The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHAYATAN ETIKA DAN BERADABAN ( E- FOLIO )

PENSYARAH :
PUAN RAIHAN BINTI AHMAD
DIHASILKAN OLEH :
NUR FATIN SAHIRA BINTI MOHD FAIZAL ( 16DAT23F1042 )

NUR SHAKIERA BINTI MOHD NASIR ( 16DAT23F1055

NURULAUJI NASUHA BINTI MOHD ZAIDI ( 16DAT23F1051 )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatin, 2023-10-30 23:57:13

Utuhkah Perpaduan Rakyat Berbilang Bangsa di Malaysia?

PENGHAYATAN ETIKA DAN BERADABAN ( E- FOLIO )

PENSYARAH :
PUAN RAIHAN BINTI AHMAD
DIHASILKAN OLEH :
NUR FATIN SAHIRA BINTI MOHD FAIZAL ( 16DAT23F1042 )

NUR SHAKIERA BINTI MOHD NASIR ( 16DAT23F1055

NURULAUJI NASUHA BINTI MOHD ZAIDI ( 16DAT23F1051 )

Keywords: UTUHKAH PERPADUAN RAKYAT BERBILANG BANGSA DI MAALAYSIA?

MALAYSIA MADANI MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA YANG UNIK MALAYSIA BERSATU ‘‘MANUSIA YANG LEMAH SEKALIPUN JIKA BERSATU PADU AKAN DAPAT MENGGONCANG DUNIA DEMIKIANLAH KESANNYA PERPADUAN’’

Isi Kandungan Penghargaan Carta Editor Pengenalan Kesan sekiranya tidak wujud perpaduan di Malaysia 4 Kepentingan perpaduan bangsa di Malaysia 2 Langkah perpaduan rakyat berbilang bangsa di Malaysia Isu Semasa Beberapa bangsa yang ada di Malaysia Keputusan soal selidik Perpaduan kaum kunci utama keharmonian, kesejahteraan rakyat dan negara Tragedi 13 Mei ‘ ajar’ kita erti perpaduan Resepi Ayam Buttermilk - Che Nom Cadangan Kesimpulan Gambar Perkegerakkan kerja Rujukan MUKA SURAT 2 1 3 4 5 6 7 8-9 10 11 12 13 14 15 16 17-18 19

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam Tuhan yang pemurah lagi Maha Pengasih. Atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas rakyat Malaysia yang masih bersatu padu antara kaum. Dalam hal ini, ternyata Malaysia ini adalah negara yang sangat unik kerana telah membina palbagai bangsa dan dapat bersatu padu dalam sebuah masyarakat yang harmoni. Antara kaum utama seperti kaum Melayu yang majoritinya lebih banyak dan diikuti oleh kaum cina dan india . Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai pelbagai bangsa dan budaya oleh itu rakyat Malaysia perlu memainkan peranan aktif untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni ini pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, di Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan etnik yang dimana kita harus betanggungjawab dalam satu proses menyatupadu seluruh masyarakat dan negara Malaysia bagi melahirkan perasaan cinta akan tanah air ini. Sewajarnya, kita sebagai rakyat haruslah mengeratkan hubungan antara satu sama lain agar boleh menyumbang kearah perpaduan yang kebih kuat di negara kita. Oleh itu , tegaslah disini bahawa rakyat Malaysia harus memainkan peranan dalam setiap individu bagi menciptakan sebuah negara yang kuat dan harmoni untuk kearah kemajuan negara www.Gengamtanahairku.com @Gengamtanahairkusite [email protected] 123 Lorong 1/7 Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur 1 PENHARGAAN

CARTA EDITOR 3 PENSYARAH : PUAN RAIHAN BINTI AHMAD UTUHKAHPERPADUAN RAKYATBERBILANG BANGSADI MALAYSIA? KETUA EDITOR : NUR FATIN SAHIRA BINTI MOHD FAIZAL 16DAT23F1042 PEMBANTU EDITOR : NUR SHAKIERA BINTI MOHD NASIR 16DAT23F1055 KETUA GRAFIK : NURULAUJI NASUHA BINTI MOHD ZAIDI 16DAT23F1051

PENGENALAN Malaysia merupakan salah satu negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa serta dapat hidup dengan harmoni. Terdapat tiga bangsa yang dikenali ramai iaitu Melayu, Cina dan India. MAKSUD & DEFINISI 4 Selain itu, terdapat juga bangsa lain seperti Iban, Kadazandusun, Melanau dan lain-lain. Walaupun berlainan bangsa, setiap masyarakat dapat membentuk satu identiti di kalangan mereka dan mempunyai peranan masing-masing untuk menyatukan nilai kemanusiaan yang baik. Masyarakat juga perlu memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam diri, bukan sahaja pada hari kemerdekaan tetapi pada setiap masa untuk mengelakkan daripada konflik antara kaum serta dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Hal ini, perpaduan kaum merupakan aset penting bagi negara demi menjamin kemajuan negara. Oleh itu, masyarakat perlu bekerjasama dalam usaha mengutuhkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dia Malaysia Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Utuh bermaksud tidak berpecah dalam erti kata lain negara yang kukuh. Perpaduan pula bermaksud penggabungan sesebuah masyarakat menjadi sepakat antara satu sama lain .

Antara kesannya ialah keharmonian negara terjejas. Hal ini kerana tiada kesepaduan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, rakyat tidak akan mempunyai matlamat yang sama . Ini menyebabkan keamanan negara akan terjejas kerana kerjasama antara masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk dan disempurnakan dengan jayanya. Malaysia ialah hubungan etnik yang harmoni atau erti kata lain perpaduan rakyat dalam negara. Sekiranya hubungan etnik tergugat maka kelangsungan hidup Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas. Hal ini akan menjejaskan pembangunan ekonomi tidak stabil Sebagai contoh, dalam sektor pekerjaan iaitu berlaku pilih kasih untuk mengambil pekerja dan tidak mengambil pekerja yang berlainan kaum. Hubungan yang tidak harmoni antara kaum akan menyebabkan pertelingkahan. Hal ini akan memberi kebimbangan kepada pelabur-pelabur untuk melabur di syarikat mereka jika berlaku huru-hara dalam pengurusan syarikat. Hal ini akan menjadikan ekonomi semakin merosot. 5 KESAN SEKIRANYA TIDAK WUJUD PERPADUAN DI MALAYSIA ‘‘...Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan sahaja.’’ -Sasterawan Negara, Usman Awang Selain itu, Masyarakat menjadi tidak bermoral. Sekiranya rakyat tidak bersatu padu akan menyebabkan wujudnya masyarakat yang tidak bermoral iaitu tidak bertolak ansur dan tidak beretika. Sekiranya wujud masyarakat seperti ini akan menyebabkan pertelingkahan antara kaum dan akan berlaku pada bila-bila masa. Ia juga akan memberi kesan yang amat teruk jika masalah ini tidak dibendung dengan baik iaitu akan berlakunya kematian atau pergaduhan yang besar dan sebagainya.

