The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tokoh tak didendang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tasha201919, 2023-06-17 13:22:45

Ibu Zain

Tokoh tak didendang

TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA (B) 2022/2023 (A222) PENS Y A R A H : MO H AMA D I SMAND I BIN WA S L I


NUR AFZA BINTI SAIPUL MUHRIN (294488) GERALD TAN HOCK SOON (294879) Pengenalan ahli kumpulan SITI NURHAZWANI BINTI MOHAMAD NADZRI (295436) NORMAN MOHAMMAD BIN SUMAR (294807) NURUL NATASHA BINTI NORAFFENDI (291589)


KHAIRUN NISAA BINTI DAWI CAHYONO (295071) WONG ZHI QI (293618) MUHAMMAD IMAN ADHA BIN MOHAMAD YUSOF (294362) MOHAMAD LOQMANUL HAKIM BIN HISYAM (295377) Pengenalan ahli kumpulan


Kalau kita berbahas mengenai tokoh yang tidak didendang pula, ia merujuk kepada seorang individu yang tidak menerima perhatian atau pengiktirafan yang sewajarnya, walaupun mereka mempunyai kebolehan dan kejayaan yang penting dalam sesuatu komuniti atau bidang. Istilah ini digunakan untuk situasi seperti di mana seseorang yang sepatutnya dihormati atau diperhatikan, tetapi namanya tidak popular dalam kalangan orang ramai. Pengenalan am AKAN MAKSUD “TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG” pakah definisi didendang?Didendang adalah kata dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada aktiviti A menyanyi atau menyampaikan lagu dengan cara mengeluarkan bunyi atau suara yang berirama dan berulangulang. Biasanya, didendang dilakukan dengan menggunakan suara manusia, tetapi kadang-kadang juga boleh melibatkan penggunaan alat muzik seperti gitar, piano, atau perkusi. Aktiviti ini sering dilakukan untuk hiburan, ekspresi seni, atau dalam konteks budaya dan tradisi tempatan. PENGENALAN AM 1


IBU ZAIN Siapakah “Ibu Zain’’? Ibu Zain atau nama yang diberi oleh ibu bapanya ialah Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman. Beliau adalah seorang tokoh pendidikan dan dilahirkan di Melaka pada 22 Januari 1903. Ibu Zain mempunyai nasib yang baik kerana bapanya, Munshi Sulaiman telah memberi peluang kepada Ibu Zain untuk mendapatkan pendidikan awal. Ibu Zain ialah seorang pelopor kepada wanita Melayu dalam bidang pendidikan. Selepas beliau menghabiskan pelajarannya di Methodist Girls School di Melaka, beliau terus bekerja dalam bidang pendidikan. Terdapat banyak sumbangan yang telah beliau lakukan. Antaranya, Ibu Zain menggunakan duitnya sendiri untuk membina sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Ini adalah satu sumbangan yang penting kerana ia memberi peluang kepada mereka yang sebelum ini tidak berpeluang baik untuk mendapatkan pendidikan awal. Ibu Zain juga telah menubuhkan Kumpulan Ibu Sepakat pada tahun 1945 semasa Jepun masih menjajah Tanah Melayu. Kumpulan ini dapat memupuk bukan sahaja semangat kemerdekaan antara masyarakat tetapi juga semangat kaum wanita. Kumpulan ini mudah mendapat sokongan kerana status dan pengaruh Ibu Zain yang kuat antara kaum wanita di Tanah Melayu. Selepas itu, kumpulan ini juga mendapat perhatian daripada para pemimpin Tanah Melayu kerana menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menentang penjajahan. Ibu Zain sendiri telah mencadangkan perayaan Hari Wanita untuk diraikan pada 25 Ogos setiap tahun.


Sebagai penutup, Ibu Zain telah membuat banyak sumbangan untuk kaum wanita dan telah berjuang sehabis mungkin demi memerdekakan tanah air dan nasib kaum wanita. Ibu Zain bukan sahaja seorang pendidik yang baik, tetapi beliau juga mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi. Perjuangan Ibu Zain tidak sia-sia kerana pada zaman sekarang, pendidikan untuk kaum wanita sudah menjadi norma. Ibu Zain juga telah menginspirasikan ramai wanita muda untuk melanjutkan pelajaran pendidikan tinggi dan beliau menjadi suri teladan kepada kaum wanita. Beliau meninggal dunia pada 2 April 1989 dengan meninggalkan pepatah “Agama dididik, moden dibela. Dunia dikelek, akhirat ditatang” kepada generasi muda akan datang.


SUMBANGAN Memajukan Bidang Pendidikan IBU ZAIN Pendidikan merupakan salah satu elemen dalam kehidupan manusia yang paling penting sekali untuk dititikberatkan. Ilmu pengetahuan merupakan lumrah kepada kejadian manusia yang membezakan kita dengan ciptaan tuhan yang lainnya. Dengan akal fikiran, manusia mampu menimba ilmu pengetahuan dan memajukan kehidupan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga persekitarannya. Pencapaian dalam pendidikan merupakan salah satu refleksi kecemerlangan minda seseorang insan. Namun, adakah pendidikan hanya tertumpu kepada kaum “Adam” sahaja? Jika kita lihat konteks agama Islam, Tuhan mewajibkan seluruh manusia baik lelaki mahupun perempuan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Pada masa kini, kita dapat lihat bahawa tiada jurang pendidikan antara kaum lelaki mahupun perempuan. Kesamaan hak yang diberikan kepada kedua-dua jantina tersebut membolehkan tidak hanya lelaki tetapi juga perempuan untuk merasai kamanisan ilmu pengetahuan. Tetapi, hal tersebut tidak dapat dirasai oleh generasi dahulu kala, lebih-lebih lagi dunia Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Pemikiran segelintir orang dahulu yang cetek telah menyebabkan kaum wanita sukar untuk mendapatkan pendidikan yang formal di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan lainnya yang tersedia pada saat itu.


Hal ini demikian membawa kepada ikon bagi penulisan kita, Ibu Zain. Sekilas, Ibu Zain dapat kita kaitkan dengan sosok “Kartini”. Kartini dianggap sebagai ibu kepada kemajuan wanita Asia yang berasal dari negara Indonesia. Beliau merupakan salah satu tokoh yang mengangkat kedudukan wanita dengan memberikan cahaya ilmu pengetahuan kepada anak-anak perempuan baik kaya mahupun miskin di Indonesia semasa negara tersebut masih di bawah penjajahan Belanda. Pada saat itu, hanya anakanak lelaki pembesar dan orang kaya sahaja yang berpeluang untuk bersekolah dan melanjutkan pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara. Martabat wanita dianggap sangat remeh dengan pemikiran masyarakat ketika itu yang menganggap wanita hanya perlu bekerja di dapur dan menikahi seorang lelaki baik berstatus bujang, duda, bahkan sudah beristeri. Isu sosial inilah yang telah menggerakkan hati Kartini untuk mengubah jalan pemikiran masyarakat era kolonial dengan mewujudkan sistem pendidikan yang adil dan saksama tidak mengira jantina dan darjat kedudukan seseorang. Sekiranya Kartini merupakan ikon wanita di negara Indonesia, Ibu Zain pula merupakan tokoh kemajuan wanita di negara yang kita cintai ini. Ibu Zain merupakan wanita melayu yang mengangkat martabat dan kedudukan wanita di Tanah Melayu semasa era penjajahan British dan Jepun pada ketika itu. Jika kita berbalik ke masa lalu semasa era kolonial British di Tanah Melayu, pendidikan hanya tertumpu kepada anak-anak penjajah, pembesar, dan orang kaya semata-mata.


Keadaan ini dirumitkan lagi dengan status ekonomi orang Melayu yang sangat rendah dan pemikiran segelintir orang terdahulu yang menganggap wanita tidak perlu mendapatkan pendidikan dan hanya perlu mengurus rumah tangga dan perkara-perkara kecil harian lainnya. Kekejaman pemikiran ketika itu telah mengorbankan masa depan kaum wanita yang menyebabkan kebanyakan meraka tidak berani untuk bercita-cita dan bermimpi akan kejayaan. Peluang untuk kaum “Hawa” melanjutkan pendidikan formal di sekolah dan institusi pendidikan yang tersedia juga terhad. Sekolah-sekolah Inggeris yang dibina telah menetapkan banyak prasyarat yang ketat dan menekan kos pendidikan yang tinggi kepada orang Melayu. Alternatifnya, terdapat segelintir anak perempuan Melayu yang bersekolah di sekolah Mubaligh Kristian, namun kebanyakan mereka yang bersekolah di situ menerima cercaan dan kata-kata tidak baik dari masyarakat Melayu kerana menganggap perkara itu sangat janggal dan melanggar adat dan tradisi kaum Melayu. Oleh yang demikian, terdapat segelintir orang Melayu yang menghantar anak-anak perempuan mereka ke sekolah Melayu. Namun begitu, sistem di sekolah Melayu yang digubal oleh pihak penjajah hanya menerapkan konsep vernakular di mana sistem ini hanya menghadkan pengajaran dan pembelajaran am sahaja seperti asas membaca, menulis, dan mengira pada tahap yang sangat rendah. Hal ini telah menyebabkan graduan dari sekolah-sekolah melayu tidak berkompeten dan berdaya saing di pasaran kerja. Mereka hanya menjawat kedudukan rendah sebagai kerani di pejabat-pejabat pentadbiran British dan kembali bekerja di pelusuk desa sebagai petani atau nelayan. Ini merupakan agenda pihak British yang hanya ingin melancarkan urusan harian pentadbiran di tanah jajahan mereka dengan menghapuskan isu buta huruf semata-mata di kalangan rakyat jajahannya. Namun begitu, walaupun dengan wujudnya kemelut ekonomi dan diskriminasi sosial pada saat itu, perkara itu tidak meruntuhkan semangat ibu dan bapa kepada Ibu Zain untuk menyekolahkan anak perempuan mereka itu. Berkat ketabahan dan ketekunan, Ibu Zain telah berjaya menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Perempuan Methodist Kampung Belanda, Tengkera, Melaka.


Di situlah tempat pemangkin kepada kemajuan pendidikan kaum wanita bermula yang membawa kepada lahirnya seorang guru bernama Ibu Zain yang menjadi pelopor kepada hak pendidikan wanita di Tanah Melayu. Sekiranya dikaji dengan lebih lanjut akan peranan Ibu Zain, beliau bukan hanya melibatkan diri dalam menyuarakan hak pendidikan wanita semata-mata, bahkan beliau telah terjun ke arena politik sebagai wakil wanita untuk menyuarakan pendapat dan pandangan wanita sekaligus menjadi wakil wanita dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada tangan penjajah. Walaupun dengan kesibukan beliau dalam arena politik pada ketika itu, namun semangat cinta akan pendidikan dalam diri seorang guru tidak akan pernah pudar dalam dirinya. Beliau memahami akan permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh orang Melayu pada ketika itu sehinggakan tidak sedikit anak-anak perempuan mereka yang terkandas dalam dunia akademik. Menyedari bahawa pendidikan merupakan satu-satunya jalan keluar dari gelombang dan kemelut kemiskinan keluarga, Ibu Zain dengan itu mengambil inisiatif menubuhkan Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam di mana beliau turut menguruskan kolej tersebut sebagai seorang pengetua. Kolej tersebut didirikan dengan hasrat untuk menampung pelajar-pelajar perempuan yang terkandas dalam peperiksaan awam dengan menawarkan peluang pendidikan bagi melayakkan seseorang pelajar dianugerahkan Sijil Tinggi Pelajaran dan seterusnya melayakkan mereka melangkahkan kaki ke universiti-universiti awam dan menyambung pengajian tinggi.


Bukan hanya itu, Ibu Zain juga menyedari akan kepentingan keseimbangan intelek dan rohani dalam diri setiap insan, beliau berpendapat bahawa intelek yang terasah dengan tajam tidak akan memberikan apa-apa makna kehidupan sekiranya tiada pengetahuan dan kesedaran dalam agama. Atas dasar ini, beliau juga telah menubuhkan sekolah-sekolah agama pada waktu petang bagi menyeimbangi pembelajaran dunia dan akhirat. Ini bersesuaian dengan slogan “Agama dididik, moden dibela. Dunia dikelek, akhirat ditatang”. Sifat Ibu Zain yang cinta akan menuntut ilmu pengetahuan membolehkan beliau untuk mempelajari apa jua bentuk ilmu pengetahuan dalam masa yang singkat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila beliau dapat mempelajari dan menguasai Bahasa Jepun semasa negara matahari terbit itu berkuasa di Tanah Melayu. Kehebatan dirinya lebih terserlah apabila pegawai-pegawai Jepun pada ketika itu amat menghormati beliau yang boleh bertutur dalam bahasa mereka. Pihak Jepun yang menyedari akan kebolehan dan kefasihan Ibu Zain dalam berbahasa Jepun meletakkan syarat agar Bahasa Jepun juga dijadikan sebahagian daripada kurikulum akademik yang wajib diajarkan kepada murid-murid sekolah Melayu. Ibu Zain telah mengambil kesempatan ini dengan mengajar Bahasa Jepun kepada orang Melayu supaya mereka boleh mengetahui akan agenda-agenda tersirat mereka. Ketekunan Ibu Zain dalam menuntut ilmu tidak hanya terlihat dari perbahasan di atas, ini dibuktikan lagi apabila Ibu Zain mendalami Bahasa Arab dengan berguru kepada Haji Fadzullah Suhaimi walapun beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada ayahnya sendiri.


