KARNIVAL KOKUM PRA SKIL SESI TAHUN 2022/2023
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PBL PRASEKOLAH SK INANAM LAUT
SESI TAHUN 2022/223
1.0 PERTANDINGAN PBL
Tema pertandingan PBL adalah bercorak binaan.
Penyertaan terbuka kepada murid prasekolah berumur 5-6 tahun Prasekolah
S.K. Inanam Laut.
1.1 SYARAT KHAS PERTANDINGAN
A) PENGHASILAN PBL
Sumber bahan yang digunakan untuk pembinaan PBL adalah bebas dan
diatas kos peserta.
Peserta diberi 4 pilihan Tema Binaan PBL;
I. Rumah Impianku
II. Kenderaan Inovatif
III. Robatik
IV. Modal Sistem Solar
Peserta dihendaki memilih dan membina 1 Binaan PBL.
Gabugan 1/ lebih tema dalam pembinaan dibenarkan. Walau bagaimana
gabungan tema hanya boleh menghasilkan 1 Binaan PBL yang bercorak
beberapa tema yang integrasikan.
Hasil binaan hendaklah dihantar bersama rakaman laporan projek PBL.
Modal hendaklah dihantar ke Prasekolah S.K. Inanam Laut sebelum tarikh tutup,
melalui Guru Kelas Prasekolah SK Inanam Laut, masing-masing.
B) SPESIFIKASI VIDEO DAN PANDUAN LAPORAN
Rakaman Laporan peserta hendaklah merangkumi;
a) Nama murid, nama kelas dan nama sekolah.
b) Tajuk/ tema binaan.
c) Tarikh pelaksanaan
d) Bahan yang digunakan.
e) Langkah pembinaan PBL.
KARNIVAL KOKUM PRA SKIL SESI TAHUN 2022/2023
f) Tujuan pilihan tema/ Hasil binaan.
g) Hasil binaan (dari pelbagai sudut).
h) Kesimpulan (kesan projek PBL kepada murid,Kebaikan projek PBL, Perasaan
murid, Penghargaan murid dll)
Peserta dibenarkan memakai kostum/pakaian seragam dan menggunakan
prop semasa rakaman laporan projek PBL, tetapi tiada sebarang peruntukan
markah.
Muzik dan kesan bunyi semasa laporan tidak dibenarkan.
Bahasa penyampaian boleh dilakukan sama ada di dalam Bahasa Melayu/
Bahasa Inggeris.
Video mestilah berdurasi antara 4-5 minit.
Video perlu menunjukkan keseluruhan pergerakan peserta.
Resolusi minimum adalah 720p atau 1280×720
Format MP4 atau MOV
Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya terdapat unsur-unsur
penipuan seperti suntingan video menggunakan suara latar orang lain.
Rakaman video yang dihantar untuk pertandingan ini menjadi hak milik
penganjur. Penganjur berhak menggunakannya untuk apa jua penerbitan.
Keputusan panel hakim dibuat secara kolektif dan muktamad. Sebarang
rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.
c) ASPEK PEMARKAHAN
Penilaian panel juri berdasarkan aspek pemarkahan seperti yang berikut:
I. Aspek Pemarkahan reka bentuk evidens/ produk: 30%
II. Ketepatan spesifikasi laporan rakaman diikuti & kreativiti: 20%
III. Kelancaran sebutan, kejelasan dan intonasi: 30%
IV. Gaya dan kreativiti persembahan: 20%