The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Folio ini menerangkan tentang kepentingan perlembagaan Malaysia dalam pentadbiran & menjamin hubungan antara kaum.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alexsonlerry04, 2023-04-05 00:55:01

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM PENTADBIRAN & MENJAMIN HUBUNGAN ANTARA KAUM

e-Folio ini menerangkan tentang kepentingan perlembagaan Malaysia dalam pentadbiran & menjamin hubungan antara kaum.

Keywords: Perlembagaan,Kaum,Malaysia

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM PENTADBIRAN & MENJAMIN HUBUNGAN ANTARA KAUM MPU21032 e-Folio ALEXSON LERRY ANAK JOHNNY(31DUP22F2006) MOHD HERMIN ARDIN(31DUP22F2017) BOB CALVIN ANAK HENARY(31DUP22F2019) MUHAMMAD IZZAM BIN JEMIAN(31DUP22F2020) ADRIEL ANDRIEN ANAK KUMPANG (31DUP22F2026)


SELAMAT SEJAHTERA DAN BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH RAHMATNYA KAMI MEYELESAIKAN TUGASAN KERJA INI DENGAN PENUH JAYANYA.KAMI MENJULANG SEPENUH PENGHARGAAN KEPADA ENCIK ABDUL FATTAH BIN HAMDEN.PENSYARAH MATAPELAJARAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN(MPU 21032),DI ATAS KESUDIAN BELIAU MEMBERI TUGASAN INI KEPADA KAMI.BELIAU JUGA BANYAK MEMBANTU SEPANJANG PROSES PEMBENTUKAN TUGASAN INI BERLANGSUNG.AKHIR KATA,KAMI JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA RAKANRAKAN YANG BANYAK MEMBANTU KAMI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEPANJANG PROSES MEREALISASIKAN TUGASAN INI BERJALAN.PELBAGAI ILMU YANG DAPAT KAMI RUNGKAI SEPANJANG KAMI MENYAMPAI TUGASAN INI.SIKAP KERJASAMA YANG DI TUNJUKKAN OLEH RAKAN-RAKAN TERNYATA MEMBUAHKAN HASIL DENGAN KEJAYAAN KAMI MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERI INI.TANPA BANTUAN DARI SEMUA PIHAK,TIDAK MUNGKIN KAMI DAPAT MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI DENGAN BAIK. Penghargaan


Alexson Lerry Anak Johnny (31DUP22F2006) Mohd Hermin Ardin (31DUP22F2017) Bob Calvin Anak Henary (31DUP22F2019) Muhammad Izzam bin Jemian (31DUP22F2020) Adriel Andrien Anak Kumpang (31DUP22F2026) Ahli Kumpulan


Objektif Bertujuan untuk melihat sama ada kepentingan perlembagaan yang berfungsi sebagai alat penyelesai,mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah,alat penyelesai masalah,menjamin keamanan dan juga kestabilan negara lebih-lebih lagi dalam menjamin hubungan antara kaum.Objektif lain juga bertujuan untuk melihat kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik dan juga unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja yang menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan dalam urusan pentadbiran.


PENGENALAN Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk, struktur atau tata, kegiatan, sifat dan peraturannya yang utama. Ia digubal dalam bentuk undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang penguasa (baik seorang raja,presiden atau sultan) lalu digunakan secara meluas dalam penggubalan undangundang berkanun - undang-undang jenis ini adakalanya digubah mengikut kerelevanan setiap zaman.


ELEMEN WARIS DALAM PERLEMBAGAAN: Elemen warisan juga merujuk kepada tiang seri perlembagaan perekutuan yang terdiri dari empat elemen warisan utama yang menjadi perlembagaan persekutuan agama Islam sebagai agama persekutuan. Tetapi, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai asalkan tidak sampai tahap melampau seperti ajaran sesat, dan penyembahan berhala. Hal ini demikian, berbilang agama amat memberi pengaruh kepada negara kita kerana sekiranya tidak membenarkan agama lain untuk mengganut agama yang dianuti akan menjdi penghinaan antara agama dan rasisime. Suatu perlembagaan itu wujud bersama-sama dengan kelahiran kerajaan atau pemerintahan bagi membentuk perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menyentuh prinsip kedaulatan serta sistem politik dan perundangan yang diiktiraf dalam kerangka undang-undang sesebuah kerajaan.


