The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mukhlisf034, 2021-04-06 11:39:05

pendidikan islam tugasan sem 2

pendidikan islam tugasan sem 2

NAMA:ARIF MUKHLIS BIN ZAMARI
KELAS: 2 BETA A

NO. PENDAFTARAN: B12SSK20F034
MAKLUMAT KURSUS : TUGASAN MPU 1331

1

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Kita boleh
berbincang dan mengkaji tentang isu isu berkaitan perkahwinan antara yang akan
dikupaskan perkahwinan kanak-kanak,nikah mut’ah,nikah di luar negara, talak bain dan
hukum lian serta kesannya. Seperti yang sedia maklum perkara ini amat penting agar
kita tidak keliru dan melakukan perkara yang kita tidak tahu secara mendalam ,maka
mari kita ketahui perkara- perkara yang kita hendak kupaskan

2

1. PENDAPAT ULAMA TENTANG PERKAHWINAN KANAK-KANAK
Mengikut Syeikh Shauqi Allam (Mufti Mesir);
Isu ini perlu dilihat kepada had umur yang telah ditentukan oleh undang-undang
negara, dan jika perkahwinan telah sah dan sempurna syarat, ia tidak boleh
difasakhkan kecuali jika salah satu pihak bangkitkan ke mahkamah. Berkenaan
umur ‘Aisyah semasa berkahwin dengan Nabi pula, perlu dilihat kepada suasana
pada ketika itu yang mana kanak-kanak perempuan baligh pada usia yang lebih
muda dan ini kadangkala tidak berlaku pada zaman ini
Perkahwinan kanak kanak juga telah berlaku di Malaysia yang menimbulkan banyak
hujah dan pendapat yang tiada penghujung

3

Sudah banyak kes perkahwinan bawah umur ini antaranya kes perkahwinan bawah umur
membabitkan budak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan

Pendapat Yang Menyatakan Tidak Wajar Dilakukan Perkahwinan Tersebut
Sebahagian para fuqaha’ berpendapat bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah tidak
dibolehkan secara mutlak. Inilah pendapat yang dipegang oleh Ibn Syubrumah[6] dan
juga Abu Bakr al-Asam[7].

Mereka berdalilkan firman Allah SWT:

‫َوا ْبتَلُوا ا ْل َيتَا َمى َحتَّى إِذَا َبلَغُوا النِّ َكا َحَ فَإِ َْن آَنَ ْستُ ْمَ ِم ْن ُه ْمَ ُر ْشدًا فَا ْدفَعُوا إِلَ ْي ِه ْمَ أَ ْم َوا َل ُه َْم‬

Maksudnya: Dan ujilah anak-anak yatim sampai mereka mencapai usia nikah. Apabila
kalian menemukan kecerdasannya maka serahkanlah harta-harta itu kepada mereka.

(Surah al-Nisa’: 6)

Akan tetapi ada juga pendapat yang membolehkan perkahwinan kanak kanak Daripada
Sunnah dan Athar

4

Daripada Sunnah

• Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Aisyah R.Anha[9]

َ‫ِبن ُت‬ ‫تَ َز َّو َج َها َو ِه ََي‬ ‫ال ََلُوأُدع ِنخ َلها َْتأَن َعلايلنََِّهب َََيوه ََيَصلَّبِنى ُاَتللَُتِس َع َلَع ْي َِهَو َمَو َكثَسلِّ َمَت‬،‫ش ِسَةََ َِّتر ِس ِنضييَن‬.‫عائ‬ ‫فَ َعن‬
‫ِعندََهُ تِسعَا‬

Maksudnya: Daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW mengahwininya sedangkan
beliau berusia enam tahun dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun.
Kemudian hidup bersama Rasulullah SAW selama sembilan tahun.