Usaha Ibu Zain dalam memajukan bidang pendidikan tidak hanya tertumpu di situ, beliau terkenal dengan perwatakan yang gemar merebut peluang dan kesempatan dalam apa jua keadaan. Setiap keadaan dan permasalahan yang timbul dapat mencetuskan pelbagai idea dan inisiatif yang cemerlang daripada pemikiran Ibu Zain, lebih-lebih lagi dalam menjayakan misi dan visi beliau dalam memajukan bidang pendidikan tanah air. Ini terlihat semasa Ibu Zain menjadi salah seorang jemaah Haji di Mekkah, beliau tidak hanya menumpukan fokus beliau untuk beribadat semata-mata tetapi juga menyempatkan diri untuk melawat sekolah-sekolah di Mesir dan mempelajari serta mengkaji sistem pendidikan di Timur Tengah agar kemajuan mereka dapat diaplikasikan di sekolah-sekolah Tanah Melayu. Di samping itu, Ibu Zain juga tidak lupa akan kepentingan penggunaan bahasa sebagai identiti masyarakat dalam sesebuah negara. Ibu Zain telah terlibat secara langsung dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958 dalam rangka mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa dalam urusan rasmi kerajaan dan tidak terkecuali dalam dunia pendidikan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Perbahasan yang kita telah lakukan telah membuktikan akan peranan penting seorang ikon wanita bernama Ibu Zain dalam memperjuangkan hak wanita dalam dunia pendidikan yang seterusnya membawa kepada kemajuan bidang pendidikan tanah air secara menyeluruh dan memanfaatkan kesemua golongan masyarakat yang dirasai pada masa kini.


Sumbangan Ibu Zain Kecemerlangan Ibu Zain dalam lapangan pendidikan telah membuktikan beliau sebagai seorang yang berkompeten dan sangat berkomitmen dalam usaha memajukan pendidikan tanah air walau perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran, tekanan, dan rintangan daripada pihak penjajah dan pola pemikiran masyarakat kolonial pada ketika itu. Kesungguhan Ibu Zain telah terserlah di kalangan pendidik lainnya. Walau hanya menjawat jawatan sebagai guru selama enam bulan di Sekolah Perempuan Bandar Maharani, Muar, beliau dengan sangat cepat mendapat kepercayaan untuk memimpin sekolah tersebut dengan ditawarkan jawatan sebagai Guru Besar. Selain itu, Ibu Zain juga telah dilantik sebagai Guru Pelawat bagi Sekolah-Sekolah Perempuan daerah Batu Pahat dan Muar. Jawatan kepimpinan yang dipegang oleh Ibu Zain pada ketika itu telah serba sedikit membuktikan dirinya sebagai perempuan mampu “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dengan kaum lelaki dalam mencorak kepimpinan seterusnya memimpin sesuatu organisasi. Kehebatan pemimpin wanita tersebut sekali lagi menarik perhatian warga pendidik. Pada tahun 1927, Ibu Zain telah menerima pelantikan jawatan sebagai penyelia seluruh Sekolah-Sekolah Perempuan di Johor. Mengangkat Darjat dan Martabat Wanita Usaha Ibu Zain dalam memperjuangkan hak pendidikan wanita secara tidak langsung telah menyuarakan isu ketaksamaan jantina yang berlaku di Tanah Melayu semasa era penjajahan. Dalam usaha beliau memajukan wanita dalam dunia pendidikan, secara tidak sedar telah membuka mata masyarakat akan kepentingan dan keistimewaan wanita dalam peranan ekonomi harian bukan sahaja di dapur. Setelah wanita berjaya memajukan diri dalam dunia pendidikan, peranannya semakin aktif dalam pelbagai bidang ekonomi yang meluas. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peranan-peranan yang dipegang oleh Ibu Zain yang menunjukkan keupayaan wanita sebagai pemimpin.


