The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ubaidullatif, 2022-08-23 03:46:47

akidah

akidah

AQIDAH UBAIDILLAH BIN ABDUL LATIF

PENDAHULUAN PENGERTIAN

Akidah merupakan pegangan teras dalam diri • Akidah menurut pengertian bahasa berasal
insan. Jika salah pegangan akidah, segala daripada kata kerja bahasa Arab, iaitu:
amalan insan tidak ada nilai di sisi Allah dan ia ‘Aqada yang bermaksud simpul atau ikat.
kekal dalam neraka. Akidah mestilah
diperkukuhkan dengan dalil yang pasti dan • Akidah menurut pengertian istilah pula ialah
yakin bersumberkan wahyu yang tiada seorang berpegang dan membenarkan di dalam hati
pun yang dapat menandinginya. Ia tidak dan meyakini dengan pasti tanpa bercampur
bercampur aduk dengan waham, syak atau dengan sebarang keraguan, syak dan
dzan. Firman Allah s.w.t.: kegundahan jiwa.

‫باٰ هّلِل َوَر ُس ْوِله‬.ِ .‫ا‬.‫ِا َّن َما ا ْل ُم ْؤ ِم ُن ْو ُثَ َّنما ََّلل ِْذمْي َيَ ْنرَتٰاا َُبم ُْنوْاو‬

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah
orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah s.w.t.
dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu.

(Surah al-Hujurat 49: 15)

Akhlak KEPERCAYAAN
(Ilmu Tasawuf)
Yakin: 100%
Syari’at Zhan al-ghalib: 90% - 99%
(Ilmu Feqah)
Zhan: 51% -89%
Aqidah Syak: 50%
(Ilmu Tauhid)
Waham: < 50%

TAQLID KATEGORI DALIL

PENGERTIAN Mengambil atau Dalil yang memerlukan kepada
mengikut pendapat huraian atau tafsiran yang panjang
TAFSILI dan boleh menjawab soalan yang
orang lain tanpa
mengetahui dalil atau payah-payah untuk menolak
sebarang kesamaran dan
hujahnya. penyelewengan.

HUKUM Jumhur ulama Dalil yang ringkas dan pendek yang IJMALI
berpendapat TIDAK tidak boleh menghuraikan masalah

HARUS bertaqlid yang payah-payah dan rumit.
dalam masalah
aqidah bagi sesiapa
yang mampu
mengkaji, belajar
serta mencari dalil.

DALIL ALLAH WUJUD HUKUM DAN PEMBAHAGIANNYA

DALIL IJMALI Hukum ialah menetapkan sesuatu perkara bagi
‘Alam ini. sesuatu perkara yang lain atau menafikan dia

DALIL TAFSILI daripadanya.
Debat Imam Abu Hanifah dengan Dahri:
SYARAK Perintah Allah s.w.t. berkaitan
D : Benarkah Allah itu wujud? dengan perbuatan mukallaf, sama
AH : Sesungguhnya, Allah itu wujud. ada berbentuk tuntutan atau
D : Sekiranya benar, bila dia dilahirkan? mengandungi pilihan.
AH : Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan.
ADAT Menetapkan suatu perkara bagi
Dia yang pertama, dan Dia juga yang terakhir, suatu perkara yang lain atau
tidak ada sesuatu sebelumnya mahupun menafikan dia daripadanya dengan
selepasnya. sebab berlaku berulang kali.
D : Mustahil tiada yang mendahului, dan kemudian
darinya. Buktikan dengan contoh kepadaku. AKAL Menetapkan sesuatu atau
Cuba kamu lihat ibu jari ini, adakah jari menafikan sesuatu tanpa perlu
AH : sebelumnya? Cuba lihat pula jari kelingking ini, berlaku berulang kali. Iaitu hukum
adakah jari selepasnya? Sekiranya jari tuhan yang berdasarkan kepada akal
boleh buat begitu, apatah lagi diriNya. fikiran.

HUKUM SYARAK HUKUM ADAT

 Perintah melakukan sesuatu perkara sama Wajib pada adat iaitu perkara yang
ada wajib atau sunat.
i pasti terjadi dan pasti berlaku pada
 Perintah meninggalkan sesuatu perkara kebiasaannya, seperti makan banyak
sama ada haram atau makruh. pasti kenyang.