4 Kepentingan Perpaduan Bangsa di Malaysia Antara kepentingan perpaduan bangsa di Malaysia ialah dapat memupuk semangat nasionalisme untuk mempertahankan negara daripada berlakunya penjajahan. Dalam hal ini, pemimpin negara juga memainkan peranan bagi mengatur strategi bagi umtuk mengukuhkan lagi perpaduan antara bangsa. Seterusnya, kepentingan perpaduan bangsa adalah bagi menjamin keselamatan. Perpaduan yang kukuh dapat menguatkan benteng pertahanan negara. Ianya juga, memupuk rasa hormat menghormati antara satu sama lain. 6 Selain itu, perpaduan bangsa yang kukuh dapat menjadikan keunikan yang menarik pelancongan asing untuk datang ke Malaysia. Di Malaysia, terdapat banyak adat, budaya dan makanan yang dapat menjadi tarikan untuk pelancong asing datang melancong disini. Contohnya, menikmati nasi lemak dan roti canai di pagi hari sebagai sarapan pagi. Dengan itu, kita dapat meningkatkan lagi ekonomi negara dan negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Akhir sekali, Malaysia dapat menjadi contoh kepada masyarakat global untuk mencapai keamanan. Sebagai contoh, sekarang negara palestin yang sedang berperang dengan israel We are Malaysians. This is the bond that unites us. Let us always remember that unity is our fundamental strength as a people and as a nation. -Tuanku Abdul Rahman-

Langkah pertama ialah kerajaan boleh mengadakan aktiviti gotong-royong secara besar-besaran bersama semua masyarakat pelbagai bangsa . Contohnya aktiviti yang mereka boleh lakukan adalah dengan membersihkan taman persekitaran rumah mereka. Dengan ini, masyarakat pelbagai bangsa akan menjadi lebih erat antara satu sama lain melalui perbualan dan kerjasama antara merekan. Langkah yang kedua, ialah kerajaan harus memperbanyakkan sekolah kebangsaan di Malaysia ini.Contohnya ibu bapa dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaaan dari kecil .Ia jugak dapat memberi kesan agar dapat melahirkan pemudapemuda yang tiada mempunyai masalah dalam pergaulan antara perbezan bangsa lain. Hal ini kerana, dengan pergaulan yang baik dan semangat bersatu hati ia dapat menjalinkan satu tiang yang kukuh dan menjadi bukti kekuatan sesebuah rakyat Malaysia seperimana yang telah diikarkan oleh rakyat Malaysia. 7 Kesimpulanya, negara Malaysia ini boleh menjadi semua negara yang maju jika adanya bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.Tegaslah bahawa bersatu padu antara berbilang bnagsa ini dapat menghasilkan sebuah negara yang lebih kuat dan hormoni. Rakyat Malaysia sewajarnya mengamalkan sikap berat sama dipikul , ringgan sama dijinjing antara pelbagai bangsa kerana ia dapat menghasilkan nusa tercinta bersama-sama . Antara langkah yang dapat diamabil oleh rakyat malaysia adalah dengan menyatupadu antara semua bangsa 2 LANGKAH PERPADUAN RAKYAT BERBILANG BANGSA DI MALAYSIA https://id.scribd.com/doc/267258014/LangkahMengukuhkan-Perpaduan

BY ASTRO AWANI THE NEWS MALAYSIA UNITY ISU SEMASA 8 Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB PASIR MAS: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia. "Orang Kelantan hidup sebagai satu keluarga. Minggu lalu saya menerima kunjungan dari Persatuan Lima Agama selain Islam dan kaum bukan Melayu. Semasa kunjungan itu Pengerusi Himpunan Dewan Perniagaan Cina Kelantan tersebut, dia waktu itu (13 Mei) berada di Pasir Mas, keluarga Melayu ambil (dia) duduk dengan mereka (orang Melayu). "Sedangkan ketika itu tidak berlaku apa-apa, namun dia terkenang budi dengan keluarga Melayu itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Semarak Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasir Mas di Meranti pada Sabtu. 100 Hari Kerajaan Perpaduan: Kaum bukan Melayu lebih ramai rasakan hala tuju negara betul KUALA LUMPUR: Malaysia Madani menjadi tunjang dan garis panduan dalam mengemudi negara sebagai hala tuju Kerajaan Perpaduan. Dalam memenuhi aspirasi Kerajaan demi kesejahteraan rakyat, setiap program dan agenda yang dilakukan perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan agar ia benar-benar dirasai setiap anggota masyarakat. Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan menunjukkan, 45 peratus daripada lebih 35,000 responden mengatakan hala tuju semasa negara adalah betul. https://www.astroawani.com/top ic/perpaduan-kaum

