PENGHAYATAN HADIS IMAM NAWAWI & PROGRAM MUJAHADAH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM Pelancaran SK PENGKALAN CHENGAL 12 MEI 2024 I AHAD 8:00 PAGI I DEWAN SRI CHENGAL DIRASMIKAN OLEH : TUAN HAJI MOHD YASIN BIN ABDULLAH. GURU BESAR SK PENGKALAN CHENGAL
Pengenalan Pelaksanaan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi adalah selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam usaha memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama dalam kalangan murid Islam berpandukan himpunan hadis 40 Imam Nawawi. Objektif Menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islamiah yang berupaya mengangkat kemuliaan insan ( karamah insaniah ) Memahami cara pemikiran dan pandangan yang sesuai dalam menangani isu semasa berpandukan al-Quran dan al-Sunnah Melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC) menerusi aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah dengan berpandukan himpunan Hadis 40 Imam Nawawi. Memahami tasawur Islam yang indah dan menggalakan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Biodata Imam Nawawi Imam Nawawi ialah Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi. Lahir di Nawa sebuah kampung di daerah Damsyik pada tahun 631H dan meninggal dunia pada tahun 676H. Beliau merupakan seorang tokoh ulama besar dalam Mazhab Syafie dan berjaya menghafaz al-Quran sebelum usia baligh. Pada usia belasan tahun beliau menghadiri 12 halaqah ilmu dalam sehari di sekitar Kota Damsyik. Antara halaqah yang dihadiri ialah syarah atau tashih berkaitan Sahih al-Bukhari, ilmu usul fekah dan usuluddin.
Tentatif HARI ; AHAD TARIKH : 12 MEI 2024 8:00 PAGI : Guru dan pelajar berkumpul di Dewan Sri Chengal Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Gimik Pelancaran Penghargaan Seluruh jawatankuasa Pelancara Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi & Program Mujahadah Panitia Pendidikan Islam Sk Pengkalan Chengal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini.