PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) PALONG TIMUR PROGRAM JEJAK GEMILANG PANITIA PENGAJIAN AM SMK (LKTP) PALONG TIMUR 321 7 Peluang pekerjaan • Kemasukan firma luar dan pelaburan asing mewujudkan banyak peluang pekerjaan. • Jaringan usahasama antara pengusaha industri halal dalam kalangan negara Islam menyediakan peluang pekerjaan berkualiti dan mempunyai upah yang tinggi. • Pertumbuhan industri IKS dan sektor lain hasil kerjasama dengan negara luar menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. • Pertambahan permintaan terhadap produk tertentu meningkatkan import buruh untuk memenuhi permintaan. 8 Penyelidikan dan pembangunan (R&D) • Petronas, syarikat pengeluar minyak dan institusi penyelidikan negara Islam mempergiatkan usaha P&P dalam bidang tenaga alternatif seperti biofuel untuk menggantikan petroleum. • Aktiviti penyelidikan di Universiti menggabungkan kepakaran tempatan dan antarabangsa. • Untuk agensi dalam dan luar negara di pergiatkan untuk memabwa produk dan harta intelek hasil P&P IPT tempatan ke pasaran global. 9 Penyelesaian masalah dalaman negara • Wabak penyakit berbahaya seperti Japanese Encephalitis (JE), demam Coxsackie dan penyakit Sars mendapat bantuan kepakaran asing seperti Pakar Perubatan dari Atlanta, Amerika Syarikat untuk mendapat bantuan kepakaran asing. Penutup Malaysia mendapat banyak manfaat daripada hubungan baik yang dijalin dengan ASEAN dan negara-negara lain. Disamping menjamin keselamatan dan mengekalkan kedaulatan negara, hubungan tersebut membantu Malaysia mendapat kepercayaan negara luar untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang.
PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) PALONG TIMUR PROGRAM JEJAK GEMILANG PANITIA PENGAJIAN AM SMK (LKTP) PALONG TIMUR 322 SOALAN 19 Pencerobohan perairan negara oleh bot-bot nelayan asing telah menimbulkan pelbagai kesan kepada Malaysia. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk membanteras pencerobohan tersebut. Bincangkan. [25] Format : 3 + 2 @ 2 + 3 Kombinasi Idea : K1 Kesan pencerobohan perairan negara oleh bot nelayan asing kepada Malaysia K2 Tindakan Malaysia untuk membanteras pencerobohan perairan negara oleh bot nelayan asing Bil Idea Huraian Kehendak 1 : Kesan Pencerobohan Perairan Negara Oleh Bot Nelayan Asing Kepada Malaysia 1 Menggugat sektor perikanan negara • Nelayan asing mengaut hasil perikanan negara dengan sewenang-wenangnya. • Sektor perikanan negara kehilangan pendapatan dan terpaksa menanggung kerugian yang besar. • Tempat ikan membiak musnah dan ikan mengalami kepupusan. • Negara terpaksa mengimport ikan dari negara luar. 2 Mengancam aktiviti nelayan tempatan • Nelayan tempatan sering diganggu oleh nelayan asing semasa menangkap ikan di perairan Malaysia. • Nelayan asing bertindak ganas merosakkan pukat dan peralatan menangkap ikan nelayan tempatan. • Pendapatan nelayan tempatan terjejas, keselamatan mereka terancam dan terpaksa menanggung kerugian yang besar. • Terpaksa mencari pekerjaan lain. 3 Menjejaskan hubungan diplomatik • Hukuman yang dikenakan kepada nelayan asing yang menceroboh perairan negara menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Malaysia. • Mendakwa nelayan asing ditangkap semasa menangkap ikan dalam perairan negara masing-masing. • Merenggangkan hubungan yang terjalin erat sebelum ini. 4 Kedaulatan perairan negara terancam • Pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing boleh menjejaskan kedaulatan sesebuah negara. • Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menjalankan rondaan dan pemantauan berkala bagi membanteras pencerobohan oleh bot nelayan asing. • Kedaulatan perairan dan imej negara terjejas kerana dianggap tidak memebrikan perhatian terhadap isu pencerobohan nelayan asing atau Malaysia kurang berupaya dalam mengurus perairan negara. 5 Keselamatan nelayan tempatan terancam • Nelayan asing membawa senjata. • Digunakan untuk mempertahankan diri daripada pihak berkuasa. • Merompak nelayan tempatan • Terpaksa memberi hasil tangkapan kerana takut akan ugutan. Kehendak 2 : Tindakan Malaysia Untuk Membanteras Pencerobohan Perairan Negara Oleh Bot Nelayan Asing 6 Memperkasa penguatkuasaan undangundang • Mengenakan tindakan undang-undang yang tegas dan hukuman lebih berat terhadap bos nelayan asing yang memasuki zon ekonomi eksklusif negara. • Memburu anggota penguatkuasa yang menerima rasuah dari nelayan asing yang ditangkap. 7 Mengadakan kerjasama antara agensi penguatkuasaan tempatan • Agensi-agensi penguatkuasa tempatan mengadakan operasi bersepadu bagi menangani pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia. • Mengadakan pengawasan laut dan udara untuk menghalang bot-bot nelayan asing menghampiri perairan negara.
PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) PALONG TIMUR PROGRAM JEJAK GEMILANG PANITIA PENGAJIAN AM SMK (LKTP) PALONG TIMUR 323 • Menjalin hubungan dalam bentuk latihan, perkongsian maklumat dan operasi bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 8 Mengadakan kerjasama dengan negara luar • Mempertingkat perkongsian strategik antara negara Malaysia dengan negara luar untuk menyelesaikan isu pencerobohan nelayan asing. • Kerjasama antara agensi keselamatan maritim Malaysia dengan negara luar bagi membanteras pencerobihan nelayan asing. • Melibatkan perbincangan dua hala, perkongsian maklumat perisikan, perkongsian kepakaran penguatkausaan, altihan dan operasi bersepadu. 9 Menubuhkan pasukan sukarelawan • Membantu operasi penguatkausaan oleh anggota Maritim untuk menghalang pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing. • Mempergiat Program Rakan Maritim untuk melindungi nelayan tempatan semasa menangkap ikan di laut. • Rakan Maritim boleh membuat laporan terus kepada TLDM atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) jika terserempak dengan bos asing yang mencurigakan di laut. 10 Mengadakan pemantauan secara berterusan • Mempertingkat rondaan dan operasi di kawasan sempadan perairan negara bagi mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing. • Meningkatkan tangkapan terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan Malaysia.
PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) PALONG TIMUR PROGRAM JEJAK GEMILANG PANITIA PENGAJIAN AM SMK (LKTP) PALONG TIMUR 324 SOALAN 20 Walaupun ASEAN dilihat berupaya memupuk keharmonian dalam kalangan negara anggotanya, namun pertubuhan ini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Bincangkan. [25] Format : 3 + 2 @ 2 + 3 Kombinasi Idea : K1 Cabaran ASEAN untuk memajukan ekonomi di rantau Asia Tenggara K2 Cabaran ASEAN untuk mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara Pengenalan Pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran terutamanya untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau. Bil Idea Huraian Kehendak 1 : Cabaran ASEAN Untuk Memajukan Ekonomi Di Rantau Asia Tenggara 1 Persaingan dalam pasaran komoditi • Dengan iklum dan cuaca yang sama, negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah, kelapa, koko, minyak sawit yang menjadi komoditi kepada banyak negara anggota ASEAN. • Keadaan ini menjadikan negara-negara anggota berusaha merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa. • Apabila wujudnya pasaran bebas dalam kalangan negara anggota, menyebabkan masing-masing akan mementingkan kepentingan komoditi negara sendiri demi menjana pendapatan negara yang pastinya akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan. • Tanpa kebijaksanaan pemimpin negara anggota, persaingan ini boleh mengeruhkan hubungan negara anggota. 2 Kemunculan kumpulan ekonomi serantau • Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan pelaburan asing ke negara itu. • Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA) merancang skim tarif yang sama. • Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup. • Hal ini akan menjadi cabaran untuk memasarkan barangan dari negara ASEAN. 3 Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama • Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah, getah asli menyebabkan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN kerana negara ASEAN kaya dengan bahan-bahan mentah ini. • Keadaan ini menyebabkan negara-negara ASEAN terpaksa memberi perhatian kepada pengeluaran sektor perkilangan dan perkhidmatan. • Namun begitu, negara maju mempunyai keleihan ekonomi dalam segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi. • Pengeluaran dan pemasaran produk yang sama menyebabkan persaingan yang sengit bukan sahaja antara negara anggota tetapi juga antara negara anggota dengan negara maju. • Sebagai contoh, pengeluaran barangan elektrik, sudah pastinya ramai pengguna akan membeli barangan daripada pengeluaran negara maju yang diperakui lebih bermutu ditambah lagi harganya yang kompetitif. 4 Pergantungan kepada negara maju masih berlarutan • Negara-negara ASEAN merupakan negara-negara membangun. Hal ini menyebabkan negara banyak bergantung kepada negara-negara maju.
PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) PALONG TIMUR PROGRAM JEJAK GEMILANG PANITIA PENGAJIAN AM SMK (LKTP) PALONG TIMUR 325 • Negara ASEAN bergantung kepada pasaran luar negara seperti USA, Eropah dan Asia Pasifik. • Selain itu, negara ASEAN bergantung kepada teknologi moden dari negara maju seperti Jepun, Korea, Rusia untuk sektor perindustrian. • Negara ASEAN juga masih memerlukan pelaburan modal asing untuk menggerakkan dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dan lain-lain. • Sebagai contoh, Syarikat Seagate, Samsung, Apple banyak membuka pelaburan syarikat mereka di negara-negara ASEAN. 5 Negara-negara ASEAN masih dibebani hutang luar negara • Kegawatan ekonomi dunia telah menjejaskan kedudukan ekonomi negara anggota ASEAN. • Sebagai contoh, negara Indonesia dan Thailand dibebani oleh hutang luar negara. • Hal ini berlaku menyebabkan negara-negara ini terpaksa meminjam wang dari IMF (International Monetary Fund). • Kesannya, sehingga sekarang negara-negara ini masih belum dapat membayar hutang tersebut dan terpaksa mengikut pelan pembangunan ekonomi yang disarankan oleh IMF yang pastinya akan dikuasai oleh negara-negara kaya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Kanada, kerana mereka dikatakan mempunyai hak dalam menguruskan dana IMF. • Keadaan ini membantutkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia Tenggara. Kehendak 2 : Cabaran ASEAN Untuk Mengekalkan Keamanan Di Rantau Asia Tenggara 6 Persaingan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara • Penglibatan Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik semakin ditingkatkan melalui Strategi Pangsi Pasifik. • Amerika Syarikat telah bertapak di negara-negara Asia Tenggara seperti di Singapura, Filipina dan Thailand. • Sebagai contoh, isu Pulau Scarborough yang berlaku antara Filipina dan China yang telah mengundang penglibatan Amerika Syarikat di rantau Asia. • Amerika Syarikat telah menggandakan bantuan kepada Filipina bagi meningkatkan keupayaan tentera Filipina bagi menghadapi kuasa China kerana Filipina masih mempunyai perjanjian dengan kuasa besar tersebut. • Selain itu, pada tahun ini, Amerika Syarikat juga telah menempatkan sebuah kapal perang siri terbaru di Singapura. • Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan berlakunya perluasan kuasa besar di Asia Tenggara dan keadaan ini jika tidak ditangani akan mewujudkan konflik ancama pertembungan kuasa besar yang akan menjejaskan ASEAN. 7 Konflik tuntutan wilayah • Terdapat banyak pulau di sekitar Asia Tenggara seperti Pulau Spratly, Pulau Batu Putih, Pulau Sipadan-Ligitan, Pulau Pisang. Dan Pulau Ambalat yang menjadi rebutan negara-negara Asia Tenggara. • Sebagai contoh, Pulau Pisang antara Malaysia dan Singapura. Pulau Spratly pula melibatkan Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei dan China. • Negara China semakin agresif menuntut Pulau Spratly dan Paracel tersebut yang dianggap miliknya berdasarkan faktor sejarah dan bukan peruntukkan undangundang antarabangsa. Negara ini telah bertindak menempatkan tenteraya di Kepulauan Spratly. • Situasi ini akan mewujudkan konflik antara sesama negara-negara Asia Tenggara dan juga negara besar Asia Timur. 8 Masalah politik dalaman negara-negara anggota • Keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara boleh tergugat apabila berlakunya politik dalaman negara-negara anggota.
PUSAT TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) PALONG TIMUR PROGRAM JEJAK GEMILANG PANITIA PENGAJIAN AM SMK (LKTP) PALONG TIMUR 326 • Sebagai contoh, negara Myanmar masih belum mengamalkan demokrasi dan diperintah oleh junta tentera. • Pergolakan di Selatan Thai berlaku disebabkan oleh krisis majoriti etnik Melayu beragama Islam yang menuntut hak mereka. • Hal ini akan mewujudkan situasi tidak menyenangkan kepada kalangan negara anggota terutama negara jiran. • Sebagai contoh terdapat dakwaan Malaysia telah memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan penentang Islam Thailand ini. 9 Ancaman anasir luar/ puak pelampau/ lanun • Ancaman anasir luar juga boleh menggugat keamanan dan kestabilan serantau. • Ancaman sebegini merupakan ancaman yang tidak dapat diduga. • Sebagai contoh, pencerobohan di Lahad Datu, Timur Sabah oleh pengganas Sulu. • Peristiwa ini telah menggugat kestabilan negara dan hubungan dengan negara Filipina. • Masalah lanun. • Kumpulan Abu Sayyaf. 10 Masalah pendatang tanpa izin (PATI • Kesempitan hidup di negara asal menyebabkan mereka berhijrah ke negara berhampiran secara tidak sah untuk mencari pekerjaan. Contoh rakyat Indonesia datang ke Malaysia. • Mereka datang melalui agensi-agensi haram dan terpaksa menyusup masuk melalui jalan air. Terdapat dalam kalangan mereka yang menggunakan pas lawatan sosial. • Pelbagai masalah yang timbul terhadap negara yang dituju iaitu masalah sosial, pelacuran dan kutu rayau. Kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menghantar mereka kembali ke negara asal mereka. • Isu penghantaran semula PATI juga boleh menyebabkan perselisihan antara negara boleh berlaku. • Cabaran ini memerlukan kesepakatan antara negara yang terlibat. Penutup : Cabaran terutamaya untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau perlu ditangani untuk kemajuan dan faedah bersama.