KUALA LUMPUR: Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh. Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perkara itu hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama. Berikutan itu, katanya, penting bagi semua rakyat yang sederhana dan patriotik untuk terus memperjuangkan usaha membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu. “Kita mampu menggapai impian jika kita bersatu padu selain mempunyai pelan jangka panjang yang baik serta berusaha dengan bersungguhsungguh. “Saya berharap kita dapat mempunyai lebih banyak detikdetik perpaduan seperti ini dan dapat mengekalkan semangat patriotisme dan perpaduan yang sama dalam apa juga jenis sukan dan aktiviti riadah yang lain. “Kita perlu mengekalkan semangat perpaduan dan muhibah dan patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Lam Thye berkata, perkara itu perlu kerana perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya adalah cabaran terbesar negara pada tahun mendatang. “Cabaran ini kunci utama kelangsungan hidup kita sebagai sebuah negara. Amat dikesalkan jika ada sesiapa yang membuat kenyataan panas dan provokatif yang boleh membawa kepada konflik dan ketegangan serius yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara. “Sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan patriotik, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan. “Apa yang Malaysia perlukan hari ini bukan wira etnik tetapi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang dapat membantu memupuk semangat muhibah, saling menghormati, kedamaian dan keharmonian. “Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menyatukan Malaysia berdasarkan nilai murni diajar semua agama dan kaum dan bukannya mengamalkan dan mengeksploitasi sentimen etnik,” katanya. Beliau berkata, perpaduan sebenarnya hadiah tidak ternilai, perlu dipelihara dan dihargai semua rakyat berbilang kaum seperti Malaysia. “Adakah kita sanggup melihat perpaduan yang dibina selama ini dimusnahkan oleh sikap perkauman dan tidak menghormati agama orang lain. Saya teringin untuk melihat keharmonian kaum dan semangat muhibah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum di tahun 70- an, 80-an dan 90-an. “Semangat muhibah terhasil apabila rakyat yang berasal dari etnik dan agama yang berbeza saling menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum. “Di Malaysia, perpaduan dalam komuniti pelbagai kaum sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Ia menjadi sumber penting integrasi kaum selama bertahun-tahun dan pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia tempat yang harmoni untuk hidup, belajar, bekerja dan bermain,” katanya. Justeru, Lam Thye berkata semua pemimpin politik dan semua rakyat Malaysia mesti mengamalkan prinsip kesederhanaan yang menjadi kunci kepada pembangunan negara. “Semua pembuat, perancang dan pelaksana dasar pula perlu berpegang kepada prinsip kesederhanaan supaya pemikiran dan tindakan mereka selari dengan matlamat dan objektif Rukun Negara serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan,” katanya. 9 PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA PERLU TERUS UTUH BY BERITA HARIAN BY HAIKA KHAZI [email protected] September 9, 2019 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpadu an-kaum-di-malaysia-perlu-terus-utuh

GAMBAR & KAPSYEN KAUM MELAYU KAUM INDIA KAUM CINA KAUM IBAN KAUM BAJAU KAUM KADAZAN KAUM MURUT KAUM KENYAH 10

Ya 94.1% Tidak 5.9% 11 Utuhkah perpaduan rakyat berbilang bangsa di Malaysia ?