Negara Malaysia menjadi semakin miskin kerana banyak berhutang dengan negara lain.Hal ini menyebabkan negara akan muflis dan akan menjejaskan ekonomi negara Malaysia disebabkan pembayaran hutang kepada luar negara.Hal ini juga akan membebankan rakyat Malaysia kerana harga barang keperluan rakyat Malaysia akan naik harga untuk melangsaikan hutang negara dan rakyat Malaysia akan ikut sengsara disebabkan harga barang naik.Dengan tidak keadilan ini,rakyat Malaysia akan membuat protes disebabkan harga barang yang sangat mahal. Isu kewangan di negara Malaysia


ISU PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN YANG TIDAK ADIL, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERAMANAH Pentadbiran dan pemerintahan haruslah menjaga Perlembagaan di negara kita kerana Perlembagaan tertulis di rukun negara yang ke 3.Jika hal ini tidak dilaksanakan akan menyebabkan negara kita ke arah keburukkan dan keruntuhan.Antaranya negara kita akan tidak aman , politik tidak stabil , ekonomi akan terjejas dan yang paling penting perpaduan kaum terjejas.Salah satu faktornya ialah pentadbiran dan pemerintahan yang tidak adil,tidak bertanggungjawab dan tidak amanah .Contohnya,pemerintah kurang memberi perhatian kepada sesebuah kaum di Malaysia dan mengambil rasuah. Kesimpulannya,pemerintah hendaklah jujur dalam setiap tugas ataupun amanah yang di berikan supaya tidak berlaku kerosakkan di negara Malaysia yang tercinta. Salah satu hal yang paling sering dilupakan oleh seseorang pemimpin adalah tanggungjawab terhadap kewangan yang dimiliki. Biasanya, hal ini dialami oleh pemerintahan yang mengalami masalah kewangan. Pemerintah Malaysia masih tidak mengambil tindakkan dalam menguruskan atau hutang negara.


ISU KESELAMATAN DI NEGARA Isu keselamatan telah menjadi masalah di setiap negara,Malaysia juga tidak terkecuali dari perkara itu.Seperti contoh kejadian pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada 11 Februari 2013,sebanyak 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo Kumpulan tersebut menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara.Banyak yang terkorban dalam petempuran itu,di mana sebanyak 19 anggota tentara Kesultanan Sulu yang disyaki sebagai penceroboh maut manakala 8 orang anggota keselamatan Malaysia disahkan maut.Ini berlaku kerana Jamalul Kiram III yang merupakan salah satu pihak dari Kesultanan Sulu yang menuntut Sabah sebahagian daripada takhta mereka.Dari contoh ini kita dapat melihat tahap keselamatan di negara kita khususnya di perairan negara sangat lemah kerana berlakunya kejadian ini dan ini juga menjadi ancaman besar kepada negara kerana jika kita jatuh ke tangan kuasa asing maka huru-hara akan berlaku di negara ini dan boleh menyebabkan perpecahan kaum.


Kes-kes ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki bukan warganeraga yang melahirkan anak di luar negara kerana perlembagaan tidak memperuntukkan untuk anaknya diberikan taraf kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang.Ia disebabkan untuk mengurangkan pendatang asing yang menetap dimalaysia membuat sewenangwenangnya.Sebagai contoh seorang Wanita yang dari Malaysia ingin berkahwin dengan seorang lelaki dari luar negara dengan cara tidak sah dan mereka juga ingin membuat kad pengenalan untuk anak mereka tetapi kerajaan tidak melepaskan disebabkan sijil perkahwinan yang bukan dari negara kita.Kesimpulannya kita hendaklah,mengikut peraturan yang telah disediakan dalam negara kita supaya isu kewarganegaraan ini tidak terjadi dan dapat dibendung dengan baik.Selain itu ia juga dapat mengurangkan juga isu kahwin lari dan menjaga kemakmuran negara kita.Harapan saya dengan cara mengetakan lagi undang-undang di negara kita kemungkinan untuk mengurangkan isu ini dapat dikawal dan diselaras dengan baik mengikut tatasusila yang betul. ISU KEWARGANEGARAAN DI NEGARA MALAYSIA