Riwayat Bukhari (4840) dan Muslim (1422)

5

2. NIKAH MUTAH DI MALAYSIA
APA ITU NIKAH MUTAH ?
Nikah mutah adalah nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk keseronokan[1],
English: wedlease), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu.
Kes nikah mutah berlaku di Malaysia antaranya ialah

Pada pendapat ulama ahli sunnah wal jamaah nikah mutah ialah haram mengikut pendapat
mufti wilayah persekutuan Sesungguhnya tiada istilah nikah batin di dalam Islam.
Adapun konsep nikah batin yang sering diuar-uarkan dalam kalangan masyarakat ialah
sebuah kepercayaan dan ajaran yang dibawa dan diamalkan oleh puak pengamal
ajaran sesat. Ajaran ini diamalkan oleh pengamal ajaran sesat (kebiasaannya guru)
yang mendakwa mendapat ilham rabbani untuk melaksanakan pernikahan secara
langsung melalui Allah. Kononnya, seorang perempuan telah dinikahkan oleh Allah
S.W.T dengannya tanpa perlu kepada wali, akad, saksi dan juga mahar. Si mangsa
(perempuan itu) dalam keadaan terpaksa menyerahkan diri kepada guru mereka sama
ada kerana rasa hormat terhadap guru mereka yang berselindung atas nama guru
tarikat, atau dipukau untuk melakukan sedemikian.

6

Mengikut hadis Ajaran ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk tujuan nafsu mereka
semata-mata bahkan untuk menghalalkan zina dalam kalangan mereka. Bahkan
perbuatan ini sebenarnya lebih sesat dari nikah mut’ah yang dahulunya pernah
dibenarkan dalam Islam sebelum dimansukhkan oleh Rasulullah S.A.W. Saidina Ali R.A
berkata kepada Ibn Abbas:

"‫ زمن خيبر‬،‫ وع َن لحوَم الحمر الأهلية‬،‫"إ َن النبي صلى الل عليه وسلم نهى عن المتعة‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W melarang nikah mut’ah, memakan
daging keldai domestik, ketika peperangan Khaibar.

Riwayat al-Bukhari (5115)

7

3. HUKUM PERNIKAHAN DI LUAR NEGARA TERUTAMA DI THAILAND
Definisi Pernikahan luar negara bermaksud sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di
luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut. Kebanyakan rakyat
Malaysia melangsungkan pernikahan di Thailand atas beberapa faktor tertentu.
Kita juga tahu bahawa perkahwinan di luar negara bukan perkara asing lagi contohnya Kes
perkahwinan di luar negara apabila ada yang mahu berpoligami , kes perkahwinan yang tidak
dapat restu dari kedua ibu bapa pada kedua dua belah pihak ,

8

Pelbagai ulama’ telah menyatakan pendapat tentang pernikahan di luar negara

Nikah lari sering kali dikaitkan dengan perkahwinan yang dilakukan tanpa wali nikah yang
terdekat.

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada
rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali, maka ia adalah tidak sah
dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.

Seperti di nyatakan dalam beberapa hadis

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
ُ‫أَ ُيّ َما ا ْم َرأَ ٍة َن َك َح ْت بِ َغ ْي ِر إِ ْذ ِن َو ِليِّ َها َف ِن َكا ُح َها َبا ِط ٌل بَا ِط ٌل بَا ِط ٌل َفإِ ِن ا ْشتَ َج ُر ْوا َفال ُّس ْل َطا ُن َو ِل ُّي َم ْن ل َا َو ِل َّي لَه‬

Maksudnya: “Seorang wanita yang berkahwin tanpa izin walinya maka pernikahannya
adalah batil, batil, batil. Dan apabila mereka (wali) bersengketa, maka pemerintah adalah
wali bagi wanita yang tidak memiliki wali.”

