The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-19394169, 2022-05-13 07:00:03

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKKT 2022

BukuMesyuaratAgungPIBG2022

MESYUARAT AGUNG PIBG
SK KAMPONG TENGAH
KALI KE 41

TARIKH : 14 MEI 2022(SABTU)
MASA :9.00 PAGI

TEMPAT : DALAM TALIAN
DIRASMIKAN OLEH :
YANG BERBAHAGIA,

USTAZ HAJI MASTURA BIN HAJI MOHAMAD
MUDIR

MAAHAD TAHFIZ TENGKU AMPUAN BARIAH
KUALA TERENGGANU

1

TENTATIF PROGRAM

8.30 Pagi -Pendaftaran Ibubapa/Penjaga(Dalam Talian melalui Google Form)
9.00 Pagi -Ucapan Pengerusi Majlis:
Ustaz Haji Nasron bin Haji Mohamad

-Bacaan Doa :
Ustaz Mohd.Zamri bin Zakaria

-Ucapan Tuan Guru Besar :
Cikgu Dzulhaimi bin Muda

-Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Oleh :
Yang Berbahagia,Ustaz Haji Mastura bin Haji Mohamad,
Pengetua,Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah,Kuala Terengganu

-Mesyuarat Agung PIBG :

-Memilih Pengerusi Mesyuarat Agung Tahun 2022

-Ucapan Pengerusi Mesyuarat Agung

- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-40

-Pembentangan laporan tahunan 2021

-Perkara-perkara berbangkit

-Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 2021

-Pembentangan dan pembahasan usul.

-Ucapan penangguhan

2

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021
PENASIHAT : CIKGU DZULHAIMI BIN MUDA(GURU BESAR)
YDP :USTAZ HAJI MASTURA BIN HAJI MOHAMAD
NYDP : CIKGU OMAR BIN ADAM
SETIAUSAHA : USTAZ HAJI NASRON BIN HAJI MOHAMAD
NAIB SETIAUSAHA : CIKGU DAMITHAH BINTI MOHAMAD
BENDAHARI : CIKGU ZURAIDA BINTI AHMAD
PEN. BENDAHARI : CIKGU NOR AZIAH BINTI EMBONG
WAKIL IBU BAPA :-
HAJI MUHAMMAD SABRI BIN ZAM MANI
ENCIK ZAINISHAM BIN ABD HAMID
ENCIK MAZLAN BIN ISMAIL
ENCIK ZULKANA BIN YUSOF
PUAN HAJJAH NORLIA BINTI HAJI HASSAN
PUAN SUZANA BINTI ISMAIL
PUAN SITI NOR BINTI ZAID
PUAN NORDIENIAH BINTI AWANG@OMAR
PUAN SUHANA BINTI RAHMAT
PUAN NOR LAILA HADA ASYARAH BINTI NAWI
WAKIL GURU :-
CIKGU MOHD.SUHAIMI BIN HAJI AWANG
CIKGU NOR ALIZA BINTI CHIK
JURUAUDIT :-
CIKGU ZAIFAH BINTI IBRAHIM
PUAN SYARIFAH NORHAZA BINTI SYED A.KADIR

3

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 TAHUN 2021
SK. KAMPONG TENGAH

21200 KUALA TERENGGANU

TARIKH : 23 OKTOBER 2021(SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DALAM TALIAN(GOOGLE MEET)

1. UCAPAN GURU BESAR ( CG. DZULHAIMI BIN MUDA )
Tuan Guru Besar mengucapkan kesyukuran atas kejayaan jawatankuasa PIBG mengadakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 secara Google Meet. Beliau menyatakan bahawa masih belum
ada kesempatan untuk bersemuka dengan para ibubapa buat masa ini. Beliau juga merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua ibubapa dan guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung secara
dalam talian.

