Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Nama: Nabilah binti Mohamad Rosli No. K/P : 040824-02-0458 Angka Giliran: 2022232310012 Program: PPISMP Ambilan: JUN 2022 Unit: Jabatan Pengajian Melayu Kelas: Bahasa Melayu A Nama Pensyarah: Puan Hajah Roziah binti Haji Ramli
Isi Kandungan 1.0Penghargaan....................................................... 1 2.0 Definisi dan Konsep Kesusasteraan................2-3 2.1 Bentuk dan Jenis Kesusasteraan......................4 2.3 Definisi Puisi Tradisional....................................5 3.0 Definisi Syair .................................................... 6-7 4.0 Syair Wasiat Ayahanda...................................8-12 4.1 Pengenalan Syair Wasiat Ayahanda............13-17 4.2 Manifestasi Akal Budi Syair Wasiat...................18 Ayahanda 4.2.1 Rangkap 1 Syair Wasiat Ayahanda............19-21 4.2.2 Rangkap 2 Syair Wasiat Ayahanda............22-24 4.2.3 Rangkap 3 Syair Wasiat Ayahanda............25-27
Isi Kandungan 4.2.4 Rangkap 4 Syair Wasiat Ayahanda.......28-31 4.2.5 Rangkap 5 Syair Wasiat Ayahanda.......32-34 4.2.6 Rangkap 6 Syair Wasiat Ayahanda.......35-38 4.2.7 Rangkap 7 Syair Wasiat Ayahanda........39-43 4.2.8 Rangkap 8 Syair Wasiat Ayahanda.......44-46 5.0 Nilai dan Pengajaran Syair Wasiat..........47-48 Ayahanda 6.0 Rujukan......................................................49
Penghargaan Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Puan Hajah Roziah binti Haji Ramli kerana memberi tunjuk ajar serta bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan lancar. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya kerana memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Akhir madah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih. 1
Kesusasteraan Kesusateraan Melayu merupakan hasil masyarakat Melayu yang mempunyai katakata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan serta keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri atau sekelompok masyarakat. 2
Kesusasteraan Umumnya, kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan bermaksud seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa . Kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Kesusasteraan dalam bahasa Melayu mempunyai maksud yang sama dengan literature dalam bahasa Inggeris . Perkataan literature berasal daripada literate yang bermaksud huruf atau abjad. 3
Kesusasteraan Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai ragam kerana masingmasing memiliki unsurunsur khusus yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan tertentu. Prosa Tradisional -cerita -mitos -legenda Prosa Moden -Novel -Cerpen Puisi Tradisional -Pantun -Syair -Gurindam Puisi Moden -Sajak 4
Puisi Tradisional Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Puisi tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu dan tidak menurut aturan tatabahasa yang sepatutnya. 5
Syair 6
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Namun, syair Melayu tidak berpandukan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi ArabParsi tetapi dalam bentuk asli masyarakat Melayu. 7
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah 8
Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri. Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Dicium kepala dengan tangisnya. Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku. Syair Wasiat Ayahanda 9
Syair Wasiat Ayahanda Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan. Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka dimanakan kekal, Habis harta badan tinggal, Laksana perahu bersauh tunggal. Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana. 10
Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa. Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalam dada. Syair Wasiat Ayahanda 11
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah irama Dodoi Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah irama Hiasan Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah irama Selendang Delima Pautan Video Contoh Dendangan Syair Wasiat Ayahanda https://youtu.be/NSiyuucSrkg https://youtu.be/nzM8qjZq7C8 12 https://youtu.be/H5RPAkM51hY