KUALA LUMPUR: Perpaduan berbilang kaum ialah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara, titah Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah. Menerusi hantaran melalui Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka bertitah ia bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan". "Malah, keutuhan perpaduan ini adalah juga kunci utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara serta benih dan sumber kekuatan bagi kita menghadapi apa jua cabaran semasa dan mendatang," titah AlSultan Abdullah. Seri Paduka turut menyeru rakyat untuk mengimbau kembali lebih enam dekad yang lepas apabila semangat kenegaraan dan cintakan tanah air telah menyatupadukan rakyat dengan tekad dan iltizam sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi realiti. Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat untuk menghargai dan menghayati jasa para pemimpin, pejuang dan patriot kemerdekaan negara dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selain jasa anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara “Justeru, menjadi tanggungjawab bersama para pemimpin dan rakyat dalam bukan sahaja memelihara dan mengukuhkan lagi keharmonian serta perpaduan yang dikecapi selama ini, malah menyemarakkannya lagi sesama kita,” titah Seri Paduka. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang berkekalan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana. Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia di negara ini mahupun yang berada di luar negara. Seri Paduka berdua merafak kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya baginda berdua dan seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama meraikan ulang tahun hari bersejarah ini pada usia kemerdekaan negara menginjak ke-66 tahun, dalam suasana harmoni serta aman dan damai. -- BERNAMA Jose Manuel Barroso ‘ There is no stability without solidarity and no solidarity without stability ” 12 Perpaduan kaum kunci utama keharmonian, kesejahteraan rakyat dan negara - Agong BERNAMA Ogos 31, 2023 by Astro Awani

Tragedi 13 MEI ‘ajar’ kita erti perpaduan 54 tahun lalu, pada tarikh 13 Mei, jika diimbas kembali kejadian yang berlaku sewaktu itu, pastinya tiada yang sanggup untuk cuba membayangkannya. Terlalu tragis untuk dikenang. Ekoran perselisihan faham antara kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969, 196 nyawa tidak bersalah menjadi korban selain 439 individu cedera, 39 hilang serta 9,143 lagi rakyat terpaksa ditahan pasukan keselamatan. Melihat kepada impak insiden berdarah itu, seharusnya peristiwa berkenaan dijadikan pengajaran di mana masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu terus bersatu padu dan hidup secara harmoni. Ini kerana, budaya tolak-ansur dan saling menghormati dilihat menjadi antara asas terpenting bagi memastikan konsep perpaduan kekal terjalin seterusnya memadamkan api kebencian yang cuba dinyalakan pihak tertentu. Dalam konteks ini, pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, naratif mengenai peristiwa itu perlu sentiasa disampaikan kepada masyarakat terutamanya golongan muda agar mengetahui mengenai sejarah hitam tersebut. Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan penceritaan itu sampai ke setiap peringkat rakyat dan dihayati sebaiknya seterusnya berupaya mewujudkan kumpulan masyarakat saling menghormati. “Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyampaikan kisah di sebalik peristiwa itu, sebaliknya semua pihak harus memainkan peranan masing-masing untuk menyalurkan maklumat terutamanya kepada golongan muda. “Sebagai contoh, pihak sekolah dan institut pengajian tinggi boleh menggunakan platform media sosial mereka bagi menyampaikan pengajaran dan impak peristiwa berkenaan kepada kumpulan sasar,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai segelintir individu yang gemar menghangatkan api perkauman khususnya dalam arena politik, Mohamad Shatar menjelaskan, jumlahnya dilihat rendah dan boleh ditangkis dengan kerjasama rakyat. Jumlah mereka yang suka menyemarakkan api perkauman mungkin dalam satu peratus sahaja, baki 99 peratus lagi ialah kumpulan rakyat yang sentiasa menghormati dan kekal menjaga budaya perpaduan antara kaum. “Lantaran itu, kita perlu mencorakkan pemikiran majoriti rakyat itu agar terus memahami tentang impak peristiwa 13 Mei seterusnya mampu mengatasi kebencian yang cuba dibawa oleh kumpulan dalam kategori satu peratus,” jelasnya. Mohamad Shatar turut mengingatkan mana-mana calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang untuk terus kekal menjaga keharmonian dan tidak menggunakan sentimen perkauman ketika berkempen. “Kita mengadakan PRN bagi mencari kestabilan politik, jadi calon bertanding perlu mempamerkan sisi matang dan hanya memainkan isu sesuai dan bukannya aspek perkauman semata-mata. “Masyarakat juga perlu bijak memilih di mana harus memberi peluang kepada calon politik yang mampu menjaga keharmonian antara kaum sekali gus membawa kestabilan kepada Malaysia tercinta,” katanya. -KOSMO! ONLINE 16 Mei 2023, 8:47 am MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN by kosmos online https://www.kosmo.com.my/2023/05/16/tragedi-13-mei-ajar-kita-erti-perpaduan/ 13

