The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH SANG KELDAI, SANG SINGA DAN AYAM JANTAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 788-9-aviena, 2022-04-01 07:33:48

KISAH SANG KELDAI, SANG SINGA DAN AYAM JANTAN

KISAH SANG KELDAI, SANG SINGA DAN AYAM JANTAN

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
saya Dr Izani kerana tidak jemu memberi galakan, cabaran, nasihat,
bimbingan, teguran dan tunjuk ajar kepada saya dari permulaan
sehinggalah selesai tugasan ini iaitu Kesantunan Berbahasa
(BMMB1144). Tanpa semua itu disertai kesabaran dan bantuan beliau,

tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan. Akhir kata, setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan yang telah
diamanahkan kepada saya dan kepada rakan seperjuangan saya yang
telah sama-sama mengharungi segala duka dan suka sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini.

Di dalam sebuah hutan, terdapat sekumpulan
haiwan yang hidup aman damai tetapi terdapat
juga sekumpulan haiwan yang hidup saling
memburu antara satu sama lain untuk
mendapatkan makanan. Kehidupan Sang Singa,
Sang Keldai dan ayam jantan terutamanya tidak
menyenangkan kerana Sang Singa sentiasa
memburu Sang Keldai manakala Sang Singa
walaupun dipanggil Raja Rimba tetapi dia takut
kepada bunyi kokokan ayam jantan.

Suasana di dalam hutan menjadi huru-hara
apabila mereka berjumpa antara satu sama lain.
Sang singa terkenal dengan keganasan terutama
mukanya yang bengis dan suka memburu
haiwan lain untuk dijadikan makanan manakala
ayam jantan mempunyai keunikan kokokan
sehingga dapat menakutkan Sang Singa yang
ganas itu.

Pada waktu siang, semua haiwan akan keluar
mencari makanan untuk keluarga seperti kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Begitulah kehidupan haiwan di hutan setiap hari.

Suatu masa dahulu, Sang Singa sudah
beberapa hari berburu tanpa berjaya
menangkap apa-apa untuk dimakan. "Nampak
seperti aku kelaparan lagi!" fikirnya.

Kemudian, Sang Singa pergi ke hutan sambil
berjalan-jalan untuk mencari makanan. Sang
Singa berjalan sambil menyanyi dengan riang.
Sang Singa berkata, ohh! Sedap juga suara aku.
Sang Singa ketawa terbahak-bahak dengan
pujiannya sendiri. Sang Singa memuji suaranya
untuk melegakan perut yang lapar kerana
belum menjumpai makanan.

Di pertengahan jalan, Sang Singa ternampak
seekor keldai sambil berfikir, "Akhirnya! Di sini,
ada, hidangan lazat menungguku!". Sang Singa
seperti orang haus diberi air, orang lapar diberi
nasi apabila ternampak Sang Keldai.

Sang Keldai itu dengan senang hati meragut
pucuk pokok tanpa memandang kiri atau kanan.
'Bagaimana cara untuk aku menerkam Sang
Keldai ini," kata Sang Singa.

Sang Singa mundar-mandir di tempat itu
kerana tidak tahu bagaimana cara untuk
menerkam Sang Keldai. Walaubagaimanapun,
Sang Singa tidak berputus asa memikirkan cara
untuk menerkam Sang Keldai kerana itulah
makanan yang lumayan. Sang Keldai masih
dengan senang hati meragut pucuk pokok
kerana tidak ternampak kelibat Sang Singa.

Ketika Sang Keldai masih berangan meragut
pucuk pokok, Sang Singa berfikir, "Ini hidangan
malam yang lebih menyelerakan jika aku dapat
menangkapnya". Sang Singa menerkam Sang
Keldai itu.

Bunyi ringkik Sang Keldai yang kuat itu
menyebabkan Sang Singa terkejut. Dia hampir
menangkap Sang Keldai tetapi terlepas kerana
terlalu kuat bunyi ringkikan Sang Keldai itu.

Sang Singa dengan hati yang sedih berlalu
pergi kerana tidak tahu di mana Sang Keldai itu
menyorok.

Dalam perjalanan memasuki hutan tiba-tiba,
Sang Singa ternampak seekor ayam jantan
bertenggek di atas pokok. Sang Singa memang
takut akan bunyi kokokan ayam jantan.

Sang Singa berfikir, "Jika aku melarikan diri,
mungkin aku terlepas". Tanpa membuang masa,
Sang Singa mengambil langkah untuk melintas di
hadapan ayam jantan itu walaupun dalam
ketakutan.

Ketika Sang Singa melintas di hadapan ayam
jantan, ayam jantan terus berkokok 'kokok!
Kokok! Kokok! Untuk menakutkan Sang Singa.
Sang Singa terus melarikan diri tanpa
menghiraukan keadaan sekeliling ke dalam
hutan.

Sang Keldai berkata. "Aku terselamat daripada
dimakan Sang Singa". Sang Keldai menari
kegembiraan.