Pengenalan Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah 13
Syair Wasiat Ayahanda Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah merupakan syair hasil selenggaraan Dr. Anwar Ridhwan dan Profesor Rahman Shaari. Syair ini terkandung di dalam antologi Kasut Kelopak Jantung . 14
Syair Wasiat Ayahanda Tema bagi syair ini ialah nasihat seorang bapa kepada anaknya. Selain itu, syair ini mengandungi lapan rangkap dengan rima akhirnya aaaa. Syair ini juga merupakan syair bentuk cerita yang mengisahkan tentang pesanan seorang saudagar kepada anaknya. 15
Kesedihan ketika diambang maut Kasih sayang bapa kepada anaknya Kepentingan menghormati ibu bapa Kepentingan mengurus harta peninggalan dengan bijaksana Kepentingan amalan budi bahasa sesama insan. Persoalan yang terdapat di dalam syair ini ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Syair Wasiat Ayahanda 16
Syair Wasiat Ayahanda Syair ini mengandungi fungsi sastera pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila bermula daripada rangkap ketiga sehingga rangkap kelapan, syair Wasiat Ayahanda mengandungi nasihat dalam bentuk pesanan dan didikan seorang bapa kepada anaknya tentang tingkah laku, impak sekiranya tidak menguruskan harta dengan bijaksana serta tuntutan menjaga budi bicara. 17
Manifestasi Akal Budi dalam Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah 18
Rangkap 1 Syair Wasiat AYahanda 19
Syair Wasiat Ayahanda Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri. Pada rangkap pertama syair ini, penulis menggambarkan kisah pasangan suami isteri yang telah sakit selama tujuh hari sehingga tidak dapat bergerak . Selain itu, pada baris pertama syair terdapat unsur aliterasi iaitu pengulangan huruf a. Contohnya ada kepada suatu hari. 20
Syair Wasiat Ayahanda Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri. Dalam aspek akal budi, penulis menggunakan watak saudagar untuk menyampaikan beberapa pesanan yang terkandung di dalam rangkap seterusnya. Melihat kepada baris keempat rangkap pertama syair, sakit yang digambarkan oleh penulis iaitu tidak bergerak kanan dan kiri mungkin merujuk kepada sakit lumpuh. Hal ini demikian kerana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lumpuh didefinisikan sebagai tidak berdaya hendak berjalan atau tidak dapat bergerak. Oleh itu, inti yang boleh digariskan bagi rangkap ini ialah setiap yang hidup dan bernyawa di muka bumi ini pasti akan menemui ajalnya. 21
Rangkap 2 Syair Wasiat AYahanda 22
Syair Wasiat Ayahanda Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Dicium kepala dengan tangisnya Pada rangkap kedua syair, penulis menggambarkan bahawa saudagar tersebut telah merasakan bahawa ajalnya akan tiba dek kerana sakit yang dialaminya selama tujuh hari. Senario ini menunjukkan seorang bapa yang merasa sedih kerana akan meninggalkan anaknya di dunia ini. 23
Syair Wasiat Ayahanda Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Dicium kepala dengan tangisnya Melihat kepada aspek akal budi, penulis menceritakan bahawa sakit yang dialami saudagar merupakan petanda dirinya akan menghadap Ilahi. Kemudian, penulis menambah watak anak saudagar untuk mewujudkan suasana yang meruntun hati kepada para pendengar syair. Situasi ini bertambah pilu apabila saudagar sebagai bapa mencium kepala anaknya sambil mengeluarkan butir-butir manik putih. Umumnya, seorang bapa jarang menitiskan air mata di hadapan anaknya kerana bapa merupakan sosok tubuh yang kuat dan wira kepada setiap anak seperti kata pujangga, kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa. 24
Rangkap 3 Syair Wasiat Ayahanda 25
Syair Wasiat Ayahanda Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku. Pada rangkap ketiga, penulis menceritakan dialog antara saudagar dengan anaknya. Buktinya, perkataan 'wahai' digunakan pada baris pertama rangkap ini. Selain itu, terdapat unsur sinkope iaitu 'ku' pada baris pertama dan kedua yang membawa maksud aku. Maksud rangkap: Saudagar berkata kepada anak yang disayanginya bahawa ajalnya hampir tiba. Saudagar mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya dan berharap anaknya akan menjaga tingkah laku. 26
Syair Wasiat Ayahanda Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku. Berdasarkan rangkap ketiga syair, penulis menggunakan dua simpulan bahasa iaitu cahaya mata yang merujuk kepada anak saudagar serta buah hati yang bermaksud isteri saudagar. Penggunaan simpulan bahasa adalah untuk menambahkan lagi keindahan syair tersebut. Mesej yang disampaikan oleh penulis dalam rangkap ini ialah tuntutan untuk menjaga akhlak dan peribadi. Seseorang yang berakhlak dan berkeperibadian mulia akan sentiasa dihormati oleh orang sekeliling kerana menjaga adab serta tidak melakukan perkara yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Buktinya, semua agama menuntut penganutnya untuk menjaga tingkah laku dengan mengaplikasikan nilai murni seperti berbudi bahasa dan bekerjasama dalam kehidupan. Malah, tidak ada agama yang menyeru penganutnya untuk berbuat jahat atau kerosakan di muka bumi ini. 27
Rangkap 4 Syair Wasiat Ayahanda 28
Syair Wasiat Ayahanda Pada rangkap keempat syair ini, saudagar telah memberitahu tentang harta yang diwariskan kepada anaknya. Penggunaan kata tuan merujuk kepada anak saudagar. Maksud rangkap: Saudagar memberitahu anaknya bahawa dia meninggalkan harta yang banyak untuknya. Harta itu akan memberi faedah kepada anak itu. Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan. 29
Meneliti maksud baris keempat rangkap ini, penulis menggambarkan seolah-olah saudagar hanya mempunyai seorang anak tunggal kerana semua hartanya akan habis diserahkan kepada seorang anak yang disebutkannya. Seterusnya, harta yang ditinggalkan saudagar akan memberi manfaat kerana harta tersebut dapat menjadi bekalan kewangan kepada anaknya setelah dia meninggal dunia. Syair Wasiat Ayahanda Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan. 30
Dalam Islam, tuntutan untuk mewasiatkan harta ini dirakamkan di dalam surah AlBaqarah ayat 180 yang bermaksud kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. Tuntutan mewasiatkan harta adalah bertujuan untuk memastikan harta si mati digunakan ke arah kebaikan agar beroleh keberkatan Ilahi. Syair Wasiat Ayahanda Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan. 31
Rangkap 5 Syair Wasiat Ayahanda 32
Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka dimanakan kekal, Habis harta badan tinggal, Laksana perahu bersauh tunggal. Syair Wasiat Ayahanda Maksud rangkap: Menurut saudagar, jika anaknya tidak menggunakan akal, harta itu tidak akan kekal lama dan akan cepat habis. Pada rangkap kelima syair ini, penulis menceritakan bahawa saudagar telah memberikan didikan dalam bentuk nasihat kepada anaknya. 33
Syair Wasiat Ayahanda Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka dimanakan kekal, Habis harta badan tinggal, Laksana perahu bersauh tunggal. Selain itu, penulis juga memberi amaran bahawa anaknya akan kehabisan harta sekiranya tidak menguruskan dengan bijak. Penulis menggunakan perumpamaan laksana perahu bersauh tunggal untuk menggambarkan anaknya hanya akan tinggal badan atau diri sendiri seperti perahu yang akhirnya akan meninggalkan sauhnya di dalam laut ketika berlabuh. Pada rangkap kelima syair, saudagar telah memberikan pesanan bahawa anaknya perlu bijak dalam mengendalikan harta tersebut supaya dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Sebenarnya,inti yang ingin disampaikan oleh penulis ialah harta tersebut perlu digunakan dengan sebaik-baiknya serta kita sewajarnya mempunyai pengetahuan dalam merancang perbelanjaan harta demi kelangsungan hidup pada masa hadapan. 34
Rangkap 6 Syair Wasiat Ayahanda 35
Syair Wasiat Ayahanda Pada rangkap keenam syair ini, saudagar telah menceritakan implikasi yang akan berlaku sekiranya anaknya tidak menguruskan harta dengan baik. Maksud rangkap: Pemilik harta akan merana dan ditimpa kesusahan jika harta tidak diuruskan dengan baik. Hal ini kerana semua harta hanyalah fana di dunia ini. Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana. 36
Pada rangkap keenam syair ini, mesej yang cuba disampaikan oleh penulis ialah harta tidak akan berguna jika tidak diuruskan dengan baik. Sebagai contoh, sikap tamak dan boros dalam mengendalikan harta akan membawa kerugian besar pada diri sendiri. . Di samping itu, penulis menekankan kepada pendengar bahawa harta yang ada di dunia ini hanyalah fana atau bersifat sementara bahkan akan membawa kepada kemudaratan sekiranya dibiarkan menguasai nafsu diri sendiri. Fana merupakan kata pinjaman bahasa Arab yang bermaksud tidak kekal. Syair Wasiat Ayahanda Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana. 37
