The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 788-9-aviena, 2022-03-23 09:31:06

PRODUK DIGITAL BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PRODUK
DIGITAL
KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN
MELAY U

BMMB1104

CIK SITI SALAMAH
MOHAMAD YUSOF

BIODATA PENULIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya
ucapkan. Nama saya Nor Aviena Mieya Sari binti
Zulkefli, lahir pada 16 April 2003 dan berasal

dari Kota Bharu Kelantan. Saya merupakan
pelajar dari SMK Tanjong Chat sebelum

melanjutkan pelajaran ke Institut Perguruan
Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dan dalam

bidang Bahasa Melayu. Saya berharap
penghasilan kerja saya ini dapat menarik
perhatian pembaca untuk membaca dan

memberi manfaat kepada orang lain.

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah saya, Cik Siti Salamah
Mohamad Yusof kerana tidak jemu memberi galakan,
cabaran, nasihat, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar kepada
saya dari permulaan sehinggalah selesai tugasan ini iaitu
Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104). Tanpa
semua itu disertai kesabaran dan bantuan beliau, tidak
mungkin tugasan ini dapat disiapkan.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses menyiapkan tugasan yang telah
diamanahkan kepada saya dan kepada rakan seperjuangan
saya yang telah sama-sama mengharungi segala duka dan
suka sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Semangat
setia kawan dan keikhlasan membantu serta sedia berkongsi
maklumat akan saya ingat buat selamanya. Semoga jalinan
ukhwah dan silaturahim kita ini kekal dunia dan akhirat.
Amin Ya Robbal ‘ Alamin.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

01 PENGENALAN

02 PANTUN

03 SYAIR

GURINDAM 04

RUMUSAN 05

RUJUKAN 06

01
PENGENALAN

PeNgEnAlAn

Puisi Melayu Tradisional sebenarnya

adalah merupakan pancaran masyarakat

Melayu lama kerana jika ingin mengenali

puisi Melayu tradisional maka pertama sekali

hendaklah mengenali kebudayaan dan

masyarakat lama. Puisi Melayu tradisional

juga merupakan perkataan yang disusun

sehingga membentuk sebuah karangan

berangkap atau ucapan yang mempunyai

susunan istimewa serta intonasi yang

tersendiri berbanding pengucapan haran

yang biasa.

Menurut Saludin (2013), puisi Melayu

tradisional adalah ciptaan seni yang

menakjubkan kerana mengandungi

unsur-unsur emosi, imaginasi, dan budi.

Puisi Melayu tradisional juga mempunyai

beberapa bentuk antaranya pantun,

gurindam, talibun, mantera, teromba, syair

dan seloka.

Ciri-Ciri Puisi Tradisional

Ciri-ciri puisi Melayu tradisional adalah mempunyai
bahasa yang mengandungi kiasan, unsur

perlambangan, imejan dan perbandingan untuk
menzahirkan sesuatu. Selain itu, puisi Melayu
tradisional mempunyai pelbagai bentuk seperti
berkerat-kerat atau mempunyai urutan di dalam
baris yang sejajar. Seterusnya, pola dibentuk oleh
baris, rima dan irama yang disusun atau ikatan
tertentu yang dipengaruhi oleh jumlah baris, jumlah
perkataan, perseimbangan bunyi, dan panjang
pendek perkataan. Di samping itu, puisi Melayu
tradisional juga disebarkan melalui tradisi lisan,
dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat
tradisional. Akhirnya, bentuk dan strukturnya

terikat.

02
PANTUN

PENGENALAN

Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang
sudah wujud dan dicipta sejak zaman dahulu lagi.
Pantun boleh digunakan dalam pelbagai cara
antaranya berkomunikasi, menyindir, berjenaka,
perasaan dan nasihat.

Menurut Ungku Aziz (2011) hasil kesusasteraan
bangsa Melayu yang paling tua adalah pantun. Bagi
sesiapa yang ingin mengetahui maksud perlu
berfikir terlebih dahulu kerana sesetengah pantun
berbentuk kiasan.

FUNGSI

PANTUN

Fungsi pantun adalah mengucapkan terima kasih
dan menzahirkan penghargaan. Hal ini dikatakan
demikiran kerana masyarakat Melayu perlu
mengenang jasa orang lain tidak kira dalam apa
jua sekalipun. Selain itu, pantun juga menjadi
medium untuk memberi nasihat agar tidak
mengguris hati sesiapa sahaja kerana pantun
berbentuk kiasan lembut didengar.

Ciri-Ciri Pantun

Ciri-ciri pantun adalah pantun
mempunyai pelbagai rangkap yang

berasingan dan setiap rangkap
mempunyai baris-baris sejajar dan

berpasangan seperti 2,4,6
sehinggalah 16. Selain itu, bagi

pantun yang empat kerat
mempunyai dua bahagian baris
atas yang merupakan sebagai
pembayang dan dua bahagian
baris bawah merupakan maksud.
Seterusnya, jumlah suku kata dalam
pantun bagi setiap rangkap terdiri
daripada lapan hingga dua belas
suku kata yang mengandungi kata
dasar empat sehingga lima patah
perkataan. Adalah kebiasaan juga
pantun mempunyai lapan hingga
sepuluh suku kata. Akhirnya, skema
rima hujung pantun ialah tetap
iaitu a-b-a-b yang juga merupakan
dua pembayang dan dua bahagian
baris yang merupakan maksud.