Riwayat Ahmad (24417), Abu Daud (2083) dan al-Tirmizi (1102)

Dalam hadis yang lain, daripada Abi Musa al-Asy’ari R.A, Rasulullah SAW bersabda :

9

ٍ‫ل َا ِن َكا َح ِإلاَّ ِب َو ِل ِّي‬
Maksudnya: “Tidak sah pernikahan kecuali dengan adanya wali”.
Riwayat Abu Daud (2085) Tirmidzi (1101) dan Ibn Majah (1881)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

‫ل َا تُ َز ِّو ُج ا ْل َم ْرأَةُ ا ْل َم ْرأَةَ َولاَ تُ َز ِّو ُج ا ْل َم ْرأَةُ نَ ْف َس َها َوال َّزانِيَةُ ا َّلتِى تُ ْن ِك ُح َن ْف َس َها ِبغَ ْي ِر إِ ْذ ِن َو ِل ِّي َها‬
Maksudnya: “Wanita tidak boleh mengahwini wanita (wanita tidak boleh jadi wali). Dan
tidak boleh pula wanita menikahkan dirinya sendiri. Wanita penzina adalah wanita yang
menikahkan dirinya sendiri.”

Riwayat Ibnu Majah (1882), al-Daraqutni (384) dan al-Baihaqi (7/110)
Perkahwinan yang dilakukan di dalam kawasan di mana wali mujbir kepada perempuan
bermastautin hendaklah dilakukan dengan izin daripadanya. Namun, jika perempuan
tersebut keluar daripada kawasan tersebut sejauh dua marhalah maka perkahwinan
tersebut sah walaupun tanpa mendapatkan persetujuan wali.

10

4. TALAK BAIN.
Apa itu talak bain ? talak bain ialah talak yang tidak boleh dirujuk kecuali setelah menikah
dengan orang lain . talak bain merupakan talak dilihat dari pengaruh yang dihasilkannya.
Talak bain ada dua jenis

• Bain sughra
• Bain kubra
Bain sughra ini talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan
akad dan mahar yang baru.
Bain kubra pula talak 3 yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya
kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah disetubuhi

11

Ada beberapa pendapat ulama’ tentang talak bain ini antaranya

Pendapat Imam Abu Hanifah Mengenai Hak Isteri Pada Masa Iddah Talak
Ba’in
Abu Hanifah dengan menggunakan al-Qur’an, surat at-Thalak ayat 6 yang
ertinya:
Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan
(hati) mereka. dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil,
Maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, Kemudian jika
mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu Maka berikanlah kepada mereka
upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik;
dan jika kamu menemui kesulitan Maka perempuan lain boleh menyusukan (anak
itu) untuknya.
Imam Abu Hanifah menafsirkan ayat di atas, seorang isteri yang dicerai
dengan talak raj’i ataupun talak ba’in dalam keadaan hamil atau tidak dia tetap
berhak mendapatkan nafkah dan tempat tinggal, dari bekas suaminya selagi
masa iddah berlangsung.10 Walaupun dia tidak dalam keadaan hamil, maka
diwajibkan untuknya nafkah juga dalam pelbagai jenis, menurut pendapat

12

mazhab hanafi, hal ini disebabkan akibat tertahannya dia pada masa iddah demi
hak suami.

Pendapat Imam Abu Hanifah Mengenai Hak Isteri Pada Masa Iddah Talak
Ba’in

Imam Syafi’I menetapkan hak istri, ketika tertalak ba’in imam Syafi’I tidak
lupa untuk menggunakan ayat al-Qur’an sebagai sumber hujah pertama, iaitu
surat at-Talak ayat 6, Imam Syaf’I ketika menjelaskan ayat ini bahwa wanita,
yang ditalak oleh suaminya dengan talak ba’in, bahwa dia (mantan suami)
memberikan tempat tinggal secara umum kepada bekas isterinya. Dalam hal ini
hanya perempuan yang mengandung saja, yang berhak mendapatkan nafkah.

