The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAMIDAH BINTI TALIP Moe, 2020-05-13 11:57:34

INFO UBK SMKPP: FOKUS 4 : PKM

MANFAAT KETAWA

We care we share







• KETAWA meningkatkan sistem imun

Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan
sebaliknya sistem ketahanan badan akan
dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh
membantu menangkis pelbagai penyakit.

• KETAWA meningkatkan hormon endorphine

Hormon Endorphine berfungsi memberikan rasa lega,
tenang dan nyaman serta rasa gembira dan bahagia.
Hormon ini dirembeskan dengan banyak ketika
seseorang ketawa.

• KETAWA melindungi jantung

Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan
berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan
menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini
dioptimumkan fungsinya risiko untuk mendapat
penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.



 KETAWA Memperbaiki pernafasan

Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti
kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka
yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress
pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon
dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut
memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong,
diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa
berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih
bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.

 KETAWA Mengurangkan sikap agresif

Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang
agresif. Ini boleh membantu anda membentuk perspektif yang
lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda.
Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton
video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak
suka menontonnya.

• KETAWA Menghilangkan kesakitan

Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu
untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

• KETAWA Meningkatkan ketahanan tubuh

Ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A
(IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan
jangkitan terutama dalam sistem pernafasan

KETAWA Meningkatkan kemahiran bersosial

Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang
untuk berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah untuk
ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius.
Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

KETAWA Merupakan senaman

Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak
100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit
mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.


Click to View FlipBook Version