ISU PERANAN DALAM MENGEKALKAN HAK ISITIMEWA GOLONGAN BUMIPUTERA: Kita mempunyai rukun negara di mana kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan adalah rukun yang wajib dipatuhi oleh warganegara Malaysia. Namun, tanpa rukun negara akan berdampak besar kepada negara kita kerana tidak ada kesopanan. Rakyat Malaysia pasti tidak akan ada kesopanan kerana saling benci antara kaum. Selain itu, Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan sebagai hasil dari penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh British sejak awal 1800 hingga 1960. Sekiranya undang-undang di tanah masih diperintah British, kemungkinan besar negara kita akan menjadi bahagian dari pemerintahan British seperti pulau soloman, Australia, dan masih banyak lagi. Dari segi pemimpin pula akan di ambil alih oleh Raja British.


ISU PERISTIWA BERSEJARAH DALAM MALAYSIA: Konflik diantara kaum tidak akan berakhir. Hal ini demikian sekiranya rasisime masih berlaku maka generasi kini tidak akan belajar menghormati antara kaum. Pemimpin yang tidak ambil perduli dengan rusuhan kaum. Hal ini memberi dampak besar keapda tanah melayu kerana mungkin rakyat akan menganggap ini hal yang biasa. Seterusnya, kemerdekaan Malaysia pada 31 ogos 1957 mejadi hari paling bersejarah di Malaysia kerana Malaysia bebas dari penjajah luar seperti British dan Jepun. Antara peristiwa penting yang pernah berlaku yang membabitkan Kampung Baru termasuk sejarah hitam 13 Mei yang bermula di Jalan Hale di kawasan tersebut. Peristiwa ini telah mengajar kita betapa pentingnya toleransi dan hubungan baik antara kaum di negara ini. Sebenarnya banyak lagi sejarah menarik yang boleh anda kaitkan dengan Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah ibu kota ini. Kita bersyukur telah mendapatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah jikalau tidak sampai sakarang negara Malaysia akan menjadi pusat Pelabuhan untuk ekspot barang mereka ke negara ini.


ISU ELEMEN WARIS DALAM PERLEMBAGAAN: Kemungkinan besar Bahasa melayu tidak akan digunakan. Hal ini demikian Bahasa melayu adalah Bahasa utama tapi sekiranya Bahasa melayu lenyap dari masyarakat. Dan Bahasa inggeris mungkin akan jadi Bahasa utama ataupun Bahasa melayu tidak akan wujud di masa nenek moyang kita. Bahasa-Bahasa lain seperti Portugal, jepun mungkin akan digunakan sehingga kini. Pengaruh penjajah menjadi faktor perubahan ini. Seterusnya, tiada syarat yang khusus bagi jawatan tinggi didalam pentadbiran Malaysia akan menyebabkan salah satu faktor berlakunya pengabaian kedudukan elemen warisan dalam sistem perlembagaan Malaysia. Jawatan-jawatan Menteri pada masa kini bukan sahaja diisi oleh Orang melayu, malah turut di sandang oleh kaum-kaum lain seperti Cina dan India. Negara yang maju dipimpin oleh pemimpin yang beribawadan memiliki sikap yang adil dan saksama, namun pentingnya bagi Malaysia.


Peristiwa bersejarah dalam Malaysia: Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Dalam peristiwa ini, peristiwa ini menjuruskan untuk memperkatakan sebab musabab yang terjadi seterusnya dapat menjadi pengaruh kepada semua. Selain itu, layanan berat sebelah oleh tentera Jepun mejadi faktor masyarakat di tanah Melayu yang dilayan dengan secara berbeza. Yang dimana masyarakat Cina dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang Melayu. Hal ini menimbulkan penjajahan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini yang menyebabkan perasaan saling benci dan rasa berdendam antara satu sama lain. Sama juga dengan latar belakang pendidikan yang berbeza di tanah Melayu yang membawa kepada konflik diantara kaum iaitu perisitiwa 13 mei 1969.


