The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2024_2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 2xpz3, 2024-03-19 10:07:50

PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2024_2025

PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2024_2025

PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2024/2025 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN TARIKH : 21 MAC 2024 (KHAMIS) MASA : 06:30 PAGI - 11:00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA S.K. INANAM LAUT PRASEKOLAH S.K. INANAM LAUT


PENGENALAN Program Orientasi Prasekolah merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah kepada pendidikan secara lebih formal di Prasekolah. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran yang lebih teratur dan berbentuk formal. TUJUAN PROGRAM ·Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. ·Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses PdPc secara lebih formal. ·Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke prasekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. ·Membantu semua murid Prasekolah yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di prasekolah mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama.


OBJEKTIF ·Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan Prasekolah. ·Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar. ·Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya. ·Membantu meningkatkan keyakinan diri murid untuk lebih bersedia ke alam persekolahan. AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2024/2025 Pengerusi : En. Abd Arif bin Sulaiman (Guru Besar SK. Inanam Laut) Naib Pengerusi : Pn. Zharinah Gulam Rasul (Pen. Kanan Pentadbiran, SK Inanam Laut) Naib Pengerusi 1 : Pn. Noraima Bintingan (Pen. Kanan HEM SK Inanam Laut) Naib Pengerusi 2 : Pn. Jarah Ibrahim (Pen. Kanan Kokurikulum SK Inanam Laut) Naib Pengerusi 3 : Pn. Masalinah Narion (Pen. Kanan Petang SK Inanam Laut) Ketua Program : Pn. Elisa @ Emily Carlos Setiausaha : Pn. Sauzanih binti Haji Sulaiman


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2024/2025


TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


ANUGERAH PEMENANG PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2024/2025


SEKALUNG PENGHARGAAN Seluruh Jawatankuasa dengan sukacita dan ikhlasnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, dalam menjayakan Program Orientasi Prasekolah Sesi 2024/2025 . Sesungguhnya sumbangan yang diberikan amat bermakna dan mudahmudahan diberkati Allah S.W.T. Terima Kasih


Click to View FlipBook Version