Sumbangan Ibu Zain Mengangkat Darjat dan Martabat Wanita Penerimaan tanggungjawab yang lebih besar oleh Ibu Zain telah menyerlahkan lagi keperkasaan kepimpinan wanita dalam ekonomi dan pentadbiran sesebuah negara. Ini jelas memberikan tamparan hebat kepada pemikiran kolonial yang cetek pada ketika itu dengan membuktikan bahawa perubahan pasti akan berlaku sesuai dengan peredaran zaman. Masyarakat umum mulai menyedari bahawa seorang wanita mampu mengubah nasib buruknya melalui pendidikan dan seterusnya melahirkan pewaris kepimpinan sesebuah negara pada masa akan datang. Di kesempatan ini juga, dengan jawatan, tanggungjawab, dan kepercayaan yang dipegang oleh Ibu Zain. Ibu Zain lebih giat dalam membuat ucapan dalam usaha menyampaikan mesej-mesej patriotik kepada warga pendidik, pelajar, dan masyarakat umum dalam usaha melawan penjajahan di Tanah Melayu. Semangatnya tidak hanya terhenti di situ. Beliau bahkan mengasaskan majalah Guru dan Bulan Melayu dan turut dianggap sebagai arkitek dan jurutera bagi penghasilan majalah Bulan Melayu. Dalam majalah tersebut, Ibu Zain tidak hanya mendedahkan pembacanya kepada aspek patriotik semata-mata, tetapi juga pendedahan dalam bidang ekonomi, perniagaan, hal ehwal rumahtangga, kesihatan, masakan, jahitan dan sebagainya Usaha ini adalah untuk memastikan masyarakat Melayu yang celik akan perubahan dan kemajuan semasa dan seterusnya melahirkan masyarakat Melayu yang pintar dan cakna akan sekeliling. Usaha dalam memerdekakan tanah air tidak hanya tertumpu kepada Tanah Melayu semata-mata. Bagi Ibu Zain, adalah penting untuk menamatkan diskriminasi jantina bagi memelihara nasib kaum wanita di Tanah Melayu. Ini membawa kepada usaha untuk memerdekakan kaum wanita di Tanah Melayu. Sewaktu ambang kegawatan di tanah air semasa pendudukan Jepun, tekanan demi tekanan terus dirasai oleh orang Melayu.


Sumbangan Ibu Zain Ibu Zain adalah orang yang telah mencadangkan agar tarikh 25 Ogos setiap tahun diperingati sebagai Hari Wanita sebagai salah satu bentuk penghargaan terhadap jasa dan perjuangan wanita dalam kehidupan manusia. Hal ini membawa kepada sambutan Hari Wanita yang pertama diadakan pada tahun 1962 di Johor yang dinamakan dengan Hari Ibu. Mengangkat Darjat dan Martabat Wanita Pihak Jepun yang hanya melontarkan janji-janji manis seperti slogan “Asia untuk orang Asia” adalah ucapan kosong melainkan agenda untuk mengambil alih penjajahan daripada pihak British di Tanah Melayu. Pelbagai bentuk penganiayaan, penyeksaan, dan kekerasan yang telah dilakukan oleh pihak Jepun terhadap penduduk Tanah Melayu. Ramai anak-anak gadis Melayu yang menjadi mangsa rogol tentera dan pegawai Jepun pada ketika itu. Pada waktu inilah Ibu Zain mengorak langkah dalam menubuhkan Kumpulan Ibu Sepakat bagi membela nasib kaum wanita. Penubuhan ini jugalah yang membawa kepada penglibatan Ibu Zain dalam arena politik bersama Dato’ Onn Jaafar dalam gabungan bersama Pergerakan Melayu Semenanjung. Usaha demi usaha terus dijuangkan oleh Ibu Zain untuk memberikan penghargaan kepada kaum wanita. Perjuangan Ibu Zain dalam mengangkat darjat dan martabat wanita bukan hanya dari sudut pandang pendidikan dan politik sahaja, namun meliputi semua aspek sosial lainnya. Ini kerana wanita juga manusia biasa yang perlu menjalani keseharian sosial bersama masyarakat pada umumnya, maka adalah penting untuk memastikan penglibatan wanita dalam dunia sosial sentiasa dipelihara dan dilindungi. Berikut menunjukkan beberapa organisasi yang menyambut dan memperingati Hari Wanita pertama pada 25 Ogos