Antara kepentingan Perlembagaan Malaysia Dalam Pentadbiran adalah memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang adil,bertanggungjawab dan beramanah.Hal ini dapat dilaksanakan melalui proses pilihan raya yang diberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil masing-masing kerana di negara Malaysia berlandaskan kepada demokrasi berparlimen yang dibentuk menerusi Kerajaan Persekutuan.Selepas itu, parti yang mempunyai majoriti kerusi di parlimen akan membentuk kerajaan persekutuan dan menjalankan tugas-tugas eksekutif negara selama 5 tahun kerana untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berkuasa untuk memerintah dan mentadbir Malaysia ke arah lebih maju dan lebih aman daripada sebelumnya.Hal ini membuktikan bahawa pentingnya pentadbiran dan pemerintahan kepada perlembagaan negara kita sekaligus menjaga perlembagaan dan juga masa depan negara kita.Kesannya, pertindihan atau pemusatan kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dapat dielakkan serta rakyat boleh menentukan hala tuju politik negara.oleh itu, sikap adil,bertanggungjawab dan beramanah hendaklah diterapkan oleh pemerintah supaya perlembagaan negara kita terjamin keselamatannya. Kepentingan Perlembagaan Malaysia Dalam Pentadbiran: Memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang adil,bertanggungjawab dan beramanah.


KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KESELAMATAN NEGARA Antara kepentingan perlembagaan Malaysia dalam keselamatan negara ialah mengelakkan negara dari diancam dan dijajah seperti contoh kejadian pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013 di mana beberapa nyawa terkorban dalam pertempuran tersebut.Akibat dari kejadian tersebut tahap keselamatan negara ditingkat ke peringkat yang lebih tinggi,di mana ESSCOM(Eastern Sabah Security Command)ditubuhkan oleh perdana Menteri pada Ketika itu iaitu Dato Seri Najib bin Abdul Razak dan diumumkan pada 7 Mac 2013 oleh Musa Aman yang memegang jawatan Ketua Menteri Sabah pada Ketika itu.Tujuan ESSCOM ini ditubuhkan adalah untuk menguatkan tahap keselamatan maritim di sekitar bahagian Timur Sabah susulan serangan yang dibuat oleh Kesultanan Sulu pada 2013.Ini dilihat sangat penting bagi mengekalkan keamanan negara dan mengekalkan perlembagaan pada kedudukan yang sepatutnya.Ini juga penting untuk mengekalkan pentadbiran pada tahap yang ia capai sekarang dan dapat menjamin hubungan antara kaum dengan mengelakkan ancaman luar datang dan menghasut semua kaum untuk luar kerana kita tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang Kembali di era zaman moden yang maju ini.


Berperanan dalam mengekalkan hak isitimewa golongan bumiputera: Perlembagaan Malaysia berperanan dalam mengekalkan hak keistimewaan golongan bumiputera iaitu orang Melayu, Sabah dan Sarawak. Di dalam perkara 153 Perlembagaan Malaysia mengatakan, hak istimewa yang disebut merangkumi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas. Walaupun bagaimanapun, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Persekutuan. Tetapi bagi kaum yang bukan agama islam pula bebas untuk menganuti agama masing-masing dan bersifat menghormati antara satu sama lain. Hal ini wajar dilakukan kerana kaum lain juga berhak untuk memeluk agama yang dianut jika tidak konflik agama kemungkinan akan terjadi. Bagaimanapun, kaum lain bebas untuk menganuti agama masing-masing dan bersifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula, kita mempunyai Rukun Negara yang di mana kedaulatan undangundang dan kesopanan dan kesusilaan adalah rukun yang wajib dipatuhi oleh warganegara Malaysia. Golongan bumiputera seharusnya bersyukur dan menggunakan hak keistimewaan yang diperoleh dengan baik serta tidak menindas hak golongan lain.