 Pilihan untuk melakukan sesuatu perkara ii Mustahil pada adat iaitu perkara
sama ada hendak melakukan atau tidak. yang tidak biasa berlaku, seperti
Dinamakan harus. makan banyak tidak kenyang.

Harus pada adat iaitu perkara yang

iii boleh berlaku dan tidak berlaku,
seperti kenyang atau tidak apabila
makan sedikit.

HUKUM AKAL HUKUM ADAT DAN HUKUM AKAL

Wajib pada akal ialah Wajib, mustahil dan harus pada Hukum Adat
suatu perkara yang pada adalah harus pada Hukum Akal. Seperti makan
akal ia mesti ada, seperti banyak pasti kenyang dan mustahil lapar pada
adanya Allah. Hukum Adat tetapi harus kenyang atau
sebaliknya pada Hukum Akal. Kerana yang
Mustahil pada akal ialah menentukan sama ada kenyang atau tidak
suatu perkara yang pada adalah Allah s.w.t..
akal ia mesti tiada.
Umpamanya difikirkan Dengan mengetahui Hukum Adat akan
Allah ada anak. mengelakkan seseorang itu …
 menjadi fasik seperti menyalah anggap wajib
Harus pada akal ialah
suatu perkara yang boleh adat itu ialah wajib akal.
diterima pada akal ia ada  menjadi kufur disisi Allah Taala, seperti
atau pun tidak ada.
Sebagai contoh Umar mengatakan "Tidak diterima oleh akal..."
ada anak atau tiada. apabila membicarakan tentang mukjizat
Rasul-rasul.

SKOP PEMBICARAAN ILMU ILAHIYYAT
TAUHID
Ilahiyyat menerangkan tentang hal-hal yang
ILAHIYYAT (KETUHANAN) berkaitan dengan keTuhanan, seperti: Zat, Sifat,
Allah Ta’ala dan sifat-sifatNya. Nama juga Perbuatan Allah. Meneliti serta
mengkaji perkara yang berkaitan dengan
NUBUWWAT (KENABIAN) Ilahiyyat boleh membawa ke arah makrifah
Para rasul dan sifat-sifat mereka. Allah atau mengenal Allah.

GHAIBIYYAT/ SAM’IYYAT Makrifah Allah ialah percaya penuh yakin
Malaikat, syurga, neraka, hari kiamat, Mahsyar, wujudnya Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir
dosa, pahala dll. mutlak seluruh alam. Setiap orang beriman
wajib mengenal Allah menurut kemampuan
MUMKINAT/ MAKHLUQAT dan tingkatan ilmu masing-masing. Landasan
Jirim (benda) dan ‘aradh (sifat benda). yang ditetapkan oleh ulama untuk mengenal
Allah ialah berdasarkan dalil.

MENGENAL ALLAH MENGENAL SIFAT ALLAH

Iktiqad yang putus (teguh) bertepatan dengan TAFSILI IJMALI
yang hak (benar) dengan dalil.

Iktiqad • Kepercayaan yang tidak ada Yakin dan tahu 20 sifat Yakin bahawa Allah
yang putus berdolak dalik dan tidak ada syak, yang wajib bagi Allah,
zhan dan waham. 20 sifat yang mustahil memiliki segala sifat
(teguh) dan satu sifat yang
• Kepercayaan yang mengikut harus bagiNya. kesempurnaan dan
Bertepatan kepercayaan Rasulullah SAW dan
dengan para Sahabat. mustahil bagiNya

yang hak • Kepercayaan yang disertakan segala sifat
(benar) dengan dalil yang menguatkan
kepercayaannya. kekurangan.
Dengan
dalil

SIFAT WAJIB BAGI ALLAH HURAIAN SIFAT-SIFAT ALLAH

NAFSIYYAH SALBIYYAH MA’ANI MA’NAWIYYAH o Allah wajib ada.
o Ada Allah itu tidak dengan sesuatu
Wujud Qidam Qudrat Kaunuhu Qadiran sebab.
WUJUD o Wujud Allah itu adalah sesuatu
Baqa’ Iradat Kaunuhu Muridan kebenaran yang tidak dapat
o diragukan lagi.
Mukhalafatuhu Ilmu Kaunuhu ‘Aliman Hakikat wujud Allah itu tidak dapat
lilhawadith o dilihat dengan mata kepala kita.
QIDAM o
Qiyamuhu Hayat Kaunuhu Haiyan Tiada permulaan bagi wujud Allah.
binafsihi o Wujud Allah tidak pernah didahului
BAQA’ o oleh tiada sebelumnya.
Wahdaniyat Sama’ Kaunuhu Sami’an
Allah tiada kesudahan bagi wujudnya.
Bashar Kaunuhu Allah kekal terus menerus yang tidak
Bashiran ada penghabisannya.