Beliau memaklumkan bahawa sekolah telah mula dibuka sejak 3 Oktober 2021. Dengan
kerjasama yang baik daripada para guru dan ibubapa, pihak sekolah berjaya memastikan
pematuhan SOP berjalan lancar. Beliau berharap kerjasama dan komitmen yang baik ini dapat
dikekalkan.

Tuan Guru Besar turut merakamkan ucapan terimakasih dan bersyukur atas kesungguhan
dan komitmen yang diberikan oleh semua guru dan ibubapa yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam memastikan penglibatan anak-anak sama ada dalam Kurikulum atau
Kokurikulum. Kejayaan yang diperolehi oleh anak-anak didik SKKT merupakan bukti sokongan
padu para ibubapa dan kegigihan bimbingan para guru.

Beliau turut berterima kasih kepada jawatankuasa PIBG yang sentiasa memberi sokongan
dan bantuan terhadap kerja-kerja pembaikian dan baik pulih peralatan dan pembangunan
sekolah.

Akhirkata, beliau berharap agar agar semua guru dan ibubapa bersabar dan tabah
menghadapi ujian Covid 19, semoga ada rahmat disebaliknya.

Sekian, terima kasih

4

2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (USTAZ HJ. MASTURA BIN HJ. MOHAMAD)

Beliau mengucapkan syukur dan berterimakasih kepada pihak sekolah, semua ibu
bapa dan guru yang telah membantu mengurus segala urusan persekolahan. Selalunya
kita sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab seharian di pejabat mahupun di
rumah. Tempoh PKP yang sangat panjang adalah masa untuk dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin. Gunakan masa ini dengan melakukan perkara yang berfaedah untuk diri
sendiri dan keluarga kita.

Seharian pasangan dan anak-anak berada di rumah. Suami dapat melihat sendiri
bagaimana isteri yang bekerja tanpa henti di rumah dari awal pagi hingga ke
malam. Begitu juga dengan anak-anak yang banyak membantu kerja rutin di rumah
dengan mengemas bilik, membuang sampah dan sebagainya. Hargai mereka dengan
membuat kejutan membeli makanan atau hadiah. Kita akan dapat melihat bagaimana
gembiranya mereka yang sudah agak lama tidak berada di luar rumah, yang tidak pernah
berlaku dalam hidup mereka sebelum ini. Hargai mereka dan mereka akan menghargai
anda.

Bagi yang biasa solat berjemaah di masjid atau surau akan sangat terasa
kehilangan suasana ini dengan jemaah lain, bagimanapun ianya digantikan dengan ahli
keluarga sendiri yang mungkin kurang dilakukan sebelum ini. Bayangkan anak sulung
mengalunkan azan dan anak kedua pula menjadi imam solat dan selesai solat diaminkan
doa sekeluarga. Banyak senda gurau terutama telatah si kecil yang baru belajar bersolat.
Sangat manis melihat semua telatah dengan pelbagai watak yang tidak diperolehi di luar
sana.

Semua media massa memaparkan betapa penting untuk menjaga kebersihan diri
dan keluarga dengan pelbagai cucian tangan, menutup muka dan sebagainya. Hampir
semua premis akan mengambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk, yang memang
tidak pernah berlaku sebelum ini. Pelbagai tips dan nasihat berkaitan kesihatan, makanan
sihat termasuk bersenam di rumah diperolehi dengan mudah dan boleh diamalkan untuk
kebaikan sekeluarga. Semua pihak sangat mengambil berat soal makanan, kebersihan
dan kesihatan termasuk saluran media massa dan media sosial.

Beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40.

Sekian, terima kasih.

5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 TAHUN 2021
SK KAMPONG TENGAH

21200 KUALA TERENGGANU

TARIKH : 23 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEET

AGENDA 1

Melantik pengerusi mesyuarat. Ustaz Hj. Nasron bin Hj. Mohamad telah dilantik sebagai pengerusi
mesyuarat.

Pencadang : En.Mohd.Roslan bin Muzani

Disokong : En.Yusof bin Ngah

AGENDA 2

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agong PIBG kali ke 39.

Pencadang : En. Mohd Zul Atfi bin Mohd Razali

Disokong : En. Ghazali bin Mat Zin

AGENDA 3

Perkara berbangkit.

Tiada perkara berbangkit oleh ahli PIBG dalam mesyuarat kali ini
6

AGENDA 4

Membentang dan mengesahkan laporan kewangan PIBG 2020

4.1 Ustaz Nasron selaku pengerusi mesyuarat mewakili Bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan PIBG SK Kampong Tengah bagi sesi 2020.

Pencadang : Pn. Ruhani binti Abdullah

Disokong Pn. Norazizah binti Mohamad

AGENDA 5

Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020.

AGENDA 6

Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022
6.1 Cadangan agar Jawatankuasa PIBG dikekalkan.

Pencadang : En. Mohd Safri bin Ishak

Disokong : Pn. Zanariah binti Salleh dan Sebulat suara

AGENDA 7

Mesyuarat telah bersetuju membuat keputusan untuk menerima secara sebulat suara
pembentangan dan perbahasan usul

7

7.1 Usul : Sumbangan PIBG sebanyak RM10 untuk seorang dan maksimum RM30 untuk satu
keluarga.

Pencadang : Puan Nur Marlia binti Muda

Disokong : En. Mohd Ariff bin Abdul Rashid dan Sebulat suara

7.2 Usul : Sumbangan Kecemerlangan Murid sebanyak RM10 seorang.

Pencadang : Encik Mohd.Azam bin Ismail

Disokong : Pn. Aida binti Abdullah dan Sebulat suara

7.3 Usul : Sumbangan RM60/setahun untuk Program Anak-anak Pra Sekolah.

Pencadang : Haji Muhammad Sabri bin Zam Mani

Disokong : Pn. Ruhani binti Abdullah dan Sebulat suara

7.4 Usul : Pengemaskinian data APDM untuk bantuan

Pencadang :Puan Nor Azlina binti Mat Jusoh

Ulasan : PK HEM, Pn Nora binti Alias telah memaklumkan bahawa segala maklumat murid akan
diambil dari Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Segala maklumat yang telah dikemaskini
pada bulan Oktober 2021 akan digunapakai untuk urusan bantuan 2022.

8

AGENDA 8
Ucapan Penangguhan

8.1 En. Omar bin Adam selaku NYDP mengucapkan terimakasih kepada semua warga sekolah
kerana hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40. Beliau mengucapkan selamat datang kepada Tuan
Guru Besar yang baru bertugas di SKKT iaitu En Dzulhaimi bin Muda.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang bersetuju mengekalkan
Jawatankuasa PIBG. Beliau mengulas mengenai kekangan anak-anak dalam menimba ilmu di musim
PKP, di mana para ibubapa turut memainkan peranan sebagai guru di rumah. Ada anak-anak yang
merasa penat dan merasa tepu berPdPR. Semoga peralihan dari Fasa 3 ke Fasa 4 akan membuka ruang
dan jalan yang lebih mudah untuk mereka mendapatkan ilmu. Jika dapat bersemuka, mereka berupaya
untuk mengambil aura dan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.

Beliau juga berharap Tuan Guru Besar dapat berkongsi idea-idea baharu dan bekerjasama
dengan Jawatankuasa PIBG demi memantapkan lagi prestasi SKKT. Beliau juga memanjatkan kesyukuran
dan berterima kasih kepada YDP yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen yang tinggi kepada
PIBG. Kepada para guru, beliau mengucapkan syabas atas usaha gigih mereka mengisi kelompangan 2
tahun musim PKP di mana tidak putus-putus berusaha melahirkan anak-anak yang berilmu dan
berketrampilan.