Kepentingan Hak Kewarganegaraan Kewarganegaraan ialah keahlian seseorang dalam politik kawalan unit secara khusus yang mana ia mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik. Seseorang yang mempunyai keahlian sedemikian dipanggil warganegara.Seseorang warganegara mempunyai hak untuk memiliki pasport dari negara yang telah diterima pakai. Kewarganegaraan adalah sebahagian daripada konsep kewarasan. Dalam pengertian ini,warga kota atau daerah dirujuk sebagai penduduk kota atau penduduk daerah,kerana kedua-duanya juga merupakan unit politik.Sebagai contoh, secara sah menjadi subjek sesebuah negara dan berhak mendapat perlindungan tanpa mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam politik.Kesimpulannya,Kita hendaklah menegakkan hak kita sebagai seorang warganegara supaya orang lain tidak mencabuli hak kita.Hal ini kerana untuk menjaga maruah kita sebagai seorang warganegara.Harapan saya kita sebagai rakyat hendaklah bersyukur menjadi warganegara kerana kerajaan akan melindungi kita dari mara bahaya yang datang kepada kita.


Kepentingan kewangan Mata wang adalah sangat penting untuk kehidupan seharian masyarakat.Jika negara kita miskin,kita akan hidup dalam kesusahan ditambah lagi hutang negara kita yang banyak.Untuk mengelakkan perkara ini berlaku terus kita haruslah mengembangkan ekonomi negara Malaysia dengan menjual produk kita ke negara lain.Hal ini dikatakan demikian kerana nilai mata wang luar negara lebih besar daripada negara kita.Bukan itu sahaja,kita haruslah mengurangkan pembangunan di Malaysia kerana ia akan mengunakan jumlah wang yang banyak.Negara Malaysia terkenal dari segi pelanconggan,dengan ini negara Malaysia dapat memajukan ekonomi kerana negara Malaysia mempunyai tempattempat yang menarik untuk tarikan pelancong. Setiap orang perlu mempunyai pelan dan matlamat tersendiri dalam merancang kewangan. Bermula dengan kewangan ketika masih bujang, boleh menabung untuk digunakan pada masa yang mandiri seperti belajar keluar bandar. Rancangan ini akan berkembang kepada seluruh keperluan apabila isi rumah semakin bertambah. Tidak kira apa fasa sekalipun, kita harus meneliti setiap aliran kewangan seperti membayar sewa rumah.


Kesimpulan Kesimpulannya kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang amat penting dalam pentadbiran dan menjamin hubungan antara kaum.Perlembagaan juga merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia yang membolehkan semua rakyat tak mengira bangsa dan agama memilih pemimpin mereka sendiri.Harapan kami adalah dengan ada nya undang-undang kita akan hidup aman dan Sentosa tanpa ada sedikitpun sentiment rasis dalam negara yang dapat memecah-belahkan keharmonian yang dibina sekian-lamanya.Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan generasi dahulu yang berkorban untuk perlembagaan yang sedia ada sekarang.Melalui perlembagaan ini diharapkan generasi seterusnya dapat mengekalkan perlembagaan ini dengan cara yang sama dilakukan oleh generasi dahulu.


Rujukan Maklumat ■ https://www.utusan.com.my/rencana/2021/02/perlembagaan-memastikankeadilan-untuk-semua/ ■ https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html ■ http://klikweb.dbp.my/?p=16165 ■ Kembali untuk dapatkan berita terkini (astroawani.com) ■ Isu kewarganegaraan anak yang sedang hangat diperkatakan, ini isunya (orangkata.my) ■ Kepentingan Perlembagaan Malaysia Kepada Generasi Muda (ipendidikan.my) ■ Maksud Elemen Warisan.docx - Jelaskan Maksud Elemen Warisan Indegeniuos Sebagai “tiang Seri Perlembagaan Persekutuan” Dengan Merujuk Peranan Wahana - HR123 | Course Hero ■ Maksud Elemen Warisan.docx - Jelaskan Maksud Elemen Warisan Indegeniuos Sebagai “tiang Seri Perlembagaan Persekutuan” Dengan Merujuk Peranan Wahana - HR123 | Course Hero


Rujukan Maklumat ■ https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/Kepentingan-perancangankewangan-perlindungan-keluarga.html ■ https://pinjamanperibadibank.com/kepentingan-perancangan-kewangan-peribadi/ ■ https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html ■ https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/values-andcivilization-ii/faktor-berlakunya-pengabaian-kedudukan-elemen-warisan-dalamperlembagaan/27947730


Click to View FlipBook Version