Syair Wasiat Ayahanda Pada akhir baris, penulis memberi peringatan bahawa ketamakan terhadap harta akan membawa kebinasaan kepada diri kita. Sikap boros dan terburu-buru dalam membelanjakan harta akan mengakibatkan diri kita hanya tinggal sehelai sepinggang. Apabila kita merenung sejenak untuk memikirkan realiti kehdupan sekarang itulah yang berlaku dalam masyarakat kita iaitu ramai orang sanggup bermusuhan atau bergaduh hanya kerana harta dan ada yang menanggung akibat daripada terlalu mengejarkan harta sehingga sanggup memilih untuk mencari rezeki secara haram. Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana. 38
Rangkap 7 Syair Wasiat Ayahanda 39
Syair Wasiat Ayahanda Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa. Rangkap ketujuh syair ini menjelaskan bahawa saudagar turut berpesan kepada anaknya tentang kepentingan budi bahasa, di samping memuliakan ibu bapa. Anaknya juga perlu segera manyapa orang lain yang ditemuinya sebagai tanda hormat mereka. 40
Syair Wasiat Ayahanda Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa. Pada rangkap ketujuh ini, saudagar mewasiatkan tiga perkara kepada anaknya iaitu menjaga budi bahasa, memuliakan ibu bapa dan saling menyapa sesama masyarakat. Berdasarkan baris pertama rangkap ketujuh ini, penulis memesan kepada kita agar tidak lupa menjaga budi dan tutur bicara. Amalan berbudi bahasa merupaka amalan yang perlu dititikberatkan supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Namun, cara berkomunikasi kita bukan sahaja melalui kata-kata tetapi setiap aksi kita menunjukkan budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Justeru itu, kita perlu sentiasa berjaga-jaga dalam butir bicara dan menyedari aksi yang kita lakukan kerana santun budaya kita. 41
Syair Wasiat Ayahanda Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa. Selain itu, penulis juga berpesan supaya kita memuliakan ibu bapa. Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah. Ibu ialah figura yang telah berkorban menanggung sakit saat melahirkan seorang anak manakala pengorbanan seorang ayah ialah bekerja penat lelah membanting tulang demi menjaga dan menyara keluarga. Oleh sebab itu, anak-anak yang memuliakan kedua-dua ibu bapanya akan dianugerahkan nikmat kebahagiaan dalam kehidupan. 42
Akhir sekali, amalan saling bertegur sapa sesama masyarakat termasuklah jiran tetangga. Amalan bertegur sapa sesama manusia merupakan titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mersa dalam kalangan masyarakat. Sikap suka bertanya khabar boleh mewujudkan silaturahim yang baik dengan masyarakat sekeliling. Dalam agama Islam, kita diajar supaya membudayakan amalan memberi salam sebagai tanda kita menghormati orang sekeliling. Namun, sekiranya jiran tetangga bukan beragama Islam, kita boleh mengucapkan salam sejahtera bagi menunjukkan sikap kemesraan kita kepada mereka. Syair Wasiat Ayahanda Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa. 43
Rangkap 8 Syair Wasiat Ayahanda 44
Syair Wasiat Ayahanda Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalam dada. Rangkap kelapan syair ini menjelaskan bahawa sesetengah orang berbeza adatnya. Ada orang yang mengutamakan budi bahasa berbanding harta benda. 45
Syair Wasiat Ayahanda Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalam dada. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adat didefinisikan sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesebuah masyarakat. Penulis menggunakan perkataan adat bagi merujuk kepada pegangan setiap orang itu berbeza iaitu ada sesetengah orang menganggap bahawa budi pekerti dalam bertegur sapa itu tinggi nilainya melebihi nilai harta benda. Hal ini demikian kerana orang yang berbudi bahasa akan sentiasa disanjung dan dipandang tinggi oleh orang sekeliling kerana hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. 46
Nilai dan Pengajaran Syair Wasiat Ayahanda 47