Beliau menyeru agar semua ibubapa memberikan komitmen yang tinggi berganding bahu
bersama para guru dalam memastikan kejayaan anak-anak bagi pembangunan modal insan. Beliau juga
meminta agar ibubapa yang menghadapi tekanan, tampil menyampaikan masalah mereka kepada pihak
sekolah dan PIBG. Ini untuk memastikan anak-anaktidak ketinggalan dalam proses pendidikan.

Beliau berharap Jawatankuasa yang diperbaharui ini dapat memberikan sepenuh tumpuan dan
komitmen yang tinggi demi meningkatkan lagi prestasi PIBG SK Kampong Tengah. Beliau menutup
ucapan penangguhan dengan tasbih kifarah dan surah Al- Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.45 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………………………………. …………………………………………………………
(HAJI NASRON BIN HAJI MOHAMAD) (HAJI MASTURA BIN HAJI MOHAMAD)
Setiausaha Yang Dipertua

Tandatangan :

……………………………………
(DZULHAIMI BIN MUDA)

Guru Besar

9

PENYATA KEWANGAN PIBG SK KAMPONG TENGAH BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021

TARIKH PERKARA JUMLAH TARIKH PERKARA JUMLAH
1/1/2021 Baki awal tahun 12,521.14 3/1/2021 Kebakaran 1250.00
14/1/2021 Sumbangan Murid(2020) 1850.00 27/3/2021 Program Sifar Ponteng 3500.00
2/6/2021 Sumbangan Murid 2530.00 13/7/2021 Baiki Paip Air 200.00

3/11/2021 Bantuan Kewangan 2000.00 25/7/2021 Deposit Bank Rakyat 1000.00
6/12/2021 Bantuan Kewangan 2000.00 13/10/2021
Gotong royong Pembukaan1311.50
8/12/2021 Sumbangan Murid 3980.00 13/10/2021 Sekolah 300.00
20/12/2021 Sumbangan Murid 4580.00 18/10/2021 Baiki Paip Air
18/10/2021
Sewa lori buang sampah 300.00

Beli batu dan simen untuk laluan195.00
Murid Pra Sekolah

18/10/2021 Pindah ke akaun Bank Rakyat 9049.00
(Akaun Kecemerlangan)

27/10/2021 Baiki Paip 2500.00

9/11/2021 Tukar pintu dan tingkap kelas 850.00
8/12/2021
Hadiah Pertukaran dan Persaraan470.00
8/12/2021
Guru dan Kakitangan
31/12/2021
29,461.14 Menyediakan 3 tempat basuh tangan110.00

Murid Pra Sekolah

Baki b/b 8424.84

JUMLAH JUMLAH 29,461.14
31/12/2021 Baki b/b
8424.24

BAKI DI BANK 31/12/2021 RM 8424.24

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

…………………………… ………………………………………..
Bendahari PIBG Yang Dipertua PIBG

10

PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK KAMPONG TENGAH, 21200 KUALA TERENGGANU
KECEMERLANGAN 2021

TARIKH PERKARA JUMLAH TARIKH PERKARA JUMLAH
(RM) 29/12/2021 Beli kertas (RM)
25/7/2021 Buka akaun 1,000.00 31/12/2021 A4-100 rim 1,000.00
Bank Rakyat Baki h/b
9,049.80 13,339.80
18/10/2021 Baki dari akaun JUMLAH
Kecemerlangan 4,290.00 14,339.80
2020

9/12/2021 Sumbangan
Murid

JUMLAH 14,339.80

31/12/2021 Baki b/b 13,339.80

BAKI DI BANK 31/12/2021 : RM 13,339.80 DISAHKAN OLEH :

DISEDIAKAN OLEH :

…………………………………. …………………………………..
Bendahari PIBG Yang Dipertua PIBG

11

Terima kasih kepada
semua pihak semua
atas kerjasama yang diberikan
dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG
SK Kampong Tengah

Tahun 2022

12


Click to View FlipBook Version