Sumbangan Ibu Zain Mengangkat Darjat dan Martabat Wanita Tahukah anda bahawa Ibu Zain dikatakan wanita Melayu pertama yang terlibat dalam persatuan Pandu Puteri? Semangat, cinta, dan minat yang mendalam dalam memperjuangkan nasib wanita diserlahkan oleh Ibu Zain dalam persatuan tersebut. Persatuan tersebut ditubuhkan bertujuan untuk melatih kaum wanita dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia yang semakin global dan kompleks, penyertaan wanita Melayu membolehkan mereka untuk mempelajari pengetahuan dalam pelbagai aspek keseharian kehidupan. Ibu Zain juga telah terlibat dalam Jambori Pandu Puteri yang diadakan di Colombo. Dalam memastikan penyertaan wanita-wanita Melayu dalam persatuan Pandu Puteri sentiasa terpelihara, Ibu Zain sentiasa memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam setiap kegiatan adalah berlandaskan dan mematuhi hukum Islam. Dengan ini, kaum wanita bukan hanya dapat memajukan diri dalam kegiatan ekonomi dan sosial, tetapi juga dapat menjaga maruah diri, agama, keluarga, dan masyarakat dalam arus pembangunan negara yang semakin kompleks dan rumit. Ibu Zain Pemenang Pingat Tokoh Logo Persatuan Pandu Puteri


SUMBANGAN IBU ZAIN Politik adalah perkara yang sangat dititikberatkan sejak dari dulu lagi,lebih-lebih lagi dalam diri masyarakat berbilang kaum, agama, umur dan latar belakang. Hal ini demikian kerana politik kebiasaannya melibatkan orang ramai dan beberapa orang pemimpin. Kedua-dua pihak haruslah berganding bahu dan bersatu padu dalam mengekalkan kestabilan politik di dalam negara. Sekiranya sebuah negara gagal menjayakan objektif tersebut, kestabilan politik akan tergugat sehingga menyebabkan impak negatif berlaku seperti rakyat berpecah belah, pemimpin gila kuasa dan sebagainya. Oleh sebab itu, Ibu Zain telah dipilih untuk menjadi contoh teladan dalam penulisan majalah ini. Setelah mengkaji sejarah Ibu Zain dalam bidang politik, beliau merupakan orang yang berpengaruh dalam kegiatan politik sebagai ahli politik wanita. Datuk Onn bin Jaafar mula menghantar undangan kepada beliau untuk menyatu-padukan kaum-kaum wanita di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Pertubuhan Pergerakan Kaum Ibu Semenanjung. Gerakan Ahli Politik Wanita :


SUMBANGAN IBU ZAIN Apabila sejarah Ibu Zain diperhati dengan lebih teliti, beliau bukan sahaja pemimpin yang sangat berpengaruh, malah beliau ialah seorang pemimpin yang berani selain dari menyuarakan pendapat dan suara bagi kaum wanita. Beliau memahami tidak semua perempuan sanggup menggadai nyawa kerana kaum perempuan kebiasaannya tidak sekuat kaum lelaki untuk menjadi tentera. Lantas, beliau merelakan dirinya menjadi tentera serta tanpa gentar dan segan silu meredah hutan berseorangan tanpa bantuan tentera yang lain. Beliau berkunjung dari kawasan ke kawasan bagi menangani jajahan komunis yang cuba menyebarkan pengaruh komunis secara dakyah atau lebih dikenali sebagai “communism” kepada rakyat yang kurang bernasib baik. Dengan tekad yang tinggi daripada beliau, beliau berjaya menghalang puak-puak komunis daripada mempengaruhi rakyat di Tanah Melayu. Datuk Onn bin Jaafar mula menghantar undangan kepada beliau untuk menyatu-padukan kaum-kaum wanita di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Pertubuhan Pergerakan Kaum Ibu Semenanjung. Pertubuhan ini selaras dengan objektif yang utama pada masa dahulu iaitu berusaha mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dari jajahan musuh. Tanpa pimpinan Ibu Zain dalam kalangan wanita, semangat kaum-kaum wanita di Tanah Melayu kemungkinan akan luntur lantas melemahkan usaha memerdekakan Tanah Melayu.


P en g a j a r an y an g pe r lu di t e l adani da r ipada s e t i ap a spek K a t a -ka t a penutup Refleksi & Kesimpulan


Antara pengajaran yang perlu deteladani daripada sumbangansumbangan yang telah dibincangkan ialah kita mestilah tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Para wanita pada zaman dahulu sukar untuk mendapatkan pendidikan formal. Mereka kebiasaannya hanya mendapat pendidikan tidak formal di rumah masing-masing sahaja. Kini, setiap individu mempunyai peluang yang luas untuk melanjutkan pelajaran ke pelbagai bidang ynag disediakan. Maka, generasi muda mestilah menggunakan peluang dan kemudahan ini dengan sepenuhnya agar mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing. Pengajaran yang perlu diteladani Pengajaran selanjutnya ialah kita sepatutnya saling bantu membantu antara satu sama lain. Sikap ini dapat meringankan beban dan kekurangan yang dihadapi oleh orang di sekeliling kita. Jika terdapat mereka yang dalam kesusahan, kita sewajarnya menghulurkan bantuan kepada mereka. Hal ini kerana jika kita bersikap ringan tulang membantu orang yang dalam kesusahan, kita akan dipandang mulia dan disenangi oleh masyarakat. Dengan membantu orang lain, kita juga akan mendapat ganjaran di kemudian hari kelak. Perkara ini juga penting dalam kehidupan berjiran. Jika kita rajin membantu orang lain, perbuatan ini akan memudahkan kita kerana jika ditimpa sebarang musibah, jiran-jiran berdekatan pasti berasa senang untuk membantu kita. Jelaslah di sini bahawa membantu mereka yang memerlukan tidak mendatangkan sebarang kerugian malah memberi faedah dan kesan yang sangat positif dalam kehidupan seseorang.