Pantun Tema Budi

Buah betik dijual di pasar,
Begitu juga dengan buah pisang,

Kalau tuan berbudi kasar,
Budi tuan tidak dipandang.

Petang-petang main layang-layang,
Layang-layang terbang tinggi,
Wang ringgit tidak dipandang,
Budi baik disanjung tinggi.

Buang sampah merata-rata,
Sambil berjalan dengan Nani,
Bertegur sapa amalan kita,
Hubungan masyarakat pasti harmoni.

Pantun Tema Budi

Pergi mendaki bersama kawan,
Memakai pakaian menutup aurat,
Jadikan senyuman satu amalan,
Hubungan masyarakat bertambah erat.

Abang merupakan seorang pemberita,
Setiap masa akan dihubungi,
Tolong-menolong amalan kita,
Hidup pasti sentiasa disayangi.

Pemikiran Dalam

Pantun

Pantun bertemakan budi yang diciptakan
oleh saya iaitu Aviena untuk memanifestikan
budi dalam kalangan masyarakat Melayu.
Persoalan tentang pentingnya budi dalam
kehidupan seharian serta mengaplikasikannya
dalam kehidupan bermasyarakat agar
kehidupan bermasyarakat aman dan damai.
Hal ini dikatakan demikian kerana pada
rangkap pertama bermaksud jika seseorang
bersikap kasar sudah pasti tidak akan
dihormati oleh masyarakat. Selain itu, pada
rangkap dua bermaksud wang ringkit tidak
menjadi ukuran pada masa sekarang tetapi
budi bahasa yang menjadi ukuran setiap
masyarakat. Maksud rangkap ketiga ialah
sentiasa bertegur sapa antara satu sama lain
supaya hubungan masyarakat sentiasa
harmoni. Maksud rangkap empat adalah
senyuman merupakan satu amalan yang
mulia untuk mengeratkan lagi hubungan
bermasyarakat manakala maksud rangkap
kelima ialah jika kita sentiasa
tolong-menolong antara satu sama lain sudah
pasti hidup akan disayangi.

03
SYAIR

PENGENALAN

Syair dikatakan berasal dari Arab. Namun
syair kesusasteraan Arab berbeza dengan
syair Melayu. Menurut Mansur Abdullah
(1991) puisi Melayu klasik tidak berasal dari
Melayu kerana bukan hak mutlak atau milik
bangsa Melayu. Oleh itu, kewujudan syair di
alam Melayu sudah sekian lama dan orang
Melayu menganggap syair sebagai puisi
tradisional.

FUNGSI
SYAIR

Fungsi syair adalah sebagai hiburan
kepada masyarakat kerana syair boleh
dilagukan dimana-mana sahaja seperti di
majlis. Selain itu, syair juga menjadi medium
untuk menyampaikan nilai murni dan
pengajaran dan menyentuh hal-hal agama
Islam supaya memberi keinsafan kepada
pendengar.

Ciri-Ciri Syair

Ciri-ciri syair adalah hujung
baris syair hanya terdapat satu
rima sahaja iaitu a-a-a-a-. Selain

itu, syair terdiri daripada
susunan baris yang terikat iaitu
hanya mempunyai empat baris

sahaja di setiap rangkap.
Seterusnya, setiap empat baris

untuk satu rangkap adalah
kesatuan idea. Namun, setiap
baris tidak boleh berdiri sendiri

kerana bertujuan untuk
menyampaikan maksud. Bagi

setiap unit rangkap akan
bersambung dan menjadi
kesatuan sistematik. Bilangan
kata sebaris dalam empat
hingga enam patah perkataan
dan dilafazkan secara berlagu.

Syair Tema Nasihat

Ingatlah wahai temanku,
Apa yang hendak disampaikan olehku,

Agar kau ingat selalu,
Ujian dan dugaan bakal berlaku.

Bila bekerja janganlah malas,
Sudah pasti telinga akan dipulas,
Buatlah dengan hati yang ikhlas,

Budi yang baik pasti dibalas.

Janganlah bergaul dengan orang salah,
Jangan hidup bersikap megah,
Setiap hari rajinlah bersedekah,
Agar hidup dikasihi oleh Allah.

Syair Tema Nasihat

Walaupun miskin jangan terasa,
Miskin atau kaya sama sahaja,
Dalam mengeluh jangan pernah menghina,

Kerana hidup seperti roda.

Tamatlah sudah syairku ini,
Harap nasihat dapat difahami,
Sentiasa ingat nasihat di hati,
Kemana sahaja tidaklah rugi.