Kalam Kaunuhu
Mutakalliman

o Allah tidak menyerupai o Allah Maha Berkuasa
segala yang maujud dan tidak
ada sebarang yang maujud QUDRAT melakukan sesuatu perkara
menyerupainya. IRADAT
MUKHALAFATU Persamaan sifat Allah dengan ILMU yang harus (mumkinat)
yang lain hanya dari segi HAYAT
HU LIL nama sahaja bukan dari segi menurut kemahuanNya.
HAWADITH hakikatnya. SAMA’
o o Setiap apa yang berlaku adalah
Allah tidak memerlukan mengikut kehendak Allah
bantuan daripada sesiapa sendiri bukan kerana terpaksa
pun. atau tersalah.
Zat Allah tidak berhajat
o kepada tempat dan penentu. o Allah mengetahui segala-
Allah menjadikan sesuatu galanya.
adalah semata-mata kerana
QIYAMUHU o limpah kurniaanNya. o Hidup yang paling sempurna
BINAFSIHI o dan tidak dapat diketahui
Allah Esa pada zat, sifat dan hakikatNya.
perbuatan.
WAHDANIYAH o o Allah Maha Mendengar dan
tiada ada sesuatu yang luput
daripada pendengaranNya.

o Allah mendengar bukan
dengan cuping dan lubang
telinga.

BASHAR o Allah Maha Melihat dan tiada NAMA ALLAH
KALAM ada sesuatu yang terlepas dari
penglihatanNya.  Allah mempunyai nama-nama mulia dan baik
yang tidak diketahui jumlahnya.
o Allah melihat bukan dengan biji
dan kelompok mata.  Setiap muslim wajib beriman dan meyakini secara
ijmali bahawa Allah mempunyai nama baik dan
o Kalam Allah tidak menyerupai mulia yang tidak terhingga banyaknya.
sebarang percakapan makhluk,
bukan nada dan bukan pula  Setiap muslim juga wajib beriman dan meyakini
tersusun dari huruf-huruf. secara tafsili atau teperinci 99 nama Allah
sebagaimana yang disenaraikan oleh ulama
SIFAT HARUS BAGI ALLAH berdasarkan nas al-Quran & al-Sunnah.

Melakukan sesuatu atau meninggalkannya. PERBUATAN ALLAH
Antara perkara yang harus bagi Allah:-
 Semua kejadian yang berlaku dalam alam ini
Menjadikan solah & ashlah. berdasarkan Kehendak dan Iradat Allah.

Membangkitkan rasul.  Perbuatan Allah tidak tertakluk kepada mana-
Memperlihatkan zatNya kepada mana tekanan atau paksaan.

hambaNya di akhirat.  Semua perbuatan Allah, sama ada baik atau
buruk tidak boleh dicela atau dinilai dengan ilmu
juga pemikiran manusia yang cetek.

NUBUWWAT BERIMAN DENGAN RASUL

Nubuwwat ialah tentang para nabi dan rasul Percaya bahawa Allah s.w.t. utuskan sekelian rasul-
yang wajib dipercayai. Hal itu kerana perutusan rasul untuk menyampaikan Kitab-kitab Suci kepada
mereka adalah datangnya daripada Allah dan manusia. Sebahagian daripada mereka itu
dengan rahmat-Nya, bukan dengan cara ikhtiar disebutkan namanya di dalam al-Quran dan
atau usaha manusia. Mereka dibangkitkan sebahagian yang lain tidak disebutkan.
adalah untuk menyampaikan syariat Allah
kepada makhluk di muka bumi ini. Setiap orang Islam wajib beriman kepada semua
rasul yang telah diutuskan oleh Allah s.w.t. tanpa
Di samping mengetahui nama-nama rasul, perlu membeza-bezakan antara seorang rasul dengan
juga diketahui tentang sifat-sifat mereka yang yang lain.
wajib, mustahil dan harus. Selanjutnya lagi
perlulah beriman dengan Kitab-kitab Suci yang Rasul-rasul yang wajib diketahui dengan terperinci
diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada rasul- namanya adalah 25 orang iaitu yang disebut di dalam
rasulNya. al-Quran. Maksudnya jikalau disebutkan tiap-tiap
seorang daripada mereka itu di hadapan kita,
nescaya kita tahu bahawa ia adalah rasul.

