The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzah Rahman, 2021-08-31 01:55:06

Masjid Bersejarah

Masjid Kampung Laut

Tempat bersejarah di negeri saya :

MASJID KAMPUNG LAUT

Disediakan oleh : Nurul Izzah Binti Ab Rahman
Tingkatan : 1 Al- Azhar
No Matrik : CP211147

1

1.2 Jadual Kerja / Senarai Semak

Bil Perkara Halaman Tarikh Tandatangan
18/7/2021
1.1 Tajuk kajian 1 18/7/2021
2/82021
1.2 Jadual kerja 2 5/8/2021
7/8/2021
1.3 Objektif kajian 3 10/8/2021
24/8/2021
1.4 Kaedah kajian 4 26/8/2021
27/8/2021
2.1 Mengumpuul maklumat 5
28/8/2021
2.2 Laporan temubual 6 29/82021

3.1 Pengenalan 7

3.2 Struktur masjid 11

3.3 Langkah-langkah 13
pemerliharaan

3.4 Rumusan 14

3.5 Rujukan 15

2

1.3 Objektif Kajian

Saya membuat kajian kes sejarah ini adalah untuk mengenali tempat sejarah
saya Masjid Kampung Laut dengan lebih mendalam dan untuk mengkaji masjid
tersebut. Melalui kajian ini saya dapatmemenuhi objektif berikut:

a) Kajian ini dapat menambahkan ilmu kepada saya untuk mengenali
bangunan-bangunan bersejarah lain dengan lebih dekat.

b) Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber
yang digunakan adalah sahih dan tepat dapat membantu saya membuat kajian
kes dengan betul, jelas dan tepat.

c) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan
bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga
terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia
betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat
menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta
memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

d) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada
peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut.

3

1.4 Kaedah Kajian
Saya telah menjalankan sebanyak 2 kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih terperinci dan bersistematik.

I. Temubual
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya
ialah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan
orang sumber saya yang sememangnya pakar tentang Masjid Kampung Laut
ini. Beliau banyak memberi maklumat tentang Masjid Kampung Laut.

II. Muat Turun Internet
Saya turut menggunakan kemudahan Google yang terdapat dalam negara
kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut
memuat turun bahan yang terdapat sebagairujukan.

4

2.1 Mengumpul maklumat
a) Internet
• Masjid Kampung Laut
https://youtu.be/mPDW862sDUE
• Sejarah

https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kampung_Laut_Mosque

b) Orang sumber
• Nama : Ab Rahman Bin Awang
Umur : 57
Alamat : Lot 1815 Kampung Simpangan 16200 Tumpat, Kelantan

c) Televisyen
• Tajuk program : Nizam Jentik Jentik : Atlas Masjid Nusantara
Tarikh : 4 December 2014
Masa : 9:00 p.m.
Rangkaian : Astro Oasis

d) Buku ilmiah
• Penulis : Salleh Mohd Akib
Tahun terbit : 2003
Tajuk buku : Masjid Tua Kampung Laut
Penerbit : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

5

2.2 LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER
Saya telah menemubual seorang responden di kampung saya, beliau agak

berpengalaman dalam bidang ini. Nama beliau ialah Ab Rahman Bin Awang.
Beliau tinggal di Kampung Simpangan 16200 Tumpat, Kelantan.

Beliau telah menceritakan serba sedikit tentang Masjid Kampung Laut kepada
saya. Beliau berkata masjid ini didirikan oleh Raja Iman yang dahulu bernama
Syed Mahmud. 400 tahun dahulu, baginda berlayar di kepulauan jawa dan kapal
yang dinaikinya beliau terperangkap dalam rebut taufan lalu menghanyutkan
baginda ke perairan selatan Siam.

Sebahagian pengikut baginda menjelajah kawasan sehi9ngga pertemu
Kampung Laut. Kemudianya, baginda mendirikan wakaf sebagai tempat berteduh
dan kini telah berubah fungsi sebagai sebuah masjid.

Menurut Ab Rahman Bin Awang banyak cerita lain lagi, seperti masjid ini
telah didirikan oleh penuntut beragama Islam yang membawa bersama pelan
prototaip masjid untuk menubuhkan tiga buah pusat Islam diseluruh pelusok
Nusantara. Dua daripada masjid telah terbukti didirikan ialah di Timur Jawa iaitu
Masjid Demak dan Masjid Kampung Laut yang merupakan masjid pertama
didirikan oleh mereka.

Setakat ini sahaja yang saya dapat peroleh dari Ab Rahman Bin Awang
menerusi temubual.

6

3.1 Pengenalan
( Gambar Masjid Kampung Laut )

7

1. Nama Masjid

Nama masjid ini diambil sempena nama asal tapak masjid ini Kampung Laut
sebelum dipindahkan ke kawasan baru iaiti Nilam Puri.

2. Keunikan Masjid

Masjid Kampung Laut dipercayai sebagai antara masjid tertua di Asia
Tenggara. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan
sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri.

Masjid ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku pada sekitar kurun ke-18.

Ia mempunyai persamaan dengan Masjid Demak di Jawa, Masjid Kono di
Champa, Masjid Nad Tanjung dan Masjid Wadi Hussein di Thailand. Aktiviti
perdagangan zaman dahulu melalui penggunaan jalan laut menjadi penyebab
utama tersebarnya agama Islam di tanah air kita.

Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri, Kelantan memaparkan secara
terperinci rekaan senibina yang berasaskan daripada masyarakat Champa zaman
dahulu. Diiktiraf sebagai masjid yang diperbuat daripada kayu paling tua di negara
kita, hikayat orang ramai mengatakan Masjid Kampung Laut dibina oleh
pendakwah Islam yang tiba ke sini dari sebuah kerajaan yang memerintah Jawa
ketika itu, kerajaan Demak.

Dikatakan ianya sama generasi dengan ulama terkenal Wali Songo, kumpulan
pendakwah Islam dari Jawa ini singgah di Kelantan semasa dalam perjalanan ke
Champa. Pada waktu itu, wujudnya hubungan rapat di antara kerajaan Champa
dengan kerajaan Demak dari segi ekonomi. Ini membuatkan pendakwah Islam
yang singgah di bandar-bandar pelabuhan dapat menyebarkan Islam, sewaktu
mereka singgah di pelabuhan.

8

Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama
oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir
yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967.
Kerajaan tempat yang lebih selamat.

Dalam pada itu, usaha untuk menyelamatkan warisan yang bernilai tinggi ini
dilakukan oleh Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Kelantan dengan cara memindahkannya ke Nilam Puri sehingga sekarang.
Difahamkan, usaha membina semula masjid berkenaan mengikut reka bentuk
asalnya dilakukan oleh sekumpulan tukang rumah Melayu diketuai oleh Husin
Saleh dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu.

Pembinaan semula dijalankan pada November 1968 dan siap sepenuhnya pada
November 1969. Ketinggian seni bina Masjid Kampung Laut ialah reka bentuk
yang unik, tidak menggunakan sebarang paku tetapi menggunakan potongan kayu
dan buluh sebagai pasak. Mereka memilih tidak menggunakan paku kerana pada
zaman dahulu, paku bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh.

Menyedari keadaan ini satu jawatankuasa pengelola masjid telah dibentuk
untuk membaik pulih, mengelola, menjaga dan memelihara masjid lama itu
supaya reka bentuk dan binaan asalnya dapat dikekalkan. . Masjid ini dibina
pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia serta
di Asia Tenggara. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan
sebarang paku.

3. Lokasi Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut ini terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah
petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu
negeri Kelantan,Malaysia.

9

( Pelan lokasi Masjid Kampung Laut )
10

3.2 Struktur Masjid
• Cara Pembinaan
Masjid Kampung Laut ini dibina tanpa mengunakan paku. Ianya
mengunakan pasak atau lebih dikenali sebagai kayu.
• Bahan Binaan
Bahan binaan bagi masjid ini ialah kayu dan batu bata untuk bumbung.
• Hiasan Dalaman

Didalam masjid ini terdapat sebuah mimbar, mimbar ini dibangun pada tahun
1400-an dengan gaya seni bina tropika tradisional menggunakan kayu sebagai
bahan utama.

11

( Pelan Masjid Kampung Laut )

12

3.3 Langkah-langkah Pemerliharaan

3.3 Cadangan
Langkah-langkah memelihara / memulihara bangunan bersejarah

Masjid Kampung Laut
Berikut adalah cadangan yang boleh diambil tindakan oleh pelbagai pihak:
1. Pihak Kerajaan

I. Pihak kementerian pendidikan boleh memasukkan Masjid Kampung
Laut ke dalam sukatan mata pelajaran Sejarah / buku tek sekolah
atau kerja kursus sebagaimana yang dilakukansekarang.

II. Mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk mewartakan
masjid ini sebagai warisan dunia.

III. Menjadikanya sebagai pusat pelancongan untuk pelancong-pelancong
dari luar dan dalam negara.

IV. Memberi dana untuk menambah baikkan kawasan dan persekitaran
untuk pelancong meras lebih selesa, seronok dan gembira.

2. Sekolah / Ibubapa

I.Persatuan / Kelab sekolah / Ibubapa boleh membuat lawatan ke
Masjid Kampung Laut terutamanya pada musim cuti sekolah untuk
mengenali masjid ini dengan lebih dekat kerana kalau takkenal maka
tak cinta.

II. Pihak sekolah boleh menggalakkan lukisan mural pada dinding
sekolah / pertandinganesei / lukisan mengenai Masjid Kampung Laut
untuk memupuk semangat cintakan tanah air.

13

3.4 Rumusan

Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan kerja khusus
sejarah ini degan baik. Ketika saya membuat kerja khusus ini saya dapat
pelbagai pengetahuan dan pengajaran tentang masjid ini.

Saya berasa gembira dan semangat cinta akan negara Malaysia yang
mempunyai banyak bangunan, masjid dan kawasan yang bersejarah.
Semasa membuat kajian tentang Masjid Kampung Laut ini, saya dapat
mengetahui tentang sejarah masjid ini dan mempunyai arus masa
tersendiri seperti perubahan tapak masjid yang dahulunya berada di
Kampung Laut dan kini dipindahkan ke Nilam Puri akibat banjir besar
yang melanda negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang
menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat
Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah
ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar
terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan
mengetahui mengenai bangunan- bangunan bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan
kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja
kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama
rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-
bangunan yang bersejarah.

14

3.5 Rujukan
Buku Ilmiah

Salleh Mohd Akib diterbitkan pada tahun 2003, ‘ Masjid Tua Kampung
Laut. Penerbitnya ialah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Orang Sumber
Ab Rahman Bin Awang berumur 57 tahun dan berasal dari negeri Kelantan.
Internet
Masjid Kampung Laut
https://youtu.be/mPDW862sDUE
Sejarah

https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kampung_Laut_Mosque

15


Click to View FlipBook Version