Seterusnya, pengajaran yang perlu diambil iktibar ialah kita haruslah mempunyai semangat patriotisme yang mendalam dalam diri. Semangat patriotisme yang kuat dapat melahirkan generasi hadapan yang mampu membela nasib bangsa dan negara kelak. Generasi kini perlu menjadikan sejarah sebagai panduan untuk menaikkan nama negara dan dalam masa yang sama perlu mengambil iktibar daripada sejarah hitam agar perkara yang sudah berlaku tidak berulang kembali. Pengajaran yang berikutnya berkaitan kebijaksanaan seseorang dalam memanfaatkan peluang yang dimiliki untuk menambah ilmu pengetahuan. Seperti yang sedia maklum, kita berada di zaman moden yang mempunyai banyak kemudahan terutama sekali media massa. Kita mestilah bijak menggunakan media massa untuk tujuan yang baik seperti untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara atau untuk berkomunikasi dengan kenalan yang tinggal berjauhan dari kita. Jika kita mempunyai persoalan tentang sesuatu, kita boleh terus melayari internet untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut. Kita juga boleh berkongsi ilmu pengetahuan yang kita miliki dengan cara penulisan, gambar dan video untuk kegunaan mereka yang memerlukan. Media massa merupakan satu teknologi yang sangat berkuasa kerana dapat memberikan kesan yang baik kepada individu sekiranya digunakan dengan berhemah manakala jika digunakan secara tidak terkawal, dapat membahayakan diri sendiri dan kehidupan orang lain.


Selain itu, pengajaran yang dapat diambil daripada sumbangan Ibu Zain ialah kita sewajarnya rajin melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara. Antara aktiviti tersebut termasuklah aktiviti bergotong-royong bersama jiran tetangga, menganjurkan rumah terbuka sempena hari perayaan masing-masing atau bertukar juadah sesama jiran terdekat. Aktiviti ini mungkin dianggap remeh oleh segelintir pihak tetapi hakikatnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, kita juga dapat menambah pengetahuan tentang adat dan budaya masyarakat berbilang bangsa seterusnya dapat menambah kenalan rapat. Kita mestilah menjaga hubungan baik dengan semua orang agar tidak timbul perasaan iri hati atau dendam yang dapat mengganggu kehidupan kita di kemudian hari. Pengajaran terakhir yang akan dibincangkan dalam tugasan ini ialah kita mestilah mempunyai sikap dedikasi dalam setiap bidang yang kita ceburi. Sikap dedikasi ini bermaksud kita sanggup mencurahkan segala tenaga dan kemampuan diri demi sesuatu yang kita inginkan. Sebagai contoh, jika seseorang itu mempunyai minat dalam seni mempertahankan diri, dia mestilah berusaha sehabis baik untuk mahir dalam seni tersebut. Sungguhpun banyak halangan dan rintangan yang mendatang, dia sewajarnya cuba sedaya upaya demi mencapai sasaran yang diimpikan. Perumpamaan tersebut dapat dipraktikkan dalam pelbagai aspek lain berkaitan mencapai sasaran tersendiri dalam hidup setiap individu. Dengan mempunyai sikap dedikasi, tidak mustahil untuk seseorang itu mencapai sasaran dan impiannya. Mereka mestilah tabah dan tidak mudah berputus asa kerana pada akhirnya kesabaran mereka itu pasti membuahkan hasil yang lumayan.