NAMA-NAMA RASUL YANG SIFAT PARA RASUL
WAJIB DIKETAHUI
Para rasul mempunyai sifat-sifat wajib, sifat-
1. Adam a.s. 14. Musa a.s. sifat mustahil dan sifat-sifat harus. Wajib ke
2. Idris a.s. 15. Harun a.s. atas tiap-tiap mukallaf mengetahui secara
3. Nuh a.s. 16. Zulkifli a.s. umum, rasul itu bersifat dengan segala sifat
4. Hud a.s. 17. Daud a.s. terpuji (selaras dengan martabat serta
5. Soleh a.s. 18. Sulaiman a.s. kedudukan mereka yang tinggi berbanding
6. Ibrahim a.s. 19. Ilyas a.s. manusia biasa serta paling hampir dengan
7. Lut a.s. 20. Ilyasa’ a.s. Allah) dan jauh daripada sifat tercela (yang
8. Ismail a.s. 21. Yunus a.s. mengurangkan atau merendahkan martabat
9. Ishak a.s. 22. Zakaria a.s. mereka). Secara terperincinya mereka wajib
10. Ya’kub a.s. 23. Yahya a.s. mengetahui empat sifat yang wajib, empat
11. Yusof a.s. 24. Isa a.s. sifat yang mustahil dan satu sifat yang harus
12. Ayub a.s. 25. Muhammad s.a.w. bagi rasul.
13. Syu’aib a.s.

SIFAT WAJIB SIFAT MUSTAHIL BERIMAN DENGAN KITAB

Sidq (Benar) Kizbun (Dusta) Percaya bahawa adanya Kitab-kitab Suci yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada rasul-
Amanah (Dipercayai) Khianah (Khianat) rasulNya untuk disampaikan kepada seluruh
Tabligh Kitman umat manusia.
(Menyampaikan)
Fathonah (Cerdik) (Menyembunyikan) Kitab-kitab Suci itu banyak mengikut bilangan
Baladah (Bodoh) para rasul, tetapi yang wajib diketahui dengan
terperinci hanya empat iaitu:
Harus bagi rasul itu segala sifat manusia biasa
yang tiada membawa kepada kekurangan pada 1. Taurat bagi Nabi Musa dan bacaannya
martabat mereka itu yang tinggi seperti makan, dengan Bahasa Ibrani.
minum, lapar, dahaga, sakit, sihat dan
sebagainya. 2. Zabur bagi Nabi Daud dan bacaannya
dengan Bahasa Qibthi.

3. Injil bagi Nabi Isa dan bacaannya dengan
Bahasa Siryani.

4. Al-Quran bagi Nabi kita Muhammad dan
bacaannya dengan Bahasa Arab.

GHAIBIYYAT BERIMAN DENGAN MALAIKAT

Ghaibiyyat bermaksud sesuatu yang tidak dapat Setiap muslim wajib percaya bahawa Allah
diketahui sama ada dengan pancaindera atau s.w.t. mempunyai pesuruh dari kalangan
pun akal. Ia hanya dapat diketahui dan difahami makhluk halus yang diciptakan daripada cahaya
melalui perkhabaran yang benar daripada Allah bernama malaikat. Kita tidak wajib mengetahui
menerusi rasul utusan-Nya. Firman Allah s.w.t.: hakikat kejadian malaikat dan bilangan mereka
itu. Hanya yang wajib kita ketahui dan yakini
…‫ا َّل ِذ ْي َن ُي ْؤ ِم ُن ْو َن ِبا ْل َغ ْي ِب‬ ialah:
a. Jumlah malaikat itu tidak terhingga
Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib…..
(Surah al-Baqarah 2: 3-4) banyaknya. Setiap malaikat mempunyai
tugas masing-masing. Mereka sentiasa
Beriman dengan perkara ghaib bermaksud patuh dan taat menjalankan segala titah
membenarkan segala apa yang tidak dapat perintahNya.
ditanggapi oleh pancaindera. Ia dapat b. Umat Islam wajib mengetahui secara
membuktikan keimanan terhadap Allah serta terperinci 10 malaikat yang utama beserta
apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w.. tugas masing-masing.