5. HUKUM LIAN DAN IMPLIKASINYA
Lian ini ialah secara dasarnya Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia akan
dikenakan hukuman qadlif, jika ia tidak dapat membuktikan tuduhan dengan membawa
4 orang saksi. Dalam keadaan ini, suami boleh menggunakan acara li'an untuk
mengelakkan hukuman ke atasnya. Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah
bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, dalam
hukumannya. Hakim Syarie itu akan memerintahkan mereka farak dan dipisahkan dan
tinggal berasingan selama-lamanya.

13

Menurut istilah fikah pula ialah sumpah
seorang suami apabila ia menuduh
isterinya melakukan zina. Sumpah itu
diucapkan sebanyak empat kali,
bahawa tuduhan itu benar dan pada
sumpah yang kelima ia meminta
kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya
ia berdusta.

Lian juga disebutkan dalam al quran berdasarkan firman ALLAH yang bermaksud
Dan orang-orang yang menuduhi isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-
saksi (yang mengesah tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang
sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan
nama Allah, empat kali bahawa sesungguhnya dia dari orang yang benar. Dan sumpah
yang kelima (hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia
daripada orang-orang yang berdusta.

Sabda rasulullah
‫)وأشار‬. ‫أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا‬: (‫قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬: ‫عن سهل بن سعد الساعدى رضى الله عنه قال‬
‫وفرج بينهما شيئا‬, ‫بالسبابة والوسطى‬.
Maksudnya:
Diriwayatkan dari sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi r.a.: Rasulullah pernah bersabda: “aku dan
orang yang memelihara anak yatim adalah seperti disyurga”. Nabi s.a.w.
memperlihatkan jari tengah dan telunjuknya lalu merenggangkannya.

Implikasi dari lian ini amatlah teruk kerana proses begini amat sukar dan berat kerana
hendak menuduh seseorang memerlukan dan banyak kesan buruk daripada baik
kerana jika tuduhan tersebut palsu ia menjadi fitnah jika benar maka runtuhlah sebuah
masjid seharusnya kita kena tabayyun dulu dari mula sampai akhir supaya keputusan
yang dilakukan tidak memakan diri suatu hari nanti

14

PENUTUP

Setiap isu-isu ini amatlah popular di dalam negara kita justeru itu kita harus berharap
supaya kita dikurniakan jodoh yang baik selain itu jangan lah kita melakukan sesuatu
perkara mengikut nafsu semata-mata seharusnya kita menilai dan meletakkan agama
pada pendahulunya agar kita dipelihara dan tidak menimbulkan fitnah di kalangan
masyarakat dan haruslah mendalami ilmu agama terlebih dulu supaya kita tidak mudah
tunduk untuk melakukan perkara yang salah disisi agama

15

RUJUKAN

• https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2512-bayan-linnas-siri-ke-141-
perkahwinan-kanak-kanak-mengikut-perspektif-syariah

• https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/450483/kes-perkahwinan-bawah-
umur-masih-disiasat

• https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/379588/mufti-berbeza-pandangan
• https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3810-al-kafi-1431-hukum-

nikah-batin
• https://www.astroawani.com/berita-malaysia/17-permohonan-kahwin-mutah-

pengikut-syiah-di-papar-sejak-2010-22399
• https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/536930/pasangan-kedah-nikah-

di-thailand-meningkat
• https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2670-irsyad-al-

fatwa-siri-ke-256-nikah-siam-tanpa-wali-mujbir
• https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fslideplayer.info%2Fslide%2F14

328539%2F&psig=AOvVaw3AZp-XBPEBH-
GdkH7e9kDe&ust=1617807778004000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTC
PCm3uDx6e8CFQAAAAAdAAAAABAT
• https://core.ac.uk/download/pdf/235260133.pdf
• http://jksnpp.penang.gov.my/index.php/soalan-lazim/69-apakah-maksud-lian
• http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-
joomla/components/208-li-an?Itemid=951

16

NAMA PENGARANG : ARIF MUKHLIS
TARIKH TERBIT: 6/4/2021

17


Click to View FlipBook Version