Ayam jantan berjalan-jalan di dalam hutan dan
ternampak Sang Keldai sedang menari
kegembiraan."Hai Sang Keldai" ayam jantan
memulakan perbualan. Lalu Sang Keldai pum
menjawab, "Hai, ayam jantan". "Sang Keldai, kau
kenapa senorok sangat?" tanya ayam jantan
kehairanan melihat Sang Keldai.

Lalu Sang Keldai pum menjawab dengan suara
yang gembiran, "Ayam jantan, aku berasa lega
kerana Sang Singa sudah melarikan diri". Eh! Apa
yang sudah terjadi? tanya ayam jantan. "Hmm,
macam ni...", Sang Keldai memulakan cerita.

Ketika aku sedang meragut pucuk pokok di pinggir hutan, aku tidak ternampak seekor singa yang sedang
memerhatikan aku dengan muka yang ganas kelaparan dan ingin menerkam aku. Sang Singa tersebut secara senyap-
senyap mencari peluang yang sesuai untuk menerkam aku. Tidak lama kemudian, Sang Singa menerkam aku, aku
meringkik denga kuat. Pada masa itu, aku beranggapan aku sudah mati dimakan oleh Sang Singa. Muka bengis Sang
Singa untuk menterkam aku membuatkan aku ketakutan. Aku cuba untuk melepaskan diri daripada diterkam oleh Sang
Singa tetapi tidak berjaya.

Walaupunbegitu, aku masih tidak berputus asa kerana usaha tangga kejayaan. Dalam kebuntuan mencari idea untuk
menyelamatkan diri, aku terdengar bunyi kokokan ayam jantan dengan kuat. Walaupun aku bergelut dengan Sang
Singa, selepas bunyi kokokan ayam jantan Sang Singa melepaskan aku. Aku terus menyorok daripada Sang Singa. Sang
Singa sangat takut akan bunyi kokokan ayam jantan.

Sang Singa terus melarikan diri dengan laju ke dalam hutan. Aku terfikir, "Mungkin Sang Singa sudah jauh pergi
meninggalkan aku". Disebabkan keyakikan aku itu, aku pergi mencari kamu, ayam jantan untuk mengucapkan terima
kasih kerana sudah menyelamatkan aku daripada dimakan oleh Sang Singa. Ayam jantan berasa teruja kerana dapat
menyelamatkan Sang Keldai kerana di dalam hutan kita perlu saling bantu-membantu kerana berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

Ayam jantan memberitahu Sang Keldai, "Jika
ternampak bayangan Sang Singa di dalam
hutan teruslah menyorok sebelum ditangkap.
Sang Keldai tidak mengambil peduli apa yang
dinasihatkan oleh ayam jantan. Ayam jantan
dengan bersungguh-sungguh memberitahu
cara untuk menyelamatkan diri daripada Sang
Singa yang selalu menerkam haiwan sesuka
hati tetapi Sang Keldai tidak mendengar apa
yang dieprkatakan oleh ayam jantan.

Ayam jantan juga meluahkan perasaan
gembiran kerana dapat menyelamatkan Sang
Keldai. Bunyi kokokan ayam jantan yang kuat
itu dapat menakutkan Sang Singa dan
menyebabkan Sang Singa melarikan diri ke
dalam hutan. "Aku tidak takut kepadamu", kata
ayam jantan memperolok-olokkannya. "Kamu
mungkin Raja Rimba, tetapi aku lebih kuat
daripada kamu".

Ayam jantan memberitahu Sang Keldai, "Aku
berjaya mengalahkan haiwan yang paling
gagah".

Setelah selesai perbualan antara Sang Keldai dan ayam jantan, Sang Keldai pum berlalu pergi meninggalkan ayam
jantan dengan senang hati. Tanpa Sang Keldai sedar, Sang Singa masih tidak berpuas hati kerana tidak
mendapatkannya sebagai bahan makanan. Sang Singa masih menunggu Sang Keldai di kawasan itu.

Sang Keldai menari kegembiraan sambil diekori oleh Sang Singa. Sang Singa berkata, "Sudah tiba masanya untuk aku
menerkam Sang Keldai". Tanpa Sang Keldai sedar, Sang Singa berlari dengan laju menujunya dan terus menerkam Sang
Keldai. Sang Keldai tidak sempat melarikan diri. Sang Keldai akhirnya mati akibat kecuaian sendiri dan sikap tidak
peduli terhadap nasihat ayam jantan. Sang Singa berlalu pergi dengan senang hati kerana dapat makanan yang lazat
yang sudah lama diinginkan.

Jika ingin membuat sesuatu
hendaklah berhati-hati dan berfikir
terlebih dahulu dengan nasihat yang
disampaikan oleh seseorang dalam
apa yang kita ingin lakukan di mana

jua kita berada , kalau sudah
tersilap langkah malang tidak

berbau.


Click to View FlipBook Version