sharifah Hayaati Syed Ismail, 2017).
Selain itu, masih terdapat keadaan bahawa individu yang belum
berkahwin sentiasa menjadi mangsa keadaan di tempat kerja dan
perlu berkorban kepada orang lain. Oleh itu, bagi mencapai
keseimbangan kerja dan kehidupan ini bukan sahaja merupakan
satu keperluan kepada individu berkeluarga malahan satu
kepentingan juga buat mereka yang belum berkahwin dan tiada
anak.
10
2.5 Kesaksamaan Gender dalam Sektor Pekerjaan
Tidak boleh disangkal lagi bahawa wanita adalah sebahagian
daripada aset terpenting negara. Lebih-lebih lagi peningkatan
sumbangan aktif dan pencapaian mereka dalam sektor pekerjaan
telah memberi impak yang sangat besar terhadap perkembangan
ekonomi dan pembangunan negara.
Justeru itu, selaras dengan Dasar Wanita Negara dan juga Pelan
Tindakan Kementerian, kesedaran dalam mempertingkatkan
pengetahuan mengenai kesaksamaan gender dan menghargai
pengorbanan wanita adalah tanggungjawab semua lapisan
masyarakat. Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa memelihara
hakhak kepentingan wanita agar dilindungi dan memelihara
kebajikan serta meningkatkan penyertaan aktif mereka dalam
pelbagai sektor pekerjaan antaranya pendidikan, ekonomi, sosial,
kesihatan dan politik
Rajah 4 : Laporan Forum Ekonomi Dunia menunjukkan bahawa
Malaysia berada di tangga ke 104 daripada 153 negara dalam
Indeks Jurang Jantina Global 2020 (Infografik : Ekonomi Rakyat)
11
Menurut portal Ekonomi Rakyat, laporan daripada Forum
Ekonomi Dunia menunjukkan bahawa Malaysia berada di
kedudukan 104 daripada 153 negara bagi Indeks Jurang Jantina
Global 2020. Dalam pada itu, Malaysia berada di kedudukan
kesembilan hanya mengatasi negara Myanmar dan Timor Leste
bagi kedudukan di rantau Asia Tenggara. Hal ini berlaku
disebabkan oleh jurang jantina yang besar dalam dua bidang iaitu
pemerkasaan politik dan penyertaan ekonomi (rujuk Rajah 4).
Selain itu, isu diskriminasi dalam dunia pekerjaan juga dilihat
sebagai salah satu isu ketidaksaksamaan gender terutama kepada
golongan wanita. Wanita masih lagi berhadapan dengan tanggapan
dan persepsi bahawa tidak setanding dengan golongan lelaki.
Ekoran itu, golongan lelaki pula dilihat ramai yang memegang
jawatan tinggi dalam pekerjaan walaupun taraf pendidikan dan
pengalaman kerja mereka adalah sama dengan golongan wanita.
12
3.0 PERANAN DAN SOKONGAN KE
ARAH KESEJAHTERAAN LESTARI
Sehubungan dengan itu, peranan wanita sebagai seorang isteri,
ibu, anak mahupun pekerja haruslah diuruskan dengan baik.
Mereka perlu bijak dalam menguruskan tanggungjawab
terhadap keluarga dan juga mencapai kecemerlangan dalam
kerjaya. Jika semua ini dapat dicapai, maka kesempurnaan dan
keseimbangan antara kerjaya dan keluarga mudah dikecapi.
Jika dilihat, Islam memberi peluang dan ruang kepada umatnya
tidak kira lelaki mahupun wanita dalam konteks pekerjaan dan
bekerja namun haruslah memahami akan batas-batas yang
telah ditentukan. Oleh itu, seorang wanita harus bijak menjaga
diri dan etika ketika bekerja. Janganlah meletakkan kesibukan
kerja itu suatu keutamaan sehingga mengabaikan keluarga dan
membiarkan rumah dengan tidak terurus. Jika hal ini berlaku,
sudah pasti akan menggugat keharmonian dan kebahagiaan
rumah tangga yang dikecapi selama ini
Pada waktu yang sama, Islam juga membenarkan wanita
bekerja bagi membantu keperluan keluarga dan memberikan
kepakaran dalam memantapkan ekonomi negara. Justeru itu,
wanita hari ini perlu mempunyai pelbagai kemahiran bagi
mencapai kestabilan dan kecemerlangan dalam kerjaya dan
keluarga
13
Di samping itu, cara terbaik bagi menumpukan perhatian kepada
keluarga dan perkembangan anak-anak adalah dengan
mengamalkan pengurusan diri yang baik, mengawal emosi ke
arah pemikiran positif dan sentiasa berkongsi masalah dengan
pasangan serta tidak membawa konflik di tempat kerja ke rumah
Selain itu, wanita yang bekerja perlu membuat perancangan kerja
dengan pengurusan masa yang baik. Kepentingan antara keluarga
dan kerjaya haruslah ditetapkan. Contohnya, memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada keluarga apabila berada di rumah
dan meninggalkan tugas-tugas pejabat di tempat kerja. Masa
terluang hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini
bagi mewujudkan keharmonian kehidupan rumah tangga dan
keluarga.