PEMIKIRAN DALAM
SYAIR

Syair yang bertemakan nasihat yang
diciptakan oleh saya iaitu Aviena adalah
nasihat kepada seorang kawan agar
saling ingat-mengingati antara satu sama
lain. Persoalannya berkaitan nasihat
dapat dijelaskan melalui syair iaitu
sebagai seorang kawan yang baik, kita
perlu saling menasihati antara satu sama
lain agar sama-sama memperbaiki ke
arah kebaikan.

Selain itu, dalam syair ini juga
menjelaskan bahawa sentiasalah bersikap
sederhana ataupun hidup bersederhana
kerana hidup kita kadang-kadang
dibawah kadang-kadang di bawah. Oleh
itu sentiasalah berwaspada dalam
melakukan apa jua sekalipun.

04
GURINDAM

PENGENALAN

Gurindam sudah terkenal sejak zaman Hindu
lagi. Menurut Ghazali (1992) gurindam di
Sumatera di panggil dengan nama yang berbeza
iaitu Muslihat Aceh, Gurindam Barus, Lagak
Minang dan sebagainya. Oleh sebab itu,
gurindam juga dicipta oleh masyarakat Melayu
seperti pantun.

FUNGSI GURINDAM

Fungsi gurindam adalah dianggap sebagai puisi
yang hanya bertujuan untuk pendidikan dan
hiburan. Namun, masyarakat Melayu lama
menggunakan kreativiti mereka, dan juga daya
intelektual mereka dalam menyelesaikan masalah
kehidupan harian mereka dengan mencipta
gurindam.

Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai satu
medium untuk berkomunikasi antara satu sama
lain terutamanya ketika majlis-majlis formal.

Ciri-Ciri Gurindam

Ciri-ciri gurindam adalah dalam setiap
baris terdiri daripada dua baris dan

jumlah suku kata dalam setiap barisnya
antara 10 sampai 14 suku kata. Selain itu,

setiap baris pada gurindam memiliki
hubungan sebab dan akibat. Seterusnya,
gurindam tidak ditetapkan jumlah baris,
perkataan dan suku kata dalam setiap
baris, Di samping itu, maksud atau isi

dalam gurindam terdapat pada baris
kedua. Gurindam juga tergolong dalam
puisi bebas. Malah gurindam juga ada
yang mempunyai unsur-unsur aliterasi
dan asonansi dalam baris gurindam.

Gurindam Tema Pendidikan

Rajin belajar semasa sihat,
Agar menjadi orang yang hebat.

Guru merupakan seorang pembimbing,
Kerana ilmu sangat penting.

Sentiasa rajin datang ke sekolah,
Masa depan pasti cerah.

Jika rajin menuntut ilmu,
Pasti tercapai impian-impianmu.

Rajinlah belajar setiap masa,
Agar menjadi seorang yang berbisa.

PEMIKIRAN DALAM
GURINDAM

Gurindam yang bertemakan
pendidikan diciptakan oleh saya iaitu
Aviena. Pendidikan sangatlah penting
dalam kehidupan untuk menjadikan
kita seorang yang cemerlang dan
berpendidikan. Namun, berdasarkan
gurindam yang diciptakan, kita
hendaklah rajin belajar supaya menjadi
orang yang hebat dan sentiasalah
menuntut ilmu kerana ilmu sangat
penting walaupun sudah berusia
tetaplah menuntut ilmu.

Selain itu, masa depan akan menjadi
cerah apabila kita rajin datang ke
sekolah dan bertanyakan kepada guru.
Orang yang berjaya tidak malu untuk
bertanya kepada malu bertanya sesat
jalan. Oleh itu, rajinlah menuntut
sampai ke liang hadap.

05
RUMUSAN

Kesimpulan

Sudah terang lagi bersuluh, puisi
Melayu tradisional bentuknya terikat

dengan ciri-ciri dan hukum
kepuisiannya yang tersendiri. Puisi
Melayu tradisional merupakan sejenis
sastera yang terikat dengan unsur
irama, matra, rima, penyusunan baris
dan rangkap dalam penggunaan

bahasanya. Oleh itu, puisi-puisi
Melayu tradisional seperti pantun,

syair, gurindam, seloka dan
sebagainya perlu dijaga kerana
mempunyai keunikan-keunikan yang
tersendiri agar tidak ditelan arus
zaman pemodenan. Dengan itu,
menurut Rosli (2013) sebagai sastera

yang lama yang tidak akan
bertambah haruslah diubah agar
kesemua genre dan jenis puisi yang
dimiliki bangsa Melayu akan terus

berkembang.

06
RUJUKAN

Rujukan

Abdullah, M. M. (1991). In M.Ashikin, Puisi
Melayu Klasik. Petaling Jaya: Oscar Book
International.

Halim, U. A. (2011). Pantun dan
Kebijaksanaan Akal Budi Melayu . Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAN, S. H. (2013). Kelestarian Pantun:
Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan
Selamanya. International Journal of the
Malay World and Civilisation, 75-81.

PENG, C. F. (2009). Pendidikan Sastera
Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan
4:Pelaksanaan dan Kesannya. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 15-31.

Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu
Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu.

Samad, L. A. (2018). kata bunyi dan makna
dalam pantun.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SUPER MINDS YEAR 1
Next Book
EL JUSTO VIVIRÁ POR LA FE