MALAIKAT TUGAS BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

Jibril Menyampaikan wahyu Beriman kepada hari Akhirat ialah setiap orang
Islam wajib mempercayai bahawa ada
Mikail Menurunkan rezeki kehidupan lain selain daripada kehidupan
mereka di dunia ini. Allah akan membangkit
Izrail (Malaikat Maut) Mencabut nyawa semua makhluk di dalam kubur untuk dihisab
dan diberi balasan yang setimpal. Firman Allah
Israfil Meniup serunai sangkakala
s.w.t.: ‫َّوَا َّن ال َّسا َع َة ٰا ِت َي ٌة ََّّل َرْي َب ِف ْي َها‬
Munkar & Nakir Menyoal di dalam kubur
Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tak ada
Raqib Menulis kebajikan keraguan padanya.
(Surah al-Hajj 22: 7)
‘Atid Menulis kejahatan
Perkara-perkara yang berkaitan dengan hari
Malik Menjaga neraka Akhirat adalah Barzakh, Hari Kiamat, tiupan
trompet, Hari Kebangkitan, Mahsyar, Hisab, al-
Ridhwan Menjaga syurga Hawd, Mizan, Sirat, syurga dan neraka.

BERIMAN DENGAN QADHA DAN  Beriman dengan qadha dan qadar ialah
QADAR yakin bahawa Allah berkuasa menentukan
dan mengurus sesuatu dengan kehendak-
Menurut pendapat Imam Asy’ari daripada Nya.
ulama Ahli Sunnah wal Jamaah, qadha ialah
ketentuan Allah s.w.t. atas tiap-tiap makhluk  Setiap orang Islam wajib mempercayai
sejak azali. Qadar pula ialah segala pelaksanaan bahawa segala apa yang telah terjadi,
terhadap sesuatu berdasarkan ketetapan dan sedang terjadi dan akan terjadi di atas dunia
ketentuan Allah sejak azali. Firman Allah s.w.t.: ini semuanya adalah qadha dan qadar Allah
s.w.t..
‫ِا َّنا ُك َّل َ ي ْش ٍء َخ َل ْق ٰن ُه ِب َق َدر‬
 Beriman dengan qadha dan qadar bukan
Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut penghalang kepada manusia untuk
ukuran. berusaha, berikhtiar serta berdoa. Kerana
(Surah al-Qamar 54: 49) semua yang belum terjadi tidak diketahui
baik atau buruknya kecuali setelah ia benar-
Qadha berlaku lebih dahulu daripada Qadar, benar terjadi.
dan kedua-duanya adalah saling lazim-melazimi
dan tidak mungkin berpisah.

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Antara pegangan akidah Ahli Sunnah wal
Jamaah ialah:-
Ahli Sunnah wal Jamaah ialah jamaah umat
Islam yang majoritinya beriltizam kepada al- 1. Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim.
Quran dan Sunnah mengikut pemahaman yang 2. Orang beriman dapat melihat Allah dengan
diajarkan oleh Nabi s.a.w.. Pemahaman ini
dipegang dan dihayati oleh Sahabat, Tabiin, mata kepala pada hari Akhirat.
Tabi Tabiin dan orang Islam yang mewarisi 3. Pelaku dosa besar yang tidak bertaubat
fahaman mereka itu sehingga ke hari ini.
adalah fasik.
Pendekatan Ahli Sunnah yang sebati dihayati 4. Iman manusia biasa boleh bertambah dan
oleh masyarakat Islam di Malaysia dalam aspek
fiqh ialah mazhab Syafi’i dan dalam aspek berkurang.
akidah ialah fahaman dan aliran al-Asya’irah
yang diasaskan oleh Abu Hasan al-Asya’ari SALAF DAN KHALAF
(334H) dan aliran al-Maturidiah yang diasaskan
oleh Abu Mansur al-Maturidi (333H). Manakala Terdapat dua generasi yang sangat popular di
dalam aspek akhlak mereka dipengaruhi oleh dalam sejarah perkembangan Ahli Sunnah Wal
pandangan-pandangan Imam al-Ghazali (505H). Jamaah, golongan pertama dikenali dengan
nama Salaf manakala golongan kedua dikenali
dengan Khalaf.