Bukan itu sahaja, keizinan daripada suami dan sokongan keluarga
hendaklah diambil peduli. Oleh itu, seseorang wanita itu
hendaklah membahagikan masa dengan baik bahkan harus bijak
dalam mengimbangi komitmen. Sebagai contoh, sentiasa fokus
apabila berada di pejabat dan menguruskan hal rumah tangga
dengan sebaiknya. Urusan di pejabat hendaklah diselesaikan di
tempat kerja dan bukannya dibawa pulang ke rumah. Sebaliknya,
apabila berada di rumah, masa terluang yang ada perlu diisi
bersama-sama keluarga dengan sebaiknya
14
Namun begitu, sokongan keluarga terutamanya daripada suami
amatlah penting. Misalnya, seorang suami haruslah turut sama
membantu meringankan tugas para isteri di rumah yang telah
penat bekerja sepanjang hari. Selain itu, komunikasi yang baik
antara pasangan juga penting malah peranan untuk menjaga anak
adalah tanggungjawab bersama dan jangan dilepaskan kepada
isteri semata-mata. Begitu juga wanita, urusan kerja dan keluarga
hendaklah dibahagi secara saksama, bebanan haruslah dipikul
secara bersama-sama.
Bagi keadaan di tempat kerja pula, sokongan sosial dan konsep
memahami itu penting dalam mempengaruhi tahap kepuasan
kerja, komitmen dan pencapaian prestasi. Justeru itu, sesebuah
organisasi haruslah tidak membebani wanita dengan tugasan yang
berat dan keterlaluan malah perlu sedar dengan permasalahan
yang dihadapi oleh wanita dalam mengecapi keseimbangan kerja
dan kehidupan
Hal ini bertepatan dengan senario masa kini. Ekoran pandemik
COVID-19 ketika ini, ramai wanita yang bekerja dari rumah
sepanjang tempoh PKP. Ada sesetengahnya merupakan normal
baharu buat mereka. Jadi, adalah penting bagi majikan untuk
memahami keadaan yang dihadapi oleh pekerja wanita ketika ini.
Majikan haruslah meletakkan hasil kerja sebagai keutamaan dan
bukanlah dengan memantau setiap pekerja setiap masa. Hal ini
disebabkan oleh masing-masing melihat dari sudut (angle) yang
berbeza. Apa yang penting, kita mahu mewujudkan situasi
menangmenang antara majikan dan pekerja supaya mana-mana
pihak tidak akan terjejas.
15
Jika diteliti dengan lebih mendalam, golongan wanita sentiasa
menjadi keutamaan pihak kerajaan. Antaranya kerajaan telah
mengambil pelbagai langkah inisiatif bagi membantu golongan
wanita seperti mewujudkan pelaksanaan waktu bekerja anjal dan
cadangan membina TASKA di tempat kerja.
Diharap agar lebih banyak lagi peluang dalam bidang pekerjaan,
kemudahan dan bantuan dapat disediakan. Contohnya dari sudut
kesihatan dan kebajikan wanita serta penubuhan lebih banyak
persatuan atau pertubuhan bagi menjaga hak-hak kepentingan
wanita di negara ini.
16
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, ingatlah bahawa seorang wanita yang
bergelar ibu itu sangat luar biasa hebatnya. Bahkan, di setiap
kelembutan seorang ibu itu berkata-kata, tersembunyi kuasa yang
luar biasa. Di setiap langkah lembutnya pula penuh dengan
pengorbanan. Lebih-lebih lagi apa yang dilakukan jelas penuh
azam dan semangat ibarat pepatah melayu ada menyebut “tangan
yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia”.
Justeru itu, amatlah penting bagi seseorang wanita dapat
mengimbangi peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang
isteri dan ibu serta tugasnya sebagai pekerja. Namun,
keseimbangan ini haruslah dilihat dalam skop yang lebih lebar dan
luas agar perkara ini bukanlah satu keperluan kepada mereka
yang telah berkahwin sematamata bahkan penting kepada wanita
yang belum berkahwin.
Akhirnya, segala konflik keseimbangan antara kerja dan
kehidupan boleh diatasi dengan semangat kerjasama dan
kepekaan dari pelbagai pihak seperti keluarga termasuk pasangan,
majikan dan rakan sekerja. Malah tidak terkecuali juga dari
masyarakat dan pihak kerajaan. Tanpa semua sokongan itu,
kebahagiaan sesebuah keluarga sukar diraih. Dengan kata lain,
kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga itu akan
memberi impak positif secara langsung kepada organisasi dan juga
negara.
17