Resepi AyamButtermilk by Che Nom 1/2 tin susu cair 3 ulas bawang putih, hiris halus 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu 4 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 4 biji cili padi Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam: 2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Cara-cara untuk ayam buttermilk: Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Resepi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain. Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera. Bahan-bahan 2 ketul besar ayam, bahagian dada Cara Penyediaan: 1. 2. 3. 4. 5. a. b. c. Tip: 14

Sebagai golongan muda, kita perlulah bersikap rasional bagi mengelakkan berlakunya isu perkauman. Hal ini kerana, banyak isu perkauman yang berlaku daripada golongan muda terutamanya sekali, golongan remaja sekolah. Contohnya, mengejek atau membuli pelajar yang berlainan bangsa. Selain itu, jika mempunyai ancaman seperti penindasan dari segi ekonomi, politik dan sebagainya akan menyebabkan halangan kepada keharmonian dan perpaduan rakyat di negara Malaysia. Jika rakyat tidak mempunyai sifat perpaduan dalam diri ia akan menyebabkan negara menjadi huru-hara dan kacau-bilau atau menjejaskan keselamatan dan keamanan negara. Selain itu, kadar jenayah di Malaysia akan meningkat, perbalahan antara kaum akan terjadi seperti peristiwa 13 Mei. Hal ini akan menimbulkan perasaan saling benci membenci dan tiada rasa kasih-sayang, tanggungjawab dan kerjasama di antara kaum. Jika kita saling berganding bahu antara masyarakat berbilang bangsa ini dapat menaikkan taraf perpaduan di negara kita serta merealisasikan kecermelangan dalam mengeratkan perpaduan berbilang bangsa di negara kita. Sudah terang lagi bersuluh, mengeratkan perpaduan berbilang bangsa ini amat penting terutama pada golong muda yang ingin menyambung dasar ekonomi serta pembagunanan di era pada masa akan datang. CADANGAN 15

Natijahnya, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Seterusnya, keistimewaan itu dapat menarik perhatian pelancong luar untuk datang melancong ke negara kita. Hal ini, negara kita dapat meningkatkan lagi ekonomi negara kerana ramai pelancong yang datang melancong ke negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah saling hormat - menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa. Selain itu, kita perlu mengamalkan nilai-nilai masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan itu, kita dapat mengelakkan risiko berlakunya isu perkauman. Pada waktu yang sama, kita dapat mengukuhkan ikatan silaturahim antara satu sama lain dan mengekalkan keamanan negara. Maka, negara lain dapat menjadikan kita sebagai teladan agar negara mereka kekal aman damai. KESIMPULAN 16

Gambar Pergerakkan Kerja Bengkele-folio Perbincangan secara dalam talian 17

18

Rujukan HAIKA KHAZI, [email protected], September 9, 2019, Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpadu an-kaum-di-malaysia-perlu-terus-utuh https://www.astroawani.com/topic/perpaduan-kaum BERNAMA, Ogos 31, 2023, Astro Awani https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-kaum-kunciutama-keharmonian-kesejahteraan-rakyat-dan-negara-agong-435244 MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN, 16 Mei 2023, 8:47 am, kosmos online https://www.kosmo.com.my/2023/05/16/tragedi-13-mei-ajar-kita-ertiperpaduan/ 19

Click to View FlipBook Version