Salaf adalah generasi awal Islam. Generasi ini Pendekatan majoriti ulama Salaf:
terdiri daripada para Sahabat Nabi, Tabiin dan 1. Beriman dengan kebenaran ayat
Tabi Tabiin iaitu yang hidup sehingga akhir
kurun ketiga atau awal kurun keempat. Khalaf mutasyabihat.
pula adalah generasi yang lahir kemudian 2. Menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang
daripada itu.
persamaan dan penyerupaan dengan
Sebab utama munculnya istilah Salaf dan Khalaf makhluk.
ialah timbul perbezaan pendapat dalam 3. Menyerahkan kepada Allah s.w.t. hakikat
mentafsir dan memahami ayat mutasyabihat. sebenar yang dikehendaki oleh ayat-ayat
Ayat ini mengandungi sifat-sifat Allah s.w.t. tersebut tanpa menentukan maknanya.
yang pada zahirnya mempunyai persamaan
dengan sifat-sifat makhluk. Antaranya firman Pendekatan majoriti ulama Khalaf:

Allah s.w.t.: ۚ ‫َی ُد اٰ هّلِل َف ۡو َق َا ۡی ِد ۡی ِہ ۡم‬ 1. Beriman dengan kebenaran ayat

Kekuasaan Allah di atas kekuasaan mereka. mutasyabihat.
(Surah al-Fath 48: 10)
2. Menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang

persamaan dan penyerupaan dengan

makhluk.

3. Mentakwilkan pengertian ayat

mutasyabihat dengan pengertian yang

sesuai dengan Allah s.w.t. dan dapat

difahami oleh akal.

AKIDAH YANG BATIL 2. Kufur iaitu mengingkari Allah s.w.t. sebagai
Tuhan Yang Esa dan wajib disembah, mengingkari
Akidah yang batil ialah percaya sesuatu yang malaikat, rasul, kitab, hari akhirat serta qadha dan
bercanggah dengan nas-nas syarak dari al-Quran dan qadar.
al-Sunnah serta bertentangan dengan iktikad Ahli
Sunnah wal Jama’ah kerana ia direka oleh manusia 3. Akidah yang tidak didasarkan kepada nas al-
yang jahil dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan Quran dan al-Sunnah yang sahih. Dalam ertikata
dengan ketuhanan. Terdapat beberapa ciri-ciri akidah lain, mereka tidak menyandarkan akidah mereka
yang batil. Antaranya: kepada wahyu Ilahi, bahkan mereka berkhayal
dan seterusnya mencipta kepercayaan mereka.
1. Syirik iaitu menyekutukan Allah s.w.t. dengan
sesuatu, sama ada dalam keyakinan atau iktikad 4. Mengikut logik akal semata-mata. Mereka
seperti mempercayai tangkal azimat ada kuasa menggunakan akal secara keterlaluan sehingga
sendiri. Demikian juga perbuatan menyekutukan sanggup untuk mengenepikan nas al-Quran dan
Allah s.w.t. dengan menyembelih nazar kepada al-Sunnah. Jika nas bercanggah dengan logik akal
kubur keramat dan seumpamanya. mereka, maka mereka akan mentakwilkannya
supaya selari dengan logik akal mereka,
contohnya seperti golongan Muktazilah.

5. Keyakinan atau kepercayaan mereka terhadap
Allah s.w.t. sentiasa berubah-ubah. Kepercayaan
mereka terhadap Allah s.w.t. diselubungi dengan
syak, dzan dan waham. Keyakinan mereka tidak
putus. Masalah ini timbul disebabkan mereka
beriktikad secara taklid tanpa mengetahui dalil
atau keterangan.


Click to View FlipBook Version