KATA-KATA PENUTUPYANG Pelbagai rintangan dan tomahan telah diterima sepanjang kehidupan Ibu Zain memperjuangkan kebenaran demi negara tercinta ini. Namun, sikap beliau yang terus kental menghadapinya dengan sabar telah membuahkan hasil yang dapat kita rasai kini. Beliau telah memainkan peranan yang penuh bermakna dalam memajukan bangsa dan negara, melalui pelbagai aspek seperti pendidikan, politik, ekonomi dan undang-undang tanah air ini. Ibu Zain terkenal sebagai ikon negara yang amat mementingkan pendidikan kepada masyarakat. Tidak mengenal erti penat dan lelah, beliau telah memerah keringat demi merialisasikan pelbagai usaha dan impian untuk memajukan tahap pendidikan negara. “Ketekunan dan kegigihan adalah kunci untuk mengatasi segala rintangan hidup”, merupakan kata kata nasihat yang telah terukir dari bibir beliau. Sebagai anak muda generasi kini, segala sumbangannya haruslah kita hargai dan jadikan perjuangannya sebagai pedoman dalam diri untuk tidak mudah berputus asa dalam memajukan prestasi diri agar kita turut dapat menyumbang bakti kepada bangsa, agama dan negara. indah Penutup ini juga ingin mengingatkan bahawa setiap pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu dalam membentuk nilai dan peribadi generasi mendatang haruslah dihargai. Semangat dan naluri kasih sayang seorang ibu seperti sosok Ibu Zain telah menjadi pautan dan penggerak pembangunan masyarakat kini yang lebih beradab dan bertamadun. Mengungkap kata-kata beliau; “Agama dididik, moden dibela. Dunia dikelek, akhirat ditatang.” Pesanan ringkas ini menerangkan betapa pentingnya seorang individu mentautkan pendidikan agama dengan pemahaman nilai moden yang baik supaya mereka lebih bijak untuk mengatur dan menjalani kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Kata mutiara yang ditinggalkan ini juga perlulah dijadikan renungan dan teladan untuk diri dan keluarga serta disampaikan kepada generasi yang akan datang. Mengambil inspirasi daripada Sri Hajah Zainon binti Sulaiman, dapat disimpulkan bahawa menghormati peranan, dan menghargai pengorbanan seorang wanita merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Oleh itu, nama dan jasa tokoh ini haruslah kekal didendang dan dihargai agar pengorbanannya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana dimakan zaman.


TOKOH : IBU ZAIN SADN1033 T O K O H Y A N G T I D A K D I D E N D A N G


Evans, J. P. (2022, January 01). University Of California Press. Still Learning from Gregor Mendel after 200 Years. Retrieved June 17, 2023, from https://online.ucpress.edu/abt/article-abstract/84/1/8/119396/Still-Learning-from-GregorMendel-after-200-Years?redirectedFrom=fulltext Hidayah Sani. (2022, August 15). Demi pendidikan, Ibu Zain langgar 'sumpahan' masyarakat Melayu. The Merdeka Times. Retrieved June 17, 2023, from https://themerdekatimes.com/news/2022/08/demi-pendidikan-ibu-zain-langgarsumpahan-masyarakat-melayu/ IBU ZAIN. (2023, February 7). Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia ( OMIW ). Retrieved June 17, 2023, from https://omiw.com.my/Web/2023/02/07/ibu-zain/ Ibu Zain (Zainun Munsyi Sulaiman) · Tokoh Pemikir Alam Melayu · Malaycivilization. (n.d.). Malaycivilization. Retrieved June 17, 2023, from https://malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokoh-pemikir-alam-melayu/ibuzain Marisah, E. A. (2022, September 9). IBU, Kisah Seorang Tokoh Kemerdekaan: Adiwira tidak didendang diadaptasi dalam seni wayang kulit. Astro Awani. Retrieved June 17, 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-kisah-seorang-tokoh-kemerdekaanadiwira-tidak-didendang-diadaptasi-dalam-seni-wayang-kulit-380055 NILAI DAN PENGAJARAN. (n.d.). CIKGU FARAHIN ~. Retrieved June 17, 2023, from http://farahinmarusin.blogspot.com/2018/05/nilai-dan-pengajaran.html Nursafika Amira. (2018, January 8). Kenali Ibu Zain Yang Merupakan Seorang Tokoh Pendidikan. Majalah Labur. Retrieved June 17, 2023, from https://www.majalahlabur.com/inspirasi/kenali-ibu-zain-yang-merupakan-seorang-tokohpendidikan/ Profil Ibu Zain- Pendidikan Inggeris Tidak Gugat Keislamannya; Terus Mara Perjuangan – TahuTuai. (2020, January 4). TahuTuai. Retrieved June 17, 2023, from https://tahutuai.com/profil-ibu-zain-pendidikan-inggeris-tidak-gugat-keislamannya-terusmara-perjuangan/


Click to View FlipBook Version