The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-IPG005715, 2022-05-15 23:54:14

SEJARAH KEDATANGAN AGAMA ISLAM

KSSR SEJARAH TAHUN 5 (2)

KSSR SEJARAH TAHUN 5

Sejarah Kedatangan
Agama Islam

Buku Teks: m.s. 19-21

Sejarah Kedatangan Agama
Islam Dalam Kesultanan
Melayu Melaka

Sejarah Kedatangan Agama Islam Dalam
Kesultanan Melayu Melaka

Agama Islam mula tersebar sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kewujudan agama Islam di Tanah Melayu dapat dibuktikan melalui
penemuan batu bersurat di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan.

Bukti Arkeologi Kedatangan TAHUKAH ANDA?
Agama Islam Di Tanah Melayu Batu bersurat juga dikenali
sebagai prasasti. Perkataan
prasasti berasal daripada

bahasa Sanskrit.

Batu bersurat bertarikh 1303 Batu bersurat ditemukan di Pengkalan
ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Kempas, Negeri Sembilan, bertarikh 1467
Berang membuktikan kedatangan membuktikan kewujudan agama Islam di

agama Islam ke Terengganu. Negeri Sembilan.

Faktor Kedatangan Agama Islam pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka

Kedatangan agama Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
didorong oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut termasuklah:

Peranan Peranan Peranan
Pedagang Ulama Sultan

Islam

Peranan sultan, golongan pedagang dan ulama penting dalam
penyebaran agama Islam semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Peranan
Pedagang Islam

Pedagang Islam dari negara Arab dan
India menyebarkan agama Islam melalui
kegiatan dakwah.

Terdapat pedagang yang berkahwin
dengan rakyat Melaka dan menyebarkan
agama Islam kepada penduduk tempatan.

Peranan Ulama

Menurut Hikayat Raja-raja Pasai,
agama Islam disebarkan di Melaka
oleh ulama dari Mekah yang
bernama Syeikh Abdul Aziz.

Ulama ini mengislamkan raja,
pembesar dan rakyat Melaka.

Peranan
Sultan

Perkahwinan Megat Iskandar Shah
dengan puteri raja Pasai menyebabkan
baginda memeluk agama Islam.

Apabila baginda memeluk agama Islam,
rakyat Melaka turut memeluk agama
Islam.

Perundangan Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Selain penemuan batu bersurat, perundangan pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang mengandungi hukum Islam juga membuktikan kewujudan agama
Islam di Tanah Melayu. Terdapat dua sumber perundangan di Melaka, iaitu:

Hukum Kanun Melaka Undang-undang Laut Melaka

Hukum Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang
Kanun berkaitan dengan hak keistimewaan dan
Melaka tanggungjawab raja serta pembesar.

Hukum Islam yang terdapat dalam undang-undang ini
berkaitan dengan hukuman terhadap kesalahan
jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan.

Undang-undang ini mewujudkan keamanan dan
keselamatan rakyat di negeri Melaka.

Undang-undang ini mengandungi 25 fasal yang Undang-undang
berkaitan dengan peraturan di laut, tatacara Laut Melaka
berniaga dan berjual beli.

Hukum Islam yang terdapat dalam undang-
undang ini berkaitan dengan hukuman
terhadap kesalahan jenayah.

Undang-undang ini melancarkan aktiviti
perdagangan dan memberikan keyakinan
kepada pedagang yang datang ke Melaka.

Nilai-nilai Keagamaan
Yang Diamalkan Ke Arah

Masyarakat Harmoni

Sebagai masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum, kita
seharusnya mengamalkan
nilai-nilai keagamaan agar
masyarakat yang harmoni
dapat dibentuk.

Nilai-nilai 01 Menghormati tempat ibadat.
Keagamaan 02 Membantu mereka yang memerlukan.
03 Bermesyuarat untuk mendapatkan

keputusan ramai.

04 Berbaik sangka sesama manusia.
05 Memelihara alam sekitar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kedatangan agama Islam
ke Tanah Melayu dibuktikan dengan
penemuan arkeologi.

Perkembangan agama Islam pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka telah membawa
perubahan dari pelbagai aspek kehidupan
masyarakat seperti sistem beraja,
perundangan dan pendidikan.


Click to View FlipBook Version